Sunday, January 19, 2020

Memory 2019 , Mak

Memory 2019 , eMak


Belum habis cerita ayah ,, kini Mak pula diuji kesihatannya .10 July 2019 , Mak Baring Tak Respon Mak baring , kepala di utara , tangan mendekap di dada dan berselimut , mata terpejam tak berikan respon . Allahuakhbar.. hanya kepada-MU aku meminta pertolongan .

Masa ayah sakit lepas operation , kakak no.2 yang jaga ayah dirumahnya . Jadi mak aku tinggal seorang , selama ni ayah yang jaga mak . Makan minum semua , uang aku yang bagi setiap bulan jadi mereka duduk dua orang .... menikmati hari tua . Sebab ayah sakit , maka aku upah penjaga untuk mak ..temankan tidur tapi masa pagi tu pulang kerumahnya sendiri sebab nak masak dan kerja lain .  Nanti tengah hari datang semula datang teman mak. . Nak buat macam mana,, cucu jauh dan sekolah jadi tak boleh nak temankan mak .  Hujung minggu sahaja boleh temankan mak .  

Kakak ipar yang hantar makanan untuk sarapan atau makan tengah hari. Mak susah sikit nak makan , makan sesuap dua dah kenyang .. nasi pon dia tak makan dah ,, makan lauk je . Oh ya...  aku  anak bongsu dari 5 bersaudara. Semua duduk jauh , hanya akak no 2 dan isteri abang no 3 yang duduk berdekatan . Kenapa mak taknak duduk rumah mereka ? Sebab mak lebih selesa dirumah sendiri tu dicakapnya .

Masa hari kejadian , Zaky 12tahun dan Danish adik dia 7 tahun cucu mak dapat giliran hantar makanan , masa tengah hantar Danish nampak nenek ( mak ) terbaring , padahal awal lagi .. baru jam 9 pagi . Mungkin tidur jadi tak kejutkan.. tapi dia nampak disekitar mulut mak dah ada semut dan tolong sapu2 je . . Budak kecik.. mana la tahu sangat..

Pukul 10 pagi July 2019   , Penjaga mak datang dan panggil2 tapi mak tak menyahut.. dia masuk dan cuba bangunkan mak tapi tak berespon . Terus panik dan panggil jiran minta tolong serta panggil kakak. Jiran pon terkejut sebab masa pagi pukul 7 masih berbual elok dengan jiran sebelah dan main2 dengan anaknya . Sedara mara semua datang dengan akak tu . Baju mak dah basah lecun , sebab dah kencing di tempat dia baring tu . Masa tu panggil doctor datang.. mak tak respon .. darah naik ke 200 , doctor cakap gelaja stroke dan kena cepat larikan ke hospital .  Aku ditempat kerja dapat panggilan ,, menangis aku dibuatnya . Hati sapa yang tak luluh tengok mak tak bergerak macam tu ..

Sampai di Hospital , terus masuk emergency .. Scan Xray kepala mak takut jatuh terhantuk ke apa.  seperti ayah , wayar terpasang disana sini seluruh tubuh mak . Masih tak respon dan tak buka mata. Doc bagitau kena tunggu 48 jam untuk keputusan dari imbasan kepala tu . Lepas 48 jam .. Doc panggil seluruh keluarga untuk masuk , dan bagitahu .. ada pendarahan teruk di kepala mak . Bukan dari kesan jatuh .. tapi mungkin terlalu berfikir sampai pembuluh darah pecah dan harapan 50:50 untuk hidup. Kalau hidup pon mak akan lumpuh , apepun doc minta kami sekeluarga untuk banyak-banyak berdoa .

Sudah jatuh tertimpa tanggah , itulah yang aku rasa masa tu . Semua anak kena balik  tu nasihat doctor sebab semua anak2 mak duduk jauh , paling jauh akak no 4 sebab duduk di Hongkong . Abang no 1 terus flight balik jaga mak , jadi boleh bergilir dengan akak no2 yang kena jaga ayah dirumah . Kami tak beritahu keadaan mak kat ayah ,... kami just cakap mak OK . ayah focus jaga kesihatan je . Jantung ayah masih lemah lepas operate tu , kesihatan dia pon kejap ok kejap tak jadi kami taknak ayah terlalu berfikir .

14/07/2019 Mak dah buka mata ..
15/07/2019 Mak dah boleh bercakap...

Masa abang jaga mak , mak dah buka mata. Dan bagi respon , tangan dah boleh bergerak .. abang tanya .. mak kenal saya tak ? mak mengangguk dan cakap kenal . Time tu kami nampak ada cahaya mak akan sembuh .. stroke ? insyaallah pulih slow slow kemo ... kami sedikit gembira mak masih terselamat . Lepas makan ubat melalui tiub tu .. Mak ada kekuatan sikit.. dah boleh buka dan pejam mata. Makan ? masih tak makan... masih muntah kalau nurse suapkan susu.

