Ad

Showing posts with label Kempen. Show all posts
Showing posts with label Kempen. Show all posts

Kempen YOODO Wheel-Yoo-Win' Rebut Peluang Menang Pelbagai Hadiah Bernilai Lebih 2 Juta

Assalamualaikum! Hi korang .. pernah dengar Yoodo ? perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang menawarkan pelan boleh diubah suai sepenuhnya dan 100% digital yang dilancarkan sejak 2018 ,dimiliki dan dikendalikan oleh Celcom Axiata Berhad. Khabar baik ! Yoodo mengumumkan kempen ‘Wheel-Yoo-Win’ yang direka khusus bagi memberi ganjaran kepada para pengguna setia Yoodo dengan pelbagai hadiah menarik bersempena perayaan akhir tahun. Hadiah bernilah lebih RM2 Juta ! OMG... siapa yang taknak .

REBUT PELUANG UNTUK MEMENANGI PELBAGAI HADIAH HEBAT BERNILAI LEBIH RM2 JUTA DENGAN WHEEL-YOO-WIN 

Pengguna yang Layak Membuat Putaran Dijamin akan Memenangi Pelbagai Hadiah Menarik selain Berpeluang untuk Memenangi iPhone 14 Plus menerusi Kempen Akhir Tahun Yoodo .

Ketua Yoodo, Chow Tuck Mun berkata, “Wheel-Yoo-Win adalah tanda penghargaan daripada kami kepada pengguna Yoodo, yang sentiasa menyokong kami selama ini. Dengan pelbagai hadiah bernilai lebih daripada RM2 juta untuk dimenangi, kami berharap untuk menyebarkan kegembiraan dan membantu pengguna kami mengakhiri tahun ini dengan ganjaran yang hebat!”

 

Kempen Yoodo Wheel-Yoo-Win ini dianjurkan dengan kerjasama SEA Gamer Mall (SEAGM) ini akan berlangsung sehingga 21 Disember dan menawarkan peluang kepada pengguna yang layak untuk memutar roda hadiah bernilai daripada RM5 hingga RM200 . SEA Gamer Mall Sdn Bhd, SEAGM ialah sebuah syarikat platform e-dagang barangan dan perkhidmatan digital antarabangsa yang mantap untuk para pemain, pembangun, dan penerbit permainan video.

SENARAI HADIAH KEMPEN AKHIR TAHUN YOODO.

HADIAH 'DAILY SPIN'
  • Data Berkelajuan Tinggi 3GB Yoodo (Booster) (Pengaktifan talian Yoodo)
  • Data Berkelajuan Tinggi 7GB Yoodo (High Speed Activation Data) (Pengkatifan talian Yoodo)
  • e-Baucar Cashback SEAGM 
  • Barangan In-Game PUBG Mobile Yoodo Jerseys, costumes and items 
  • Langganan 1-Tahun Percuma Majoriti + 2H1M Staycation
  • e-Baucar Grab
  • e-Gift card Starbucks 
  • e-Baucar Lazada 
  • e-Baucar Petronas
  • e-Baucar Shopee IT Mall
  • Tiket TGV Cinema 
  • MLBB Diamonds
  • Kod UC PUBG Mobile
  • Kredit Razer Gold 

    HADIAH CABUTAN BERTUAH BULANAN
    • 1x iPhone 14/iPhone 14 Plus 
    • 2x Gajet Samsung
    • 3x Gaming Gears

    CARA PENYERTAAN 

    Cara penyertaan mudah ja , hanya perlu berbelanja minimum RM32 apabila memperbaharui atau mengubah suai pelan Yoodo korang, dan dijamin akan membawa pulang satu hadiah! Setiap peserta yang layak akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win dan serta-merta menerima hadiah mereka. 
    Selain memenangi hadiah yang dijamin menerusi putaran roda itu, pelanggan yang berkongsi kemenangan di media sosial Facebook dan Twitter, akan layak untuk menyertai cabutan bertuah bulanan, dan nantikan acara cabutan bertuah hadiah utama yang akan diadakan pada 31 Oktober, 23 November, dan 22 Disember. 

    Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama SEAGM, Tommy Chieng berkata,
    “Kami berbesar hati kerana dapat bekerjasama dengan Yoodo sekali lagi, dan kali ini untuk kempen yang menarik dan menyeronokkan ini. Kami sentiasa mengutamakan kepuasan hati dan kesetiaan pelanggan  dan peluang untuk memberikan ganjaran kepada rakyat Malaysia dengan pelbagai hadiah hebat ini sememangnya memberikan kegembiraan kepada kami.” 

    Pelanggan SEAGM juga boleh mengambil bahagian dengan membuat transaksi yang boleh melayakkan mereka di dalam laman sesawang SEAGM, dan 150 pelanggan pertama yang layak setiap hari akan menerima satu kod unik untuk memutar Wheel-Yoo-Win. 

    Wahhh menarik ! Jika korang salah satu pengguna Yoodo , jangan lupa join tau . Manatau ada rezeki korang boleh dapat iphone 14 plus . Goodluck ! 

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen Wheel-You-Win, sila kunjungi https://www.yoodo.com.my/wheelyoowin. 


    Kempen Derma Darah bersama McDonald's Malaysia dan Pusat Darah Negara


    Kempen Derma Darah bersama McDonald's Malaysia dan Pusat Darah Negara

     Assalamualaikum ! Dah lama rasanya Lisa tak join kempen derma darah . Last dulu masa sekolah lagi la .Tahukah anda yang 1 beg darah yang kita derma boleh selamatkan 3 nyawa? Jika korang berkelayakan untuk menderma silalah derma ya sebab bank darah kita semakin lama semakin menipis bekalan darah tu . McDonald's Malaysia Blood Donation Drive , Aktiviti  Kempen Derma Darah bersama McDonald's Malaysia dengan kerjasama Pusat Darah Negara berulang untuk kali ke-6, bertepatan dengan seruan kerajaan untuk menggalakkan pendermaan darah .

    McDonald’s Malaysia Gesa Kakitangannya dan Orang Ramai Menderma Darah

    McDonald’s Malaysia terus menyokong seruan kerajaan agar rakyat Malaysia dapat menderma darah secara lebih kerap. Restoran khidmat segera tersebut telah menganjurkan Hari Derma Darah tahunannya pada 30 Jun 2022, dengan kerjasama Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan (KKM). Aktiviti menderma darah ini terbuka kepada orang ramai.

     

    “Penganjuran aktiviti menderma darah ini bertujuan meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat tentang kepentingan menderma darah, demi menyokong pihak PDN dalam membantu pesakit yang memerlukan. Kerjasama antara McDonald’s Malaysia dan PDN adalah supaya lebih ramai orang menderma darah bagi memastikan jumlah stok bekalan darah di dalam bank darah negara stabil. Kami sedar kepentingan adanya stok darah dan kami sangat gembira dapat melaksanakan aktiviti menderma Darah pada tahun ini,” kata Dato’ Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia. 


    Hari Derma Darah ini diadakan di ibu pejabat McDonald’s Malaysia, yang menyaksikan kehadiran lebih daripada 200 penderma pada tahun ini. Penderma yang hadir terdiri daripada kakitangan, rakan-rakan niaga, dan pelanggan McDonald’s serta wakil media. Restoran khidmat segera tersebut berhasrat menanamkan satu tabiat yang baik dan mewujudkan kesedaran yang tinggi mengenai kepentingan menderma darah di kalangan kakitangannya dan juga rakyat Malaysia. Bersama-sama, kita boleh membantu rakyat Malaysia lain yang memerlukan. Aktiviti derma darah yang dianjurkan oleh McDonald’s Malaysia dengan Kerjasama PDN menyaksikan lebih 1,300 penderma sejak tahun 2017.



    Lisa berada di Pintu masuk sebelum ke kaunter pendaftaran derma darah . Awal pagi lagi jadi tak berapa ramai orang ,  hahaha teruja sungguh untuk join aktivity derma darah . Jom Lisa bawa korang berjalan untuk merasakan suasana masa berlangsungnya acara derma darah yang bertempat di Head Office McDonald’s, Level 12, Bangunan TH, Uptown 3, Damansara Utama , pada 30 June 2022 yang berlangsung bermula dari 11 pagi - 4 petang . 

    PROSES MENDERMA DARAH 




    Lepas memasuki pintu utama , korang kena daftar dulu ya tanda korang hadir dalam McDonald's Malaysia Blood Donation Drive . Isi nama etc etc tu dulu tanda kehadiran . 


