Ad

Niat puasa bulan Rejab

 
 Niat puasa bulan Rejab | Bulan Rejab adalah bulan Allah .Kemuliaan Rejab dengan malam Isra’ Mi’rajnya, Sya’ban dengan malam nisfunya, dan Ramadhan dengan Lailatul-Qadarnya.



Niat puasa bulan Rejab :
“Sahaja aku berpuasa sunat esok hari dalam bulan Rejab kerana Allah Taala”

MUST WATCH: One LAST chance to catch Paul Walker in his latest and final movie.
Tiada hadis yang mewajibkan untuk berpuasa direct sebulan melainkan hari haram dalam bulan Rejab ini. cuma Nabi banyak berpuasa pada bulan Rejab.
Dan beberapa kelebihan  menjalankan puasa dibulan Rejab ialah :

-Mendapat Pahala
-Terlepas daripada dahaga di akhirat.

Lakukanlah amalan baik di bulan Rejab seperti ; Bersedekahlah , berpuasalah dan bacalah Al Quran . Boleh berpuasa tidak lebih dari 15 hari  , selang sehari seperti Nabi Daud. Jika puasa lebih juga,, tidak haram  dapat pahala . Yang makruh ialah berpuasa direct sebulan.


See you Again Guitar Cord [F&F7-Wiz Khalifa]

 See you Again Guitar Cord [F&F7-Wiz Khalifa] | Lagu ini menjadi top hits setelah pelancaran Fast And Furious 7 dan dinyanyikan oleh Wiz Khalifa vs CHarlie Puth . Lagu ini ditujukan  untuk Paul Walker selepas kematiannya yang disebabkan oleh kemalangan jalan raya 30 November 2014 ( 30 November Birthday Lisa tu  :'(   soobb) . Mesti ramai yang pernah dengar di radio ataupun di youtube. Dan sekarang Lisa bagi cord guitar untuk lagu See You Again Tersebut.



See You Again -Wiz Khalifa vs Charlie Puth.
Em   G             C                   G
It's been a long day without you my friend
   Em    G                         C            G
And I'll tell you all about it when I see you again
 Em  G                   C              G
We've come a long way from where we began
Em              G                        C              G
Oh I'll tell you all about it when I see you again
                C             G
When I see you again

Rapp :

Em  G  C G
Damn who knew all the planes we flew
Good things we've been through
That I'll be standing right here
Talking to you about another path
I Know we loved to hit the road and laugh
But something told me that it wouldn't last
Had to switch up look at things different see the bigger picture
Those were the days hard work forever pays now I see you in a better place
How could we not talk about family when family's all that we got
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride



                     Em   G             C                   G
It's been a long day without you my friend
               Em               G                         C            G
And I'll tell you all about it when I see you again
                            Em  G                   C              G
We've come a long way from where we began
               Em              G                        C              G
Oh I'll tell you all about it when I see you again
                C             G
When I see you again

Em    G    C    G  Em    G    C    G

Rapp :

 Em  G  C G
First you both go out your way
And the vibe is feeling strong and what's
Small turn to a friendship a friendship
Turn into a bond and that bond will never
Be broke and the love will never get
And when brotherhood come first then the line
Will never be crossed established it on our own
When that line had to be drawn and that line is what
We reach so remember me when I'm gone
How could we not talk about family when family's all that we got?
Everything I went through you were standing there by my side
And now you gonna be with me for the last ride

Bridge :
 C          G               D
So let the light guide your way
C      G                  D
Hold every memory as you go
   C              G
And every road you take
   G -  D - Em - D - C
Will always lead you home






          

Em      G             C                   G
It's been a long day without you my friend
       Em               G                         C            G
And I'll tell you all about it when I see you again
            Em     G                   C              G
We've come a long way from where we began
          Em              G                        C              G
Oh I'll tell you all about it when I see you again
                C             G
When I see you again



Terimakasih Merosakkan Barang Saya

Terimakasih Merosakkan Barang Saya | Etika meminjam Barang,pinjam barang elok dan pulangkan barang elok seperti keadaan ketika meminjam. Memang naik angin la kalau barang yang selama ini Lisa jaga bak menantang minyak penuh,Kemudian ada orang pinjam tanpa meminta persetujuan dari Lisa Dan rosakkan. ROSAK BEB kasut Adidas kesayangan gua. Adapulak orang tu nak masuk hutan dengan litar yang berbatu dan tanah basah..memakai kasut Adidas Lisa yang biasa pakai untuk jalan. Haisshh,.. Memang tak suka barang kesayangan kena pinjam orang tanpa pengetahuan lisa. 

