Ad

Merawat Kulit Kusam Dengan Bluebell Radiance Skincare Series

Assalamualaikum , Hai .. apakabar ?, lama rasanya tak tulis mengenai produk penjagaan kulit muka ni . Kali ini Lisa nak share pengalaman pakai produk muka dari Bluebell Radiance Skincare Series baru baru ini . Dari first tengok packing je Lisa dah rasa tertarik sebab pek yang comel and senang dibawa kemana sahaja. Lisa pula memang dah lama suka tengok kulit Reen Rahim , Duta Bluebell Radiance ini. Tak sabar nak try lepas terima parcel ni . 

Bluebell Radiance Skincare Series 

Kandungan dan Fungsi Utama Bluebell Radiance Skincare Series :

Bluebell Radiance Skincare Series diformulasikan dari ekstrak semulajadi yang suci lagi Halal, Collagen dan Stem Cells seperti Olive Oil, Argan Oil, Aloe Vera, Hamamelis Virginia Witch Hazel, Fruit Oil, Collagen, Shea Butter dan banyak lagi.

Bluebell Radiance Skincare Series dapat membantu dan merawat masalah kulit, dalam masa yang sama juga menyihatkan lagi kulit kita supaya cerah berseri :)


Antara kelebihan menggunakan Bluebell Radiance Skincare Series ialah :
*Merawat jerawat dan jeragat 
*Mengatasi masalah kulit berminyak 
*Membuang blackheads 
*Merawat kulit kusam
*Menjadikan muka glowing
*Melembapkan kulit
*Merawat sunburn
*Merawat kulit sensitif
*Melindungi dari sinar UVA dan UVB
*Melambatkan proses penuaan
*Menghilangkan tompok hitam 
*Menganjalkan kulit
*Mengelakkan liang roma tersumbat
*Mencerahkan kulit 
*Menjadikan kulit bebas cela.


Untuk pengetahuan semua, produk Bluebell mempunyai kelulusan KKM dan juga telah diuji 🔬oleh makmal SIRIM QAS bagi memastikan selamat digunakan oleh pengguna dan  terbukti bebas dari bahan yang memudaratkan.😊


CARA PENGGUNAAN  Bluebell Radiance Skincare Series 


BlueBell Halal Cosmetic's Cleanser
Harga RM 17.00
Cleanser , digalakkan dipakai 2kali sehari,pagi dan malam ataupun boleh juga kalau nak digunakan selepas mandi dan sebelum Wudhu. Cara penggunaan : Tuangkan di tapak tangan, gosokkan sedikit dan sapukan ke muka secara lembut serta bilas sehingga bersih . Bau cleanser ni wangi jek , korang mesti suka . Rasa nak belai pipi je lepas cuci muka dengan cleanser Bluebell ni .. lembut wei. 

Bluebell Halal Cosmetic’s Cleanser adalah Pembersih muka yang sesuai untuk semua jenis kulit. la mengandungi Salicylic Acid dan Glycolic Acid yang membantu menghilangkan bintik-bintik jeragat, jerawat dan sel-sel mati di kulit anda tanpa mengakibatkan liang roma tersumbat pada kulit muka. Kulit muka anda akan sentiasa kelihatan bersih, berseri dan tidak berminyak.

BlueBell Serum Radiance
Harga RM35.00

Serum
dipakai sebelum Daily Defense Moisturiser dan Night Moisturiser untuk kesan yang lebih baik.
Cara penggunaan ;  biasanya kalau paling malas la , Lisa calit serum je kat muka , so nampak la kulit rasa lembab dan tak rasa kering . Tak perlu guna banyak , cukup 3 4 titis je dan ratakan keseluruh muka .

Serum Radiance dari BlueBell diformulakan bagi menaikkan seri wajah, mencerahkan kulit secara dalaman dan semulajadi. Rumusan dari “Stem Cell” don “Collagen” ini dapat membantu melambatkan proses penuaan dan menghilangkan parut jerawat dan jeragat.


Daily Defence Moisturiser
Harga : RM 37.00

Daily Defense Moisturiser boleh dijadikan foundation sebelum bersolek.1kali pam dah memadai utk diratakan seluruh muka. Direka khas untuk kulit orang Asia dalam menghadapi cuaca panas terik serta tekstur warnanya yang menyerupai warna kulit orang Asia. la dlperkaya dengan Licorice yang membantu kulit anda menjadi lebih cerah dan berseri sepanjang hari. la juga bertindak sebagai asas solekan dan melindungi kulit anda dari sinar UVA serta UVB.

Cara penggunaan : Lepas bersihkan muka dengan cleanser , korang calit beberapa titis serum dekat muka . Lepas tu baru gunakan Daily Defence Moisturiser ni , Tak perlu keluarkan banyak-banyak , cukup sekali pam je dan ratakan keseluruh wajah . Daily defence ni rasa ringan je je di wajah ,lembut dan menyerap kulit muka . sesuai sangat dengan Lisa , sebab bukan jenis yang suka pakai foundation kebanyakan . 
Night Moisturiser
Harga : RM 39.00

Night Moisturiser Pelembap malam yang diperkaya dengan “Stem Cell” dan “Collagen” ini dapat membuatkan kulit anda sentiasa muda remaja. Stem Cell yang diekstrak daripada tumbuh-tumbuhan adalah agen anti-penuaan yang amat efektif untuk merangsang sel-sel baru dan membantu menghilangkan tompok-tompok hitam. Kulit anda akan sentiasa kelihatan tegang dan anjal. dipakai sebelum tidur, pastikan muka bersih. 

Cara penggunaan : Bersihkan muka dan kemudian sapu Night Moisturiser Bluebell . Malam ialah masa yang sesuai untuk rehatkan muka , korang boleh gunakan Moisturiser ni untuk elak kulit wajah kering ketika bangun tidur nanti . Seronok je rasa sentuh wajah , rasa lembut walaupun tidur dalam bilik yang beraircond .

Nah Lisa tunjuk kan kulit muka tanpa secalit makeup time malam . Plowess kan... ( Ciss perasan pulak )


Testimoni Pengguna Bluebell Radiance Skincare Series : 






Untuk testimoni yang lebih banyak , korang boleh tengok di website bluebell- testimoni 


Harga Bluebell Radiance Skincare Series 


Harga PACK RM85 ( tanpa serum )
Harga SET RM113 ( dengan serum )
Jadi Better korang beli dengan serum sekali la.. lagi jimat dari pada beli asing-asing.

Harga Pack RM85 (tanpa Serum)
Harga Set RM113 (dengan Serum )



Review dan Komen Lisa : 

Lisa suka dengan set dari Bluebell Radiance Skincare ini sebab dari segi packing :  senang tuk bawa kemana-mana , packing dari botol plastik ini lebih selamat dari botol kaca . Lisa ni jenis cuai , pernah jatuhkan produk muka padahal baru beli dan baru pakai sekali... kecewa sungguh time tu . Dari segi produk ; produk ni tekstur ringan , lembut , cepat meresap ke kulit dan juga wangiii.. tu yang rasa jatuh hati tu ha. Pakai seminggu ni dah rasa lembab dan lembut je kulit muka Lisa. Ingat ye , tempoh untuk nampak kesan dari produk ini bergantung pada jenis kulit masing-masing . 



Maklumat selebihnya , korang boleh tengok dibawah ini :

Facebook : Bluebell Halal
Instagram : @bluebellhalal
Twitter : @BlueBellHalal

Alamat : Unit 26 Level 16, Plaza Azalea,
No. 6 Persiaran Bandaraya, Seksyen 14
Shah Alam, Malaysia

No Tel : 019-356 8850


Ethissa Kedai Barangan Bayi Murah Online


Pejam celik dah hampir dekat due nak menikah , macam due bersalin pulak guna ayat"due"  . Insyaallah kalau dipermudahkan 2017 atau 2018 nanti dah ada baby . Amin..  ðŸ˜œ . Yala.. sebelum ni jaga anak angkat je , (sekarang umur dah cecah 4 tahun )  , teringin gak la ada baby sendiri . Ehh gataiii.. Ternampak kawan aritu cerita mengenai Ethisa , laman web yang menjual dan menyediakan barangan untuk Baby seperti Bag , napkin , blanker, dan banyak lagi  .  Customer service online yang mesra , dan dalam web ini korang boleh dapatkan tips tips untuk penjagaan baby . Wah menarik bukan ?