Makcik adik2 mak bergilir jaga mak ... dekat 3 4 orang juga. Dulu masa kecil mak yang jaga diorang diorang dan sekarang mak sakit ,, mereka yang jaga mak di hospital . Masa tu mereka cakap-cakap la dengan mak .. walaupun mak tak respon. tapi mak buka mata, mak paham .

16/07/2019  petang tu akak no 4 Yang dari Hongkong tu sampai hospital dalam pukul 3 .  Peluk cium , bagi kata-kata dengan mak. Cakap mak ... cepatla sembuh nanti saya basuhkan rambut mak ye esok ... bagi mak wangi-wangi biar badan fresh dan nanti kita boleh jalan-jalan mak . Mak senyum dan dalam mata tu seolah-olah meng-iyakan kata-kata akak . borak panjang.... lepas maghrib tu ... makcik berbisik .. cakap banyak-banyak apa yang nak dicakapkan dengan mak apa yang nak diluahkan dengan mak  . Bagi dia tetap sedar .. dia dah kosong pandangan mata masa tu .... dan tak lupa ajar mak mengucap.. :'( 




16 /07/2019 Mak menghembuskan nafas ... rehat dengan tenang untuk selama-lamanya .. 
Masa mak boleh bercakap dan tersedar dari tidurnya 15/07/2019.. doc ada bagitahu yang dalam beberapa hari lagi mak boleh dibawa pulang . Kami video call dengan ayah dirumah , bagitahu ayah yang emak dah sedar dan esok boleh bawa pulang kerumah . Ayah tersenyum gembira .. bagitau nanti nak kemas rumah sambil tengok-tengokkan anting emak yang hilang sebelah . Mungkin jatuh masa di hospital.. anting kesayangan mak dah 50 tahun mak pakai dan tak pernah tukar . 



Tak sangka ayat yang dimaksudkan doc sebenarnya 50/50 .. 50 bahwa mak meninggal selama-lamanya . tu lepas Isya'  , tekanan jantung mak drop , nurse dan doc berlari bawa mak ke ICU tapi ... Allah lebih sayangkan arwah Mak .. Mak menghembuskan nafasnya . Alhamdulillah dipermudahkan urusan kepergian mak , masih sempat mengucap sebelum pergi walaupun terdengar pelan .. 

Urusan pemakaman mak pun Allah permudahkan .

THE BIG LOST  2019 Ayah sakit perlukan 3 kali pembedahan dalam masa sehari.. 50/50 antara hidup dan mati . Alhamdulillah ayah selamat dan dipanjangkan usia sampai kehari ini masih bernafas lagi .

Kehilangan seorang MAK , kehilangan besar dalam hidup aku . Putusnya doa tanpa hijab seorang ibu.. tiada lagi kawan tidur , tiada lagi sesorang untuk bermanja.. tiada lagi seseorang untuk aku luahkan masalah aku , rindu nasihat mak .. rindu cerita-cerita mak .. Sampai hari ini aku masih rasa lost , bukan tak redha tapi kehilangan tu masih jadi parut dalam hidup ini . secara tiba-tiba mak dah takda... Biasanya di tempat kerja akan call dengan mak walaupun cerita hal yang sama berulang-ulang .

2019 ... aku keluarkan semua simpananku , so aku bermula dari 0 . sehelai sepinggang masa lepas mak dah takde. Uang untuk pengebumian mak , untuk nazar mak.. urusan hospital dan lain-lain ( rahsia ) ... Ya semua aku tanggung sorang je . 


Semoga aku tetap diberikan kekuatan untuk hari yang akan datang.. ,,
Sayangi parents korang selama masih hidup .. walaupun dah berubah sifat ke kanak-kanakan... tetaplah layan mereka dengan kasih sayang . Jangan tinggi suara ,..



Memory 2019 , AYAH

Memory 2019 , AYAH

Kali ni aku nak tulis tentang artikel peribadi pula. Inginku coretkan kisah yang suka duka sepanjang tahun 2019 untuk ingatan dihari akan datang , mungkin dihari tua nanti . Tahun yang paling mencabar , ujian yang datang bertalu-talu. Hampir rebah , tahun dimana aku jatuh tersungkur dan mencuba kumpulkan semula kekuatan dalam diri . 

2019 was a hard year , The BIGEST LOSS in my life ...
Wiped my own tears and survived.
I am ready to close my book...

