Ad

Cabaran Hari ke-4 | Buku Kegemaran Saya

Eh,, dah masuk hari ke Empat di bulan September .
 Menyahut Cabaran 30 Hari dari #kelabbloggerbenashaari task untuk hari ini ialah Buku Kegemaran Anda.  Buku? , saya memang suka membaca buku. Tak kesah lah novel , majalah atau apasahaja .
Dari banyak-banyak buku yang dah saya baca Buku Kegemaran Saya ialah.
Cerita Cinta Ahmad Ammar (15 February 1993 - 2 November 2013). Buku terbitan Karya Bestari ini khusus menceritakan tentang perjalanan hidup Allahyarham Ahmad Amar Ahmad Azam
Insan yang tidak berapa dikenali semasa hidupnya namun menjadi sebutan setelah beliau meninggal

Sebuah buku yang lahir dari 15 orang penulis yang terdiri daripada keluarga terdekat Allahyarham Ahmad Ammar dan ditulis berdasarkan persektif mereka sendiri, antara yang menulis ialah, ayahnya, kakak, abang ipar, kawan-kawan daripada Abim, serta kawan-kawan beliau dari Universiti di Turki.Sebuah buku mengenai perjalanan hidup dan perjuangan arwah semasa hidup sehingga berakhir hayatnya dikota Istanbul Turki. Perjalanan hidupnya yang diabadikan untuk menyampaikan ilmu dimana saja beliau berada, walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga dan sanak saudara. Sesiapa yang membaca pasti tersentuh hati dengan kisah perjalanan hidup beliau dan kecekalannya dalam mengharungi cabaran demi menyampaikan ilmunya.
 Hurm,, sebak pulak tulis entri ini .
Nak tau lebih lanjut sila cari dan beli buku dia ya :)  


1st Giveaway by Melangkau Garisan with love

1st Giveaway by Melangkau Garisan with love
                                              
klik banner untuk join giveaway 
tamat pada 13/9/2014

Sesuatu Yang Menguatkanku #Hari ke3

Masuk hari ke 3 untuk Cabaran 30 Hari. 
Tajuk untuk hari ke 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda . Aku kuat ke ?
Kuat shoping? Tak ,
Kuat Buli orang ?Tak jugak
Kuat Marah ? Kadang-kadang
Kuat Membebel ? Mybe la .. haha sebab tak suka sesuatu yang tertangguh dalam kerja .
Kuat Merajuk ? yes , tapi merajuk bersebab. terjah entri  Hari 1 Dan Hari Ke-2
Kuat merepek ? Dulu lah.. tapi sekarang dah kurang sebab nanti kena marah . Hahaha
Eh.. dah melaut pulak dah . hahaha

Sesuatu yang menguatkan aku ?

1. MAKAN 


Makan! Makan ! haha ini lah sesuatu yang menguatkan aku ketika malam-malam lapar. Dan dah memang habit pukul 10 malam memang cacing dalam perut mula menari-nari meminta makan.
Sedap ooo makan ni. pergh.. memang kenyang !


 2. KUCING

Ketika stress penat kerja atau sedih atau gaduh kucing la peneman gelak ,nangis , dan juga dengar saya membebel. Hahaha.. fuhh lega sikit la kalau dah luahkan . Sejuk je tengok kucing . Dari banyak-banyak hewan. Kucing lah yang paling saya sayang .

Kekuatan fisikal dan tempat meluahkan stress  Makan dan kucing . Hahaha

Tapi yang paling utama menguatkan kekuatan batin saya ialah Allah juga Kedua orang tua saya .. Ibu dan Bapa . Mereka lah yang memberikan semangat ketika saya ada masalah . Walaupon saya tak mengadu masalah saya, tapi mereka lebih tau apa yang saya rasakan . Semangat hidupku ayah dan ibu. Kerna saya termasuk orang yang bertuah sebab diberikan family yang masih sempurna iaitu kedua orang tua saya .

cabaran 30 Hari ,Hari 2 : 5 cara memenangi hati saya

Do you Like Me? 
Nak menangi hati saya? Ehhh.. ops! Haha..
Memenangi hati saya bukan bermaksud nak couple  ke nak masuk minang je yee ? Hahaha maksudnya.. if saya tengah merajuk ke , tengah moody tak nak bercakap ke.

