SENARAI PELAKON DRAMA M.A.I.D

SENARAI PELAKON DRAMA M.A.I.D | Sebuah drama yang menggantikan drama Isteri Separuh Masa kini astro menayangkan sebuah drama yang menggandingkan Zul Ariffin dan Ayda Jebat . Apalagi kalau bukan M.A.I.D , yang diadaptasi dari Novel M.A.I.D  

Pengarahnya untuk drama ini ialah Michael Ang. Drama karya novelis Suri Ryana bakal bersiaran pada bulan Ramadan ini, bersiaran mulai 15 Jun, setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

JUDUL : M.A.I.D
TARIKH / MASA : Mulai 15 Jun 2015, Isnin-Jumaat (10malam)
SIARAN : Astro Ria (104) & Ria HD (123).
PENGARAH : Michael Ang
TERBITAN : Darkwave Pictures Sdn Bhd
PELAKON : Zul Ariffin, Ayda jebat, Nina Nadira, Tasha Shilla, Nina Juren, Nina Nadira, Eizlan Yusof, Hefny Sahad, Mak Wan Latah

SENARAI PELAKON DRAMA M.A.I.D
WATAK PELAKON
Ayda jebat sebagai Noorul
Zul Ariffin sebagai MR.F/Harris
Nina Nadira Naharuddin sebagai Iman
Tasha Shilla Razak sebagai Elisa
Nina Juren sebagai Puan Sri Kirana
Nina Nadira sebagai Zaura
Eizlan Yusof sebagai Tan Sri Hamdan
Hefny Sahad sebagai Haikal

SINOPSIS NOVEL M.A.I.D

Mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Noorul yang menjadi pembantu rumah di rumah mewah seorang Jurutera kacak bernama Harris Tan Sri Hamdan, yang sangat cerewet sehinggakan Noorul mengelarkannya Mr.F (jolokan untuk ‘fussy’). Noorul pernah bekerja di sebuah kilang tetapi telah ditutup dan menjadi penganggur seketika sebelum membuat keputusan untuk bekerja sebagai orang gaji. 

Mr.F seorang yang tidak mesra alam, suka menengking dan suka memberi arahan dengan meninggalkan nota di setiap ceruk rumahnya. Pada suatu hari Mr. F menyuruh Noorul memasak Nasi Beriyani untuknya, perkara tersebut merungsingkan  Noorul kerana dia tidak tahu memasak. Oleh itu, Noorul nekad untuk belajar memasak dengan menghadiri kelas memasak Chef Aidil. Lama-kelamaan mereka mula mengenali, Noorul mula jatuh cinta dengan majikannya.

Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr. F terpaksa bernikah untuk menutup malu dan mahu menjaga reputasi perniagaan keluarga Tan Sri dan Puan Sri. Noorul yang memendam perasaan cintanya kepada Mr.F mula gusar bolehkah dia menerimnya sebagai isteri. Dalam masa yang sama, mereka tertanya-tanya siapakan dalang disebalik menyebaran fitnah ini. Adakah angkara Asyraf, yang sememangnya berdendam dengan Noorul? Atau pun, musuh perniagaan Tan Sri Hamdan? Mampukah Noorul dan Mr. F melayari bahtera rumah tangga bersama? Bagaimana pula dengan Elisa yang sememangnya cintakan Mr. F? Apa pula yang akan terjadi apabila Nurina, bekas kekasih Mr. F pulang ke Malaysia untuk menagih kembali cinta daripada lelaki itu? Haikal pula, dapatkah menerima Noorul, orang yang dicintainya sebagai kakak ipar?





Macam menarik drama ini, jangan lupa saksikan di Astro RIA. 


EmoticonEmoticon