Ad

Gambar Perkahwinan Nur Syafiqa

Gambar Perkahwinan Nur Syafiqa | Ingat lagi tak berita tentang gadis Kelantan yang ditoreh dimuka setelah rumahnya diceroboh oleh individu tak bertanggung jawap pada 30 November 2014 tahun lepas? Semalam, 2 Januari 2015 gadis tersebut yang mempunyai nama Nur Syafiqa Lah telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya. Mereka bernikah di Masjid Pasir Puteh Kelantan dan dihadiri oleh kerabat dekat mereka sahaja. 

Alhamdulillah, dah sah menjadi istri orang dah.Semoga berbahagia sampai ke Jannah.  " Alhamdulillah, syukur Buat yang penting dulu.Parut dimuka boleh ditutup dengan kamera 360° " sebari ayat yang dimuat naik dalam akaun instagramnya. 


Turunkan Berat Badan Dengan Mudah

Turunkan Berat Badan Dengan Mudah | Bermula dari 42 kg, kemudian turun berat badan menjadi 39 kg disebabkan sakit. Dan dengan gigihnya berusaha tambah berat badan sampai 46kg ! Hahaha.. dan akhirnya aku berjaya menaikkam berat dalam masa 2 minggu . Memang ok lah, tapi tang lemak keliling pinggang rasa tak selesa la pulak. Kurus sekeping? Tak la , sebab ketinggianku yang comel-comel sahaja , BMI ni kira terlebih berat dah dalam erti gemuk. 

Wanita ni dah kurus tapi still nak kan kurus lagi, diet la, makan ubat pelangsing  lah, betul tak? Hehe tapi bukan itu yang menyebabkan Lisa mencuba mengurangkan berat badan . Disebabkan kerja yang lebih kepada duduk depan komputer je sepanjang hari,ketika berat 45Kg memang tak selesa nak duduk. Berjalan pun rasa malas, sebab tu lah gigih nak kurangkan berat badan semula. Yay... akhirnya berat badan turun semula ke 41Kg. 

Nak tahu rahsianya? Senang ,Mudah , Sihat dan murah je ... baca DISINI

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 8


Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 8 | Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 8,Jumat  2 Januari 2015. Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 8  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .  
*link akan dikemaskini setelah rancangan mula disiarkan. 

Tonton 

Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 8 

Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia

Sinopsis Movie Manisnya Cinta Di Cappadoccia | Kisah seorang gadis yang bernama Ifti Liyana yang telah dijodohkan dengan Fredo ,jejaka pilihan kedua orang tuanya . Setelah beberapa tahun  bersama akhirnya mereka memilih untuk berpisah dan membawa haluan masing-masing.  Pertemuannya dengan seorang jejaka yang mampu membuka pintu hatinya untuk bercinta kembali. Nizam , jejaka hang mengaku sebagai seorang pemandu Bas. Namun, ada sahaja masalah yang timbul  . Antara ayahnya yang menginginkan Ifti menikah dengan Bachtiar , bekas abang ipar nya dan juga ayah dari anak-anak buahnya. Siapakah yang akan dia pilih ?

Tonton Online Manisnya Cinta Di Cappadoccia Disini 
Download Manisnya Cinta Di Cappadoccia ,
Disini  

Header Blog Baru Design By Azhafizah

Header Blog Baru Design By Azhafizah | Tahun baru, semua nak baru kan? Hehe template nak baru, header pun nak tukar baru. EH sebenarnya tak terfikir pun nak tukar header ni sampena tahun baru 2015 . Sebab memang dah teringin nak tukar, dan alang-alang header ni siap sehari sebelum tahun baru jadi Lisa pasang header ni bertepatan tahun baru. Hehe. 

Header Blog yang Comel ,simple dan cantik ini di design oleh akak Azhafizah pemilik blog Siti Merahjambu (azhafizah.com ) . Harga pun berpautan , dan ketika Lisa buat tempahan, sehari terus proses. Dan siap dalam masa yang cukup cepat. 