Entri hari ke2 CABARAN 30HARI ialah: 

5CARA MEMENANGI HATI SAYA !

1.BAGI BUNGA MAWAR  BIRU .
Nak yang original.. tak nak yang plastik. Haha konfem la trus tak jadi merajuk atau marah. Nak tau sebab ape? Sebab saya suka mawar biru. Thats way la nama fb pon Mawar Biru. 


2. BAGI COKLAT 
Bagilah pape coklat.. janji HALAL eh..mesti senyum terleret sampai telinga .. 

3. BAGI PERHATIAN
Bagi perhatian kena tempat and masa juga. Time tengah busy kerja kalau dok kacau bukan menangi hati..trus tak kan layan. So..kalau nak minta tolong atau nak tanya sesuatu.. jangan tanya time kerja ya. Tu tak kena tempat. 

4. BELANJA MAKAN 
AYAM PENYET , BAKSO, Spagheti, ICE LEMON TEA.. Banana Split.. senarai makanan kesukaan saya. Sila.belanja saya sebab saya memang kuat makan. Kot-kot leh luluh ke hati saya. Krik krik *ayat bodek 

5. JANGAN TANYA BANYAK TENTANG PRIVACY
Memang tak suka kalau ade orang banyak sangat tanya pasal privacy. Bila nak kawen? Soklan ayat cepu emas..  tu 1 contoh dari beribu soklan. Haha


Senang je sebenarnya kalau nak menangi hati saya.. Cari tau apa yang saya suka.. kalau dalam kesusahan. .tanyalah apa problem..mungkin kalian boleh tolong . Mane la tau kan.. 
 Lama-lama hati yang batu..leh cair jugak.. 







cabaran 30hari :Hari 1 ,Gambar terbaru dan 5 fakta

First time memberanikan diri untuk Menyahut Cabaran 30hari

Hari pertama.. 
Gambar terbaru anda dan 5 fakta tentang diri anda

Haaa atas tu gambar terbaru. Wat muka ala-ala comel dan sememangnya perasan comel.. hehehe. 


5 fakta tentang saya : 
1. Jenis keras kepala ,taknak kalah.
2.Penyabar..mesti selalu kena buli. 
3. Lebih suka mengalah daripada bergaduh.
4.Kuat merajuk tapi sendiri pujuk. Haha yela tkde orang nak pujuk.
5.Pendiam . Memula kalau tak kenal atau beradaptasi ditempat yang baru memang pendiam. Hurm..tapi lama kelamaan nti dah pandai potpet potpet . 



Ta daaa tu dia cabaran hari pertama.. 
Nantikan cabaran seterusnya

Bye ! Selamat malam ;)

Giveaway Merdeka 57 by Mawar Biru

Sempena sambutan kemerdekaan ke 57 Malaysia , saya dengan izinNya ingin melancarkan satu Giveaway buat semua blogger dan pembaca setia blog therylisanurulain.blogspot.com.Giveaway ini dianjurkan oleh Mawar biru dengan kerjasama kizmyself .  Dan di Sponsor oleh : Mawar Biru , Ieta Mat Sa'ad ,NiNaNieYna  , Sheda Ucu ,Ainaa Roseberry, Nadia Johari , Safarin Sulaiman , Nik Nurhafizah Er,
Berbagai hadiah menarik menanti anda. Jom semarakkan bulan kemerdekaan dengan GIVEAWAY MERDEKA 57.
Giveaway ini akan berlangsung dari 31 AUGUST 2014(SUNDAY) hingga 13 SEPT 2014(SATURDAY ). Pemenang akan diumumkan 3 hari selepas GA ini tamat iaitu pada 16 SEPTEMBER 2014. sekaligus sampena Hari Malaysia                   

