Ad

PELAKON LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

PELAKON LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

PELAKON LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU

Drama my coffee prince dah berakhir.. bermula hari ini akan digantikan dengan  drama adaptasi novel Lafazkan Kalimah Cintamu karya Siti Rosmizah yang akan ditayangkan untuk slot MegaDrama di Astro Ria. Hero dan heroin dalam drama ini akan menampilkan gandingan Farid Kamil, Nelydia Senrose dan Nadiyah Shahab. Akan menemui penonton bermula 15 Januari 2018, setiap hari Isnin hingga Khamis jam 10 malam di Astro Ria saluran 104 dan Astro Ria HD saluran 132. PELAKON LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU diantaranya : Nelydia Senrose, Farid Kamil, Nadiyah Shahab, Adriana Adnan, Farez Ridzwan, Imam Shah, Azri Iskandar, Liza Abdullah, Anne Abdullah, Azhar Sulaiman, Adibah Noor, Nazia Mustafar, Nur Qistina Raisah, Erissa Puteri. Wahh tak sabar nak tengok Farid berlakon .. macam menarik je cerita ini. 

SENARAI PELAKON  LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU



PELAKONWATAK
Farid Kamil Tengku Ryan Ameer
Nelydia Senrose Tengku Aqilah
Nadiyah Shahab Tengku Natasha
Adriana Adnan Farhana
Farez Ridzwan Azrul
Imam Shah Shafiq
Azri Iskandar Tengku Hisham
Liza Abdullah Tengku Azreena
Erissa Puteri Tengku Natasha
Nur Qistina Raisah Tengku Aqilah
Anne Abdullah Mak Kiah
Adibah Noor Kak Kembon
Nazia Mustafar Tuti
Azhar Sulaiman Tengku Hashim


SINOPSIS LAFAZKAN KALIMAH CINTAMU


Tengku Aqilah, seorang anak yang di sisih oleh bapa kandungnya sendiri. Kecetekan iman Tengku Hisham menyebabkan beliau menyalahkan anak bongsunya sebagai punca kematiaan isterinya. Selama 13 tahun Tengku Aqilah hidup di perantauan membina kehidupannya sendiri. Selepas tamat belajar Tengku Aqilah berhajat untuk kembali semula ke pangkuan keluarganya namun kepulangannya itu telah membuka tirai luka dalam hidupnya.

Tengku Natasha yang tidak pernah padam api dendam terhadap adiknya, telah menggunakan tiket sebagai anak kesayangan Tengku Hisham, memperlekehkan Tengku Aqilah dengan memberikan Tengku Aqilah jawatan sebagai seorang penyambut tetamu merangkap tea lady di Syarikat milik keluarga mereka. Demi untuk menagih kasih seorang bapa Tengku Aqilah akur jua.

Tengku Ryan Ameer, jejaka tampan kacukan Inggeris melayu itu begitu angkuh dan sombong, di tambah pula dengan kedudukan bapanya, Tengku Hashim sebagai pemegang syer terbesar di Syarikat Megah Holdings. Kehadiran Tengku Aqilah di Syarikat itu begitu menjengkelkannya, sehinggakan mereka tidak boleh langsung bertembung muka pasti perang mulut akan meletus. Tengku Aqilah sedar di mata Tengku Ryan Ameer begitu membara api kebenciaan terhadap dirinya.

Tengku Hashim, bapa saudara Tengku Aqilah amat menyanyangi gadis malang ini. Manusia hanya mampu merancang namun perancangan Yang Maha Esa lebih hebat dari segalanya. Sebelum menghembuskan nafas yang terakhir Tengku Hashim telah membuat satu wasiat yang telah mengubah segala-galanya. Apakah wasiat beliau itu? Mampukah Tengku Aqilah mengapai kebahagiaan dalam hidupnya? Mampukah Tengku Aqilah terus menagih kasih dari bapanya? Begitu utuhkah api kebenciaan Tengku Ryan Ameer pada Tengku Aqilah?

GAMBAR PELAKON




    credit : myinfotaip
2
( Hide )
  1. Tak pernah lagi tengok gabungan Nelydia dan Farid Kamil ni, mesti best lakonan depa

    ReplyDelete
  2. pasal driver pak ungku xde...din dngerous

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo