Ad

Cara Melanggan Celcom 1Malaysia ,Terbaru |

Cara Melanggan Celcom 1Malaysia ,Terbaru |Tahukah anda ,bermula dari 16 Oct 2014 System Celcom untuk pengguna prepaid telah bertukar. Plan prepaid xpax pon telah bertukar scara automatik kepada IOX atau Internet Of X-Pax . Hanya pengguna Celcom 1 Malaysia yang pelan tak berubah . Keywords manual cara melanggan celcom 1malaysia telah bertukar dari taip sms "1MONTH" sent 28882 kepada taip "Net25" sent 28882. 

Untuk Wanita Yang Bergelar Istri

Untuk Wanita Yang Bergelar Istri | "Siapapun suami kita ,kurus ke dia. Buruk ke dia. Hitam metalic ke dia.. selagi dia suami kita ,istri mesti hormat pada dia . HORMAT DALAM 2 ASPEK . Yang pertama hormat dari segi perbuata  dan kedua hormat dari segi perkataan "

-Dato Abu Hassan  Din Al Hafiz- 

Ayat Simple Tapi Susah Orang Ucapkan

Ayat Simple Tapi Susah Orang Ucapkan | Sebenarnya kan bukan susah nak ucapkan 2 patah ayat ni, tapi masih ramai orang tak reti nak ucapkan ."  Terima kasih " senang je kan ayat tu , tapi lidah manusia sekarang memang susah nak ucap ayat itu . Orang berbudi kita berbahasa . Rasanya tak susah mana pon kalau ucapkan terimakasih sebagai tanda menghargai apa yang orang tu telah tolong .

Seperti kes pagi tadi, ada seorang pakcik minta tolong Lisa . Lisa tak tau nak tolong macam mana sebab memang tak boleh nak tolong. Ibarat  minta tolong hantarkan ke Balai polis tapi kita tak ada kereta, jadi tunjukkan jalan sahaja . . pendek cerita , walaupon Lisa tak leh nak tolong dia sebab diluar kemampuan Lisa, maka try lah rujuk call pada orang yang lebih tau dan mungkin boleh tolong. Dah guide cara dan jalan untuk solve masalah dia, Eh dia cakap BOD*#  pulak kat tempat Lisa bekerja . Masalahnya memang diluar system . Lepastu Lisa masih bersabar, still cakap slow talk dengan dia .Dia lagi tinggi suara, cakap Bod*# Bo*8# . Hurm ,Perlu ke cakap macam tu ? 

Nasib  baik lah masih boleh bersabar, duduk depan counter ni memang kena banyak bersabar .
Bukan nak mengungkit dan berharap kata Terimakasih dari dia , tapi.. sekurangnya tak payah lah nak memaki hamun, bukan salah Lisa pon.

Cara Memendekkan URL Blog

Cara Memendekkan URL Blog | Sering kali kalau kita update atau share link di twitter maka kalau url blog tu panjang , akan nampak link tu separuh sahaja kan ? mana pergi separuh link tu ? sebab twitter ada had penulisan tak macam facebook. Lisa ada satu tips untuk kalian Cara memendekkan Link Url agar nampak lebih simple dipandang . Langkah memendekkan Url tak makan masa banyak , sekejap je .


 Cara memendekkan Url : 
1. Copy URL yang akan dipendekkan ,
2. Taip website short URL
3. Paste URL yang panjang kedalam website tersebut .
4. Klik Shorten (sesuai dengan website pemendek URL ) 
5. Copy Url yang dah jadi pendek.

6 WEBSITE Yang biasa saya gunakan untuk memendekkan URL 
1. Bitly.com

2.Goo.gl

3.Bit.do
Dari semua website yang pernah kupakai untuk memendekkan url, bit[dot]do paling unik menurut saya. Anda tidak hanya memendekkan url yang panjang. Tapi juga bisa mengubahnya dengan kata yang sesuai keinginan. Caranya, setelah memasukkan long url di kotak paling atas, ketikkan kata atau apapun sesuai keinginan di kotak bawahnya, lalu klik shorten. Maka url panjang tadi akan berubah sekejap menjadi kata yang anda inginkan.
  1. 4.Mcf.ee
  2. 5.Ow.ly
6.Tiny.cc

Sebenarnya website untuk memendekkan url itu ada banyak sekali, tapi baru 6 saja yang saya ketahui. Itupun yang sering saya gunakan hanya nomor satu dan dua saja. Semua itu tergantung selera anda. Short url lebih mudah dihafal dan diingat daripada long url yang buat mata sakit, makanya kalau ada cara buat  form pendaftaran memakai google doc, url panjangnya bisa dijadikan pendek agar lebih simpel.