HADIAH:
              
No 1: 
Wang tunai 80 , Tudung Bawal x 1, tshirt HardRockCafe x 1 
 No 2 
Wang tunai 50 , Tudung Bawal x 1 ,tshirt HardRockCafe x1 
  No 3
 Wang tunai 20 ,Tudung Bawal x1 ,Shawl x 1 
 No 4
 Shawl x 1 , Phasmina x1,Topup x 1
  No5
 Phasmina x 1 , Topup x1 
                                             Saguhati ( 5 orang ) Topup x 1 dan souvenir


 Giveaway Merdeka 57

Cara Penyertaan Giveaway Merdeka 57
1- Buat satu ENTRI  yang bertajuk " Giveaway Merdeka 57 by Mawar Biru "
2- Letakkan banner diatas di dalam posting dan linkkan ke blog ini therylisanurulain.blogspot.com
3- Lengkapkan ayat ini :

Saya menghargai kemerdekaan dengan cara ___________________________________
_____________________________________________________________________.
( tidak kurang dari 20 patah perkataan - lebih lagi bagus )
Pemenang akan dipilih berdasarkan ayat diatas. Kreatif dan original menjadi keutamaan.



 3. Follow Blog :
Mawar Biru , Ieta Mat Sa'ad ,NiNa NieYna  , Sheda Ucu ,Ainaa Roseberry, Nadia Johari , Safarin Sulaiman , Nik Nurhafizah Er, KIZ
4. Like Page
Lisa ,
 Kak Ieta
Nina 
Sheda
Aina
Nadia
Phat
cik Pjaz







Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com

Assalamualaikum

Dengan ini, dilancarkan Giveaway Blogwalking Bersama Mamaniza.com.

Bermula 9 pagi 1 September dan akan tamat pada 12 malam 10 September 2014

Tujuan giveaway ini : Untuk memperkenalkan blog-blog baru dalam dunia blogging serta dapat juga menambah rakan-rakan baru dalam list follower anda.

Sila FOLLOW BLOG mereka :

[Mamaniza] [Liyana Madrus] [Fizi] [Maz Izza] [Fatin Amalina Husna] [Asha Hana] [Ae Noyou] [Dik An] [Azwar Syuhada] [Mohd Ridzwan] [Aimi Syafiqah] [Arol Mubin] [Shida Radzuan] [Ct Aman] [Sally Samsaiman] [Norliza Othman] [Farah Wahida] [Kathy R'Bain] [Mar Mansor] [Farahuda] [Irene Nadhirah]

Sila FOLLOW IG mereka :
[nor_farihan] [aimimiddleton] [shidaradzuan] [ct aman] [huda] [asha]

Senarai Hadiah :
Goodie Beg - 40 pemenang (Mama)
Top up RM 10 - 9 pememang
Top up RM 5 - 5 pemenang
Wang Tunai RM 30 - 2 pemenang
Dish Wash Concentrate Shaklee - 1 pemenang
Potrait - 2 pemenang
Novel - 1 pemenang
Shawl - 5 pemenang
Fridge Magnet + Bookmark LE - 3 pemenang
Button Bagde + Bookmark LE - 2 pemenang
Agent Dorship Sophie - 20 pemenang
Brooch - 2 pemenang
Header Blog - 1 pemenang
Keychain - 1 pemenang
Buku Motivasi - 1 pemenang
Coin Purse dan Bookmark - 5 pemenang
Nota : Diharap semua peserta dapat memenuhi syarat yang ditetapkan, dan enjoy blogwalking oke!

