Friday, July 29, 2022

NutriBrownRice® Prebiotic Beverage Minuman Sihat dan Sedap !

NutriBrownRice Prebiotic Beverage Sihat dan Sedap ! 

Assalamualaikum , hi korang ! pernah dengar tentang beras perang ? Ruji di Malaysia adalah beras putih biasa. Tetapi hakikatnya kebaikan beras perang menawarkan pelbagai faedah kesihatan yang baik untuk badan. Jom ketahui lebih lanjut tentangnya. Serat beras perang membantu merendahkan paras kolesterol, menggerakkan sisa melalui saluran penghadaman, menggalakkan kekenyangan dan boleh membantu mencegah pembentukan gumpalan darah. Rasa beras perang yang agak tawar dan keras mungkin buatkan ramai orang tak berapa gemar memakan seperti Lisa pon kurang suka makan beras perang , tapi sekarang dah lebih senang dikonsumsi dan rasa pon sedap sebab ada belbagai pilihan perisa dengan NutriBrownRice® Prebiotic  Beverage yang sihat dan sedap.

Nutribrownrice® Prebiotic  Beverage Senang Diminum Bila-Bila Sahaja . 

Selepas bertahun-tahun penyelidikan dan pembangunan, Abrand Food akhirnya mencipta minuman beras perang segera yang digemari oleh semua orang, di mana-mana di dunia! Minuman berkhasiat ini ditanda dagangan sebagai NutriBrownRice. Lisa sendiri dah pernah cuba makan nasi yang diolah dari beras perang , memang agak susah ditelan untuk pendapat pribadi dari Lisa sendiri . Dengan adanya NutriBrownRice Prebiotic Beverage ni , lebih mudah untuk diminum dan dengan rasa yang  lagi sedap.

Beras perang adalah bijirin penuh, yang bermaksud ia mengandungi tiga bahagian kernel bijirin:

  • Lapisan luar dipenuhi serat dipanggil bran 
  • Bahagian tengah kaya dengan nutrien dipanggil sebagai germ
  • Lapisan tengah berkanji dipanggil endosperm.


Kebaikan Beras Perang 

Manfaat dan Kebaikan beras perang diantaranya :

  • Serat beras perang membantu merendahkan paras kolesterol
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung, stroke dan diabetes .
  • Nutrien berikut didapati dalam bijirin penuh:
  • Beras perang bantu turunkan berat badan
  • Mengawal diabetes
    Bermanfaat untuk pesakit kencing manis dan individu hiperglisemik.Beras ini mempunyai indeks glisemik rendah yang membantu dalam mengurangkan luka insulin dan membantu dalam penstabilan paras gula dalam badan.Persatuan Diabetes Amerika juga mengesyorkan memilih beras perang bagi pesakit kencing manis untuk memenuhi keperluan vitamin, serat dan mineral penting dalam diet mereka.
  • Aktiviti antioksidan
    Beras ini kaya dengan antioksidan kuat melindungi daripada kerosakan disebabkan oleh radikal bebas oksigen.Ia mengandungi enzim antioksidan penting disebut superoxide dismutase yang melindungi sel-sel daripada kerosakan oksidasi semasa pengeluaran tenaga.
  • Mencegah obesiti
    Berperanan penting dalam mengawal berat badan bagi individu memerangi obesiti. Ia mengandungi mangan membantu mensintesis lemak badan.
  • Mengelakkan Alzheimer
    Beras ini  mengandungi komponen membantu dalam perencatan enzim berbahaya yang dipanggil prolapi endopeptidase, dikaitkan dengan penyakit Alzheimer. Ia juga bermanfaat untuk gangguan otak lain seperti demensia dan amnesia.
  • Meningkatkan kesihatan jantung
    Beras ini kaya dengan selenium bermanfaat untuk jantung sihat.Penggunaan bijirin penuh membantu mengurangkan penyumbatan arteri akibat pembentukan plak. Tindakan perlindungan ini mengurangkan risiko gangguan jantung seperti hipertensi tinggi dan penyakit vaskular.
  • Bebas gluten.
    Gluten adalah protein yang terdapat dalam bijirin seperti gandum, barli dan rai (rye).Sesetengah individu alergi atau tidak toleran terhadap gluten dan mengalami tindak balas ringan dan teruk seperti sakit perut, cirit-birit, kembung dan muntah.
  • Beras pilihan terbaik
    Bijirin penuh kaya dengan khasiat ini bersesuaian dengan banyak ramuan dan boleh dinikmati semasa sarapan, makan tengah hari atau makan malam. Pilihlah alternatif beras jenis ini untuk pilihan sumber karbohidrat lebih baik dan lebih sihat.