Ethissa

 “Only the finest, for our little ones” adalah visi dari Ethisa ni . Baby Shop Ethissa , web atau kedai online  yang menjual dan  menyediakan barang keperluan untuk bayi berkualiti premium dengan harga murah . Wow .. so boleh guna untuk anak-anak korang la sebab bagus dan tahan lama . Banyak barangan bayi yang dijual dikedai-kedai , masalahnya apakah berkualiti dan setimpal dengan harga yang diberikan ? Dengan Ethissa ,korang dapat kualiti barangan  bagus akan jimatkan duit dari membazir . Let say setiap ada anak , korang dah tak perlu beli yang baru . Barangan tu boleh korang tengok di Baby Shop Ethissa .


Ethissa Kedai Barangan Bayi Murah Online
Elodie Mini backpack -Ethissa

Elodie Mini Backpack

Jenama untuk backpack mini yang comel ni , Elodie . Memudahkan si kecil untuk bawa barang seperti mainan , gigit , pampers atau bahkan botol susu . Mestilah barangan yang ringan je , hehe. Yang berat nanti boleh letak di Diapers bag. Lisa tertarik dengan Elodie yang warna biru , nampak cantik dan cute je kan. Rasa nak beli la pulak bagi little boy , tapi ada bunga-bunga le pula. Eh buat apa nak risau , kan ada jenis corak yang lain . Minibackpack boleh dipakai untuk budak perempuan atau budak lelaki .



Sedikit banyak Lisa akan  share detail mengenai Elodie mini Backpack

Berpusat di Sweden , Elodie ni ialah syarikat reka bentuk  dengan membuat produk bayi functional dan inovatif . sesuai dengan Moto   - Big Differences Small People , small people tu maksudnya bayi Mereka nak buat dunia kanak-kanak tempat yang lebih cantik dengan produk bayi dengan rasa yang unik dan bergaya. Nak tahu lebih detail korang boleh baca di  Elodie Details MINI backpack .
Boleh hastag #OOTD , hahaa bukan yang besar sahaja , baby pun boleh OOTD . 


 Vilah Bloom diaper bags

 Vilah Bloom diaper bags

Villah Bloom ni bag untuk letak diaper , atau senang citenye barangan bayi atau budak seperti lampin , pampers , baju ganti , susu , tisu basah dan lain-lain . Simple tapi kualiti premium , bag ni tahan lama , boleh guna untuk anak yang ke dua , ketiga, ke empat atau seterusnya . Poket dibagian depan ni boleh korang letak tisu , jadi senang nak lap mulut budak atau bayi kalau kotor . Senang dan mudah bukan , hanya perlu buka dan kemudian tarik tisu tu keluar . ada 3 jenis design , korang boleh tengok di Vilah Bloom Diaper Bags 

Skin produk Four Cow Farm untuk bayi 


Skin produk Four Cow Farm untuk bayi 

Bukan hanya mak budak je yang kena jaga badan , baby .. budak ..anak-anak pun kena jaga tau . Apalagi kulit halus lagi  , sensitif .jadi kenalah bagi produk penjagaan kulit yang sesuai . Skin Produk Four Cow Farm ini  sesuai untuk bayi yang mengalami ekzema, ruam lampin, kulit kering dan; sensitif.
Mengapa korang kena pakai Four Cow Farm ? Ini kerana krim bayi mereka, oil and wash  dibuat dengan yang terbaik bahan-bahan tradisional semula jadi, tanpa sebarang bahan tambahan tiruan.
Produk Four Cow Farm ini ada banyak jenis , diantaranya: Four Cow Farm Baby kit ,baby lotion , baby oil , baby wash , calendula remedy , happy cream , natural pohnpei sponge , dan Tea ree remedy . Untuk lebih detailnya korang boleh tengok di Four Cow Farm