My Air Asia Free Seats !


http://www.airasia.com/my/en/home.page

Jika saya mempunyai 10 Tempat Duduk Percuma Air Asia , saya akan pergi ke SABAH  . Dan saya akan bawa bersama keluarga saya dan beberapa orang rakan bloggers yang rapat. Kenapa? Saya bawa keluarga saya sebab saya ingin bercuti dengan mereka, ingin  meluangkan masa untuk mereka. Kami jarang dapat luangkan masa yang berkualiti bersama, banyak masa saya habis dengan kerja dan kerja. Saya juga memilih beberapa rakan bloggers saya kerana mereka adalah blogger sepenuh masa, mereka juga merupakan travel bloggers di Malaysia.

Saya memilih sabah sebab memang dah lama teringinkan berjalan-jalan meluangkan masa dengan orang-orang tersayang . Diantara tempat yang menarik di Sabah yang ingin saya kunjungi ialah:

1. KUNDASANG 
Celyn Resort, Kundasang
Kawan-kawan selalu bercerita yang di Kundasang ni tempat dia best. Itu lah yang membuat saya teringin pergi sana . Mesti best !sebab dari bilik resort tu kita boleh nampak Gunung Kinabalu. Dengan suhu yang rendah, tak payah guna aircond dah .








2- Jesselton Point




 Jesselton Point merupakan jeti di Kota Kinabalu, Sabah. Terletak tidak jauh dari Suria Sabah. Bot-bot disediakan untuk ke lima pulau berdekatan iaitu Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi, Pulau Gaya dan Pulau Sulug.





                                       3.Pulau Manukan, Sabah


Ha,,, nampak tak ikan-ikan yang comel-comel tu . Bagi yang suka snorkeling , pulau manukan memang tempat yang tepat sebab air yang jernih dan kita boleh melihat ikan-ikan dan semua yang ada dalam laut .

                                                                            
                                                                       5. KAKI GUNUNG KINABALU


Gunung Kinabalu yang merupakan gunung tertinggi,dan semoga hasrat untuk sampai puncak sana akan tercapa juga satu hari nanti. 











Dengan promosi  'My Air Asia Free Seats " semua orang boleh terbang kemana-mana destinasi yang orang inginkan dengan harga yang murah . Tempah tiket penerbangan anda sekarang ! bermula dari 25-31Aug 2014 . 

Untuk keterangan lebih lanjut , semak Air Asia
|| www.airasia.com || 

Atau tekan gambar berikut  
http://www.airasia.com/my/en/home.page


















Aku Sebahagian dari #KelabBloggerBenAshaari

#KelabBloggerBenAshaari ?
First time dengar ? atau.. kalian dah selalu dengar tapi tak tau ape tu #kelabbloggerbenashaari ?
Kelab Blogger Ben Ashaari (KBBA) ni satu komuniti dimana dalam tu terdapat blogger-blogger yang baru atau blogger lama dalamdunia blogging . 
Founder KBBA ialah Ben Ashaari , haaa..kenal kan ?
Dia wujudkan group ni sebab :

        "Untuk apa ? Dari awal lagi aku mula blogging , aku dapati amatlah payah untuk promote blog dan juga menaikkan trafik. Blogger blogger senior pulak, mmg tak pandang la blogger blogger baru"
"Tujuan penubuhan #kelabbloggerbenashaari ni , adalah untuk pergi lebih jauh lagi dari apa yang ada sekarang. Pencapaian #kelabbloggerbenashaari tahun ini sangatlah bagus. Ada blogger yang terlibat dengan badan kebajikan dan macam macam lagi."
petikan dari SINI
Dan kenapa saya join KBBA ?
Nak tumpang pemes ka? hey..
tak pun la .Meski ade beberapa orang yang berfikir seperti itu. Hurm, seronok weyh join KBBA , banyak ilmu yang saya dapat kat sana. Ilmu Blogging , yelah..Saya ni bukan Blogger pemes pon dan masih banyak kena belajar dari mereka-mereka yang dah tau seluk beluk berblogging ni. Kalau ade apa yang tak paham, diorang boleh tolong ajar macam mana nak solve problem. 

