Ad

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN

BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN


BERSIH DAN SEGAR DI MANA SAHAJA DENGAN TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN


Tidak dapat dilihat dengan mata kasar namun tetap hadir: itulah kuman dan bakteria yang sentiasa hidup di dalam dan disekeliling kita. Bakteria dan kuman membiak dengan cepat sehingga mampu menyebarkan pelbagai penyakit. Salah satu cara yang berkesan untuk mencegah kehadiran kuman adalah melalui penjagaan tangan agar ia sentiasa bersih.


AIKEN, jenama yang dipercayai sebagai produk penjagaan antibakteria sejak 3 dekad yang lalu kini memperkenalkan tisu lembap antibakteria, Tisu Lembap Antibakteria Aiken. Produk ini berupaya menyingkirkan 99.9% bakteria merbahaya dengan berkesan dan memberikan haruman serta meninggalkan kelembapan pada kulit.

Tisu antibakteria ini sungguh berguna ketika anda sedang sibuk dengan rutin harian.  Mengelap trolley barangan serta pemegang bakul; ataupun selepas memilih barangan runcit yang mudah rosak seperti daging, sayur-sayuran, buah-buahan mampu membantu mengurangkan penyebaran bakteria merbahaya berkat manfaat antibakteria dari Tisu Lembap Antibakteria Aiken. 


Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyediakan pembersihan serta-merta kerana ia dapat dibawa ke mana-mana sama ada di dalam kenderaan ataupun tas tangan kerana ia dapat digunakan untuk aktiviti luar, mengembara, berkelah, ke tandas awam, di kawasan taman dan lain-lain. Dalam keadaan seperti di pam petrol yang tidak menyediakan kawasan membasuh tangan yang berdekatan, pek tisu antibakteria sesuai dijadikan alternatif untuk membersihkan tangan anda.



Tisu Lembap Antibakteria Aiken sesuai untuk digunakan oleh seluruh ahli keluarga dalam apa jua keadaan sekalipun. Pek Tisu Lembap Antibakteria Aiken boleh didapati dalam dua variasi menarik untuk dipilih:

TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN  - PERLINDUNGAN EKSTRA

Dirumus khas dengan Minyak Tea Tree yang terkenal dengan manfaat pembersih semulajadi untuk meningkatkan perlindungan. Ia menyegarkan serta membersihkan kulit daripada kekotoran, serta lebihan minyak dengan pantas supaya meninggalkan kulit berasa lebih bersih, lembut dan menyegarkan. Produk ini telah diuji secara dermatologi, ia selamat digunakan oleh seisi keluarga dan adalah 100% bebas alkohol.



TISU LEMBAP ANTIBAKTERIA AIKEN – PELEMBAPAN EKSTRA

Diperkaya dengan Aloe Vera untuk kelembapan yang selesa pada kulit, Tisu Lembap Antibakteria Aiken menyingkirkan 99.9% bakteria berbahaya sambil mengekalkan kesegaran, kelembapan, serta memberikan anda kulit yang lembut. Tisu ini diperbuat dari fabrik bertekstur lembut yang membersih tanpa sebarang ketidakselesaan. Ia menjadikan kulit anda berasa segar dengan bau yang menyenangkan. Tisu Lembap Antibakteria Aiken adalah 100% bebas alcohol, telah diuji secara dermatologi dan selamat digunakan oleh seluruh ahli keluarga.


HARGA TISU LEMBAB ANTIBAKTERIA AIKEN

Tisu Lembap Antibakteria Aiken yang baharu boleh didapati pada harga RM*6.50(Semenangjung)/ RM*6.80(Sabah & Sarawak) untuk pek berkembar. Produk yang mengandungi 20 helaian di dalam setiap pek ini boleh didapati di semua pasaraya terkemuka, pasaraya hyper dan farmasi di seluruh negara.





17
( Hide )
  1. kalau akak kan,mmang wajib ada handbag..Kalau ada anak kecil lagi bagus nak bersihkan diorang..

    ReplyDelete
  2. Nanti nak cuba cari jenama Aiken pulak. Selalu guna yang baby punya je..

    ReplyDelete
  3. Akak mmg slalu standby wet tissue dlm handbag, nanti leh laa try yg Aiken plak.

    ReplyDelete
  4. Selalu pakai bedak Aiken je... tisu lembab pn ade rupanya.murah pulak tu

    ReplyDelete
  5. Lama dah jenama Aiken ni, masih dipercayai hingga kini.

    ReplyDelete
  6. wet tissue wajib ada dibawa kemana saja. penting nak tanggal mekap hehe..

    ReplyDelete
  7. Lepas ni nak cuba aiken la...sis suka beli tisu pelembab...senang pelbagai guna.

    ReplyDelete
  8. farah pun guna jenama aiken nie.simpan dlm handbeg senang nak guna kalau nak ke mana2.

    ReplyDelete
  9. Tisu lembab ni memang antara benda penting la juga.. senang utk emergency dsb

    ReplyDelete
  10. Jenama aiken ni boleh dikatakan mmg dipercayai kan.. biasa guna bedak aiken je

    ReplyDelete
  11. Wajib ada tisu basah untuk digunakan bila-bila masa.

    ReplyDelete
  12. Memang best .. kakya pon guna tisu lembap aiken.. nak2 skarang ni musim panas .. boleh gak lap2 peluh hehehehe..

    ReplyDelete
  13. Tisu ni amat selamat dipakai pada badan bayi yang mempunyai kulit lembut. Ia tidak akan jadikan badan bayi gatai.

    ReplyDelete
  14. Wahhh Aiken dah ada wet tissu ye.
    Ai biasa guna pencuci muka dan shower gel jenama Aiken.
    Best. Bau herba, wangi.

    ReplyDelete
  15. Yanhg aloevera wangi..oren bau teh

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo