1st Mini Cash Giveaway 2015: www.bubblynotes.com | Setelah tertunda selama beberapa hari akhirnya sempat juga join giveaway dari www.bubblynotes.com blog milik kak Farah . Sibuk mengalahkan Menteri . haha.
OK kalau nak suruh nyatakan apa-apa sahaja mengenai Blog, Kak Farah atau Ash , Lisa pilih Perkara yang sedikit banyak mengenai kak Farah . KakFarah ,menurut Lisa la ye , Kak Farah Strong woman, strong mummy . Kuat dalam erti mampu bekerja ,mampu bagi masa dan curahkan kasih sayang kepada Ash anak kak Farah. Ditengah kesibukan dia bekerja mesti penat kan kalau balik kerja , namun masih sempat membagi waktu juga untuk blog dia . Lisa ni yang bujang lagi pun kadang tak mampu nak bagi masa untuk semua tu .
Jom meriahkan1st mini giveaway www.bubblynotes.com ini . Klik Banner untuk join.
Keputusan Penuh Anugerah Juara Lagu 29 ,AJL 29 | Masing-masing ke 12 finallis AJL 29 telah melakukan persembahan yang sebaik mungkin . Dan Hadiah bernilai RM50,000 beserta trofi untuk Juara Lagu, RM35,000 untuk naib juara dan RM20,000 untuk tempat ketiga. Pemenang Vokal Terbaik dan Persembahan Terbaik juga masing-masing menerima hadiah RM20,000.
Berikut adalah Keputusan Penuh Anugerah Lagu 29 ,
Juara AJL 29 : Joe Flizzow dan Sonaone – Apa Khabar
Tempat Kedua : Shila Amzah – Masih Aku Cinta
Tempat Ketiga : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
Vokal Terbaik : Dayang Nurfaizah – Di Pintu Syurga
Persembahan Terbaik : Mojo & Caliph Buskers – Romancinta
Tahniah kepada Joe Flizzow feat Sonaone dengan lagu apa khabar kerana telah menjadi pemenang AJL 29.
LIVE STREAMING AJL 29 | Kemuncak Anugerah Juara lagu 29 atau AJL 29 akan berlangsung malam ini 18 Januari 2015 . AJL 29 akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil menyaksikan pentas AJL29 kembali kepada sesebuah karya muzik yang mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil itu mencetuskan gema yang akan mennghiasi AJL29 pukul 9 Malam nanti. Untuk kalian yang tidak sempat menyaksikan secara langsung atau didepan TV boleh tonton secara online
Tonton AJL 29 secara langsung / LIVE STREAMING AJL 29
Senarai Finallis AJL 29 | Kemuncak Anugerah Juara lagu 29 atau AJL 29 akan berlangsung malam ini 18 Januari 2015 . Persaingan antara dua genre Pop dan Hip Hop akan berlangsung mewarnai pentas AJL 29 malam ini. Bertemakan Gema Dalam Muzik, Stadium Putra, Bukit Jalil menyaksikan
pentas AJL29 kembali kepada sesebuah karya muzik yang
mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting dalam penghasilan
bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil itu mencetuskan gema yang akan
mennghiasi AJL29 pukul 9 Malam nanti. Dan 12 senarai lagu akan bersaing di malam Anugerah Juara Lagu 29.
Giliran Persembahan AJL 29 18 Januari 2015
* Malaikat (Omar K/Mike Chan/Hazama The Penglipurlara)
* Percayalah (Aiman/Mohd Atlas/Indah Ruhaila)
* Sesal Separuh Nyawa (Alfie Alwi&Aidil/Shah Shamshiri&Alyah/Alyah)
* Gadis Jelebu (DJ Fuzz/ Waris/Datuk Hattan
* Romancinta (Edry Abd Halim/ Edry Abdul Halim/Mojo)
* Rentak Lagu (Sam Bunkface/Sam Bunkface/ Bunkface&Amy Search)
* Matahari (Ajai/Transformer Melayu/Hafiz Suip).
