Menyahut Cabaran 30 Hari dari #kelabbloggerbenashaari task untuk hari ini ialah Buku Kegemaran Anda. Buku? , saya memang suka membaca buku. Tak kesah lah novel , majalah atau apasahaja .
Dari banyak-banyak buku yang dah saya baca Buku Kegemaran Saya ialah.

Cerita Cinta Ahmad Ammar (15 February 1993 - 2 November 2013). Buku terbitan Karya Bestari ini khusus menceritakan tentang perjalanan hidup Allahyarham Ahmad Amar Ahmad Azam
Insan yang tidak berapa dikenali semasa hidupnya namun menjadi sebutan setelah beliau meninggal
Sebuah buku yang lahir dari 15 orang penulis yang terdiri daripada keluarga terdekat Allahyarham Ahmad Ammar dan ditulis berdasarkan persektif mereka sendiri, antara yang menulis ialah, ayahnya, kakak, abang ipar, kawan-kawan daripada Abim, serta kawan-kawan beliau dari Universiti di Turki.Sebuah buku mengenai perjalanan hidup dan perjuangan arwah semasa hidup sehingga berakhir hayatnya dikota Istanbul Turki. Perjalanan hidupnya yang diabadikan untuk menyampaikan ilmu dimana saja beliau berada, walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga dan sanak saudara. Sesiapa yang membaca pasti tersentuh hati dengan kisah perjalanan hidup beliau dan kecekalannya dalam mengharungi cabaran demi menyampaikan ilmunya.

Hurm,, sebak pulak tulis entri ini .
Nak tau lebih lanjut sila cari dan beli buku dia ya :)

.jpg)