Nak marah pun tak guna , membebel pon masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dia rosakkan sampai alas kasut bagian dalam tu ntah pergi mana . Kotor tanah merah boleh dicuci tapi kalau bagian rosak.. macam mana nak cari ? Huh !






Upgrade Android Version Lolipop


Upgrade Android Version  Lolipop | Ramai kawan pengguna smartphone telah bertukar android dari version kitkat kepada Lolipop. Android  version 5.0.2 , siri terbaru yang ada untuk handphone. Semalam Lisa godeh punya godeh handphone , dapat notification suruh upgrade ke version yang terbaru . Dan Lisa tekan la upgrade pada Sony Z2 kepunyaan Lisa. Sebelum ini mr. Hati Batu juga ada tanya , dah tukar ke Lolipop atau belum . Hahah Lisa jawap belum la.. Sebab ingatkan kena install ke PC macam up android version KITKAT dulu. Cara senang upgrade untuk bertukar ke android lolipop, tekan pada notification yang keluar dan kemudian upgrade. Atau kalian Boleh cari dalam setting phone . Jangan Malas ! hehe tentunya Up lah ketika line internet tu cantik.. nanti cepatla proses untuk upgrade tu . 


Best tak selepas tukar ke android version lolipop atau 5.0.2 ?  Memakan masa 10 minute sahaja untuk upgrade atau bertukar ke version yang terbaru , dan memang agak kekok sebab belum terbiasa la kan . Sampai Lisa nak tukar mode Hp ke silent pon tak tahu! hahah . Version Kitkat dulu tekan button on-Off sahaja then screen akan memaparkan pilihan sama ada silent, vibrate atau loud. Haha Jakun. Selepas upgrade , handphone macam paparan I-Phone .Kena swicth ke atas baru akan nampak button password . Whatsapp pula, dah macam messager facebook. Profile picture akan keluar gambar dalam Bulatan, bukan petak. 




Samsung bila lagi ? 


Joging Malam Di Tasik Tapi ..

Joging Malam Di Tasik Tapi .. | Kebiasaan orang akan joging dipagi hari , atau petang dalam pukul 5-6 pm. Tapi berbeza dengan orang lain, Lisa dan rakan sekerja berjoging malam hari pulak.Kedengaran pelik untuk beberapa orang namun , ternyata ramai juga orang yang berjoging malam disini. Dataran Tasik Kluang , ya .. Lisa dan rakan sekerja serta boss memilih untuk berjoging disini.Tasik ini telah diubah suai dan hasilnya memang berbeza dari tasik yang sebelum ini. Lebih cantik. 

Tasik ini disebelah tepi jalan sahaja , Keselamatan aman sahaja sebab bukan seperti tasik lain yang mungkin relative dengan suasana gelap dan sunyi. Ramai juga orang berjoging disini. Kebanyakan ahboy and ah moi ( orang chinese yang muda ) berjoging disini. Fuh berpeluh-peluh . Ada juga yang melayu, namun mereka bermain roller skate and skyboard di litar yang telah disediakan . 

Tasik yang bersih dan memang cantik, ada papan tanda yang mengingatkan berapa ratus meter kalian tela berjalan atau berlari. Namun sayangnya masih ada orang yang tidak berperikemanusiaa , merokok di laluan orang joging , menghalang jalan , dan satu lagi.. masih ada budak-budak berdua-duaan di tempat gelap. Aiyork.. memang la tepi laluan orang jogging tu je , namun tempat tu gelap dan jauh dari orang ramai . Tak percaya ? Zoom je tengok pada gambar diatas. Memang la tak mengganggu tapi tak elok dipandang orang gitu. 