AYAH  2 JUNE 2019

Bulan June 2019 , sehari sebelum raya.. ayah tiba-tiba sakit . Mengadu sakit perut , perut ayah membesar dan keras .. Perwatakan ayah sejenis kurus berat pon sama macama ku , 46kg sahaja. Melihat ayah tiba-tiba mengadu sakit .., cepat kami panggil doktor datang rumah untuk tengok keadaan ayah . Lepas doc. periksa , dia sugest terus bawa pergi hospital ( tak diberitahu lagi penyakit apa ) . Dan kami larikan ayah ke hospital  . Doc. terus larikan untuk scan , ayah kena operation  potong usus (2 hari lepas tu  sebab tak cukup doc bius ..  (raya dan ramai pula orang sakit ) nak dirujuk ke hospital pakar .. dah call tapi tiada katil pula. 

Akhirnya dilarikan ke hospital pakar lain yang baru dan lebih besar walaupun agak jauh ( 3 jam perjalanan ) dan terus dibawa ambulance ke sana . Sepanjang perjalanan ayah mengadu sakit dan tak lekang sebut " allah.. allah.. allah ... "  , kamipun tak putus berdoa semoga ayah cepat sembuh .  Sampai disana ,  sekalilagi checkup untuk tahu keadaan ayah boleh ke tak untuk operation . Lebih mengejutkan yang bukan hanya nak potong usus , tapi buah pinggang pon kena buang , lepas tu operation Inguinal Hernia . Paru-paru ada masalah  , bacaan darah pon tinggi .. Allah.. Besar sungguh ujian ini .. antara 50:50 untuk succes atau fail.


Day-5 
Ayah dah buka mata


Hmm.. aku masa tu memang dah menangis tak henti. Mana tidaknya , ayah yang sebelumnya sihat elok sahaja tiba-tiba jatuh sakit .
Kronologi : Ayah jenis yang selalu tahan sakit , kencing pon selalu tahan-tahan . Lepas dah kena angin pasang tu ayah tetap cakap " takpe.. angin tua je "  . Semakin membesar sel hernia tu... usus ayah dah bernanah sebab jangkitan dan tersepit dengan buah pinggang , buah pinggang ayah pula dah kerja terlalu berat dan kemudian harus dibuang .

Dalam sehari tu ayah kena bedah 3 kali pembedahan . Lepas operate tu masih belum tahu keputusan sama ada ayah akan sedar semula atau sebaliknya . Doktor bagi keputusan 50:50 , wayar merata diseluruh tubuh ayah .. bantuan  pernafasan dengan menggunakan mesin . Ayah koma .. 4 hari.


Aku ambil cuti sebulan untuk jaga ayah , dan uruskan hal hospital , nasib baik ada insurance .
Mandikan ayah , tukar pampers , suap makan , suap makan ubat .. check suhu badan . Tengok kan3 tempat jahitan di perut ayah.

Dua minggu tu ayah tak bercakap , tak keluar suara. Doctor cakap kesan ubat bius. dah sebulan berlalu barula ayah boleh bersuara. Alhamdulillah.. luka dijahitan pun hmpir kering .. 3-4 kali checkup , tolak ayah atas kerusi roda . Dukung dia naik ke atas katil.. pengalaman berharga dan cukup bahagia sebab dapat membalas jasa walaupun tak sebesar mana .

Alhamdulillah Ayah masih dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan semula.
Lepas sebulan ayah sakit... Mak pula tiba-tiba.... 
( Memory 2019 . eMak... rehatlah dengan tenang .. )
Sunday, January 12, 2020

BIODATA ISYARIANA

BIODATA ISYARIANA

Isyariana merupakan pelakon yang mula meningkat naik di Malaysia.  Isyariana Mula dikenali setelah berlakon dalam Drama Lelaki Kiriman Tuhan. Wajahnya ada iras Agnes Monica artis Indonesia tu , kadang nampak macam Ayda Jebat pon ye juga . Pelakon bernama penuh Isyariana Che Azmi atau lebih mesra di kenal dengan ISYARIANA , Jom ketahui lebih detail tentang BIODATA ISYARIANA ni . 