Kalau kalian nak tempah header yang comel atau ikut design yang kalian nak.. boleh try tempah di akak Azhafizah Disini 

Selamat Tahun Baru 2015


Selamat Tahun Baru 2015 | Tahun 2014 telah melabuhkan tirainya dan berganti 2015. Terlalu banyak kenangan dan juga memory terukir di sepanjang 2014 ini. Berbagai ujian telah datang melanda Malaysia dan juga negara negara lain. Dan aku,. mungkin tahun ini telah menutup azam-azam tahun sebelumnya yang tak mampu menjadi kenyataan dan akhirnya aku memilih redho. 

Namun ada juga keinginan Lisa yang dah tercapai; salah satunya; jumpa dengan Founder blogger Kelab blogger ben ashaari , "ABen " bukan Ben Ten ye.. tapi Ben Ashaari. Dan juga dapat berjumpa dengan kawan-kawan blogers lain . Dapat jumpa dan dukung Qhaliff  , anak abang Ben. Blog Lisa pon dah ada peningkatan berbanding dari yang sebelum ini. Mengenai hati? Biarlah rahsia. Hehe... mengenai kerja ? Erm.. rezeki ada dimana-mana kalau kita berusaha. 

Turut berduka cita atas kemalangan dan juga musibah yang banyak berlaku sepanjang tahun ini. Untuk mangsa banjir .. semoga diberikan kekuatan .Semoga tahun depan menjadi tahun yang diberikan kebahagiaan untuk semua orang,termasuk aku. AZAM tak dak ka ?  Dah tak da nak berazam-azam dah. 

Saya mengucapkan selamat Tahun Baru untuk follower dan juga reader yang sudi singgah ke blog saya. Semoga dihadapan Lisa lebih ada peningkatan lagi dalam kehidupan dan dunia blogging . Amin.




Tarikh Bonus Kakitangan Awam Tahun 2015 Dipercepat


Tarikh Bonus Kakitangan 2015 Awam Dipercepat | Pemberian bonus kakitangan awam  JOHOR dipercepat dari 22 Januari 2015 bertukar kepada 5 Januari 2015 . Dalam pembentangan Bajet 2015 Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2015 telah mengumumkan bonus setengah bulan gaji kepada penjawat awam dengan bayaran minimum RM500 dan pesara kerajaan akan menerima bantuan khas sebanyak RM250.



Pembayaran bonus kakitangan awam / penjawat awam dipercepat kepada tarikh 5 Januari 2015.

Harga Terkini RON95, RON97, Diesel 1 Janui 2015

Harga Terkini RON95, RON97 , Diesel 1 Januari 2015 | Berikut ialah senarai harga terkini untuk minyak RON95 , RON97 dan juga Diesel yang akan bermula pada esok 1 Januari 2015. Harga minyak mengalami penurunan dibanding dari harga minyak sebelumnya . Pengumuman Rasmi Harga RON95, RON97 dan Diesel Turun pada 1.1.2015 Esok. 

Harga Terkini RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Januari 2015 (Rasmi)

RON95: RM1.91 Sen Seliter
RON97: RM2.11 Sen Seliter
Diesel: RM1.93 Sen Seliter

Harga Terdahulu RON95, RON97 dan Diesel bermula 1 Disember 2014

-RON95: RM2.26 Sen Seliter
-RON97: RM2.46 Sen Seliter
-Diesel: RM2.23 Sen Seliter

Resepi Aiskrim Pasu Bunga

Resepi Aiskrim Pasu Bunga | Cuba terka, Gambar apakah ini? Pasu Bunga? Salah ! Ianya ini adalah gambar aiskrim unik yang sekarang ramai orang perbualkan.  Mula-mula dulu tertipu gak, ingatkan anak dari kawan Lisa ni makan tanah dan juga baja. Isk !Buang tabiat kan kalau sampai makan tanah. Lepas tu, nampak la pulak ada orang pos gambar lebih kurang kemudian caption " Aiskrim Pasu Bunga " . 

Lah... Makan ais cream rupanya. Ingat kan makan tanah tadi. Macam-macam lah kan. Lisa tanya lah ke kawan , berapa harga ice cream Pasu Bunga tu ? RM5 untuk 1 pasu ukuran dalam gambar. Home Made lagi lah sebab kat kluang ni memang takda kedai jual aiskrim macam ni. Hehe..  

Sedap, murah la jugak sebab banyak kot ais krim tu. Hahaha..rasa lebih kurang sama dengan ice cream Mc Flurry yang dijual di McD. Kalian juga boleh buat sendiri kalau ingin merasa Ais krim Pasu Bunga ni  sebab resepi yang sangat mudah dan bahan-bahan yang mudah si dapatkan. 