5 Pilihan Rasa NutriBrownRice® Instant Beverage

5 Pilihan Rasa NutriBrownRice
® Prebiotic Beverage 

Wahh banyak juga kelebihan dan khasiat beras perang ini . Namun begitu beras perang mengambil masa yang lebih lama untuk dimasak, dan rasa yang agak tawar membuat kurang disukai oleh orang ramai . Sekarang dah ada NutriBrownRice® Prebiotic  Beverage yang senang untuk dibawa kemana sahaja dan dinikmati bila-bila masa sahaja . 5 Pilihan Rasa NutriBrownRice® Prebiotic Beverage yang korang boleh pilih ; 


NutriBrownRice® (Original With Prebiotic)

1. NutriBrownRice® (Original with Prebiotic + No Sugar Added )

 Ucapkan selamat tinggal kepada masalah gastrik - sekali dan untuk semua dengan NutriBrownRice® (Asli Tanpa Gula Ditambah dengan Prebiotik), minuman beras perang yang kaya dengan Vitamin E sebagai sarapan pagi korang. 

Sesuai untuk:

  • Orang dewasa yang mengalami masalah gastrik seperti gastritis atau gastroesophageal reflux disorder (GERD), masalah usus, dan perut buncit.


Sesiapa yang ingin menikmati minuman beras perang yang sihat sebagai sarapan pagi. NutriBrownRice® yang licin dan lazat (Asli Tanpa Gula Ditambah dengan Prebiotik) direka khusus untuk memastikan usus anda sihat dan membantu anda menjauhi masalah gastrik.

Ia menggalakkan penyembuhan hakisan mukosa gastrik, melegakan perut dan melindungi dinding perut . Korang hanya perlukan beberapa minit untuk menyediakan dan diisi dengan Vitamin E dan kaya nutrien semula jadi  . Pilihan tepat untuk jadikan rakan terbaik korang pada hari yang sibuk!

Lindungi usus korang pada semua kos dengan segelas NutriBrownRice®️ (Tanpa Gula Ditambah) setiap hari! Kerana Kesihatan Usus = Kesihatan Keseluruhan . Mulakan perjalanan sihat korang dengan dua sachet NutriBrownRice®️ (Tanpa Gula Ditambah) selama 2 minggu untuk melihat peningkatan yang baik dalam kesihatan usus .


NutriBrownRice (Oat With Soy Lecithin)

2. NutriBrownRice® (Oat With Soy Lecithin)

Melawan diabetes dan keliru dalam memilih antara ubat dan pemakanan sihat?

NutriBrownRice® (Oat With Soy Lecithin-30 Sachets) adalah pilihan TERBAIK & sedap dalam memerangi diabetes! Korang tidak perlu risau lagi tentang peningkatan paras gula. Diabetes semakin biasa dari hari ke hari. Tetapi anda tidak boleh mengambil mudah kesannya.  penyelesaian terbaik untuk korang , NutriBrownRice® (Oat dengan Lesitin Soya).

500mg lesitin soya setiap hari membantu mengurangkan kira-kira 40% kolesterol dan LDL dalam satu bulan.

Dan NutriBrownRice® (Oat dengan Lecithin Soya) dirumus khas dengan oat bay Australia dan 1000mg lesitin soya setiap sachet. Ia sangat membantu menurunkan gula darah tinggi, kolesterol tinggi dan tekanan darah tinggi .Ia membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan juga membantu dalam meningkatkan fungsi otak dengan meningkatkan tumpuan, ingatan dan perkembangan hati korang.

Tak suka oat? Rasa yang agak pelik memang tak hairan yang kurang menyukai Oat ni , macam lisa hahaha . So lain dari yang lain , NutriBrownRice ini miliki tekstur oat bayi kecil yang kenyal membuatkan orang yang tidak menyukai oat mula menyukainya.

