Monday, February 20, 2017

Perasaan Jika Kamera DSLR Jatuh ?

Bulan lepas dipenuhi dengan hal-hal yang buatku happy je , tapi bulan ni macam bulan penuh kesedihan je . Musibah yang tak pernah Lisa bayangkan sebelum ini , DSLR  jatuh terhentak 3 kali. Atas jalan tar pulak tu .. berkecai hati beb ! nak nangis pun ada , buat-buat hati sado je la sebab depan bebudak. Arghh sudah ... tahun ni baru tak nak berazam shopping macam-macam , nampak gayanya kena kuarkan duit tabung juga ni .


Apa Perasaan Jika DSLR Jatuh ? 

Alkisahnya , Lisa turun dari kereta dan bawa 3 beg isi kasut , baju dan beg barang review . Lisa lupa.. dalam beg barang review tu ada kamera sekali . Kaut la tali yang beg kasut dan beg baju , lepas tu tutup pintu kereta dan jalan. Time tutup pintu kereta la beg review tu dengan kamera sekali... jatuh atas jalan tar. FUhhh.. terhentak 3kali . Dalam kepala ni alamak... macam mana la dengan kamera aku ? lens pecah ke ? longgar ke ? patah ? oh tidakkkk ! 



Sampai bilik , cuba keluarkan kamera tu . Nasib baik yang pecah ni filter lens jek yang lain semua elok . Lens pun tak longgar , body DSLR pun tak calar , lain-lain semua cun je . Tak jadi nangis .. hahaha. 



Pengajaran semalam , nampak gayanya kena beli beg untuk my BF DSLR ni la. Seram sejuk je rasa time dengar bunyi jatuh tu masih terdengar dalam telinga . Nasib la filter ni tak mahal mana .,  dah beli yang baru. Harap lusa dah sampai la .. takut jadi mcm tu lagi . Walaupun ada lens lain , tapi kena jaga juga yang 50mm ni , hahaha. saya sayang disetiap inch BF saya . EH.. jangan salah paham pula.. BF Lisa tu atas tu ha.. DSLR . hahaha... 

Friday, February 17, 2017

GROBOK RABAK Kedai Makan Sedap Di Kluang

tempat makan sedap di kluang

Agak lama Lisa tak berkongsi tempat makan sedap dan best di Kluang ini. Baru tak baru juga la.. dalam satu atau dua bulan lepas ada satu tempat makan baru GROBOK RABAK Cafe & Distro , berkonsepkan hipster menjual makanan tempatan dan juga western food . Dengar cerita dari kawan , boleh tahan sedap la makanan disitu .. harga pula..mampu bayar beb... tak mahal .  Minggu lepas Lisa baru berkesempatan untuk mencoba sendiri makanan di GROBOK RABAK Cafe & Distro . So meh baca cerita Lisa...

GROBOK RABAK Cafe & Distro , Kedai Makan Sedap Di Kluang .

 Kedai ni buka bermula dari 6 petang sampai la pukul 12 pagi , kira kedai makan yang dibuka time malam la ni kan .. Lepas jejak kaki disitu dan pilih tempat duduk , korang akan di sambut dan diberikan menu makanan oleh waiters situ . Agak lama memilih menu sebab semua macam nak try je ..hehehe... so akhirnya  Menu yang Lisa order.. Lamb Chop dan minum pula ... Cappucino Float  . Lisa datang lepas maghrib... so agak lenggang disitu . Kalau datang lambat , memang penuh orang tempat ni . 
kedai makan sedap di kluang
Lamb Chop
Harga RM 13.00



Lamb Chop Grobok Rabak . 
Berbeza dengan tempat lain, Lamb chop ni lembut dan kuah sos blackpapper yang meresap kedalam daging , bertambah selera dibuatnya . Dalam masa 15 minuman dah datang , untuk makanan pula dalam 20-25 minit bergantung makanan yang korang order .Rasa sedap , Lisa bagi 4 bintang ! ., Lisa makan sampai habis . Daging lembut , senang nak potong dan kunyah .,.. sedap la juga. Tips untuk korang , pilih meja yang bulat tu sebab kukuh sikit..meja ni tak berapa sesuai untuk makan western sebab time potong daging or ayam ., meja ni bergoyang.. bukan apa.. risau kat air ni tumpah nanti . Hahaha..  
Harga untuk sepinggan Lamb Chop ni rm 13.00 