 Kippins baby comforters


 Kippins baby comforters

Seperti korang mesti ada bantal busuk  , budak pun ada blanket kesukaan sendiri tau . Ibarat tak boleh lenggang time main , gigit , atau tidur tanpa selimut baby tu . Untuk budak memang la kena pilih yang terbaik dan kualiti yang ok . Sebab kalau salah pilih nanti boleh kena ruam-ruam merah , lagi susah jaga nanti . Ethissa salah satu distributor rasmi untuk Kippins Baby Comforters . Kippins dibuat dari baan organik 100 % kapas , sebab tu budak akan lebih selesa dan rasa hangat kalau peluk kain ni . Ada banyak jenis dan design , dan orang boleh tengok di Kippins baby comforters
Machine washable & safety tested . Designed in Australia. Global Organic Textile Standard (GOTS) certified.




Banyak jenis barang keperluan bayi yang korang boleh dapatkan hanya di Ethissa , selain itu di web ini  juga terdapat tips tips yang berguna untuk ibu dan ayah . Wah ..menarik bukan . Juga jangan lepaskan baby deals setiap minggu . Banyak diskaun setiap minggu di barangan yang berbeza. Boleh jimat poket , ilmu pun dapat , budak pun happy..

Untuk info yang selengkapnya mengenai Ethissa , korang boleh rujuk dibawah ini :

Website :


Instagram :
Ethisa Baby 

Facebook : 
Ethissa 

Whatsapp :
+60 19 266 3223




Minyak Herba Asmak Penawar Asma


Assalamualaikum , musim tengkujuh sejuk macam ni ramai pula dengar berita budak kena semput takpun kena asma' . Lisa sendiri pun kadang batuk , migrain , dan baru-baru ni ibujari tangan kanan bengkak lagi . Ada kawan bagitau yang suruh cuba pakai Minyak Herba Asmak , katanya boleh jadi penawar untuk asma bayi juga  , wahh kena try ni .

Lisa sapu Minyak Herba Asmak di ibujari tangan kanan untuk surutkan bengkak 

Minyak Asmak ini keluaran dari Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd . Minyak yang mempunyai banyak manfaat dan keistimewaan . Orang dewasa kena asma tak apa juga , sekurangnya tahu apa yang kena buat . Tapi kalau bayi yang kena asma , tak boleh main-main woo... kena hati-hati  silap hari bulan nyawa boleh melayang.

Keistimewaan menggunakan Minyak Herba Asma yang sekarang dikenali dengan nama Minyak Herba Asmak  (MHAM) antaranya ; 
1. kandungan minyak herba asmak yang telah menjalani R and  D lebih selamat,lebih suci,tidak "overdose" bahan tertentu dan tak mengandungi bahan aktif yang tinggi.
2. Selain itu minyak asmak lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah.
3. Minyak Herba Asmak lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh lebih cepat.
4. Minyak Herba Asmak berangin dan ianya mengikut piawaian yang ditetapkan.

Khasiat Minyak Herba Asmak untuk kesihatan 

Ianya boleh mengubati atau meredakan sakit seperti :
- Penawar Asma
- Semput dan Lelah
- Batuk dan kahak
- Selsema .
- Terkena gigitan serangga
- Terkena api
- Bengkak
- Buasir  dan Sembelit
- Sakit gigi
Bukan hanya berkesan untuk sakit diatas sahaja tapi juga boleh digunakan untuk sakit perut , lenguh , senggugut,  serta melancarkan darah . Banyaknyaa..... cerita sampai esok macam tak habis pula nanti . Hehehehee.


Mencegah lebih baik dari mengubati . Lebih elok kalau kita ketahui tanda awal penyakit Asma seperti dalam video bawah ini . Penting tau , sebelum melarat ..tak rugi tengok video bawah ini , ada ilmu juga :



Lisa pun ada guna juga , seperti awal tadi dah bagitau ibujari tangan kanan bengkak , try sapu guna minyak ini selama seminggu kecut bengkak tu dan tak rasa sakit lagi . Untuk korang yang ada bayi dirumah boleh simpan minyak herba asmak ini untuk persediaan , sakit tu datangnya tiba-tiba ..tak salah kalau letak minyak ini untuk bekalan. 

Harga Minyak Herba Asmak .

Harga Minyak Herba Asmak korang boleh dapati hanya dengan RM 39.00 sahaja untuk sebotol 30ml ini. Pastikan dapat minyak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) dan jika ragu-ragu, korang boleh meminta ID pengedar dari mereka. Akan datang , Minyak Herba Asmak ini akan pakai hologram meditag yang sah dari KKM agar mudah untuk bezakan mana yang original dan yang bukan ori . Buat masa ini, Minyak Herba Asmak tak ada hologram. So korang kena hati-hati kerana di luar sana ramai yang mengaku jual Minyak Herba Asmak ,tetapi menipu. Perbezaan  boleh tengok pada label sama ada yang lama atau yang baru.   

Kotak Minyak Herba Asmak boleh guna untuk tabung juga tau . Lisa memula pelik kenapa ada lubang diatas kotak.. lah.. rupanya untuk tabung simpan duit .Boleh Two in one , takde la membazir . Hehehe..


Percuma dengan bekas sekali , memudahkan korang untuk berjalan atau travelling . Simpan dirumahpun kemas juga, senang nak cari . 



Bedak Asma' Penawar Masalah Kulit . 

Memula lisa ingat bedak sejuk dari tepung tu ha , rupanya dibuat dari tanah liat putih yang berkualiti tinggi . Jangan risau ..ianya selamat digunakan . Bedak Asma' pula biasanya digunakan untuk masalah kulit seperti Ruam , kudis buta , kurap, panau dan banyak lagi . Selain itu boleh gunakan untuk hilangkan jerawat m cerahkan kulit juga melicinkan kulit wajah. 

Cara guna Bedak Asma' :
Pakai bedak ini di bahagian yang bermasalah. Sapukan pagi selepas mandi, malam sebelum tidur dan seberapa banyak kali dalam sehari untuk dapatkan kesan maksima.

Untuk kesan yang lebih cepat,selepas 2 jam sapu,bersihkan dengan air yang bersih,dan sapu lagi.Ulang seberapa banyak kali di peringkat awal mencuba Bedak Asma' dan rasai perubahan yang ketara.


Cara pemakaian Bedak Asma': 
-Waktu siang
Pakai sekerap yang boleh ketika masalah kulit sedang teruk.Selepas beberapa jam, jika bedak kelihatan pudar dan diserap peluh, cuci bersih dengan air, lapkan dan keringkan kemudian sapu.

-Waktu Malam
Sapu sebelum tidur

-Untuk gout dan cirit-birit :
Ambil air tapis/zamzam suku cawan @5 sudu besar.Campur dgn 1 sudu kecil bedak.
Minum sebelum sarapan dan sebelum tidur.

Sekiranya bedak kelihatan kering,tambahkan sedikit air yang bertapis sahaja atau air zam-zam kerana nak elakkan terkena klorin air paip.

Harga Bedak Asma' ini RM 38.00 sahaja untuk berat 150gram 😊

Perhatian !!! : Elakkan celup ke dalam bekas menggunakan tangan, sebaliknya tuangkan sedikit ke bekas lain atau gunakan sudu yang bersih.Jika kulit jadi kering,selang seli dengan minyak zaitun,atau minyak kelapa dara atau vaselin.

Sekiranya berminat nak mencuba atau nak menjadi agen,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :

Hotline HQ :
019 - 970 8897

Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :

Instagram : @mham.sdnbhd

Fb Page :

Penawar Asma Mujarab

Minyak Herba Asmak HQ

Cipta Detik-Detik Istimewa Dengan Enchanteur

Cipta Detik-Detik IstimewaEnchanteur: Langkah Mudah untuk Hari Penuh Keajaiban

Wanita hari ini berusaha keras untuk mencapai kejayaan, baik di dalam hubungan mahupun karier. Mereka mungkin berdepan cabaran mengimbangi waktu untuk kerjaya, kehidupan peribadi dan hobi; tetapi mereka tidak menjadikannya hambar. Mereka tahu apa yang perlu dilakukan bagi menyuntik keyakinan dalam menghadapi hari-hari penuh cabaran. Korang nak mahu tahu rahsianya?


