MEE SEJUK KOREAN FOOD

MEE SEJUK KOREAN FOOD || Oppa.. Oppa..  , tu je yang tahu dalam bahasa korea. Lisa bukan jenis yang minat sangat dengan artis korea. Macam Running Man or sejenisnya la. Ntah memang tak minat.. nak buat macam mana. Tapi Lisa suka makan Kimchi korea,sedapppp.... ! Mula-mula makan dulu memang tak boleh masuk tekak tapi lama-lama jatuh cinta la pulak . Dan minggu lepas selepas kerja , kami satu company pergilah ke restoran Korea. Makan steamboat dan banyak lagi menu yang dihidangkan . Salah satunya MEE SEJUK ! mee yang terkenal di korea. Hmm macam mana rasa mee sejuk eh ? korang pernah try rasa tak ? biasa makan mee yang panas-panas je kan , lagipun Lisa bukan jenis makan mee .. tak boleh masuk tekak sebab besar. Tapi mee yang digunakan di mee sejuk ini halus dan lembut berwarna grey , mungkin boleh makan kot . Cuba makan je lah ..


Unik kan untuk alas sudu dan copstick tu . Ternyata rasa mee sejuk itu.... WEIRD ! hahaha.. series tak boleh masuk tekak . Mee Sejuk , menu mee yang terkenal di negara Korea. Dihidangkan dalam keadaan sejuk , dan kuah mee tu dicampur dengan ais . Bukan mee yang dimakan dalam keadaan sejuk tu tau, bukan mee celup air lepastu tuang je . Bahan-bahan Mee sejuk dari : Mee+ Ais +Kuah + atas tu letak sayur timun. Daging udang sotong tak ada ! . Macam cendol pun ada. Rasa pelik , kuah tu rasa manis dan tawar.. Haa itu je la yang mampu Lisa luahkan selepas sesudu mee sejuk masuk dalam mulut . Memang tak leh habis la.. nasib baik share-share. 

Korean Tea

||  Rasa teh yang tawar dan juga pelik. Tak rasa macam teh pun . Teh hokian boleh lagi nak masuk tekak.. yang ni memang tawar dan ada bau sendiri. Tanpa tunggu lagi Lisa order air mineral , sebab tak sedap rasa teh ini. Mungkin sebab lisa tak berapa suka kot. tengok orang lain sedap je tambah-tambah untuk minum .


Kicap masin + Bawang besar  dan sambal untuk makan dengan daging lembu BBQ .


Kimchi || Ni lah kimchi yang Lisa cakap tu . Sedap.. sayur dan sambal cili yang special ..



Yang ni kentang rebus yang dilumatkan .. dan dicampur dengan telur.

Cendawan tumis .

Yang bawah kimchi tu sotong ... Sotong dengan biji bijan dan cili. sedap, rasa pedas manis .


Mee hoon korean style . Yang ni sedap ! ada sayur .. boleh makan . Lebih kurang macam bihun goreng tapi yang ini lagi merbeless.


Telur stim .



Kulit luar sushi yang dimasak dengan biji bijan dan cili. sekali masuk mulut memang dah habis. Tak pa.. boleh tambah sebab kuantiti sikit je kan. Boleh tambah tanpa dikenakan charge tambahan.





KOREAN RICE || Rasa macam tepung tapi macam beras. Makanan ini namanya nasi korea. besar-besar..



Daging lembu dimasak grill dan dicampur sos BBQ.


Amacam.. terliur tak ? Kimchi ada orang suka ada orang yang tak suka . Macam tu juga dengan Mee sejuk . Hahaha . Sekali sekala makan makanan ala korea . Nak pergi korea jauh la pulak.. tak tau bila boleh pergi sana. Korang nak try makan MEE SEJUK Korean Food boleh la riki-riki kat google cari resepi dan buat sendiri di rumah . 

6 ulasan

This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.
This comment has been removed by a blog administrator.


EmoticonEmoticon