    1. ISI BORANG UNTUK DERMA DARAH .

    Disini pula korang kena isikan butiran-butiran sebelum masuk ke step seterusnya .
      "Alaa... Kena isi borang lagi ke untuk derma darah?"
    Untuk makluman tuan, untuk menderma darah, seseorang penderma itu perlulah memenuhi setiap syarat atau kriteria yang ditetapkan untuk memastikan pendermaan itu selamat untuk kedua-dua penderma dan penerima. Jadi mengapa borang pendermaan ini perlu diisi pada setiap pendermaan? Ini adalah kerana, kelayakan kita untuk menderma darah pada masa itu bergantung pada status kesihatan, sejarah perubatan, amalan dan gaya hidup kita yang terkini/semasa serta faktor-faktor lain yang ada kalanya mungkin kelihatan remeh bagi kita.


    2. TIMBANG BERAT BADAN . 
     Syarat untuk menderma darah biasanya 45kg keatas , sesiapa yang ingin menderma darah tapi berat bawah dari 45kg memang tak dapat ya . Tunggu berisi dulu baru boleh menderma , sebab takut pengsan pula nanti .Dan juga orang yang punya HB rendah tidak boleh menderma darah ya . Selain dari itu korang kena berumur 18-65 tahun sahaja , 17 tahun boleh menderma tapi kena ada kebenaran dari ibubapa /penjaga . Perlu diingat , sebelum menderma korang tak boleh makan ya  & pendermaan terakhir 3 bulan sebelumnya . 


    3. CHECK JENIS DARAH


    Di Bahagian ini pula , darah kalian akan di ambil untuk check sama ada layak menderma darah atau tidak , dan jenis golongan darah apa yang korang miliki. Ingat ya , jika korang mempunyai penyakit jangan menderma sebab ianya boleh menjangkiti orang lain . 


    4. Re-confirm balik semua data tentang tiada penyakit lain yang merbahaya dan juga  pastikan tidak melakukan sebarang hubungan kelamin dengan pasangan yang baru berkahwin dalam tempoh kurang dari setahun .
     


    Check tekanan darah ,seterusnya jumpa doktor untuk diambil tekanan darah. Minimum bacaan mesti sekurangnya 100/70 mm Hg.  history sakit dan semuanya pastikan betul betul sihat baru menderma sebab jangan lepas derma nanti pengsan pula sebab kesihatan drop . 



    5. Dah lulus semua, tiba masa untuk derma darah.
    Tiba masa untuk menderma darah , darah akan diambil ada beg besar beg kecil dan akan ada petugas kesihatan disini korang ikut je la arahan yang diberikan . Kena baring dan wat rilek lepas tu tangan menge-pam bagi darah tu keluar . Boleh tahan laju juga untuk proses ni . 




    Boleh pilih nak tangan kanan atau kiri. Sebelum cucuk misi akan bagi bola untuk genggam untuk melancarkan aliran darah dan senang untuk cari urat. 


    Biasanya untuk penuhkan beg darah itu ambil masa dalam 10-15 minit dan misi akan suruh kita rehat dalam 10-15 minit lagi.












    Selepas menderma darah , korang akan dapat goodies bag berisi biskut , susu dan roti yang diberikan . Selain itu  korang boleh reedem makanan guna baucar yang diberikan . .Sebagai tanda penghargaan, McDonald’s Malaysia menyediakan hidangan McChicken dan Sundae Cone kepada semua penderma darah yang hadir . 








    McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan Pusat Darah Negara (PDN) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selaras dengan seruan kerajaan untuk lebih banyak darah didermakan untuk menambah stok dalam tabung darah negara kita.  Mendermalah dari sekarang sebab mungkin ramai yang kat luar sana amat memerlukan darah kita yang cukup berharga ni tuk meneruskan hidup. Ni pun kira amal jariah la jugak kan.. 







    Lirik Terangi Hidupku Faizal Tahir #bersatuTENAGA


    SELAMAT HARI MALAYSIA !! Seperti yang korang tahu , 16 September rakyat Malaysia akan memperingati "Hari Malaysia " . OK .. ingat lagi tak entri sebelum ni   kempen #bersatuTENAGA bersama Faizal Tahir (klik untuk baca ) , nah.. lirik dan video lagu tu dah siap  . Lagu ini memang dicipta sampena memperingati Hari Malaysia .  