Pemenang Segmen Promo Free Unlimited internet

Pemenang segmen Promo Free Unlimited Internet | Free Unlimited Internet ,Promo yang pernah Lisa buat, sekarang baru sempat update senarai pemenang. Haritu dah jenguk satu-satu senarai. 
Diantara yang memang ialah 

1. ABE QUE AHMAD 
dengan like 20 orang 
Menang Topup rm30

2.Nina Niena  
dengan like 8 orang
menang topup rm20

3.Blog Dkna.my
dengan like 6 orang .
Menang topup rm10

Pemenang selebihnya boleh claim Unlimited internet slama  1hari , dengan saya( untuk pengguna celcom 1 Malaysia sahaja )

Hadiah dituntut dalam masa 48jam sahaja. Terimakasih :)


Petua Istri Sentiasa Cantik

Petua Istri Sentiasa Cantik | walaupon Cik Lisa masih berstatus single atau belum berkahwin tapi tak salah rasanya kalau amalkan petua sentiasa cantik ini .Hehehe..
Caranya : 
1. Jangan Lambat Tidur 
2.Makan banyak sayur 
3.Luangkan masa untuk exercise 1jam sehari. 
4.Perbanyak vitamin dan protein.
5.Perbanyak minum air masak. 
Dan yang terakhir..
6. Selepas isyak ambil segelas air .. 
-Baca Alfatihah 1kali
-Ayat kursi 1kali 
-Surah Al-waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali.
selepas membaca kesemua tu tiupkan dan minum. 

Selamat mencoba :) 

Celcom I.O.X rate internet yang..

Celcom I.O.X rate internet yang..| seperti apa yang telah Lisa tulis ada entri sebelum ini mengenai Prepaid I.O.X Plan simcard prabayar celcom yang terbaru , Kali ini saya ingin mengulaskan beberapa kelemahan dari Prepaid IOX. Hurm, Sebenarnya saya pon tak tau , tapi tadi pagi ternampak di Facebook yang ramai orang tulis kalau kuota dah habis , celcom akan mengenakan PPU (Pay Per Use ,10kb/10sen ) . Oleh sebab tu saya terus tanya kepada Orang Celcom  yang memang lebih ariff dan tahu , sebab semalam ketika training tak ada pulak trainer sini  bagitau yang celcom akan mengenakan charge PPU kepada Pengguna Data .

 Diantara Kelemahan I.O.X 

1.Dalam system dah tak nampak add on LTE/4G  macam sebelum ini, jadi customer kena buat manual setting .
2.Key words sms untuk melanggan mobile internet pon telah bertukar .
3. If, customer melanggan yang 2GB yang rm38/month , ketika 2Gb dah habis maka akan dikenakan charge PPU (Pay Per Use ) sebanyak 10kb/10sen .
4.PPU akan dicharge sampai RM10 , dan akan dapat free data 150MB ,When 150MB dah habis guna .. maka celcom akan block . jadi customer dah tak boleh menikmati unlimited data seperti sebelum ini. Walaupon sudah habis kuota ,customer akan tetap boleh melayari internet dengan speed 0.64kbps untuk data prepaid , dan 0.32kbps untuk mobile internet  voice plan .

Bukan menguntungkan tapi RUGI. Kalau macam ni , pasti customer akan berpindah ke telco Lain, sebab merugikan customer . Kalau capped je tak kena charge PPU , itu still ok lagi sebab jika pelanggan tahu internet dah slow , maka pelanggan masih boleh Add On Kuota 1-5GB , tapi plan yang baru ??Kalau dalam tu ada baki rm50..hilang macam tu sahaja ? Hurm..

Saya  rasa orang-orang yang pernah komplain mendebatkan mengenai data celcom yang unlimited  (chapped 0.64kbps ) di forum celcom  akan berpuas hati sekarang .Dan telco lain pastinya akan Tersenyum ,sebab mungkin mereka akan melancarkan promosi yang terbaru. Arrrrgh mengapakah Celcom semakin mengarut? Adakah disebabkan cukai yang dikenakan oleh Negara? *eehh politik pulak dah .