BIODATA ISYARIANA AZMI

Nama Penuh: Isyariana Che Azmi
Nama Komersial: Isyariana
Nama Panggilan: Isya
Tarikh Lahir: 31 Oktober 1990
Umur: 29 Tahun (2019)
Asal: Temerloh, Pahang
Kediaman: Kuala Lumpur
Status: Bujang
Pendidikan: Diploma Seni Bina dari Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, Pahang
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Agama: Islam
Kerjaya: Pelakon dan Penyanyi
Drama: Married Tapi Benci, Cerita Dari Mastika: Mayat Ipoh Melambai, Urusan Hati Cik Drama Queen, Cik Serba Tahu, Duda Pujaan Dara, Geng Tadarus, Jangan Padam Rindu, Lelaki Kiriman Tuhan, MataKetiga, Cerita Dalam Kain: Suamiku Pondan, Calon Menantu Tuan Rumah, Puteri Yang Ditukar , TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI 

Telefilem: Cinta Bae Kicap, Malam Ini Aku Menangis, Secarik Kasih Mama, Kipas Belum Mati, Pentas, Izinkan Aku Menyayanginya, Papa Segera
Lagu/Single: Girlfriend, Deritaku, Tiba Kini Waktu
Instagram: @isyariana
Facebook: https://www.facebook.com/pg/isyarianaAf2016
Twitter: @isyariana

GAMBAR ISYARIANA









Friday, January 10, 2020

PELAKON TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

PELAKON TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

Nantikan drama adaptasi novel 'Tolong Sempurnakan Cerita Mami' karya Syamnuriezmil di Astro Ria slot MegaDrama. Drama arahan Eyra Rahman terbitan Dear Creative Media. Akan menemui penonton bermula 13 Januari 2020, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam.  PELAKON TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI  : Fatimah Noryyah, Isyariana, Fizz Fairuz, Alvin Chong, Ummi Umairah, Ken Ridzuan, Nasz Sally, Eleena Sui, Azizah Mahzan, Kartina Aziz, Zaidi Omar

WATAK PELAKON



PELAKON WATAK
Fatimah Noryyah Deena
Isyariana Razean Safiya
Fizz Fairuz Aun Adwa
Alvin Chong Harez
Ummi Umairah Mikaela
Ken Ridzuan Mirza
Nasz Sally Hani
Azizah Mahzan Auni
Eleena Sui Bella

SINOPSIS TOLONG SEMPURNAKAN CERITA MAMI

Adeena Aurell (Addie) berusia sepuluh tahun, merupakan anak tunggal pasangan Razean Safiya dan Aun Adwa. Penceraian kedua ibu bapanya mengganggu kehidupan Addie yang sentiasa berpindah seperti orang nomad.  Addie mula membuat rancangan untuk satukan mami dan papanya semula. Tetapi rancangan Addie semuanya gagal.

Muncul Ku Harez Harith yang dipanggil Cikgu Ku yang mengetahui lebih banyak tentang dirinya sewaktu kecil. Rupa-rupanya Cikgu Ku, kawan baik mama papa dan menghabiskan empat tahun menjaga Addie di London tetapi terputus hubungan sewaktu Addie pulang ke Malaysia.

Pelik kenapa hubungan yang begitu erat itu terputus telah membawa Addie terjerumus dalam rancangan papanya untuk menyatukan mami dengan Cikgu Ku.

GAMBAR PELAKON






Wednesday, January 8, 2020

Celcom XPAX Prepaid Infinity 48GB serendah RM38/Bulan

Celcom XPAX Prepaid Infinity 48GB serendah RM38/Bulan 

Assalamualaikum ! Selamat Tahun Baru 2020. Pakej terbaru celcom 2020 menawarkan untuk pelan prabayar ialah Celcom XPAX Prepaid Infinity 48GB serendah RM38/Bulan  . Wahhh biar betul ni ? promo ni baru bermula sahaja . Yang menariknya 48GB ialah FULL DATA , tiada pecahan youtube , sosial media , tiada pecahan weekends dan weekdays . sebab tu LIMITED TIME OFFER SAHAJA TAU . 

CELCOM XPAX 18GB , RM12/minggu 

Untuk mingguan pula, kalian boleh dapatkan data sebanyak 18GB dengan harga RM12/minggu . Pakej mingguan ini percuma 1GB untuk Hotspot . Untuk tambahan data Hotspot boleh add on RM1 untuk sehari data sebanyak 1GB dan RM3 untuk 3hari data sebanyak 5GB . Untuk detail xpax terdahulu boleh rujuk di : Celcom XPAX 






Sebelum ini untuk prepaid celcom , 1 bulan RM30 untuk data 5GB sahaja ... jauh beza bukan ? 
Selain dari rangkaian yang luas , data yang banyak  jadi korang boleh cuba la pelan baru ini .  Oh ya .. korang masih boleh menikmati data percuma dari celcom iaitu free Basic Internet 10GB , dan juga 3GB untuk Facebook / Instagram / Youtube / Whatsapp & SMS setiap bulan untuk pelan prepaid , hanya perlu download apps Celcom Life di Google Play atau Apps Store phone korang. 


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search