CAPPUCINO Float 
Jarang Lisa minum jenis minuman yang ada Float ni , sebab krim tu rasa manis semacam je dalam kepala . Lisa pula jenis tak berapa suka minum yang manis . Tapi... Cappucino disini sedap ! Tak manis sangat, dan campuran capuchino dan float tu tak rasa muak kalau minum . Ha.. korang kena try juga . Harga untuk Cappucino Float  dalam RM 5.80 




Menu makanan di Grobok Rabak Cafe & Distro 



 




WE DON'T HAVE WIFI, TALK TO EACH OTHER PRETENDS ITS 1995 !!!
Kalau korang perasan , dekat bahagian atas pintu tu memang ada tulis nota . Cafe ni tiada wifi , memang banyak tempat yang tak menyediakan wifi sebab lebih kepada suruh customer makan dan talk each other kembali ke era 1995 . Baru best kalau makan , cuba bayangkan korang lepak dengan kawan tapi semua asyik memandang HP je ..tak seronok la macam tu . 



Signature FOOD , Korang boleh tengok menu yang best dan customer banyak makan di cafe ini . Nampak tak cermin tu ? Tu tempat diorang masak .. jadi korang boleh tengok secara langsung la .



Meja ini tidak sesuai kalau korang nak pesan makanan seperti Lamb Chop atau chicken chop, sebab kalau korang potong daging atau ayam tu , nti meja akan goyang.. takut air tertumpah je . 




Ternampak satu mesin jahit yang lama disitu , ala-ala retro or hipster ? entahlah ... tak reti nak bezakan sebenarnya . Hehehe... 



Disini kaunter pembayaran , nampak tak diside tepi tu .. ha.. disitu la tempat diorang buat air. Korang boleh tengok sendiri minuman yang di tempah tadi . Jangan risau pasal kebersihan. 

Hiasan di pintu masuk . Ada nampak barang-barang old dulu... hehehe. 

So korang kalau nak singgah try kat sini , Lisa rekemenkan datang awal la sebab ramai orang . Try la chicken chop , lamb chop atau burger dia.. Sedap..

GROBOK RABAK CAFE & DISTRO 

ALAMAT : No. 14A , TINGKAT 1 , JALAN MATA KUCING
86000  KLUANG -JOHOR .

(Depan sungai, atas kedai makan nasi padang .. kluang parade pintu belakang dekat dengan guardian tu.. depan tu ads kedai makan Duang Dee , sebelah tu ada tingkat untuk korang naik ke atas. Alaa korang tengok je kt atas nti nampak la kedai makan tu ) 

Waktu Operasi : 6 PM - 12 AM .

Saturday, February 11, 2017

Kelemahan iOS 10.2.1 Bateri Lambat Cas

Baru-baru ni dapat notification update iOS 10.2.1 , entah kenapa tangan ni gatal sangat nak tekan update. Dengan kelajuan unifi 28MBPS.. Berdesup laju update dalam beberapa minit je. Rasa menyesal pula lepas update software iOS yang baru ni. 

Kelemahan iOS 10.2.1 

-Batery lambat cas. Ye.. perlukan masa beberapa jam untuk cas iPhone ni. Sebelum ni 1 jam dah penuh.. sekarang pulak kena tunggu beberapa jam. Makan masa yang lama.. adeh.

Kelemahan Lain lain tak tahu lagi ... sebab baru juga update software iOS 10.2.1 .Haish.. kalau tahu batteri jadi lambat caj.. memang takde la nak hapdet. 

Untuk kelebihan pulak... Bateri Hp jimat la juga, tak cepat drop. 

