Permohonan Dokter Perempuan Untuk Bersalin


Permohonan Dokter Perempuan Untuk Bersalin || Ingat lagi tak mengenai cerita radio HOT FM menjemput tetamu lelaki yang merupakan dokter kacak dan hensem yang menjadi dokter sakit puan di Hospital Serdang . Sebab itu juga mulalah para wanita yang histeria sampai muncullah komen-komen yang secara tidak langsung memalukan diri sendiri . Yela.. dah ibu-ibu yang dah menjadi mak orang tu ade yang komen
 " kalau aku tahu ada dokter hensem macam tu , aku nak bersalin di Hospital Serdang lah , "
  " Ruginya masa aku bersalin dulu tak da dokter yang hensem "  dan banyak lagi komen-komen yang lebih kurang seperti tu . Nitizen memang la mengecam komen tersebut ,macam nak sangat and tak tahu malu je . Mana maruah sebagai isteri ? 

Lisa pun bukan ustazah atau alim sangat bab agama ni tapi kalau dah "TUTT.. " tempat keluarkan anak tu  dilihat lelaki lain .. ha tu tak malu ke ? kecuali darurat . Ni kalau dah request dokter lelaki ketika bersalin ni memang bukan darurat tapi dibuat-buat . Mentang-mentang lah ensem. Tapi.. kalian time bersalin tu sempat tengok dokter ke ? ehehehehe


Isu doktor laki/pelatih laki yg terlibat dalam operasi wanita bersalin di hospital.  Ini antara ikhtiar seorang sahabat yg terlalu menjaga segenap segi bab keaiban dan maruah isterinya ketika hendak menghadapi kelahiran anak. Sebenarnya pihak hospital respect dan mengalu alukan cara sebegini dan Alhamdulillah diusulkan surat (tulisan tangan) ini pada doktor lelaki yg bertugas pada shift itu. Surat dikepilkan pada "kad merah/kad daftar" yang akan diperiksa oleh doktor yang bertugas terlebih dahulu terhadap data pesakit. Doktor seterusnya akan membaca surat dan kemudian akur dgn permintaan penuh budi bicara dan permohonan pertimbangan dari pihak suami dan berundur dengan penuh respect.
Untuk cara lain, boleh buat request sebegini dengan slow talk di kaunter ward jika tanpa surat. ringankan mulut untuk bertanya .

Isu darurat boleh berlaku dihospital JIKA:
* Tiada seorang pun doktor wanita atau nurse di hospital yg mahir sambut kelahiran
*jika berlaku kes yg memerlukan doktor pakar yg KEBETULAN TIADA pakar wanita yang ada dihospital, atau doktor wanita pakar sedang mengendalikan kes lain yang mana hanya tinggal doktor laki saja, maka dibolehkan syarak jika melibatkan perihal nyawa anak dan ibu. Dan suami sudah tidak berdepan dgn dosa besar kerana tiada pilihan lain.

Menjadi DOSA dan NUSYUZ pada wanita dan suaminya (DAYYUS) yang SENGAJA MEMILIH DOKTOR LELAKI untuk  urusan kelahirannya sesangkan doktor wanita ada yang bertugas. Itu pandangan hukum syarak.


Boleh pilih bukan tak boleh , terpulang nak meringankan mulut dan tangan meminta tukar dokter peremuan atau menulis surat permohonan dokter perempuan untuk sambut isteri bersalin . 

2 ulasan

Bagus ni untuk pengajaran ... sebenarnya pesakit atau ibu bersalin tu leh request sendiri untuk bersalin dengan doktor perempuan.

bagus buat macam tu....kena request la untuk dapatkan doktor perempuan berkaitan dengan perempuan bersalin.....


EmoticonEmoticon