* Gilalah (Omar K/ Mike Chan/Stacy)
* Di Pintu Syurga (Tam/Iman Imran/Dayang Nurfaizah)
* Apa Khabar (SonaOne&Joe Flizzow/Joe Flizzow/SonaOne&Joe Flizzow)
* Lelaki (Yuna/AG Koko/Najwa Mahiaddin bersama The Palauans)
* Masih Aku Cinta (Shila Amzah)
Siapakah yang akan menjadi Juara untuk malam ini ? saksikan AJL 29 ,18 Januari 2015 pukul 9 malam ini.
Tonton AJL 29 secara langsung / LIVE STREAMING AJL 29
Best Ke Bermain ROLLER SKATER ? | Malam tadi ,Untuk kali pertama Lisa bermain kasut roda atau Roller skater . Selama ini hanya tengok orang main je dan dengan poyo bercakap dalam hati "eleh.. setakat main kasut roda je pon semua orang boleh main " . Sebab kebanyakan yang main budak-budak. Sampai masa malam tadi kawan Lisa ajak pergi dataran Kluang untuk bermain kasut roda.
Sampai di Dataran Tasik Putih, , orang ramai gila woo . Kena beratur tunggu. Johor Juma'at dan Sabtu cuti, malam minggu bertukar malam sabtu. Kena beratur, saiz kaki kecik macam Lisa ade pukul 11 atau mid night. 1 jam juga kena tunggu, sementara itu Lisa main bubble .
Ternyata bermain roller skater ni tak mudah, boleh tahan susah . Ada tehnik untuk memakai kemudian berjalan menggunakan kasut roda ini. Terjatuh dan kemudian bangun. Lisa diajar oleh Amoi cun , heheh umur dalam 18tahun macam tu lah. Meskipun dia kurang fasih berbahasa melayu, namun gigih dia ajar juga. Yang lain lelaki, tak kan Lisa nak minta ajar mereka. Mula-mula aku duduk , pastu kaki dia himpit guna kaki dia then kemudian amoi tu tarik tangan Lisa sampai boleh berdiri. Kemudian papah sampai ketengah dataran , tempat untuk main Roller skate tu . Mula-mula kasut kena tegak, kemudian buat posisi kaki "V" , sedikit cangkung , tangan pegang ke lutut. Kemudian, try untuk berjalan perlahan-lahan. Berkali-kali jatuh , namun nasib baik amoi tu sempat tangkap badan Lisa. Lisa jatuh dalam pelukan dia,hehe. Masa ini lah dah tak perduli walaupon ada ramai orang yang duduk ,tengok kita sedang main roller skater . Terjatuh dah menjadi hal biasa.
Dan selepas setengah jam belajar, akhirnya Lisa dah mula berjalan perlahan-lahan tanpa bantuan mereka. Berpeluh-peluh pon ada. Nak tahan keseimbangan badan diatas kasut roda ni . Jatuh dua kali tanpa bantuan orang dah kali ni. Orang cakap jatuh kedepan tak apa, jangan jatuh kebelakang. Jatuh kebelakang sangat sakit . Dan ternyata betul , haha dua kali aku terjatuh, kedepan dan kebelakang . Sampai sekarang sakit ! Kedua kaki lebam biru , tangan pon lebam dan sakit sebab ketika jatuh kedepan, Lisa tahan guna tangan kiri, Dan time jatuh kebelakang terasa tulang-tulang ini retak. Haha amboi tak sampai macam tu sekali lah, hanya terasa lebih sakit kalau nak duduk.
Harga untuk menyewa kasut roda ini murah sahaja , Satu jam rm5 . Dan kalau kalian tak da bawa persiapan stoking, kalian boleh beli di tempat penyewaan orang tu seharga rm2. MURAH kan ! satu jam rm5 sahaja. Pandai orang tu memanfaatkan peluang untuk berniaga . Peramah dan juga friendly dengan orang . Sesiapa yang nak cuba boleh la datang sini, menyediakan penyewaan kasut roda untuk bermain roller skater di Dataran Kluang . Datang malam ye, kalau siang nanti panas dan lagipun tak da orang . haha.
Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 10 | Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 10 ,Jumat 16 Januari 2015. Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 10 secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .
Pada minggu yang kesepuluh ini para peserta akan membawakan tema : Trend Terkini dan Radio .Peserta yang berhasil hadir pada minggu ke sepuluh ialah
SHIRO
BOCEY
NABIL
VIRUS
SYJ
ZERO
SEPAHTU
Siapakah yang akan tersingkir pada malam ini dan siapakah team yang akan tetap bertahan menuju ke minggu selanjutnya ?
*link akan dikemaskini setelah rancangan mula disiarkan.
Live streaming Maharaja Lawak Mega Minggu 10 :
*klik untuk tonton.
Tonton Online : Maharaja Lawak Mega Minggu 10 Video Maharaja Lawak Mega 2014 FULL
PLAN TERBARU CELCOM POSTPAID | |Celcom kini mengeluarkan plan Postpaid atau pascabayar terbaru untuk pakej data dan juga voice iaitu Celcom First Basic dan juga Celcom First Elite . Celcom First Basic komitmen bulanan rm85 dan pelan Celcom First Elite komitmen bulanan rm235 . Pelan yang ditawarkan lebih mengutamakan kepada peribadi, khas dan juga eksklusif.
Celcom First Basic ,Apa yang menariknya pada plan celcom First yang ini ?
Berikut adalah pakej yang ada didalam pelan Celcom First Basic :
-Komitment bulanan sebanyak rm85
-Menawarkan internet 2GB+2GB Wifi.
-Panggilan percuma 100 Minutes ke semua rangkain
-SMS percuma 100 sms ke semua rangkaian.
Yang menariknya dari pakej ini, sebaik sahaja peruntukan FIRST BASIC kalian telah digunakan sepenuhnya, pelan kalian akan diselaraskan secara automatik kepada salah satu daripada
OPTIMISER INTERNET : tambahan internet sebanyak 2GB + 2GB WIFI secara percuma
Hanya satu pakej OPTIMISER sahaja yang kalian boleh pilih , sama ada tambahan internet atau panggilan + sms. Jadi pilihlah berdasarkan penggunaan kalian, mana yang banyak dan mana yang rasa kalian lebih perlukan.
Sebaik sahaja peruntukan pelan FIRST BASIC telah digunakan sepenuhnya ,caj biasa akan dikenakan :
Cas panggilan Video & Suara (kesemua rangkaian ) : 15sen/min
Cas SMS/MMS (Kesemua rangkaian ) : 15sen/sms/mms
cas penggunaan internet : 50SEN/ 20 MB
Celcom FIRST ELITE , Pelan pascabayar ini akan dissertakan dengan 2 nombor ,KAD SIM PERTAMA dan KAD SIM KEDUA. Kedua-dua kad sim ini memang akan diberikan , tidakk boleh pilih satu sahaja.
FIRST ELITE simcard pertama menawarkan :
-Internet 3GB +3GB WIFI
-Panggilan percuma 200 Minute
-SMS percuma 200 Minute.
Begitu juga dengan Kad SIM Kedua First ELite menawarkan : Internet percuma 3GB + 3GB WIFI , Panggilan percuma 200 Minute dan SMS percuma 200 SMS.
Sebaik sahaja peruntukan FIRST ELITE kalian telah digunakan habis sepenuhnya ,pelan akan diselaraskan secara automatik kepada salah satu daripada
Jika peruntukan OPTIMISER itu pun telah habis, caj biasa akan dikenakan :
Panggilan Video/ Suara (kesemua rangkain ) 10sen
SMS (kesemua rangkaian ) 10SEN
Internet : 50sen /20MB.
Optimiser ini hanya diberikan kepada plan simkad pertama sahaja, dan tidak sah untuk kad SIM kedua.
KEISTIMEWAAN Khas bagi pengguna FIRST ELITE :
1.Pilih nombor pilihan dari senarai nombor eksklusif dengan FIRST ELITE
2.Tempat letak kenderaan disediakan eksklusif untuk kalian di BLUE CUBE dan Celcom Center Terpilih . VIP Parking .
3.Jadi yang pertama untuk menempah dan memiliki peranti terkini pada hari pelancaran.
4. Nikmati suasana santai bersama hidangan ringan eksklusif di ruang menunggu premius khas untuk pelanggan ELITE apabila anda ingin mendapatkan leperluan telco anda.