Korang dah update ? Kalau belum.. better tunggu lama sikit baru update ke ios yang baru ni. 
Friday, February 10, 2017

Senarai Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen




Drama Baru  , URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN , kini dah mula ditayangkan di Astro Ria  . Mesti tengok ni , sebab hero dalam drama ni ialah Aiman Hakim dan Heroin pula Scha Alyahya . Lisa sendiri tak pernah tengok lakonan Scha sebelum ini.. hehehe.. tak tengok tak suka.. so kena tengok dulu la ye . Mana tau cerita dalam drama ni menarik . Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen akan bersiaran mulai 6 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Senarai Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen .

Ada pelakon dari negara jiran , Indonesia iaitu Randy Pangalila dalam drama ni tau ... watak pelakon yang lain antaranya :


PELAKONWATAK
Scha Alyahya Syazlin
Aiman Hakim Ridza Fadhlan
Randy Pangalila Faris
Shalma Ainaa Farissa
Adriana Adnan Zehra
Isyariana Hanissa
Ozlynn Husna
Ungku Hariz Yeop
Ziha Salleh Fasha
Nazrief Nazri Edy

LAGU TEMA / OST URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Lagu : Urusan Hati
Penyanyi : Sarah Fazny

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar.
Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.
Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi.

Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia.
Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?


GAMBAR PELAKON








REVIEW LISA : 

Drama ni ok la.. sebab tak manjang sweet jek. Ada part lawak juga la.. kira sempoi dan lawak .. baru 4 episode..Lawa juga si Schaa ni .. also geram je dengan drama Queen dia tu .. haha . Korang kena tengok sendiri sampai habis la baru tau . 
Wednesday, February 8, 2017

Smartphone GT MOBILE GT-888


Assalamualaikum ! Agak lama juga Lisa tak tukar phone baru , last beli phone  pun 2 tahun lepas. Seumur hidup tak pernah guna HP dengan dual sim , teringin juga. Entri sebelum ni Lisa ada tulis mengenai Pelancaran GT Dollar GT Group Malaysia kan , Lisa berkesempatan untuk cuba pakai GT Mobile 888 dari GT DOLLAR. Apa yang menariknya ? dengar cerita bateri tahan lama ..  OK jom baca cerita Lisa . 



GT MOBILE SMARTPHONE : MODEL GT-888

Smartphone GT Mobile GT-888 ini ada 2 warna , iaitu kelabu dan putih . Dan Lisa dapat yang warna kelabu , senang tak cepat kotor.. hehehe. Design khas dari Singapore , GT Mobile 888 ini boleh masuk 2 simcard , Kamera depan 5MP dan kamera belakang 13MP . Dengan RAM 2GB , dan phone memori sebanyak 16GB . Tak cukup ? Jangan risau .. sebab HP ni suport eksternal memory card up to 64GB. 





Dalam kotak yang Lisa dapat ni ada :
* 1 smartphone model GT888
* 1 bateri 2250mAH
* 1 set charger
* 1 earphone
* 1 screen protector

* 1 manual book
* dan juga ,, 1 casing silicon , untuk jaga HP ni dari calar. 





GT Mobile GT888 ini telahpun berada di pasaran di Singapura dan kini telah memasuki pasaran Malaysia. Harga GT Mobile GT888 dalam lingkungan SGD400, untuk harga dimalaysia korang belum keluar lagi . 



Dilengkapi dengan 3D Sounds , memang boleh tahan speaker HP ni , sesuai untuk dengar lagu atau alarm . Hahaha.. nampak tak betapa Lisa ni jenis tidur mati . 