Enchanteur , sebelum ni Lisa ada tulis entri pek travel enchanteur juga ..korang baca la . Bauan, lebih dikenali sebagai deria kelima berkait rapat dengan memori. Bauan yang biasa dihidu akan membangkitkan memori-memori tertentu terhadap sesuatu pengalaman atau acara. Bauan signatur akan merangsang deria hidu sekali gus menerbitkan pelbagai perasaan termasuklah tarikan romantis. Bauan sememangnya unik dan memiliki keupayaan untuk membina tanggapan, terutama pada pertemuan pertama dan akan menentukan tindakan susulan berdasarkan kemahuan perasaan yang tercipta ketika itu.

Justeru, ENCHANTEUR berbangga sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi yang berinspirasikan wangian mewah Perancis. Setiap seleksi minyak wangi dicipta istimewa bersama pembuat minyak wangi Perancis supaya tidak hanya memanjakan penjagaan kulit, tetapi juga memberikan pengalaman menakjubkan, malah turut mencipta, mengukuh serta menyemarakkan rasa cinta dalam perhubungan. Haruman berkekalan yang menyenangkan ini membantu menonjolkan kehadiran anda, meningkatkan keyakinan dan menciptakan momen penuh keajaiban setiap hari untuk anda.

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower


Mulakan hari anda dengan ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème. Wangian yang menyegarkan ini merangsang keceriaan untuk memulai melalui setiap hari anda. ENCHANTEUR Perfumed Shower Crème bertindak sebagai asas dalam rutin haruman harian anda. Haruman campuran bunga-bungaan terbaik di dalamnya menjadikan waktu mandian anda penuh kemewahan serta menjadikan anda berasa menawan sepanjang hari. 


Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower turut diformulasi dengan kandungan pelembap yang melembutkan kulit sambil membersih. Untuk kelegaan diri selepas hari yang panjang, krim mandian dengan haruman mempesona ini dapat membantu anda untuk relaks dan rasa seperti dimanjakan.



ENCHANTEUR Perfumed Lotion
Selepas mandi, sapukan ENCHANTEUR Perfumed Lotion pada kulit yang telah dikeringkan untuk kelembapan ekstra dan bagi mengoptimumkan penyerapan untuk kulit yang lebih lembut dan anjal. Losen wangian badan ENCHANTEUR yang diadun bersama minyak wangi ENCHANTEUR mengekalkan keanjalan dan kelembapan kulit sepanjang hari. Sesiapa sahaja pasti akan terpesona dengan kelembutan bak sutera kulit anda saat mereka berjabat tangan dengan anda. Lotion ni cepat meresap ke kulit.. dan wangi . wangi yang berkepanjangan seharian . 


Kemudian, sebagai perangsang keyakinan, adalah disarankan untuk anda menggunakan deodoran atau semburan badan (body mist). Oleh kerana kita akan berpeluh sepanjang hari walaupun berada di dalam persekitaran berhawa dingin, gunakan ENCHANTEUR Perfumed Roll-on Deodorant atau Body Mist yang diaplikasi di bawah lengan (ketiak) akan membantu anda kekal segar dan sentiasa bersedia untuk menjalani aktiviti harian. Wangi tahan lama deodoran  ni . Sukaaa... !! 


ENCHANTEUR Eau de Toilette


Bau yang tahan lama dan sweet. Rasa lovely pula kalau sembur perfume ini.
Rejim penjagaan diri disempurnakan dengan semburan ENCHANTEUR Eau de Toilette. Sembur ENCHANTEUR Eau de Toilette di titik denyut nadi anda bagi membebaskan haruman yang mempesona dan menyempurnakan lapisan wangian yang dicalit dari langkah terdahulu. Jangan langkaui langkah tanpa wangian ini, biarkan wangian ilham haruman mewah Perancis ENCHANTEUR yang tersendiri ini membuatkan anda berasa lebih girang dan lebih menawan.