5.Kaunter dan perunding khidmat pelanggan khas untuk anda di Blue Cube dan Celcom Center . Nikmati keistimewaan khas dan layanan khusus daripada khidmat pelanggan dengan mendail 1881.
untuk lebih lanjut layari web rasmi celcom di www.celcom.com.my
Wajah Alergik Atau SUNBURN ? | Ketika ditempat kerja, pukul 2 petang macam tu lah tiba-tiba tergerak hati nak tengok cermin. Cermin dan perempuan tak terpisahkan . Hehe. .. nak keluar beli makanan untuk Lunch , kena la tengok cermin dulu. Mana tau kang ade taik mata atau airliur basi ketika aku tertidur . OPSS kantoi pulak ,hehe. Dari pagi hingga ke petang takda customer jadi dengan kondisi aku kerja sensorang, siapa yang tak bosan dan mengantuk lah kan.
Tapi tiba-tiba ada kelainan yang berlaku diwajahku. wajah bertukar menjadi ruam kemerahan , Bagian sebelah dagu ada nampak pink , merah seperti bekas tahan dagu guna tangan ketika duduk. Tapi kalau betul kerana macam tu , kenapa tanda ruam tu tak hilang selepas beberapa jam? Adakah aku alergik dengan udang "Chrispy Prawn " menu baru dari KFC ? Tapi sebelum ini tak da pulak Lisa alergik dengan makanan laut.
Hari berganti malam , ruam merah masih tak hilang . Yang ada semakin merah lah. SUNBURN ? tapi kenapa hanya kat gadu sahaja ? lagipun Lisa tak ada aktivity yang terdedah dengan matahari secara langsung Pelik oh pelik. Semalam mengada sangat pakai pelembab sahaja time pergi kerja , tup-tup dah jadi ruam pula. Petang nanti kalau tak ok juga nak tak nak kena pergi klinik . Sama ade alergic atau ape.
Gambar Bas Persiaran Rentung | Perjalanan dari Kuala kurau, Parit Buntar menuju Genting Highlands berubah menjadi sebuah tragedi setelah bas tersebut rentung terbakar pada 1.15 pagi . Dilaporkan setakat ini 7 penumpang maut , 15 penumpang cedera dan tuju lagi cedera ringan. Kejadian itu berlaku di Kilometer 326.3 Lebuhraya Plus arah selatan berhampiran susur keluar ke Tapah, awal pagi tadi.
Marilah sedekahkan Al-Fatihah untuk mangsa yang terkorban dan semoga keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.
Khasiat Bunga Bakawali Untuk Kesehatan | Nama botani untuk bunga Bakawali adalah Epiphyllum anguligerdari keluarga Cactaceae.Bunga yang akan kembang hanya di malam hari antara pukul 10-12 malam dan akan kemuncak mekar di pukul 12.00 AM atau tengah malam.Pokok ini berasal dari MEXICO-Amerika Selatan, Bunga yang unik dan mempunyai wangi sampai di sekeliling bunga itu ditanam . Walaupon bunga ini unik dan wangi lebih dari bunga melati , namun tak ramai orang yang menanam bunga ini dipekarangan rumah . Kenapa ?
Ada mitos yang mengatakan bahwa bunga ini ada penunggu iaitu bunian . Ketika bunga ini akan kembang di tengah malam , ada dewa khayangan yang akan datang menjaga sampai bunga Bakawali ini layu semula. Namun ianya mitos ialah cerita yang turun temurun dari nenek moyang , kesahihannya ? Wallahualam . Malam nanti Lisa cuba tunggu sampai bunga ini kembang ye, nak tengok betul sama ada mahluk penunggu ke tidak. Hehe.
Khasiat Bunga Bakawali :
Bunga ini mampu merawat rabun dan juga menghaluskan kulit .Selain dari pada itu juga mampu mengubati penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi .
Tips atau Cara untuk memanfaatkan bagian-bagian bunga bakawali :
1. Kelopak bunga bakawali mampu merawat luka , caranya dengan mengambil beberapa kelopak bunga Bakawali , lumatkan dan letak pada luka .