Penat selepas jogging 5 KM , haha 5Km je pun tapi oklah berpeluh-peluh.Badan rasa macam dah turun 1kg. hahaha. Dah kurus nak kurus apa lagi ? bukan nak kurus hokay ,, Nak sehat je . Sebab itu lah Lisa nampak muda dari usia sebenar. hehehe 

RSS GRAFFITI Ditutup 1 MAY 2015

RSS GRAFFITI Ditutup 1 MAY 2015 | Bagi blogger , RSS Graffiti sedikit membantu mempubliskan entri yang telah ditulis kerana akan secara auto share ke laman sosial seperti Facebbok tanpa menunggu kita yang share. Hurm , Namun sayang la... dapat la surat cinta dari pihak RSS Graffiti, yang menyatakan akan ditutup bermula 1 May 2015. Peliknya hari ini entri Lisa takda satu pun yang keluar di facebook . Huwaaa... sedih.. berkurang lah trafick Lisa.

Adeh , berkurang la sikit mood lisa nak berblog.Ecececeh macam lah selama ini rajin. Setelah Fanpage sekrang RSS pulak kena close down. Hahaha.. Tak cukup dengan GST , semua memerlukan uang dah  $$$ .

Dan surat cinta dari RSS Graffiti ":

" We regret to inform you that as of May 1, 2015, the RSS Graffiti application will no longer be available to serve you. Please ensure that you transition your account. For more information, please visit www.rssgraffiti.com.

Any sugestion untuk share link blog secara auto ke media sosial ? Kongsikan dengan saya ! :) 

Lirik Marry Me -Mark Adam

Lirik Marry Me -Mark Adam | Pertama kali dengar lagu ini di radio, best la pulak. Lagu yang santai dan juga felling happy kalau dengar musik ini. Mark Adam , Lisa ingat lagu orang putih tup-tup lirik bahasa Malaysia. Lagu yang menceritakan lelaki tu buat vlog untuk ajak kahwin wanita yang dia suka. Haha..Tengok dari video macam pembuatan recording lagu ini di area Melaka.

Lirik Marry Me -Mark Adam
Bila sendiri
Ku nyanyikan lagu ini untukmu

Ku tulis namamu di pintu
Ku ukir namamu di atas jalanan
Meski pun kita berbeza
Ada sesuatu yang perlu ku jelaskan

I love you
I love you ohh
Ku mencintaimu

Marry me
Marry me ohh
Sudikah kau menjadi isteri

Renung di dalam mataku
Dirimu mengisi setiap penjuru
Tiada lain hanya kamu
Ku pasti engkau tahu apa mahuku

I love you
I love you ohh
Ku mencintaimu

Marry me
Marry me ohh
Sudikah kau menjadi isteri

Aku percaya
Kita akan bersama

I love you
I love you ohh
Ku mencintaimu

Marry me
Marry me ohh
Sudikah kau menjadi (isteri)

Marry me
Marry me ohh
Sudikah kau menjadi (isteri)

Marry me
Marry me ohh
(Sudikah kau menjadi isteri)



wanna marry me ? :D 

Manfaat Baby Oil Yang Anda Tidak Tahu

Manfaat Baby Oil Yang Anda Tidak Tahu| Baby oil sejenis minyak yang biasa kita sapukan ke rambut baby. Memang akan nampak smooth,lembut dan wangi rambut baby. Namun TAHUKAH ANDA bahwa baby oil bukan hanya boleh digunakan untuk baby sahaja.. namun orang dewasa juga boleh menggunakan baby oil tersebut untuk kegunaan lain. Manfaat baby oil yang anda tidak tahu salah satunya untuk kegunaan wajah. 

Manfaat Baby Oil ;
1. Melembutkan rambut baby dan mewangikan rambut.
2. Baby oil berkesan untuk menghilangkan bekas maskara.
3. Menghilangkan eyeline waterproof. Tak perlu susah susah dan memakan masa yang lama untuk menghilangkan eyeliner yang degil. Cukup sapu dengan baby oil.
4. Untuk kegunaan minyak urut.

