Ad

Lirik Lagu Perempuan - Faizul ( OST Suamiku Encik Sotong )

Lirik Lagu Perempuan - Faizul ( OST Suamiku Encik Sotong ) | Perempuan , Lagu yang menjadi Sound Track drama Astro yang ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam , Suamiku Encik Sotong  dinyanyikan oleh Faizul , Juara AF 2013. Tak terasa kan dah tinggal 2 episod ,drama itu akan berakhir. Bagi yang tercari-cari lyric lagu itu , nah Lisa bagi untuk kalian.


Lirik Lagu Faizul - Perempuan

Ku kenali dirimu
Kau berada gadis bergaya
Citarasa sang jejaka
Kau terlalu mencuba
Nak gaya ranggi atas bawah
Berkaca mata berkasut tumit tinggi
(Gadis idaman Malaya)

Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

Korus
(Katakan saja)
Katakan saja kau mahu
(Kalau kau suka)
Apa yang kau tunggu
Datang mendekat datang merapat
Jangan malu denganku
Ku tahu engkau mahu

(Semuanya takkan)
Jelas kalau kau tak cuba
(Manakan tahu)
Apa yang di dada
Jangan kau gentar
Jangan kau gusar
Kerna diriku juga suka kamu

Terkadang ku keliru
Hampir separuh mati ku cuba fahami
Misteri gerak gerimu

Kau punyai naluri
Mahu memiliki mahu dimiliki
Memuja dipuja teruja
Kumbang dan bunga

(Kita tiada bezanya)
Tak ku sangka kau rupa-rupanya
Ada maksud di sebalik gaya

(Perempuan)
Asyik-asyik tarik-tarik tali denganku
(Perempuan)
Sudah-sudahnya kau tolak-tolak diriku
Jangan bermuka kau jujur saja
Akan ku terima kau seadanya
Selamanya

Datang mendekat kau datang merapat
Jangan malu denganku
Ku tahu engkau mahu

Shopping Online Jimat di Zolace

Shopping  Online Jimat di Zolace | Awal tahun Pastinya banyak  kedai  yang membuat  banyak  Sale . Namun  tidak semua  orang mempunyai  masa untuk  pergi kedai  dan bershoping . Tak usah risau , sekarang  jika anda ingin membeli-belah  tanpa menggunakan banyak masa dan juga tenaga , kini Zolace hadir untuk anda.  Zolace merupakan  butik pakaian muslimah moden yang menawarkan berbagai  jenis Pakaian muslimah , Aksesori , Tudung  dan juga  Beg ditawarkan di zaloce. Jimat tenaga sebab tak perlu bersusah untuk beratur dan juga jimat wang anda kerana harga yang berpatutan dengan poket anda.  Penghantaran percuma ke seluruh Malaysia , Brunei Dan Singapura.  Tiada pembelian minimum  dan  Tiada tarikh akhir pembelian . 

Setiap hari Zolace memberi penawaran penjualan yang menarik . Anda boleh memeriksanya setiap saat hanya di page jualan zolace untuk mengetahui tawaran-tawaran menarik yang dijual sehari-hari  .  Diantaranya : Dress Muslimah Moden , Blouse Muslimah Malaysia , Skirt Labuh Muslimah , Tudung Bawal Online Malaysia ,Koleksi Baju Kurung Moden , Women Palazzo Pants in Malaysia , dan Beg Tangan Online . Wahh Banyak kan pilihan yang anda boleh pilih di Zolace ini !

Dress Muslimah  moden , Dress yang terbuat dari bahan seperti nylon , polyester  , spandex. Sesuai untuk menghadiri majlis rasmi . Reka bentuk untuk busana muslimah bermula dari saiz S sampai L menepati semua genre dari muda sampai ke yang sudah berusia . Bukan hanya untuk acara rasmi sahaja , juga dapat dipakai untuk bekerja , pergi kolej atau berjalan-jalan . Berbagai warna yang kalian boleh pilih sesuai dengan kesukaan dan pilihan hati kalian . Element yang geometric dan juga plain . Menarik bukan ?.  Jangan lewatkan tawaran menarik dan juga harga yang mampu menjimatkan poket anda .  Serlahkan keanggunan dan kecantikan anda dengan menggayakan busana Dress muslimah moden dari Zolace .

Blouse muslimah , baju  yang labuh dan menutup aurat untuk kaum wanita . Busana yang sesuai untuk bersantai , makan malam , pergi kerja dan juga untuk pergi ke majlis pernikahan . Terbuat dari kain yang lembut membuat para pemakainya berasa selesa dan tidak panas. Warna dan design corak yang beraneka ragam pasti akan membuat anda rambang mata dibuatnya .  Dari Baju yang berlengan panjang sampai lah baju setengah panjang  . Jangan risau mengenai ukuran baju , Blouse muslimah tidak hanya menyediakan satu saiz sahaja, namun terdapat 3 saiz dari saiz s sehingga size L .