2. Jemur batang bunga bakawali sampai kering , kemudian tumbuk sehingga halus. Makan serbuk itu seperti makan ubat serbuk. Rasa yang pahit , boleh dimakan dengan buah pisang .
3. Mandi dengan air yang dicampurkan dengan bunga Bakawali ini mampu menghaluskan dan mempercantik kulit.
Selain itu , ramai orang cina menanam bunga ini kerna bunga ini memberi tuah atau "ONG " .Semakin banyak kuntum bunga yang ada, semakin banyak lagi Ong untuk mereka.
Ini gambar putik bunga Bakawali yang Lisa sempat ambil 2 minggu lepas.
Gambar kuncup bunga Bakawali yang lisa ambil pada pukul 9 malam , malam tadi.
Bunga Bakawali yang telah kembang dan harum semerbak sampai ke dalam rumah , gambar ini Lisa ambil pada pukul 11.45 malam.Dek kerana wangi bunga yang amat sangat kuat, tu yang Lisa terus keluar dan tengok bunga ini mekar.
Bunga ini cantik dan wangi, cara penanaman dan pemeliharaan mudah sahaja . Pokok yang seperti pokok buah Naga tapi bukan ye . Potong bahagian pokok yang keras atau batang bunga bakawali ini kemudian tanam di tanah . Tunggu sampai daun tumbuh. Daun bunga bakawali sangat kecil dan bahkan nampak seperti bunga ini tiada daun . Mudah dan senang , Jom hiaskan rumah dengan bunga ini.
REVIEW TAKEN 3| Menceritakan Liam Neeson sebagai Bryan Mills yang dituduh sebagai pembunuh bekas isterinya di kediaman isterinya itu . Pertuduhan itu membuat dia tidak tentram dan berjanji untuk mencari sampai dapat siapa pembunuh yang sebenarnya.
Movie yang digarap oleh Olivier Megaton ini mempunyai durasi 1jam 43 minute .
PELAKON /Actors dalam TAKEN 3 ;
Liam Neeson (Bryan Mills), Forest Whitaker (Franck Dotzler), Famke Janssen (Lenore), Maggie Grace (Kim), Dogray Scott (Stuart St John), Sam Spruell (Oleg Malankov), Leland Orser (Sam)
Reaksi Anda Ketika Note 3 Tercampak ? | Setelah hampir setahun berkhidmat untuk saya , Dijaga bak menantang minyak penuh akhirnya semalam terjatuh juga. Calar dah enset kesayangan Lisa . Kemek bagian bucu atas dan bawah . 2 tempat tu.. Sedih gila !
"ala.. calar sikit je pon " walaupun sikit , tapi macam hati Lisa pula yang calar. Huhu beli dengan duit sendiri kottt.. Bukan orang bagi . Tu yang sayang gila-gila. Bersyukur lah sebab elok lagi , boleh guna . Alhamdulillah kerana tak terlanggar kereta.Kalau tidak.. menangis tak berlagu jawapnya .Hurm.. barang yang lisa jaga semua elok tapi kali ini tercuai lak. Ceritanya semalam time nak pergi kerja , Lisa main handphone dalam kereta. Sesampai di tempat kerja dan nak turun dari kereta, lupa lah pulak yang enset itu ada atas riba . Keluar je dari kereta, prakkk.. jatuh tercampak ke atas jalan tar. Reaksi Lisa ? Nak nangis dan terkedu sekejap sebelum aku mengambil hp aku yang terburai.
Dengan kondisi handphone yang macam ini, membuat Lisa malas nak hupdate blog. Tak de semangat nak update . Biasa update blog guna handphone ini. Screen besar senang nak menaip . Tapi sekarang kena ambil masa mengobati hati yang berduka lara dek kerana handphone jatuh.
Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 12 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock . Episod 12 yang ditayangkan pada 12 Januari 2015
Suamiku Encik Sotong episode ke 12 ini ,menampilkan pertemuan tak disengaka antara Erica dan Iz di kedai makan yang pernah menjadi kenangan antara mereka berdua . Ketika Eriza ingin mengelak dari Iz ,tiba-tiba perut sakit dan secara tidak langsung Iz memegang kandungan Erica.Qarina yang tetiba datang memaki Erika , Apa yang akan berlaku seterusnya ?