Orang dewasa tidak digalakkan memakai baby oil di rambut kerna akan menyebabkan rambut kejang dan kasar  .

Terimakasih untuk yaya kerna berbagi kongsi tips yang bermanfaat. Bermula dari mencari pengganti minyak rambut dan akhirnya keluar tips manfaat baby oil. Selamat mencoba !


BIODATA SYARUL RIDZWAN [Tengku Zaril -Pelakon Hati Perempuan]

BIODATA SYARUL RIDZWAN [Tengku Zaril -Pelakon Hati Perempuan] |Garang , kurang senyum , tetap dengan pendirian sendiri,tak suka diatur itulah watak tengku Zaril Hero dalam drama Hati Perempuan di TV3. Dilakonkan oleh SYARUL RIRZWAN, seorang jejaka kacak yang pernah mendapat tempat ketiga pertandingan HERO REMAJA tahun 2012. Tinggi woo 179cm    , nama yang meletup setelah memerankan watak tengku Zaril atau Aril dalam drama Tv3 ini.

Ketahui lebih banyak mengenari dirinya ,jom baca . 


Biodata Syarul Ridzwan [Tengku Syaril ]Hati Perempuan TV3

Nama penuh: Mohd Saharul Ridzwan Hashim

Nama Popular: Syarul Ridzwan

Tarikh Lahir: 24 Januari 1989

Umur: 26 tahun (2015)

Agama: Islam

Asal: Kuantan, Pahang

Alamat Terkini: Kuala Lumpur

Kerjaya : Model, Pelakon dan Pengacara

Hobi: Pelihara Kucing

Pendidikan: Diploma in Aircraft Maintenance Technology

Tinggi: 179cm

Berat: 72 Kg

Twitter: https://twitter.com/syarulridzwan

Instagram: https://instagram.com/syarulridzwan


Facebook ; www.facebook.com/srtigers

Drama/ Telefilem:Kabin Di Tepi Tasik, Laila Majnun, Untuk Bonda, Cinta Mat Semperit, Sirna, Kata Samseng, Titisan Keinsafan, Yibbie, You Mr. Arrogant Raya, Raya, Opps Terlebih Pulak, Klon Ustaz, Hujan Azaril, Cinta, Maskara, Love You Mr. Arrogant, Sweetheart Fantasia, Tanah Kubur, Romi Cinta Julia, Kifarah, Cepat, Fajar Aiman, Berlima Ramadan, Hati Perempuan 2015


EH... sama umur dengan Lisa rupanya. Opsss Lisa tahun ini baru 20. Heeww hewww.. Berbagai activity yang Syarul kongsikan di instagram dia. Jangan lupa follow ig saya sekali..heheh @mawar_biru89! 

Pokok TONGKAT ALI Dan Manfaat

Pokok TONGKAT ALI Dan Manfaat | Mendengar nama Tongkat Ali apa yang ada dalam fikiran kalian ? pastinya minuman yang mempunyai manfaat mampu menguatkan tubuh dan menambah stamina terutama untuk lelaki. Sudah tidak asing jika beberapa minuman yang dicampur dengan ramuan tongkat ali dijual dan di produksi untuk minuman kerana khasiat yang bagus untuk tubuh. Namun pernahkah kalian melihat sendiri bagaimana rupa pokok tongkat ali ? 

Lisa dapat pokok ini dari Kuantan. Actually ialah dari kawan boss , Boss ade lah projek sikit yang dibuat di Kuantan Pahang sana. Lisa ingat kayu baling ular tadi. Haha. Then dia bagitaula ini Tongkat Ali. Serious, ini kali pertama Lisa tengok batang tongkat ali. Jakun betul lah kan. Laddy boss bagitau yang orang-orang cina cakap kulit atau kepingan tongkat ali ini (seperti dalam gambar ), masukkan dalam sup ayam nanti badan akan kuat dan elak dari sakit. Maksud dia untuk meningkatkan daya tahan tubuh . Aik, iyeke.. takut Lisa makan nanti jadi lain pulak. Hahaha .