Serlahkan keayuan dan keanggunan dengan menggabungkan antara Blouse Muslimah Malaysia dengan Skirt labuh Muslimah . Berbagai model dan corak Skirt labuh muslimah disediakan di Zolace . Sesuai untuk anda bawa bersantai, berjalan atau pergi ke pejabat. Tak lupa juga padankan dengan tudung bawal yang menarik dan juga berbahan kain yang lembut dan mudah dibentuk hanya di Zolace . Dari corak plain dan juga corak prints . Bidang 45 yang lebar sehingga tidak terlalu singkat apabila anda memakainya .

 Bergerak lebih bebas dengan Woman Palazzo Pants In Malaysia . tersedia dalam ukuran S,M,L ,XL bahkan 2XL . Jadi tak usah risau jika anda mempunyai saiz badan yang sedikit besar. Boleh pilih sesuai ukuran badan kalian. Bagi anda yang lebih selesa dan menyukai baju kurung , Zolace juga menyediakan berbagai pilihan jenis baju kurung dengan design yang terbaru . Koleksi baju kurung Moden ini anda boleh pilih di Zolace.




Zolace juga menyediakan berbagai aksesori untuk melengkapkan busana anda. Dari Beg , Cincin dan juga Rantai . Wah.. rambang mata dibuatnya .  Cantik dan elegant cincin itu jika tersemat dijemari manis anda . Tak kalah juga dengan Rantai yang dihiasi dengan batu kristal yang cantik dan menyerlah.Beberapa jenis model Rantai yang ditawarkan dan pastinya cantik . Dan juga Beg Tangan Online di Zolace.

Tudung yang saya pakai ini saya beli dari Zolace , terbuat dari bahan chiffon . Tudung bawal bunga raya chiffon ini lebar 45 bidang ,sehingga boleh saya bentuk ikut suka hati saya. Boleh gayakan seperti menggayakan shawl atau selendang .

Beg yang saya sandang ini cantik kan ,Nak juga ? jom , dapatkan di ZOLACE  sebelum kehabisan .


Apa tunggu lagi , mari membeli belah di Zolace yang pastinya masih menjimatkan poket anda. Layari web di www.zolace.com atau media sosial seperti link dibawah ini.



a)     Facebook: https://www.facebook.com/ZolaceMalaysia
b)    Twitter: https://twitter.com/ZolaceMalaysia
c)     Pinterest: http://www.pinterest.com/zolacemalaysia/
d)    Instagram: http://instagram.com/zolacemalaysia
e)     Google+: https://plus.google.com/+ZolaceMalaysia/posts

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 11

Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 11 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock . Episod 11 yang ditayangkan pada 5 Januari 2015


Tonton / Watch

Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 10
Pautan : 
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 9
Episode 8  

Episode 7 

Episode 6 


 Episode 5

Episode 4 
 Eposide 3 
 Episode 2



Episode 1

Penunggang Motosikal Yang Biadap

Penunggang Motosikal Yang Biadap | Alkisahnya Lisa balik dari Pos Laju selepas hantar barang pesanan dari customer . Ketika balik dan melintas jalan di trafik light tu memang tak da kereta nak lalu. Sengaja Lisa memang tunggu lampu merah tu berjalan lama sikit sebab paham-paham lah ye, kalau nampak lampu trafik light yang kuning tu artinya waspada TAPI kalau pemandu bukannye nak waspada, bawa kereta atau motosikal lagi laju adalah ! Tak semua tapi banyak juga yang buat macam tu . Alasan nak sampai rumah la , Kejar masa lah, tapi SELFISH pentingkan diri sendiri tak fikir nyawa orang lain.

Jalan kosong , Lisa pon berjalan melintas jalan tengok kanan dan arah jalan lain memang tak da kereta atau motosikal yang lain. sampai ditengah jalan tu , tiba-tiba terdengar motosikal dari belakang .Jalan yang sepatutnya semua kereta atau motosikal berhenti .Lampu merah dah jalan 10 saat tu aihh..! pheww... hampir nak terlanggar motosikal itu . Laju la jugak orang tu bawa motor. Kalau terlanggar , memang dah jadi sekeping dah Lisa . Kalau tak sayang nyawa sendiri, fikirlah nyawa orang lain juga.Entah darimana lah datangnya lesen tu , memandu tapi tak patuhi undang-undang jalan raya. Tak kesahlah kalian naik motor atau naik kereta, please jangan berperilaku biadap yang boleh membahayakan nyawa orang lain ye .