Jadi.. dah tau kan ,, bukan sebab nak pemes, tapi saling membantu dan untuk pergi lebih jauh lagi dari apa yang ada sekarang.Mane lah tau ade rezeki travel kat  Paris macam dia tempoh hari tu . hehehehe :P
"Tuah Ayam Pada Kaki, Tuah Manusia Tak Da siapa Tau "
(Betul ke ayat ni ?hehe )

syair tentang wanita




لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً
Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung, nescaya jadilah wanita itu burung merak.

ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan,nescaya jadilah wanita itu rusa.

ولو خُلقت حشرة لكانت فراشة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) serangga,nescaya jadilah wanita itu rama-rama.

ولكـنـها خُـلـقـت بـشـراً
Namun diciptakannya (wanita) sebagai manusia.

فأصبحت حبيبة وزوجة وأماً رائعة،
Maka jadilah wanita tersebut sebagai seorang kekasih, isteri, dan ibu yang hebat.

وأجمل نعمة للرجل على وجه الأرض
Dan (wanita merupakan) nikmat paling cantik bagi (semua) lelaki di atas muka bumi.

فلو لم تكن المرأة شيء عظيم جداً
Maka seandainya wanita bukanlah merupakan sesuatu yang sangat agung.

لما جعلها اللّه حورية يُكافئ بها المؤمن
Nescaya ALLAH tidak akan menjadikannya sebagai bidadari yang dihadiahkan kepada
seorang mukmin di syurga nanti).


sumber


 

cinta dari hati




Dan pabila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.. Kerana bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan.. Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.. Kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang, tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam..

Rahsia wajah nampak lebih muda


Rahsia wajah nampak lebih muda |
 Coba terka berapa umur saya ? 19tahun ? betul lah tu.. hahaha ase nak tampo pulak kan dengan budak perasan ni.
Ramai orang-orang  dan termasuk kawan-kawan, customer kat tempat kerja  cakap wajah saya nampak  lebih muda dari usia yang sebenar . Sampai ada orang panggil adik kat saya padahal usia dia lagi muda dari saya. Di Laman sosial pon ramai ingat saya 3@4thun lebih muda . wahh.. tips ? guna camera 360? tidak sama sekali .
Setelah lama saya berahsia ,  tiba  masanya untuk berkongsi pada kalian mengenai kulit wajah nampak muda dan berseri tanpa jerawat. 



Rahsia wajah nampak lebih muda dari usia yang sebenar :
saya tengah menggunakan produk ni, dan ramai orang cakap muka saya lebih muda dari usia sebenar ialah saya menggunakan Krim Herba Kemboja (KHK) ,

 

Krim ini menggunakan ramuan herba yang memang bebas dari bahan kimia, untuk kulit sensitif mesti kalian takut dan was-was nanti cuba produk ni, wajah akan tumbuh jerawat tak? jawapannya "TIDAK" kerana  KHK menggunakan bahan herba seperti
ramuan ekstrak pati soya, pegaga, manjakani, aloevera, vitamin A dan E, kolagen .Anda boleh merasakan kesan KRIM HERBA KEMBOJA ini seawal 3hari , jerawat akan mengecut , dan yang paling ketara kulit wajah lebih berseri.. Untuk lebih lengkapnya.. boleh baca DISINI 




#Cara Penggunaan :
Sapu di wajah sehari sekali sahaja, sapu sebelum tidur ya .


Ini testimoni dari beberapa orang  yang menggunakan KHK








Mahal tak?tak mahal lah..
   RM 65 untuk Semenanjung dan  RM 69 untuk area Sabah Serawak. (include postage)

 

PSttt : krim ni bukan hanya untuk perempuan sahaja , untuk lelaki pon boleh ! 

Jika berminat , Boleh hubungi :

WhatsApp :

019-9009213

Let's Celebrate! 4th Anniversary www.duniashida.com



Happy anniversary ke-4 kak Shida Radzuan
Semoga succes dalam kerjaya .
Bukan senang nak  jadi part time designer edit blog, printing dan lain-lain .
Tahniah sebab pandai membagi masa , heee...
Good Luck ! !!