Beberapa Khasiat dan Manfaat Tongkat Ali :  
1. Meningkatkan gairah seksual.
2.Menjadikan tulang lebih kuat.
3.Meningkatkan kepadatan otot.
4.Mengurangi lemak tubuh.
5.Meningkatkan laju pembakaran energi dan fosforilasi oksidatif.
6.Meningkatkan pembentukan sel darah sehingga membantu mempertahankan tingkat energi yang lebih tinggi dan mempercepat masa regenerasi dan pemulihan setelah sakit atau setelah terluka.
7.Meningkatkan fungsi otak termasuk daya ingat.
8.Mengurangi stres dan membantu mempertahankan suasana hati yang gembira.

Mengurai Lemak ? wah memang sesuai untuk orang berdiet. Hehe . Untuk Lisa lebih kepada mengurangi stress kot. Apapun thank you boss. sebab dah bagi tongkat ali untuk saya . Well.. Lisa memang tau kalau cina buat sup ayam atau sup herbal memang superbb sedap. Main campak-campak bahan then tak perlu tambah perisa. Tapi ... Sup ayam yang dihasilkan.. nyummiiiee memang sedap! untuk orang berpantang atau demam memang sesuai. 

Hadiah Birthday Terawal dan Unik

Hadiah Birthday Terawal dan Unik | Selamat hari jadi dan selamat hari beranak untuk saya ! Biasanya orang akan bagi hadiah , balut cantik-cantik guna kertas sampul hadiah gambar kek , teddy bear , Love , kaler pink.. namun kali ini ada sedikit kelainan untuk hadiah hari lahir Lisa tahun ini. Bukan sedikit tapi memang 180darjah berbeza !!

Tiada kartu ucapan , tiada balutan kertas hadiah cantik , dan bukan depan-depan diberikan oleh nya . Haha tapi hadiah itu teramat unik dan pelik . Pelik ke ? Hadiah yang Lisa dapat dibalut oleh sampul pos laju saiz XL , dan apakah hadiah misteri tersebut ? Memang diluar minda dan tak seperti yang kalian bayangkan . Ya.. Lisa tahu , kalian akan fikir , Tudung , baju , jam tangan , kasut, purse , beg, teddy bear ? SALAH !


Tada,,, Hadiah yang diberikan olehnya ialah set Router WIFI dari HUAWEI bersirikan LTE CPE B593 ! Mainstream bagi bear je kan untuk kebiasaan orang lain.. yang kali ni dia bagi kelainan . Haha.. Kelebihan router ini :
-LTE modem enables fast internet access for high -speed surfing and download rater up to 150MBPS within 20M bandwidth
-Firmware automatic upgrade using internet .
-Automatic configuration of router acces.

Disebabkan di rumah dan di tempat kerja line internet macam chipsmore sekejap ada sekejap tiada. Maka dengan baik hati si mr Hati Batu memberikan Router LTE CPE B593 ini untuk saya . Haha lepas ini tiada reason gangguan internet or bla bla . Dengan kelajuan download up to 150MBPS , laju macam rimau . *eh tiadakaitan . 

Terimakasih MR. Hati Batu. gaduh-gaduh juga, tapi hadiah tetap bagi. Hahaha. Anyway birthday Lisa lambat lagi. Bulan November nanti. Wakakaka memang terawal sangat la hadiah ini.

Sifat Lelaki Selepas berkahwin

Sifat Lelaki Selepas berkahwin Akan Berubah | Orang yang berkahwin sedikit banyak akan berubah. Mungkin sebab dia telah berkahwin pemikiran akan jadi lain. Boleh Jadi bertambah ego,atau menjadi lebih pemurah senyum.  AKu melihat banyak di sekelilingku yang berubah. Entah itu family atau kawan rapat maybe. 

