Ad

Showing posts with label selangor. Show all posts
Showing posts with label selangor. Show all posts

Gangunan Bekalan Air Selangor, Bagaimana Solusinya?

Air keperluan harian untuk digunakan. Isu gangguan bekalan air di Selangor ni dah bertahun tak selesai juga, sampai sekarang masih ada masalah tu. Terbaca dari The Edge lapor bahawa kerajaan sedang rancang untuk naikkan tarif air seluruh negara sekali lagi seawal bulan Julai 2025 ini selepas kenaikan pada Jan 2024 lalu - itu kenaikan dua tahun berturut. Sampai bila isu ni akan berakhir ? 

Gangguan Bekalan Air yang Berterusan

Pada 23 Julai 2024, Air Selangor menghadapi gangguan bekalan air tidak berjadual yang menjejaskan tujuh kawasan utama termasuk Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Lumpur, Hulu Selangor, dan Kuala Selangor. Gangguan ini berpunca daripada pencemaran bau di Sungai Kundang dan Sungai Sembah, menyebabkan empat loji rawatan air terpaksa dihentikan sementara. Kegagalan kepimpinan baharu dalam menangani pencemaran secara proaktif serta ketidakcekapan dalam pengurusan krisis.




Ini adalah kenaikan yang dirancang serta kesan tahunannya bagi bil Air Selangor:
Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Domestik (50 m³ sebulan)
2023: RM56.86
2024: RM68.25 (Naik 20.03%)
2025 (dirancang): RM87.63 (Naik lagi 28.40%)
Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 54.12%
Bil air tahunan isi rumah meningkat daripada RM682.32 (2023) kepada RM1,051.56 (2025 dirancang) - kenaikan sebanyak RM369.

Kenaikan Tarif Air untuk Pengguna Bukan Domestik/perniagaan (100 m³ sebulan)
2023: RM220.65
2024: RM277.60 (Naik 25.81%)
2025 (dirancang) : RM361.15 (Naik lagi 30.10%)
Jumlah kenaikan 2023 - 2025: 63.68%
Kos tahunan meningkat daripada RM2,647.80 (2023) kepada RM4,333.80 (2025) - tambahan RM1,686.

Bulan Julai 2025 ini memang happening untuk Raykat selepas peluasan skop SST pada Mei 2025 dan kenaikan caj klinik swasta sebelum Mei 2025.


Peningkatan tarif bill air ni memang akan membebankan semua golongan baik rumahan atau peniaga. Bekalan air masih tak berkualiti , air pon masih dengan air klorin , kena guna pump filter air . Nak taknak memang bill air naik dan juga penggunaan elektrik akan naik juga . 

Pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb oleh Kerajaan Selangor. 

Kerajaan Selangor akan mengambil langkah susulan membantu pengguna air di negeri ini yang terkesan dengan pelarasan kadar tarif air bermula 1 Feb depan.

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia berikutan jangkaan 49 peratus akaun pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) bakal terkesan berikutan tarif baharu itu nanti.
Beliau berkata antara langkah yang akan diambil termasuk memastikan Skim Air Darul Ehsan (SADE) dapat diteruskan.

Sementara itu, Amirudin berkata pelarasan tarif air itu perlu dilaksanakan dalam usaha menjamin kelestarian modal dan pelan perniagaan Air Selangor untuk jangka masa panjang.
"Memang hampir semua (syarikat air) dan bukan hanya Air Selangor yang memerlukan peningkatan dari segi modal dan pelan perniagaan, kita memerlukan pelarasan tarif pada kadar tertentu dalam tempoh tahun-tahun tertentu," katanya.



Air Selangor bantu rakyat tak ? 


Sebelum menaikkan tarif bill air , kualiti air perlu ditingkatkan. Bekalan air bersih sangat diperlukan , kalau kualiti air tak elok pon rakyat kena beli filter lagi .. bukan murah dekat nak seribu juga then automatik bill lektrik pon akan naik. Nak tak nak kena guna filter sebab air yang berklorin tinggi pun akan menjejaskan kesihatan .

Air Selangor akan meneruskan usaha penggantian paip sebanyak 300 kilometer setahun dan kemudiannya 400 kilometer setahun bermula 2034. Ini membolehkan 5,000 kilometer paip usang dapat diganti dalam tempoh 15 tahun (2040).

Tidak ketinggalan, usaha pemuliharaan air diletakkan sebagai agenda utama di bawah Pelan Hala Tuju Pemuliharaan Air 2025-2030 oleh Air Selangor bagi menggalakkan penggunaan air yang lebih cekap dan Lestari, selaras dengan sasaran 160 liter per kapita sehari (LCD) menjelang 2030 yang disyorkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Adam Saffian turut berkongsi, Air Selangor komited melaksanakan semua inisiatif dengan cekap dan segera, sejajar aspirasi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari yang menegaskan tahun 2025 adalah tahun tindakan untuk Negeri Selangor.