Tips mengatasi tumit retak

Tumit retak? kering? Kulit tak stabil?  pasti tak selesa sebab gatal-gatal dan rupa pon jadi hodoh .
Kalian mesti pernah ternampak orang bertumit retak , tak pon kalian sekarang sedang mengalaminya . Nak tau tak kenapa tumit tu retak? Haa.. tumit retak tu biasanya penggunaan sandal yang kerap , kebersihan yang rendah , kekurangan vitamin /mineral dan juga faktor cuaca .

Kalau kalian mempunyai masalah tumit rendah , mesti tak selesa kan ? sebab akan rasa gatal-gatal. Nak pakai high heels pon rasa malu.. 
Dah mencuba berbagai ubat tapi masih tak berkesan sehingga membuat anda putus asa?
Hari ini Lisa nak bagi Tips2 untuk kalian bagaimana cara penyelesaian mengurangkan gejala tumit retak dan insyaallah terbukti berkesan .

1.MINYAK MASAK
Menggosok minyak masak padakaki anda. Mungkin terdengar pelik tapi ianya berkesan . Boleh menggunakan minyak bijan, kelapa,sayur-sayuran dan minyak zaitun .
Pertama : bersihkan kawasan yang terjejas tu sebanyak mungkin. Buang mana-mana kulit yang berlebihan  / Emping  dengan batu pumis . Selepas tumit bagus dan bersih , gunakan bola kapas basahkan dengan minyak dan letak pada kulit yang kering. Untuk hasil yang terbaik, lakukan dengan kerap sebelum tidur.

2. PISANG DAN ALPUKAT

Selain boleh dimakan macam tu sahaja, pisang juga berguna untuk mengatasi kulit retak. Mesti kalian tk pernah terfikir kan selama ini.Caranya : Potong pisang kedalam pengisar dan kemudian masukkan alpukat (avokado) tersebut. Kisar sehingga menjadi rata dan halus. bercampur sekata. Boleh masukkan sedikit air untuk membantu pisang dan alpukat menjadi campuan yang baik. Sapu perlahan-lahan dan pes pada tumit kalian. Biarkan selama 15minute . lepas tu basuh dengan air suam.

3.HONEY
Madu ? sangat popularuntuk tumit retak. selain itu mampu merawat kulit yang halus pada muka . fungsi madu boleh membelikan kaki anda dengan manfaat pelembab dan juga ciri2 antibakteria.
Caranya : Campurkan kira-kira satu cawan dengan baldi kecik air suam .Selepas tu kacau air untuk memastikan madu yang benar-benar cair. dan tiada ketulan . Rendam kaki anda kedaam baldi . Biarkan kaki kalian , rendam selama kira-kira 20minute kemudian perlahan-lahan tepuk2 hingga kering.

4.JUS LEMON
Jus lemon mempunyai tahap asid yang tinggi yang bermanfaat untuk melembutkan kulit dan membantu tumit retak . Terdapat 2 cara macam mana menggunakan jus lemon untuk merawat tumit retak.
Pertama : potong lemon dan sapukan keatas rekahan tumit retak tu .
cara kedua : campurkan jus lemon dengan air suam  , lepas tu rendam kaki dalam campuran tersebut selama 15 minute . Perlahan-lahan tepuk tumit retak atau kaki kering anda. ianya lebih baik dari pada menggosok-gosok dengan tuala  kerana akan menjejaskan rawatan

Lakukan rawatan diatas dengan rajin , insyaallah akan berkesan untuk sembuhkan tumit yang retak tu dan kalian akan melihat hasilnya sendiri. . Anda boleh memakai kasut tumit tinggi sesuka pilihan hati kalian dan tak perlu malu memakai slipar.
Ubat semula jadi, sila praktikkan  dan ucapkan SELAMAT TINGGAL kepada tumit kering .
© all rights reserved
made with by templateszoo