Video Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu Akhir

 
Video Konsert Gegar Vaganza 2014 Minggu Akhir  | Konsert Gegar Vaganza yang berlangsung di Dewan Sri Putra ,Bukit Jalil hari Ahad lepas 4 Januari 2015 disiarkan pukul 9 malam di Astro Ria, Astro Prima dan Astro Maya HD. Enam finallis yang berhasil menyertai di peringkat akhir ialah Rahmad Mega, Ayai Ilusi, Mamat Exist, Fazli Zainal, Haleeda dan Ifa Raziah.
Bagi sesiapa yang terlepas menyaksikan video tersebut ,boleh tonton online Konsert Gegar Vaganza 2014Minggu Akhir di link bawah ini.



GiveAway Tiket KidZania By Irrayan.com


(Klik banner untuk join GA Tiket KidZania by irrayyan.com)


GA ini ingin mencari 2 pemenang melalui random.my.
Setiap pemenang bertuah akan mendapat 2 tiket masuk ke KidZania.

New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ

http://www.ayuejean.com/2014/12/new-year-giveaway-with-eversoft-skinz.html




New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ | semenjak tukar tempat kerja ini asyik busy memanjang je . Nak join Giveaway pun tak sempat. nasib baik Giveaway ini diperpanjang , mana lah tau berkesempatan menang dalam giveaway ini.

Mengapa anda harus memenangi rangkaian produk Eversoft Skinz Youth Recall ?
Kerja dengan masa yang tak tentu menyebabkan dehidration atau kekurangan air. Mana tidak nya ,masa untuk meminum air mineral jadi kulit pun menjadi kering dan terdedah dengan cuaca yang tak menentu . Tiada satu wanita pun yang tak menginginkan mempunyai kulit yang halus dan juga cantik. Dengan rangkaian penjagaan kulit Eversoft Skinz Youth Recall mampu mengembalikan keremajaan kulit . Kulit cantik dan bersih dambaan setiap wanita. Siapa yang tak nak kan ! 

"Eversoft Skinz menjadi pilihan untuk kekal cantik di Tahun Baru 2015 kerana meremajakan kembali kulit yang rosak . Rahsia cantik, Muda  dan berseri dengan rangkaian penjagaan kulit Eversoft Skinz "

New Year Giveaway with Eversoft Skinz Youth Recall by AJ akan berlangsung dari 26 Disember 2014 sehingga 4 Januari 2015 10 JANUARI 2015 (11.59 malam)

  
Hadiah :
5 (lima) x Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Eversoft Skinz Youth Recall bernilai RM 250 setiap satu.
Pemenang akan dipilih berdasarkan entri dan slogan yang paling menarik dan kreatif.
Pemenang akan diumumkan pada  7 15 Januari 2015


Nak join Giveaway ini juga ? Baca DISINI atau klik banner diatas untuk join ya !


Kupon Letak Kereta Baru di Kluang

 Kupon Letak Kereta Baru di Kluang  | Bermula dari 1 Januari 2015 , kupon letak kereta untuk kawasan Kluang dah bertukar dari Zon A ke Zon B . Pertukaran ini disebabkan kerana syarikat dibawah naungan untuk  kupon letak kereta ZON B tahun ini dah tak ada. Jadi Majlis Perbandaran Kluang mengambil alih .

Cuti dah ikut dengan cuti negeri Johor iaitu hari Jum'at dan sabtu sampai pukul 5 petang . Hari yang lain , sama seperti biasanya . Kupon Letak Kereta Zon A sebelum ini digunakan di bandaraya Johor Bahru dan daerah-daerah lain. Sekarang Kluang dah bertukar menjadi ZON A , senang sikit tak da lah kalau pergi lain tempat dalam kawasan johor juga tapi kena beli kupon letak kereta yang lain-lain. Nanti kena saman , kena bayar juga.. ! rm30 je pon, rm30 kalau 30 hari dah RM900 woo.. Tahun ini akan bermula GST, kena berjimat cermat .


Tapi kan, Kupon letak kereta ZON B dulu baru rm8 sahaja , sekarang kupon letak kereta ZON A rm10 untuk 2 buku , setengah jam dan 1 jam . Beza RM2 .

Gambar Perkahwinan Nur Syafiqa

Gambar Perkahwinan Nur Syafiqa | Ingat lagi tak berita tentang gadis Kelantan yang ditoreh dimuka setelah rumahnya diceroboh oleh individu tak bertanggung jawap pada 30 November 2014 tahun lepas? Semalam, 2 Januari 2015 gadis tersebut yang mempunyai nama Nur Syafiqa Lah telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Mereka bernikah di Masjid Pasir Puteh Kelantan dan dihadiri oleh kerabat dekat mereka sahaja. 

Alhamdulillah, dah sah menjadi istri orang dah.Semoga berbahagia sampai ke Jannah.  " Alhamdulillah, syukur Buat yang penting dulu.Parut dimuka boleh ditutup dengan kamera 360° " sebari ayat yang dimuat naik dalam akaun instagramnya. 