Kesimpulanya, Kenaikan tarif air yang diumumkan dalam keadaan bekalan air dan kualiti air yang tidak diatasi dengan efektif hanya akan menambah beban rakyat. Tanpa pembaharuan dalam pengurusan sumber air dan peningkatan kualiti bekalan air, kenaikan tarif ini dilihat sebagai langkah yang kurang bijak dan tidak adil. Pihak berkuasa perlu memberi penekanan yang lebih terhadap penyelesaian masalah asas terlebih dahulu sebelum sebarang kenaikan tarif dilaksanakan bagi memastikan kebajikan rakyat terjamin.


Harapnya selepas ini pihak Air Selangor dapat mencari solusi untuk rakyat berkaitan bekalan air ini , dan aduan-aduan dari masyarakat didengar dan diselesaikan lebih cepat dan adil . Bekalan air merupakan salah satu keperluan asas utama untuk kehidupan manusia. Tanpa bekalan air yang bersih, manusia tidak dapat mandi, bersuci, ambil wuduk, basuh baju, minum air dan sebagainya.

Taksir Zakat dan Menangi Hadiah Menarik!



Taksir Zakat dan Menangi Hadiah Menarik!

Assalamualaikum semua , mungkin ada sesetengah orang yang belum tahu zakat yang kita harus bayar bukan hanya zakat fitrah je , ada banyak lagi seperti zakat pendapatan , zakat perniagaan , zakat emas & perak  , zakat wang simpanan , zakat pelaburan , zakat kwsp , dan zakat takaful . Oh ya , Lembaga Zakat Selangor ( LZS ) anjur bulan Taksir Zakat dan Menang. Taksir zakat sebelum 31 Julai 2022 dan menangi hadiah menarik! Wahh macam best je dengar . 

LEMBAGA ZAKAT SELANGOR ANJUR KEMPEN JOM TAKSIR ZAKAT

Untuk pengetahuan korang , LZS sekarang ni tengah on Kempen Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu sepanjang bulan Julai 2022 . Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah melancarkan kempen Bulan Taksir Zakat (BTZ) bermula pada 15 Jun 2022 sehingga 31 Julai 2022.

Sempena Bulan Taksir Zakat, pihak LZS mengadakan kempen Jom Taksir Zakat. Bila korang dah buat taksiran secara online, korang boleh menebus baucar KFC sebanyak RM5 selagi stok masih ada. Ini baru taksir tau belum bayar zakat lagi. 

Siapa yang bayar zakat selepas taksir berpeluang untuk menang pelbagai hadiah menarik seperti :

  • Hadiah utama : Yamaha Lagenda 115Z FI
  • Hadiah Kedua : Nintendo Switch OLED
  • Hadiah Ketiga : Smart Watch Garmin
  • 10 Hadiah Saguhati :  Galaxy Tab A8



CARA-CARA TAKSIR ZAKAT 

Tak tahu cara nak taksir zakat ? Lisa pon bukan ingat semua macam mana cara-cara nak taksir zakat ni ,Sekarang lebih mdah dan tanpa ragu-ragu , korang hanya perlu gunakan kalkulator zakat seperti dibawah ini .  

Wahhh serius memudahkan betul la ! nak pergi ke Pejabat Lembaga Zakat pun jauh dan takdan masa yang pastinya sebab kita bekerja  . 

Kelayakan Sertai & Menang Kempen Bulan Taksir Zakat

“Jom Taksir Zakat : Sempurnakan Zakatmu” dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (dirujuk sebagai “LZS”) bermula 15 Jun hingga 31 Julai 2022 bersempena Bulan Taksir Zakat.

Cara Sertai Kempen Bulan Taksir Zakat 

Caranya sangat senang je , korang just muat turun (download) aplikasi Zakat Selangor . Dan Kelayakan korang untuk Sertai & Menang Kempen Bulan Taksir Zakat diantaranya;- 

DOWNLOAD APLIKASI ZAKAT 

Download Aplikasi Lembaga Zakat Selangor  DISINI  bagi pengguna telefon android atau ke laman sesawang Lembaga Zakat Selangor . Seterusnya , Daftar dan Log Masuk ke akaun anda

TAKSIR & SIMPAN 

Gunakan fungsi Taksir di dalam aplikasi “ZakatSelangor” , muat taksiran jenis jenis zakat harta dan “Simpan Taksir Zakat”

Untuk tahu details tentang syarat kelayakan join Bulan Taksir Zakat, boleh rujuk bawah ni ya :

  • Layari jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
  • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
  • Buat bayaran zakat harta di mana-mana saluran bayaran yang disediakan oleh LZS termasuk ejen-ejen LZS yang bertauliah.
  • # Tiada had minimum bayaran zakat yang ditunaikan.
  • # Setiap peserta berhak untuk mendapat satu cabutan sahaja.