Sesuai untuk:

  • Pesakit kencing manis
  • Pesakit sakit jantung
  • Ibu menyusu
  • Pesakit dengan LDL tinggi, hati berlemak, trigliserida tinggi, tekanan darah
  • Pelajar yang menghadapi peperiksaan


NutriBrownRice (Purple Sweet Potato With Prebiotic)

3. NutriBrownRice® (Purple Sweet Potato With Prebiotic No Sugar Added )

Adakah korang menghidap diabetes? Jangan risau! Dalam 2 bulan dari sekarang, insyaallah korang akan berasa lebih baik dengan minuman beras perang segera yang tiada gula tambahan ini.


Kebanyakan minuman kencing manis yang ada hari ini dibuat dengan vitamin diperkaya tepung jagung. Walau bagaimanapun, dengan satu hidangan minuman ubi ungu NutriBrownRice, korang boleh mengambil banyak vitamin dan mineral semula jadi!

10g/hari Inulin (Prebiotik) boleh meningkatkan tahap glukosa dan profil lipid anda dalam masa 8 minggu.

Ubi keledek ungu Nutribrownrice diperbuat daripada prebiotik yang sama diperbuat daripada akar chicory dari Jerman dan sangat berkesan untuk mengawal diabetes.

Sesuai untuk:

  • Penghidap kencing manis
  • Wanita yang ingin kurus dan mengekalkan BMI yang baik.

Ia didatangkan dengan wangian ubi keledek ungu yang sebati dengannya. sesuai untuk sarapan pagi, minum petang atau makan malam, dan bertindak sebagai penyelamat anda pada hari yang sibuk!

NutriBrownRice® (Brown Sugar Added With Prebiotics)

4. NutriBrownRice® (Brown Sugar Added With Prebiotics)

Bayangkan melakukan senaman pagi yang penuh tenaga dengan hidangan pra-senaman yang mudah disediakan!

NutriBrownRice® (Gula Perang Asli Ditambah dengan Prebiotik) tinggi dengan vitamin B1 dan B6(300mcg, 43% daripada nilai harian) dan merupakan pilihan terbaik sebelum bersenam. Ia juga tingkatkan sistem imun  dan membuatkan korang kenyang dan bertenaga sehingga tengah hari.

Sesuai untuk:

  • Warga emas menghadapi kebas tangan dan kaki.
  • Orang dewasa yang sibuk ingin menikmati sarapan pagi yang mudah, sihat dan lazat.

Ia kini didatangkan dengan prebiotik (Inulin) dengan formula baharu untuk melindungi kesihatan usus  dan mengekalkan kesihatan keseluruhan dalam jadual sibuk dan merupakan pilihan terbaik untuk menggantikan kopi atau teh.

* Minum 1 cawan pada waktu pagi selepas segelas air suam.*

 

Ingredients : Brown Rice Powder (51%), Coconut creamer (100% Vegan), Prebiotic (Inulin), Brown Sugar, Calcium Phosphate Tribasic (Prayphos™).


NOTA PENTING !! LACTOSE-FREE. Mungkin mengandung elemen oat yang mengandung gluten dan kacang soya sepanjang proses pembuatan. No Therapeutic Claim.


NutriBrownRice® (Chocolate)

5. NutriBrownRice® (Chocolate)

Minuman coklat kegemaran anak-anak anda tetapi tanpa risau gula tambahan yang tinggi NutriBrownRice (Coklat) adalah pilihan tepat! Kebanyakan minuman coklat di pasaran datang dengan gula setinggi 15-25g setiap hidangan yang pastinya bukan pilihan yang sihat untuk anak korang.

NutriBrownRice® (Coklat) dimuatkan dengan gula perang dan bukannya gula putih menjadikan minuman coklat sihat+sedap! Ia 30-70% lebih rendah dalam gula berbanding dengan minuman coklat biasa yang lain dan menyediakan serat pemakanan yang penting untuk anak-anak .

1 sachet mempunyai 200mcg vitamin B6, 12% daripada nilai harian dan memastikan sistem imun berfungsi dengan baik. Bersedia untuk alternatif yang sihat yang anak-anak korang akan bersetuju dengan gembira? Dapatkan Coklat NutriBrownRice anda sekarang!

Ingredients ; Brown Rice Powder (47%), Coconut creamer (100% Vegan), Brown Sugar, Cocoa Powder, Calcium Phosphate Tribasic (Prayphos™).

 

 *Minum 1 cawan pada waktu pagi selepas segelas air suam.*

NOTA PENTING !!  Anda dinasihatkan untuk  tidak menggunakan Microwave kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada nilai gizi pemakanan produk. No Therapeutic Claim.