Bahan ; 
-Bekas cawan untuk letak Ais cream 
-Ais Cream (terpulang la kalian nak letak rasa vanilla , tiramitsu, atau strawberry)
-5 keping Oreo yang telah dihancurkan  (Untuk taburan Atas ) 
-Pasu bunga ukuran kecil.
-Daun untuk hiasan. 

Cara pembuatan ; 
Masukkan ice cream dalam bekas plastik yang disediakan,taburi dengan oreo yang telah di hancurkan  pada atas ais krim tadi  . Letak sepucuk daun hiasan . Siap. Mudah je kan cara membuat ice cream pasu bunga ini. 

Selamat mencoba . 

Jangan Lupa Pasang Google Analytics Semula !

Jangan Lupa Pasang Google Analytics semula ! | Google Analytics , biasa orang akan guna G.A ( Google Analytics ) untuk memudahkan semak jumlah UV ( Unique Visitor ) dan juga PV ( Page Views ) setiap hari atau jumlah keseluruhan untuk 1 bulan orang berkunjung ke blog tersebut. Dulu bukan kemain lagi rajin tengok Google Analytics setiap hari macam gambar diatas . Tapi disebabkan hujung tahun ini agak sibuk, jadi memang tak sempat jenguk-jenguk G.A  .

Alkisahnya hari ini Lisa nak tahu la berapa G.A Lisa , update blog pon jarang dah tapi ada hati juga nak tengok G.A ,  tup tup jadi macam dalam gambar ini. Pelik ! Kenapa boleh jadi macam ni. Imposible betul lah, sebab tengok di Histatus ade je UV and Pv, kenapa dalam Google Analytics   jadi kosong? 
Kenapa 2 Uv sahaja ? Lah.. baru ingat , hari itu tukar template blog dan delete header Blog. Sebab tu lah hilang G.A Lisa. ! Blog tengah renovate lagi. Huwaa huwaaa hampir menangis tadi ,mana part yang salah edit. Hurm, dan masukkan semula code G.A dalam blog. Naik dah number Uv and Pv dalam Google Analytics! Yay..
Pesanan untuk Kalian, jangan lupa check semula setting dan PASANG SEMULA  Google Analytics bila kalian tukar template atau Header blog. ! 


Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 10


Tonton Suamiku Encik Sotong Episod 10 | Suamiku Encik sotong bermula 27 Oktober 2014 di Astro Ria dan Astro Maya HD.Ditayangkan setiap hari Isnin pukul 10 malam. Mengisahkan pasangan suami istri yang berlainan sikap dan gaya. Jiwa suami yang lembut dan istri yang rock . Episod 10 yang ditayangkan pada 29 Disember 2014.

Tonton / Watch

Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 10
Pautan : 
Tonton Suamiku Encik Sotong Episode 9
Episode 8  

Episode 7 

Episode 6 


 Episode 5

Episode 4 
 Eposide 3 
 Episode 2



Episode 1


Tonton Full Episode Penuh Suamiku Encik Sotong

Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015

Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015 | Menurut kenyataan media oleh YAB Menteri Pendidikan Malaysia , Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin  tarikh buka sekolah sesi persekolahan 2015 kesemua negeri akan bermula pada Ahad ,11 Januari 2015 untuk wilayah negeri kumpulan A , Sekolah di negeri Kedah , Johor , Kelantan, dan Terengganu . Manakala negeri lain sekolah akan bermula Isnin ,12 Januari 2015 iaitu sekolah di negeri kumpulan B ,  Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Sesi persekolahan ini terpaksa ditangguhkan kerana banjir yang melanda negara baru-baru ini. Semak di portal rasmi Kementerian Pendidikan di http://www.moe.gov.my/

  KENYATAAN MEDIA YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KENYATAAN MEDIA
YAB MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA

PENGUMUMAN PENANGGUHAN TARIKH BERMULA
SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015 AKIBAT BANJIR


" Sepertimana semua pihak sedia maklum bahawa banjir yang sedang melanda negara sekarang masih berterusan khususnya di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia. Sehingga pada tarikh 28 Disember 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mendapati sejumlah 340 buah sekolah daripada tujuh buah negeri terlibat dengan banjir, sama ada dijadikan sebagai Pusat Pemindahan Sementara (PPS) atau sekolah tersebut ditenggelami air akibat banjir.