    Faizal Tahir, Elizabeth Tan , Jaclyn Victor menyanyi bersama dengan semua rakyat malaysia dalam video tu . Meriah bukan ?.. sebab dia gabungkan semua kempen #bersatuTenaga dalam Instagram dan buat 1 lagu . Rugi la siapa yang terlepas..hehe takpa.. insyaallah kalau next time ada kempen lagi . Terselit jugak la muka Lisa walaupun kecik ja.. hahaha,, 


    Lirik dan Video Terangi Hidupku kempen #bersatuTenaga .

    by : Faizal Tahir , Elizabeth Tan , Jaclyn Victor dan Rakyat Malaysia

    Terangi Hidupku

    Memandang jauh menyusur cahya
    Terpikat ku memandang indah semua
    Terasa hati mula gembira
    Membuatku melangkah terus saja

    Ku kejar mimpi
    Dan percaya sepenuh hati
    Takkan sempurna hidupku tanpamu

    Senyumanmu
    Buat aku
    Merasa Bah’gia
    Senyumanmu
    Buat aku
    Ceria sentiasa
    Senyumanmu
    Buat aku
    Bertenaga s’lalu
    Takkan terpisah kau dan aku

    Oh~oh~oh~
    Kau terangi hidupku

    Oh~oh~oh~
    Kau terangi hidupku

    Kau bagai matahari di jiwa
    Menyinari hidup bagai permata
    Bersyukur aku atas s’galanya
    Kau tetap di hati setiap masa

    Kau terangi hidupku

    Jom Sertai Faizal Tahir Kempen #bersatuTENAGA



    Hai ... Assalamualaikum.. Faizal Tahir , sapa yang tak kenal dia. pemes woo.. Penyanyi , Penulis Lagu , dan banyak lagi talent yang dia ada . Lisa dengar Faizal Tahir sedang kempen buat lagu .. tapi dia ada chorus je , lagu ni sebagai kempen #bersatuTENAGA dengan Tenaga Nasional sampena sambutan Hari Malaysia . Macam mana tu , lagu tapi ada chorus je  ? . Nah.. dia nak korang komplete kan lagu dia tu .  Kempen ini dibuat dan ajak korang menyumbang idea korang  #bersatuTENAGA kerja sama antara Artis seperti Faizal Tahir , Jacklyn Victor , dan Elizabeth Tan . 


    Bagaimana Cara Sertai Kempen #bersatuTenaga ?

    Caranya senang je , semudah a b c .. dan ikut la bagaimana korang cipta video yang menarik untuk kempen tu .

    Pertama : Buat video sama ada korang nyanyi lagu Faizal Tahir , atau nak sambung bagi lirik dekat lagu tu . Kalau malu nyanyi.. korang boleh dance , lips sync , bermain alat music , atau video yang kreatif dan rancak untuk meriahkan lagu tu  dalam durasi 1 minit sahaja . ( sebab Instagram had durasi hanya 1 minit je )

    Kedua : Upload video korang tadi dalam Instagram korang dan  tag instagram @tenaga_nasional dan hastag #bersatuTENAGA . wajib tau sebab nanti senang nak trace video korang . Jangan lupa set PUBLIC dekat instagram korang.

    Mudah saja bukan ? Jom la join.. Opss.. hari ini hari last penyertaan  , 9 September 2016 pukul 11 malam . Masih ada masa lagi .

    Elizabeth Tan dan Jacklyn Victor dah join dan  tolong bagi idea lirik. So... apakata korang join juga kempen #bersatuTENAGA. Mana tau korang bertuah dan video korang akan masuk dalam video lagu Faizal Tahir .. wahh terpercik pemes gitu..

                                  



    Untuk detail info selebihnya , kroang boleh tengok dekat 

    Facebook Page :

    https://www.facebook.com/TNBCareline/ 

    Butiran Lengkap Kempen di



    Ini pula video Lisa yang Lisa dah Upload dalam Instagram .
             


    GOOD LUCK KORANG  !! 


    © all rights reserved
    made with by templateszoo