Semua produk NutriBrownRice® dihasilkan di bawah

  • HACCP,
  • GMP dan
  • Diperakui oleh ISO22000 dan Halal oleh JAKIM.

CARA PENYEDIAAN NUTRIBROWNRICE

CARA PENYEDIAAN:

Sediakan 220ml air panas (80-90 darjah Celcius), tuangkan serbuk, dan kacau rata.

Oh ya dalam setiap kotak tu ada 8 sachets. Boleh pelbagaikan perisa if nak bawak gi travelling mana-mana. Cukup kenyang  bagi Lisa . 

Kelebihan NutriBrownRice

Lisa nak kongsi sikit apa Kelebihan NutriBrownRice ini lepas pengambilan beberapa minggu . Bungkusan yang kemas dan senang untuk dibawa kemana-mana . Penyediaan yang ringkas sebab tak perlu masak lama , hanya cukup perlu tuang air panas je . Sesuai untuk korang yang busy dan takda masa nak prepare sarapan or tak sempat makan juga tau.  Oh ya satulagi... bagi korang yang susah nak membuang air besar , NutriBrown Rice ini boleh tolong kalian untuk melancarkan metabolisme tubuh tau . Pheww Lisa yang dua hari takleh nak berak pon dah leghaaaaa lepas meminumnya . 


Kalau nak tahu lebih lanjut tentang minuman kesihatan Nutri Brown Rice ini, sila klik di bawah ini  :





Monday, July 18, 2022

Taksir Zakat dan Menangi Hadiah Menarik!



Taksir Zakat dan Menangi Hadiah Menarik!

Assalamualaikum semua , mungkin ada sesetengah orang yang belum tahu zakat yang kita harus bayar bukan hanya zakat fitrah je , ada banyak lagi seperti zakat pendapatan , zakat perniagaan , zakat emas & perak  , zakat wang simpanan , zakat pelaburan , zakat kwsp , dan zakat takaful . Oh ya , Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) anjur bulan Taksir Zakat dan Menang. Taksir zakat sebelum 31 Julai 2022 dan menangi hadiah menarik! Wahh macam best je dengar . 

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ANJUR KEMPEN JOM TAKSIR ZAKAT

Untuk pengetahuan korang , LZS sekarang ni tengah on Kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu sepanjang bulan Julai 2022 . Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022.

Sempena Bulan Taksir Zakat, pihak LZS mengadakan kempen Jom Taksir Zakat. Bila korang dah buat taksiran secara online, korang boleh menebus baucar KFC sebanyak RM5 selagi stok masih ada. Ini baru taksir tau belum bayar zakat lagi. 

Siapa yang bayar zakat selepas taksir berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik seperti :

  • Hadiah utama : Yamaha Lagenda 115Z FI
  • Hadiah Kedua : Nintendo Switch OLED
  • Hadiah Ketiga : Smart Watch Garmin
  • 10 Hadiah Saguhati :  Galaxy Tab A8



CARA-CARA TAKSIR ZAKAT 

Tak tahu cara nak taksir zakat ? Lisa pon bukan ingat semua macam mana cara-cara nak taksir zakat ni ,Sekarang lebih mdah dan tanpa ragu-ragu , korang hanya perlu gunakan kalkulator zakat seperti dibawah ini .  

Wahhh serius memudahkan betul la ! nak pergi ke Pejabat Lembaga Zakat pun jauh dan takdan masa yang pastinya sebab kita bekerja  . 

Kelayakan Sertai & Menang Kempen Bulan Taksir Zakat

“Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu” dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (dirujuk sebagai “LZS”) bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2022 bersempena Bulan Taksir Zakat.

Cara Sertai Kempen Bulan Taksir Zakat 

Caranya sangat senang je , korang just muat turun (download) aplikasi Zakat Selangor . Dan Kelayakan korang untuk Sertai & Menang Kempen Bulan Taksir Zakat diantaranya;- 

DOWNLOAD APLIKASI ZAKAT 

Download Aplikasi Lembaga Zakat Selangor  DISINI  bagi pengguna telefon android atau ke laman sesawang Lembaga Zakat Selangor . Seterusnya , Daftar dan Log Masuk ke akaun anda

TAKSIR & SIMPAN 

Gunakan fungsi Taksir di dalam aplikasi “ZakatSelangor” , muat taksiran jenis jenis zakat harta dan “Simpan Taksir Zakat”

Untuk tahu details tentang syarat kelayakan join Bulan Taksir Zakat, boleh rujuk bawah ni ya :

  • Layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
  • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
  • Buat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
  • # Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
  • # Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.

Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:

  • Peserta perlu layari https://jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
  • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
  • Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.

E-Zakat Pay Bersama Lembaga Zakat Selangor

Zaman serba canggih ni nak bayar zakat ni senang je sebab semua dah boleh dilakukan dihujung jari , tanpa perlu bersusah nak pergi ke pejabat lagi dan makan masa kita . Semua dah dipermudah, tiada alasan untuk kita lengahkan masa untuk tunaikan zakat tu .  

So , jangan lupa layari laman sesawang  https://ezo.zakatselangor.com.my/, atau nak lagi mudah Aplikasi kan ada . 

OBJEKTIF

  1. Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  2. Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  3. Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  4. Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  5. Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Untuk menyertai kempen Bulan Taksir Zakat korang boleh memilih bayar untuk zakat apa-apa je pun, bukan terhad pada satu jenis zakat je .

AGIHAN 


Ziarah Asnaf Uzur & Pesakit Kronik
Menyantuni keperluan asnaf di lapangan adalah tanggungjawab kami setiap masa. Hari ini, kami hadir bersama Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sg Tengi Kanan, Nazir Masjid Blok H dan Blok P Sg Burung, Ketua Kampung dan barisan penolong amil kariah untuk menziarahi 7 buah rumah asnaf yang menghidap sakit kronik, OKU dan asnaf yang uzur terlantar.
Kami hadir dengan membawa sumbangan makanan dan keperluan harian untuk mereka. Alhamdulillah, dengan cara ini dapatlah pihak kami mengetahui dengan lebih dekat permasalahan dan keperluan mereka yang lain.
Kebanyakan asnaf yang kami santuni hari ini, segala keperluan bantuan masih berjalan seperti bantuan kewangan, makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan hari raya dan perubatan.
Terima kasih kepada pembayar zakat, dengan zakat anda, dapat kami salurkan kepada asnaf yang memerlukan.
Kredit: Team Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor LZS

 

rujuk link DISINI  






Sesudahnya korang menyelesaikan kewajipan ini , jangan lupa ye tebus baucar dan mana tahu rezeki memenangi hadiah menarik nanti


وَأَقِيمُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتُواْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَطِيعُواْ ٱلرَّسُولَ لَعَلَّكُمۡ تُرۡحَمُونَ

“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.

(Surah An-Nur 24:56)

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Lembaga Zakat Selangor 

Web :  https://www.zakatselangor.com.my/

No tel : 1-300-88-4343

Jom tafsir zakat dan tebus! mana tau rezeki korang menang kan 


Friday, July 15, 2022

Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas Percuma

Bayar Guna SemuaPay dan Tebus Emas Percuma

Assalamualaikum , semakin lama teknologi yang masuk dalam keseharian dah semakin maju .Sekarang ni dah banyak yang cashless untuk buat transaksi harian salah satunya pembayaran bill bulanan kita . Lisa tak suka penuhkan wallet dengan wang kertas apalagi semenjak covid haritu memang dah cashless je . Nah berbicara tentang cashless ni kan , baru ni Lisa da jumpa satu apps yang menarik untuk dicuba  iaitu SemuaPay . Dalam apps ni korang boleh dapat Cashback, buka kedai dan juga boleh jual beli emas . Menarik bukan ?

Apa Itu SemuaPay ?

SemuaPay adalah satu aplikasi telefon pintar yang dimiliki oleh SemuaPay Sdn. Bhd. yang diwakili oleh 100% bumiputera Malaysia. SemuaPay telah membantu lebih 20 ribu pengguna di Malaysia dalam perkhidmatan servis bayaran secara atas talian. Pengguna diberi kemudahan untuk mula berniaga tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi, bayaran yang dikenakan untuk pengguna menggunakan aplikasi ini adalah serendah RM10 seumur hidup.


Yang menarik perhatian Lisa disini ialah bagi korang yang mempunyai perniagaan , aplikasi SemuaPay ini menyediakan platform dimana boleh miliki e-kedai sendiri dengan serendah RM50 untuk buka e-kedai. Memang sangat berbaloi la bagi peniaga yang baru nak berjinak untuk mulai perniagaan di platform online ni . Bagi pengguna pula boleh dapat untung Cashback . Tudia dua dua untung kan ?