Sebagai Menteri Pendidikan, saya amat memahami dan mengambil berat akan kesukaran yang bakal dihadapi oleh semua pihak termasuk pengurusan sekolah, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sekiranya persekolahan bagi tahun 2015 dibuka seperti dijadualkan iaitu pada 4 Januari 2015 (bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor) dan pada 5 Januari 2015 bagi negeri-negeri lain.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa KPM dengan ini bersetuju untuk menangguhkan permulaan sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 selama seminggu. Dengan penangguhan ini, tarikh baru sesi bermula persekolahan tahun 2015 bagi  negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad).  Manakala bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).  Penangguhan ini juga dibuat setelah mengambilkira;

a) Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai PPS atau ditenggelami air akan mengambil masa untuk dipulihkan; dan

b) Keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan membuat persiapan persekolahan mereka.

Sekiranya keadaan banjir tersebut pulih, maka pihak pengurusan sekolah hendaklah menggunakan tempoh tersebut untuk mengadakan gotong royong pembersihan kawasan sekolah masing-masing bagi memastikan anak-anak kita dapat belajar dalam keadaan selamat, selesa dan sempurna.



Terima kasih.

Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
Merangkap Menteri Pendidikan
29 Disember 2014 "

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh Buka Sekolah Sesi Persekolahan 2015

-Kumpulan A (Negeri Cuti am hari Jumaat dan Sabtu): 
Sekolah-sekolah di Negeri Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu akan memulakan persekolahan pada tarikh 11 Januari 2015.
-Kumpulan B ( Negeri cuti am hari Sabtu dan Ahad):
 Sekolah-sekolah di Negeri Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan & Putrajaya akan memulakan persekolahan pada 12 Januari 2015.


Jumlah Mangsa Banjir di Kluang Meningkat

Jumlah Mangsa Banjir di Kluang Meningkat | Setelah banjir melanda kawasan utara dan pantai timur antaranya Perak , Kelantan dan Terengganu , kini Kluang -Johor menjadi kawasan yang dilanda banjir berikutnya. Semalam 26 Disember 2014 dilaporkan korban banjir berjumlah dalam 201 warga dalam pukul 12 tengah hari. Jumlah mangsa banjir semakin meningkat apabila pukul 9 malam tadi dilaporkan naik menjadi 591 orang oleh Ihsan Jabatan Kebajikan Masyarakat Kluang .

Semua mangsa Banjir di Kluang ditempatkan di Balai Raya Kampung Paya Palembang, Balai Raya Mardi, Mukim Renggam, Balai Raya Kampung Mengkibol dan Sekolah Kebangsaan Seri Kencana. Penduduk di Bukit Kepong pula dipindahkan ke balai raya kampung berkenaan.

Maklumat dari Jabatan Meteorologi menyatakan terdapat angin
Northwesterly yang kencang menumpu ke Johor yang akan menyebabkan hujan lebat.

Dijangkakan hujan lebat peringkat kuning dikeluarkan iaitu hujan monsun beserta angin kencang dijangka berlaku melibatkan Johor pada 28 hingga 30 Disember ini.

Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora perairan Johor bagi kategori kedua iaitu angin kencang Timur Laut dengan kelajuan 50-60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter yang berlaku di kawasan timur Johor dijangka sehingga 27 Disember.

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7

Tonton Online Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu ke 7 | Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 ( MLM ) Minggu 7,Jumat 26 Disember 2014 . Disiarkan di Astro Prima,Maya dan Warna setiap Jumat pukul 10 malam.Siaran MLM 2014 Minggu 7  secara live disiarkan secara langsung bermula pukul 10.00 malam di Astro Warna 9132 dan tayangan serentak di Astro Mustika HD (134) .  Pada minggu lepas, kumpulan comey telah tersingkir , bagaimana dengan malam ini ? kumpulan manakah yang akan tersingkir dari pertandingan ?


Live Streaming Maharaja Lawak Mega 2014 Minggu 7 

Tonton Online : DISINI
© all rights reserved
made with by templateszoo