 Anda tidak dapat menjangka siapa yang akan anda temui, mahupun peluang untuk mencipta detik romantik. Namun, adakah anda bersedia untuk mempesona si pencuri hati anda dan mencuri tumpuannya daripada orang lain? Maka jadikan wangian ENCHANTEUR sebagai instrumen harian anda untuk cinta yang memukau dalam setiap semburan.

Ikuti langkah-langkah mudah ini setiap hari dan anda pasti mampu mempesona sesiapa sahaja serta akan sentiasa bersedia untuk menikmati momen penuh magis yang romantik.  Cipta detik-detik istimewa indah anda bersama haruman menawan ENCHANTEUR yang tahan lama.

Maklumat Produk

Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Shower dijual pada harga RM9.20 sehingga RM13.65. Rangkaian ENCHANTEUR Perfumed Body Lotion pula dijual pada harga RM7.50 – RM21.00; manakala ENCHANTEUR Perfumed Deodorants dijual pada harga RM4.90 sehingga RM11.90. Tidak lupa, rangkaian ENCHANTEUR Eau de Toilette yang dijual pada harga RM18.75 sehingga RM33.50.

Kesemua produk ENCHANTEUR boleh didapati di semua kedai utama, pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau kunjungi laman Facebook rasmi ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY 

Haa..korang!! Sekarang sehingga 30hb November 2016 ni, jangan lupa sertai peraduan ENCHANTEUR Create Magical Moments Every Day. Banyak hadiah-hadiah menarik di tawarkan untuk di menangi.



Ikuti langkah dibawah ini 



 Semoga berjaya !!  









Tapestries Online Murah

Dah jadi trend kan kalau selfie atau buat video , mesti background tu kain corak bolatan seperti gambar Lisa diatas . Memula ingatkan guna tudung sebagai background tu , lepas tengok di rancangan Nona ... baru tahu yang nama kain ni ialah Tapestries . Lisa lama dah berkenan dengan tapestry ni , tapi tak tau nama sebab tu susah nak cari online . Hari tu komen dekat instagram asyalee, igers famous yang lawa dan suka wat tutorial makeup tu .. ha.. disitu la Lisa komen tanya beli dekat mana . Tup-tup dapat DM oleh peniaga Tapestry ni .

Harga dan Size Tapestries

Tapestry ni lebih kepada macam kain yang korang boleh letak sebagai alas tilam , alas baring atau duduk dekat pantai , lekat kat dindind as wallpaper atau banyak lagi la ikut suai korang nak guna untuk apa. Lepas survey ,,, rasanya dalam Malaysia ni kurang orang jual tapestry ,. Harga pun berbeza dari satu tempat ke tempat lain. Korang boleh tengok di Instagram URBANBOHOCHIC.CO  , harga ni murah juga la dari website online lainnya . Harga RM60.00 untuk size tapestries kecik dan RM 80.00 untuk size tapestries yang besar. 


Ukuran tapestries ada 2 iaitu  :
-Tapestries Besar. [ 90x90cm ]
-Tapesetries Kecil .[ 60x60 cm ]


Dalam gambar Lisa diatas tu tapestries berukuran besar size 90x90 tak silap . Harga Rm80.00 tak termasuk pos.  Bukan hanya corak ini sahaja , tapi ada banyak lagi corak yang korang boleh pilih sesuai dengan kesukaan . 

Rambang mata la... Ha.. kalau berminat , korang boleh tengok detail berikut ni . Jangan salahkan Lisa kalau terjebak dan tak tau nak pilih yang mana satu , sebab semua besttt ! 

Instagam :
 @urbanbohochic.co

Whatsapp : 
+6014-9028360







Dalam Lazada pun ada offer sampai 95 % . Nah untuk mudahkan lagi.. korang klik je gambar bawah ini . 


tapestry


Lazada Online Revolution Diskaun Gila Gila !