Selain dari berniaga , pengguna juga boleh buat bayaran  pelbagai servis perkhidmatan secara atas talian atas talian . Antara servis yang ditawarkan adalah pengguna boleh menggunakan aplikasi untuk bayaran bil telefon, TNB, Astro , tambah nilai kartu prabayar , langgan internet ,jual beli emas dan banyak lagi. Terdapat lebih 80 produk tersedia untuk penggunaan sendiri atau jualan. Pengguna akan diberi CASHBACK pada setiap bayaran menggunakan aplikasi mengikut kadar yang telah ditetapkan mengikut pakej daftar, rujuk pautan untuk info lanjut semuapay.com/page/rebaterate.


Aplikasi SemuaPay boleh di muat turun di semua telefon pintar, di Google Play, App Store dan AppGallery.



CARA DAFTAR SemuaPay

1) Klik link SemuaPay
2) Kemudian isi nama, nombor telefon dan emel.
3) Pilih Pakej Keahlian. Macam Lisa, daftar sebagai Pengguna dahulu dan hanya bayar RM10 untuk seumur hidup. Pakej lain seperti Pengguna, Komuniti, Usahawan dan VIP
4) Selesai isi semua, boleh tekan Daftar.
5) Seterusnya cek email untuk dapatkan password
6) Dah dapat password, boleh login di aplikasi SemuaPay.
Lepas dah login, jangan lupa untuk tukar password untuk keselamatan akaun kalian. 


Kelebihan menggunakan aplikasi SemuaPay :- 

1) Pembayaran bil utiliti, pembelian Topup prepaid dan pospaid
Segala pembayaran bil ( bil air, bil elektrik, bil internet) dan topup korang boleh menggunakan aplikasi SemuaPay ni. Dengan hujung jari sahaja, semua siap dalam satu platform. Tak perlu pergi kedai, tak perlu pergi pejabat pos untuk bayar semua ni. Jimat masa tenaga dan minyak kereta , haaa... dari bersesakkan di luar baik kita buat dari rumah je kan , semua ada dihujung jari . 

2) Tambah nilai online game

Bayangkan kBagi gamers ,features ini sangat membantu . Ialah tak perlu keluar ke 7-e untuk topup , jadi permainan tak terganggu . Dalam aplikasi ni juga ada servis tambah nilai untuk online game korang. Bukan satu jenis game je, ada banyak jenis iaitu Freefire, Gamesberry, Garena Shell, Genshin Impact, Razergold, Mobile Legend dan banyak lagi

Bayangkan korang reload game PUBG Rm100  x 4% = RM4 wahhh untung! 

Setiap transaksi bayaran yang dah dibuat, korang akan dapat CASHBACK hasil dari bayaran ikut kadar yang telah ditetapkan. Memang tak rugi tau, lagi komitmen bulanan ni. Bayar-bayar, dapat cashback, dah boleh kumpul duit. Untung sangat kan ! 

3) Membuka e-shop ( kedai online sendiri)

Pengguna juga diberi peluang untuk memulakan perniagaan atas talian dengan memiliki laman e-commerce sendiri dengan langganan e-Kedai di aplikasi SemuaPay. Pengguna tidak perlu risau tentang stok atau produk jualan kerana aplikasi telah sediakan produk untuk jualan seperti bil, prabayar, permainan, pin & emas. Anda hanya perlu kongsi pautan e-Kedai untuk jana pendapatan. Bayaran serendah RM50 untuk membuka e-Kedai ini . Wahhh menarik juga kan ada e-Kedai sendiri .

4) Sistem Pengurusan Emas

Aplikasi ini juga menawarkan servis simpan, pindah, jual & beli emas patuh syariah. Terdapat 2 kaedah belian emas di SemuaPay. 

a. Gold Saving Account (GSA)

Pengguna boleh memiliki emas di aplikasi dengan belian serendah 0.02 gram. Pengurusan jual beli emas boleh dilakukan pada bila-bila masa dengan harga emas semasa di aplikasi mengikut pakej daftar. 

b. SPGold Wafer 1 gram (Au999.9) 24k

Klik link untuk beli https://semuapay.com/shop/gold/bullion/GB1G.

Tebus dari Gold Saving Account (GSA) setelah cukup simpanan sebanyak 1 gram. Pemilik e-Kedai boleh menjual emas di kedai masing-masing dengan minimum jualan 0.05 gram.