Rileks jangan marah kaum Adam,kaum istri pun akan sedikit berubah kaau dah berkahwin. Mungkin pemikiran mereka kot,sebab ada sejuta benda nak fikir.Atau mungkin sebab ada baby? Congratulations la.  Tapi,, pernah tak kalau sikap kalian yang sebegini membuat orang sakit Hati. Well.. Dulu aku selalu share sejuta rasa dengan my brother (bukan kandung) Tapi Selepas dia berkahwin ni jadi lain macam pulak. HurM... Aku share ketidakpuasanku terhadap satu kedai ni ha. Pastu Dia leh lak cakap aku bising-bising Kat dia watpe. Hurm.. Mungkin bini dia tengah pregnant kot. Berubah... Lelaki akan berubah. Kakak gua pon Sama... Selepas dia berkahwin... Sikap dia pon dah berubah. Macam forever alone la pulak Lisa.

Tak semua..Ada je dari yang dulu garang macam bapak singa.. Tapi lepas kahwin je berubah dari peramah. Haa tips apa pun saya tak tau la. Lelaki ni pelik.  Sungguh pelik.


Biodata Mia Ahmad | Hati Perempuan

Biodata Mia Ahmad , Pelakon Hati Perempuan TV3 | 
MIA AHMAD .,Pelakon cantik dan juga manis yang memerankan watak YUHANIS dalam drama Hati Perempuan TV3 ini mula memikat penonton . Hee termasuk la saya , Sebelum ini saya tak kenal pon siapa dia. Tapi setelah tengok drama ini dan dia memegang watak utama drama Hati perempuan menggantikan Teman Lelaki Upahan di TV3 setiap Isnin-Kamis jam 6.55 petang  .. boleh tahan manis jugak  . Umur baru 27 tahun untuk tahun ini. Yang paling lisa suka ialah , gigi dia .. Cantik@Cantik!I Like IT. Dan juga lakonan dia. 
Jom ketahui lebih lanjut mengenai biodata pelakon ini.

Biodata Mia Ahmad Pelakon Hati Perempuan Tv3: 

Nama penuh: Shamiha Binti Ahmad Baderi
Nama Popular: Mia Ahmad
Umur: 27 Tahun (2015)
Tarikh Lahir: 22 Februari 1988
Asal: Taiping, Perak
Twitter: https://twitter.com/miaahmad
Instagram: https://instagram.com/mia.ahmad
Facebook: https://www.facebook.com/miaahmadofficial
Kerjaya : Model Freelance, Model Iklan & Pelakon
Pendidikan: SMK (P) Treacher Methodist, Taiping
Drama /Telefilem: Romi Cinta Julia, Rindu Awak 200%, Atie Setan, Ku Tak Rela, Hati Perempuan (2015)








Semoga success untuk kerjaya Mia. 

Kad Jemputan Kahwin Unik

Kad Jemputan Kahwin Unik | Bicara mengenai perkahwinan pastinya sibuk menyiapkan persiapan yang sebenarnya sederhana tapi menjadi macam kesuntukan masa. Beberapa bulan lagi ingin memasuki alam perkahwinan , pastinya kalian tidak lupa memberikan kad jemputan kepada tetamu seperti rakan sepejabat, rakan sekolah , atau kenalan dari mana pun untuk turut sama meraikan hari bahagia kalian. 
Untuk kalian yang nak menikah dalam msa terdekat , dah tempah kad jemputan kahwin atau belum ? Mungkin kalian pernah dengar beberapa kad jemputan kahwin yang unik seperti kad yang berbentuk bill lektrik , kad pengenalan , atau kad jemputan kahwin pelik lainnya . Hari ini Lisa tunjukkan kad jemputan kahwin yang termasuk unik juga lah .

Peminat bola Manchester United memang dah tak asing lagi dengan gambar ini. Ya.. ini ialah logo untuk kelab bola sepak dunia Manchester United . Lisa pon salah seorang peminat team ini. Hehehe. Well.. unik bukan ? tak pernah sampai terfikir kesitu pulak. Hahaha.. Kad jemputan kahwin kalian pulak macam mana ? simple , elegant , cantik , mahal atau unik ? jom kongsikan .


© all rights reserved
made with by templateszoo