Hai Assalamualaikum , hee.. baru-baru ni Lisa dapat bungkusan "Parcel Of Joy " dar. Wahh...macam menarik je kan . Boss pun dah geleng kepala tengok banyak sangat barang sampai ke tempat kerja , kuat shopping katanya . Apa la ye agaknya dalam kotak merah ni ?  Let's OPEN IT ! 

Seperti yang korang nampak , bungkusan dari Lazada ini ada banyak barang dalam nya seperti , Tefal untuk kisar bawang , tisu basah mamy poko , Cerelac ,, maggi Oat , maggi tomyam , Voucher Lazada , Beg Milo Ola Bola , Nescafe pandan dan juga mask muka dari Loreal . Sekarang ni ramai yang buat Sale dengan diskaun gila-gila sampai 70 % , salah satunya di Lazada . Bermula dari 11.11 sampailah 14.12 nanti.. Lazada sedang buat Online Revolution yang kelima semenjak pelancarannya pada 2012.

Nescafe white coffee rasa pandan .
Ha... mesti tak pernah nampak lagi kan kopi tapi rasa pandan . Lisa pun baru pertama kali jumpa nescafe perisa pandan ni . Untuk penggemar kopi , boleh la try dengan Nescafe Pandan . Rasa kopi bercampur rasa pandan memang umphhh... tak dapat nak tuliskan rasa kesedapan nes ini.

Maggi Oat Mee 
Apa agaknya kalau kita masukkan oat kedalam maggi ? selalunya nampak di iklan TV sahaja ... terasa nak cuba juga la , tak nak ketinggalan gitu . Lisa tak sempat masak lagi , kalau dah masak nanti akan share rasa dan bau , sedap ke tidak kepada korang ye . Tak sabarnya rasa.

Food Cooper Tefal
Food cooper ni memudahkan kerja kita di dapur . Terutama kalau nak potong bawang tu ha .. tak perlu berpedih mata. Tarik-tarik dah siap .. juga tak perlu gunakan lektrik .

Rambang mata dengan banyaknya barangan yang SALE. adeh ... Time seperti inilah yang pastinya akan ditunggu-tunggu setiap tahun . Seperti jualan gudang , memang tak akan rugi weyh.. Semuanya korang boleh tengok di link Online Revolution .



Lazada Membawa 1000 Jenama untuk Jualan dalam Talian Terbesar di Asia Tenggara
Lazada Malaysia menawarkan jenama terkemuka dengan tawaran yang hebat untuk rakyat Malaysia

 Lazada Malaysia membuka tirai kepada jualan dalam talian terbesar di Asia Tenggara, “Online Revolution” dengan penyertaan lebih daripada 1000 jenama dan 55 000 peniaga tempatan dan antarabangsa. Acara selama sebulan ini yang akan bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016 adalah jualan “Online Revolution

Tema untuk jualan “Online Revolution” pada tahun ini ialah “Jenama untuk Semua” (Brands for All) yang akan menandakan evolusi Lazada sebagai hab untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.


 

Mengenai “Online Revolution” Lazada

“Online Revolution” Lazada adalah acara menjual dan membel-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. 

Lazada memulakan “Online Revolution” pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.

“Online Revolution” 2016 Lazada akan menyaksikan penyertaan jenama-jenama terkemuka yang sekaligus akan menawarkan beraneka produk popular dan berkualiti, dan tawaran yang terbaik untuk para pengguna dari Asia Tenggara.

Mengenai Lazada Group
Lazada Group mengendalikan  Lazada, destinasi beli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara, dengan kewujudan di Indonesia (www.lazada.co.id), Malaysia (www.lazada.com.my), Filipina (www.lazada.com.ph), Singapura (www.lazada.sg), Thailand (www.lazada.co.th), dan Vietnam (www.lazada.vn).

So apa tunggu lagi.. Jom la ramai-ramai serbu Lazada , setahun sekali je Online Revolution dengan diskaun gila-gila seperti ini.

© all rights reserved
made with by templateszoo