HOPE lepas ni celcom akan mempertimbangkan lagi mengenai rate dan charge plan yang terbaru . Kesian pengguna , tak semua orang mampu kot , dan zaman serba canggih sekarang ini tentunya memerlukan internet , tapi kalau charge internet mengarut..
Hurm, mana celcom yang pernah dibanggakan satu ketika dahulu ? 

KISAH RINDU SEORANG IBU YG RINDUKAN ANAKNYA Di LONDON

KISAH RINDU SEORANG IBU YG RINDUKAN ANAKNYA Di LONDON.|

Mak : Dik, ambilkan tu hp mak, ko tolong sms abang ko di England apa kabarnya? mama rindu betul kat dia... 

Anak : ok, mana handphone mama? 

Mak : tuuu hah atas meja...

Anak : ok tunggu jap.... si adik pun sms kat abang nya..dan 1 minit kemudian, 

Anak : mama!! abang dah balas...., tp dia pakai bahasa inggeris pulak tp adik tak faham...

Mak : apa nya?bacakan... 

Anak: "You have an insufficient account credit balance, please reload to stay connected"

Mak : sms balik, bagitau dia cakap melayu saja je lah & jangan nak aksyen baru seminggu di England.... dia dah tau mama tak pandai bahasa inggeris...


Celcom Prepaid Baru , Termurah !





Celcom Prepaid Baru , Termurah |  Kabar gembira untuk kalian , Berita Hot dan panas baru keluar dari Product Celcom . Celcom memperkenalkan Internet Of Xpax (IOX) plan simcard prabayar termurah . Apa yang Murah ?

1. Internet
Sebelum ini celcom hanya ada packang langganan sehari ,seminggu dan juga 1bulan sahaja kan ? Sekarang celcom dah menambah Plan mobile internet terbaru untuk pengguna Xpax
.Daily Internet Plan
internet untuk jangka masa harian , terdiri dari 2 package iaitu
-RM2 :  100mb+free 100 MB untuk media sosial seperti facebook dan lain-lain
-RM 5 : 300MB +FREE300MB untuk media sosial.

 Weekly Internet Plan
-Internet untuk jangka masa 1minggu RM10 untuk 300MB
 2 Weeks Internet Plan
internet mobile data dengan jangka masa 2minggu , RM20 untuk 800MB

Monthly Internet Plan
Internet mobile data yang terdiri dari 3 plan iaitu
-RM28 ,untuk 800MB
-RM38 , untuk 2GB
-RM58 untuk 4GB
sebelum ni package mobile internet bulanan hanya menawarkan RM38 untuk 1.5GB data dan wifi free 500mb sahaja ,akan tetapi hari ini dah boleh langgan 3jenis pacakge baru tu. Kalau kalian heavy user download atau online ,, boleh try yang 58 tu untuk 4GB murah dah tu .

Caranya:
 tekan *118# dan pilih mobile internet 



Kelebihan kedua Xpax ( I.O.X )yang Lisa nak bagitau :

*Call atau panggilan termurah hanya 33sen/10minute
Sebelum ini plan xpax (X24 ) mempunyai kadar panggilan
-28sen/3minute untuk semua rangkaian kan ?
Sekarang dah bertukar menjadi 33sen/10minute untuk sama rangkaian .
33sen untuk 10minute tu . Kira 1minute 3.3sen sahaja. Murah kan ?!
Rate untuk rangkaian lain 33sen/3minute .

*Untuk sms :
20sen untuk 5sms kesemua rangkaian .
20sen akan ditolak pada penghantaran message pertama , jadi message ke 2,3,4,5 Free .

FREEBIES FOR LIFE !
*Free 10Games perhari
*Free 10 Minute call , internet 3x 1hari
*Free 10 secs sesama rangkaian,
maksudnya kalau kalian call tak sampai 10saat .. tak akan dikenakan charge . Biasa voicemailpon akan terkena charge kan ? Yang ini tak  ! Macam mana ? Jimat kan ?atau ,,
Kalau tak nak kena charge,, call lah 9saat pastu tutup,pastu call semula. haha macam dulu-dulu pon ada kan.

Bukan Ku Tak Cinta Tapi..


Bukan Ku Tak Cinta Tapi.. | Tipu lah kalau Lisa tak sayangkan Handphone  Lisa . Selama ini Lisa memang tak pernah jual HP Lisa , walaupon HP lampu suluh ja. Lisa memang jaga Handphone macam jaga anak , ( cewah macam dah ada anak kan ) , jaga memang kondisi tak rosak atau calar .

Alkisahnya haritu Lisa baru guna Note3 dalam 1 bulan , Kemudian HP Lisa ghaib dari mata atau hilang , menangis tak berlagu woo. Keesokkan harinya beli baru, Nak atau tidak kena beli juga sebab urusan kerja yang urgent . Hurm.. Lisa beli HP yang sama , jenis dan kaler pon sama, Note3 Gold Roses Limited Edition. Memang tak banyak orang jual kaler ini. Clasic and kalau nak tau ,ramai customer-customer Lisa yang bos besar tu minat kaler ini. Memang tak banyak dipasaran . Kalau putih, pink, hitam memang banyak .

Setelah satu bulan , Hp Note3 yang ghaib tu terjumpa balik.Huuwaa.. macam tak percaya, tai kena percaya  juga. kode kekunci still ada lagi. sehat tak calar . Happy teramat sangat. Macam mana jumpa ? Rujuk entri mengenai Note3 yang lepas. Rezeki tak kemana kan.

 Sekarang ada 2 Note3 , Tak kan nak guna dua-dua Hp yang sama?Hurm , setelah beberapa bulan akhirnya Lisa memutuskan untuk menjual Note3 tu, Cun lagi macam anak dara woo. Sikit calar pon tak ada. Hurm yelah sebab Lisa memang tak guna simpan dalam kotak je selama ini , and Lisa dah lekatkan Screen Protector Tempered Glass .
14.10.2014 akhirnya bertukar tangan kepada tuan yang baru. HUKS huks..sedeyhh tapi daripada membazir dan tak guna baik jual je kan. Baik-baik  ye dengan tuan yang baru 😆
Bukan ku tak cinta tapi kerna terpaksa kurelakan HP tu berpindah tangan. Macam drama tv pulak dah =P

EH , Awak Salah Rumah lah

EH , Awak Salah Rumah lah | Lebih kurang macam tu lah situasi jika ada orang bertanya kepadaku
"Dik,, Hari ini line maxis problem ke ? "
Adeh .. mane nak tahu. Lisa ni bukan kerja di Maxis center .
Tanya lah sesuatu yang berkaitan dengan kerja Lisa .
Bukan sekali , tapi dah berulang kali kejadian ini berlaku .
Hurm, salah siapa ?
Saya kah ?
Hee.. Mungkin signboard kat tempat kerja Lisa ni kurang besar agaknya .
Takpe, Think Positive .


Murah ! Makanan Ini Hanya RM2

MURAH ! Makanan Ini Hanya RM2 | Niat hati nak membeli pewangi udara sahaja tapi terbeli makanan ini pulak! Hohoho GIANT memang pandai menarik customer , masuk saja gate Giant mata ini terpandang makanan ringan RM2 diantaranya Cloud9 makanan pebret aku.! Murah giler. Air tin pon rm1 sahaja. 
Dari nak beli pewangi udara sahaja...eh terbeli macam-macam pulak.
Saya beli 5bungkus Cloud9 ! HAHAHA banyak tak??
Stock untuk letak ditempat kerja ,Gemok pon gemok lah.

Rinduku Terbang Ke LONDON

Rinduku Terbang Ke LONDON  | Berlepas dari Kuala Lumpur dari Gate C17, dan Fly pukul 10.00pagi menggunakan kapal terbang MAS MH0004 menuju Heathrow,London . Memakan Masa 13jam di udara. Hurm tanpa jaringan internet atau line telephone.
Rindu mula terasa walaupon baru beberapa jam berlepas dari Malaysia .


2 keping gambar yang dia bagi sebelum berlepas terbang Ke London. Dia bagi 3 keping, yang 1 keping gambar tidak untuk dipublic kan . Hehe.. Biarlah menjadi rahsia .
Semoga selamat pergi dan balik my Mr. MSH   juga family .
Selamat bercuti dan jalan baik-baik kat sana .


Pastu ade kawan pulak suruh dengar lagu INI

 Macam perli lah pulak kan . Hahaha.
      Tak pe lah , bukan pergi berbulan pon, 10 hari je .
Nanti ade dapat line internet ,bagi kabar la nanti .                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Gambar Puting Beliung di Kedah

Gambar Puting Beliung Melanda Pedang -Kedah | 14.10.14  Puting beliung melanda kampung Alor Besar ,Pedang -Kedah pada pukul lebih kurang 4.40 petang tadi.






© all rights reserved
made with by templateszoo