Ni lagi best, korang boleh mula simpan emas secara PERUMA. Caranya, korang hanya buat bayaran bil telefon sahaja, dah boleh mula simpan emas secara percuma menggunakan CASHBACK yang yang korang dapat. Bayangkan jika setiap kali kita buat bayaran bil di aplikasi SemuaPay, berapa gram emas yang korang boleh miliki sekarang ?
Contohnya:

Bayar Umobile = RM100 ( Cashback RM6.00 = 0.02 Gram Emas).

Haritu ada bincang juga dengan kawan nak buat simpanan emas dan cari platform yang menguntungkan ... eh terjumpa pula dalam aplikasi SemuaPay ini.


Dalam aplikasi ni pun boleh buat dut geli-geli tau. Cuma share, like , komen dah boleh dapat duit.


Caranya tekan HOME, dan nampak Viral. Kemudian, ikut arahan di dalam tugasan. Selepas buat task, jangan lupa letak URL seperti yang diminta sebagai bukti task dah dibuat. Kalau buat hari - hari dah berapa banyak duit yang terkumpul. Cara buat duit online yang mudah hanya perlu kerajinan untuk buat task.

6) Transaksi

Semua urusan transaksi yang korang dah buat, korang boleh tengok dibahagian ni. Semua rekod debit, kredit, Rekod Tambah Wallet, Rekod Pindahan Wallet dan sebagainya juga tertera disini. Selain itu, korang juga dapat lihat status pembayaran bil dan topup anda.

7) Akaun
Jangan lupa verify akaun korang untuk dapatkan cashback dan komisen selama korang bertransaksi nantinya . Dekat bahagian ni, macam biasala, tengok profil korang. Boleh kemaskini gambar, dapat lihat profil korang. Selain itu,  disini juga terdapat pelbagai butang lain untuk urusan Wallet, Pengurusan dan Aplikasi. 


8) Affiliate
Apabila korang kongsi link aplikasi SemuaPay sendiri dekat kawan-kawan, keluarga, lepastu mereka daftar akaun SemuaPay menggunakan link korang, secara automatik, korang akan dapat ganjaran. 

Macam mana, banyak kan kelebihan aplikasi SemuaPay ni. Boleh dapat Cashback, boleh jana pendapatan, dan paling menarik boleh simpan dan jual emas. Memang tak rugi daftar SemuaPay ni.
Lagi menarik SemuaPay melancarkan program SPReward.

SemuaPay lancarkan program SPReward.

Menyedari potensi besar pasaran e-dagang, SemuaPay telah melancarkan program SPReward bagi melahirkan sekurang-kurangnya 1000 usahawan digital dalam kalangan pengguna pada tahun 2022. Program SPReward adalah merupakan inisiatif pihak syarikat SemuaPay Sdn. Bhd. dalam melahirkan usahawan digital di kalangan pengguna berdaftar dengan pemasaran e-kedai SemuaPay. 

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif padasetiap bulan.

Semua pengguna layak untuk sertai program ini dengan syarat mempunyai langganan e-Kedai yang aktif pada setiap bulan.


Cara lengkap buka e-Kedai di Aplikasi SemuaPay  

1.TAMBAH WALLET. 

Pastikan Wallet korang ada RM50 didalamnya .

2.BUKA KEDAI

klik e-Kedai dan klik Buka kedai di penjuru kiri bawah . 

3. ISI NAMA KEDAI

Masukkan nama kedai anda di rungan kosong , seterusnya klik KEMASKINI MAKLUMAT KEDAI . 

Sebagai Contoh  : KEDAISAYA

4. KLIK LANGGAN & KEMASKINI TETAPAN

Klik Langgan dan kemaskini tetapan seperti gambar rajah.

5.LIHAT KEDAI & KONGSI

Boleh ulakan jualan dengan kongsi pautan kedai korang sendiri di laman media sosial seperti facebook twitter dan lainnya untuk beritahu orang lain . 

Mudah sahaja bukan cara untuk buka e-Kedai di aplikasi ini . Korang boleh tengok gambar dibawah untuk rujukan juga ya . 



Feedback Pengguna :




Peluang tak datang banyak kali tau , jangan tunggu lama-lama ... lekas daftar tau ! 

Untuk ketahui lebih lanjut boleh layari

Website : www.semuapay.com

Facebook : https://www.facebook.com/SemuaPay/

Instagram : https://www.instagram.com/semuapay/







Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search