Turunkan Berat Badan Dengan Mudah

Turunkan Berat Badan Dengan Mudah | Bermula dari 42 kg, kemudian turun berat badan menjadi 39 kg disebabkan sakit. Dan dengan gigihnya berusaha tambah berat badan sampai 46kg ! Hahaha.. dan akhirnya aku berjaya menaikkam berat dalam masa 2 minggu . Memang ok lah, tapi tang lemak keliling pinggang rasa tak selesa la pulak. Kurus sekeping? Tak la , sebab ketinggianku yang comel-comel sahaja , BMI ni kira terlebih berat dah dalam erti gemuk. 

Wanita ni dah kurus tapi still nak kan kurus lagi, diet la, makan ubat pelangsing  lah, betul tak? Hehe tapi bukan itu yang menyebabkan Lisa mencuba mengurangkan berat badan . Disebabkan kerja yang lebih kepada duduk depan komputer je sepanjang hari,ketika berat 45Kg memang tak selesa nak duduk. Berjalan pun rasa malas, sebab tu lah gigih nak kurangkan berat badan semula. Yay... akhirnya berat badan turun semula ke 41Kg. 

Nak tahu rahsianya? Senang ,Mudah , Sihat dan murah je ... baca DISINI

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 8


Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 8 | Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 8,Jumat  2 Januari 2015. Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 8  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .  
*link akan dikemaskini setelah rancangan mula disiarkan. 

Tonton 

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 8 

Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Kisah seorang gadis yang bernama Ifti Liyana yang telah dijodohkan dengan Fredo ,jejaka pilihan kedua orang tuanya . Setelah beberapa tahun  bersama akhirnya mereka memilih untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.  Pertemuannya dengan seorang jejaka yang mampu membuka pintu hatinya untuk bercinta kembali. Nizam , jejaka hang mengaku sebagai seorang pemandu Bas. Namun, ada sahaja masalah yang timbul  . Antara ayahnya yang menginginkan Ifti menikah dengan Bachtiar , bekas abang ipar nya dan juga ayah dari anak-anak buahnya. Siapakah yang akan dia pilih ?

Tonton Online Manisnya Cinta Di Cappadoccia Disini 
Download Manisnya Cinta Di Cappadoccia ,
Disini  

Header Blog Baru Design By Azhafizah

Header Blog Baru Design By Azhafizah | Tahun baru, semua nak baru kan? Hehe template nak baru, header pun nak tukar baru. EH sebenarnya tak terfikir pun nak tukar header ni sampena tahun baru 2015 . Sebab memang dah teringin nak tukar, dan alang-alang header ni siap sehari sebelum tahun baru jadi Lisa pasang header ni bertepatan tahun baru. Hehe. 

Header Blog yang Comel ,simple dan cantik ini di design oleh akak Azhafizah pemilik blog Siti Merahjambu (azhafizah.com ) . Harga pun berpautan , dan ketika Lisa buat tempahan, sehari terus proses. Dan siap dalam masa yang cukup cepat. 

Kalau kalian nak tempah header yang comel atau ikut design yang kalian nak.. boleh try tempah di akak Azhafizah Disini 

Selamat Tahun Baru 2015


Selamat Tahun Baru 2015 | Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya dan berganti 2015. Terlalu banyak kenangan dan juga memory terukir di sepanjang 2014 ini. Berbagai ujian telah datang melanda Malaysia dan juga negara negara lain. Dan aku,. mungkin tahun ini telah menutup azam-azam tahun sebelumnya yang tak mampu menjadi kenyataan dan akhirnya aku memilih redho. 

Namun ada juga keinginan Lisa yang dah tercapai; salah satunya; jumpa dengan Founder blogger Kelab blogger ben ashaari , "ABen " bukan Ben Ten ye.. tapi Ben Ashaari. Dan juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan blogers lain . Dapat jumpa dan dukung Qhaliff  , anak abang Ben. Blog Lisa pon dah ada peningkatan berbanding dari yang sebelum ini. Mengenai hati? Biarlah rahsia. Hehe... mengenai kerja ? Erm.. rezeki ada dimana-mana kalau kita berusaha. 

Turut berduka cita atas kemalangan dan juga musibah yang banyak berlaku sepanjang tahun ini. Untuk mangsa banjir .. semoga diberikan kekuatan .Semoga tahun depan menjadi tahun yang diberikan kebahagiaan untuk semua orang,termasuk aku. AZAM tak dak ka ?  Dah tak da nak berazam-azam dah. 

Saya mengucapkan selamat Tahun Baru untuk follower dan juga reader yang sudi singgah ke blog saya. Semoga dihadapan Lisa lebih ada peningkatan lagi dalam kehidupan dan dunia blogging . Amin.




© all rights reserved
made with by templateszoo