Spesifikasi smartphone GT Mobile 888  ini,antaranya :


-Saiz Skrin 5.5 inci (Full HD 1280X720 pixels)
[Skrin jenis IPS OGS (nipis) & Corning ® Gorilla ® (tahan lasak)
-Cip pemprosesan Media MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz
-RAM 2GB
-Memory storage 16GB
-Extra Memory Card 64GB
-Kamera 8MP - 13MP (fokus gambar selaju 0.3 saat dengan lensa OV8865)
-Caj Pantas
-Bateri : 2550╬╝Ah
-WiFi
-Bluetooth
-HotKnot
-Dual SimCard

spesifikasi detail korang boleh tengok DISINI 



Ketebalan hampir sama macam Iphone 6 Plus yang Lisa pakai sekarang ni . Atas button power On / Off.. dan bawah tu button untuk suara.



Nampak tak ? GT MOBILE 888 ni dilengkapi dengan flash pada kamera depan . Korang boleh selfie dimalam hari tanpa mencari tempat terang . 




Bahagian Speaker GT MOBILE 888 dibawah . 

GT MOBILE 888 Dilengkapi dengan Dual Sim . 
Dual Sim
Lisa memang dah lama teringin nak Hp dua sim , sebab berat beg oi kalau usung kesana kemari banyak HP. (CEH ... baru 2 biji je ) . Slot 1 untuk guna sim yang standart size , slot 2 sim dengan micro size. Tips untuk korang.. kalau nak internet laju.. sila letak di sim no. 1 ye . 

Kamera  belakang , 13 Megapixel
Design size kamera belakang mungkin agak besar bagi pandangan Lisa . 





Free casing silicon , so senang nak elak dari calar. Tak besar sangat size ni .. senang digenggam dengan tangan comel Lisa  Hehehe... 





Normal mood , Low Light , boleh tahan cerah juga tanpa flash . 







 Bawah Ini pula Normal Mood di siang hari . 



Lets take selfie with front camera ! 


REVIEW LISA mengenai GT MOBILE 888  : 

- GT Mobile 888 caj bateri cepat penuh . Kalau korang ada masalah lambat caj dengan HP ni , sila update software dulu ya . Pengalaman kawan Lisa ni.. Lisa punya ok je . 

- Bateri tahan Lama . Yang ni Lisa memang suka .. walaupun guna tuk buka youtube , HP ni boleh bertahan 4-5 hari . 

-Dual sim , well.. banyak sangat simcard yang no lawa... tak tau nak campak mana.. so apalagi. Boleh guna 2 sim . 

- Suka screen besar , senang nak update blog .. Boleh spare untuk HP note 3 Lisa yang cepat habis bateri . 

- Kamera , kureng kot tuk Lisa.. sebab dah biasa guna DSLR . Hehe... 

- Harga , no komen.. sebab harga dalam Malaysia belum keluar lagi . 

Sunday, February 5, 2017

Gambar Pernikahan Eleena Sui - Faisya


Ingat lagi tak dengan Eleena Sui pelakon dalam Suri Hati Mr. Pilot yang memainkan watak sebagai Inara , ? .. ala.. yang ala-ala muka chinese tu . Sebeluim ini Lisa ada tulis entri mengenai Biodata Eleena Sui , Alhamdulillah semalam 4 Februari 2016 , Eleena Sui atau nama sebenar Nor Eleena Hamzah telahpun selamat di ijab-kabulkan dengan pasangan, Ahmad Faisya Datuk Mohd Bustaman , 31tahun . Aloloh.. mesti ramai yang kecewa kan , hehee... artis kesayangan dah bertukar status isteri orang . Gambar Pernikahan Eleena Sui lawa-lawa weih... jom tengok . 

Gambar Pernikahan Eleena Sui 

Nah Lisa belanja gambar-gambar sekitar majlis pernikahan Eleena Sui dan -Faisya petang tadi











Gambar Majlis Berinai Eleena Sui dan Faisya








Gambar Majlis Resepsi Pernikahan Eleena Sui dan Faisya 








Lawa sungguhkan Eleena Sui ni , hehehe .. kalau nak tengok lebih banyak gambar pernikahan Eleena Sui dan Faisya .. korang boleh terus tengok di instagram : @eleena.sui

Tahniah Eleena Sui dan Faisya , selamat menempuh alam perkahwinan yang baru :) 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search