Kelayakan penebusan baucar selepas Taksiran Zakat:

  • Peserta perlu layari https://jom.zakatselangor.com.my atau imbas kod QR dan muat turun Aplikasi Zakat Selangor di Play Store atau App Store.
  • Sila log masuk dan membuat taksiran jenis-jenis zakat harta.
  • Peserta perlu tekan butang simpan sebagai bukti taksiran dan komitmen penyertaan.
  • Tangkap layar bukti taksiran dan tunjukkan di mana-mana cawangan LZS berdekatan.

E-Zakat Pay Bersama Lembaga Zakat Selangor

Zaman serba canggih ni nak bayar zakat ni senang je sebab semua dah boleh dilakukan dihujung jari , tanpa perlu bersusah nak pergi ke pejabat lagi dan makan masa kita . Semua dah dipermudah, tiada alasan untuk kita lengahkan masa untuk tunaikan zakat tu .  

So , jangan lupa layari laman sesawang  https://ezo.zakatselangor.com.my/, atau nak lagi mudah Aplikasi kan ada . 

OBJEKTIF

  1. Mendidik dan mengajak umat Islam di Selangor mengira sendiri zakat dengan lebih mudah dan tepat.
  2. Memberi kesedaran untuk taksiran jenis-jenis zakat harta.
  3. Membentuk sentimen minda masyarakat untuk membudayakan taksiran dan bayar zakat setiap tahun.
  4. Menggalakkan kaedah taksiran yang menyeluruh agar jumlah yang dizakatkan lebih tepat.
  5. Menganjur dan mempelbagaikan aktiviti menarik di sepanjang tempoh program berlangsung.

Untuk menyertai kempen Bulan Taksir Zakat korang boleh memilih bayar untuk zakat apa-apa je pun, bukan terhad pada satu jenis zakat je .

AGIHAN 


Ziarah Asnaf Uzur & Pesakit Kronik
Menyantuni keperluan asnaf di lapangan adalah tanggungjawab kami setiap masa. Hari ini, kami hadir bersama Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Sg Tengi Kanan, Nazir Masjid Blok H dan Blok P Sg Burung, Ketua Kampung dan barisan penolong amil kariah untuk menziarahi 7 buah rumah asnaf yang menghidap sakit kronik, OKU dan asnaf yang uzur terlantar.
Kami hadir dengan membawa sumbangan makanan dan keperluan harian untuk mereka. Alhamdulillah, dengan cara ini dapatlah pihak kami mengetahui dengan lebih dekat permasalahan dan keperluan mereka yang lain.
Kebanyakan asnaf yang kami santuni hari ini, segala keperluan bantuan masih berjalan seperti bantuan kewangan, makanan bulanan, bantuan pendidikan, bantuan hari raya dan perubatan.
Terima kasih kepada pembayar zakat, dengan zakat anda, dapat kami salurkan kepada asnaf yang memerlukan.
Kredit: Team Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor LZS

 

rujuk link DISINI  






Sesudahnya korang menyelesaikan kewajipan ini , jangan lupa ye tebus baucar dan mana tahu rezeki memenangi hadiah menarik nanti


ÙˆَØ£َÙ‚ِيمُواْ ٱلصَّÙ„َÙˆٰØ©َ ÙˆَØ¡َاتُواْ ٱلزَّÙƒَÙˆٰØ©َ ÙˆَØ£َØ·ِيعُواْ ٱلرَّسُولَ Ù„َعَÙ„َّÙƒُÙ…ۡ تُرۡØ­َÙ…ُونَ

“Dan tunaikanlah solat dan laksanakanlah zakat; serta taatilah Rasul; nescaya kamu beroleh rahmat”.

(Surah An-Nur 24:56)

Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang kelima. Antara hikmah dan tujuan ALLAH SWT mensyariatkan zakat ialah:

  • Mengagihkan sebahagian kecil kekayaan daripada golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada.
  • Membersihkan diri pembayar zakat.
  • Membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
  • Mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh ALLAH SWT di kalangan golongan yang berada.
  • Mengurangkan perasaan iri hati di kalangan yang kurang bernasib baik.
  • Mewujudkan perhubungan antara hamba dengan ALLAH SWT di samping perhubungan antara manusia dengan manusia.
  • Memberi peluang kepada golongan hartawan untuk beribadat dalam bentuk mengeluarkan zakat daripada harta mereka.
  • Mewujudkan kesatuan di kalangan masyarakat Islam dalam urusan ekonomi dan kewangan.


Untuk maklumat lanjut :

Facebook : Lembaga Zakat Selangor 

Web :  https://www.zakatselangor.com.my/

No tel : 1-300-88-4343

Jom tafsir zakat dan tebus! mana tau rezeki korang menang kan 


© all rights reserved
made with by templateszoo