Friday, February 17, 2017

GROBOK RABAK Kedai Makan Sedap Di Kluang

GROBOK RABAK Kedai Makan Sedap Di Kluang

tempat makan sedap di kluang

Agak lama Lisa tak berkongsi tempat makan sedap dan best di Kluang ini. Baru tak baru juga la.. dalam satu atau dua bulan lepas ada satu tempat makan baru GROBOK RABAK Cafe & Distro , berkonsepkan hipster menjual makanan tempatan dan juga western food . Dengar cerita dari kawan , boleh tahan sedap la makanan disitu .. harga pula..mampu bayar beb... tak mahal .  Minggu lepas Lisa baru berkesempatan untuk mencoba sendiri makanan di GROBOK RABAK Cafe & Distro . So meh baca cerita Lisa...

GROBOK RABAK Cafe & Distro , Kedai Makan Sedap Di Kluang .

 Kedai ni buka bermula dari 6 petang sampai la pukul 12 pagi , kira kedai makan yang dibuka time malam la ni kan .. Lepas jejak kaki disitu dan pilih tempat duduk , korang akan di sambut dan diberikan menu makanan oleh waiters situ . Agak lama memilih menu sebab semua macam nak try je ..hehehe... so akhirnya  Menu yang Lisa order.. Lamb Chop dan minum pula ... Cappucino Float  . Lisa datang lepas maghrib... so agak lenggang disitu . Kalau datang lambat , memang penuh orang tempat ni . 
kedai makan sedap di kluang
Lamb Chop
Harga RM 13.00



Lamb Chop Grobok Rabak . 
Berbeza dengan tempat lain, Lamb chop ni lembut dan kuah sos blackpapper yang meresap kedalam daging , bertambah selera dibuatnya . Dalam masa 15 minuman dah datang , untuk makanan pula dalam 20-25 minit bergantung makanan yang korang order .Rasa sedap , Lisa bagi 4 bintang ! ., Lisa makan sampai habis . Daging lembut , senang nak potong dan kunyah .,.. sedap la juga. Tips untuk korang , pilih meja yang bulat tu sebab kukuh sikit..meja ni tak berapa sesuai untuk makan western sebab time potong daging or ayam ., meja ni bergoyang.. bukan apa.. risau kat air ni tumpah nanti . Hahaha..  
Harga untuk sepinggan Lamb Chop ni rm 13.00 



CAPPUCINO Float 
Jarang Lisa minum jenis minuman yang ada Float ni , sebab krim tu rasa manis semacam je dalam kepala . Lisa pula jenis tak berapa suka minum yang manis . Tapi... Cappucino disini sedap ! Tak manis sangat, dan campuran capuchino dan float tu tak rasa muak kalau minum . Ha.. korang kena try juga . Harga untuk Cappucino Float  dalam RM 5.80 




Menu makanan di Grobok Rabak Cafe & Distro 



 




WE DON'T HAVE WIFI, TALK TO EACH OTHER PRETENDS ITS 1995 !!!
Kalau korang perasan , dekat bahagian atas pintu tu memang ada tulis nota . Cafe ni tiada wifi , memang banyak tempat yang tak menyediakan wifi sebab lebih kepada suruh customer makan dan talk each other kembali ke era 1995 . Baru best kalau makan , cuba bayangkan korang lepak dengan kawan tapi semua asyik memandang HP je ..tak seronok la macam tu . 



Signature FOOD , Korang boleh tengok menu yang best dan customer banyak makan di cafe ini . Nampak tak cermin tu ? Tu tempat diorang masak .. jadi korang boleh tengok secara langsung la .



Meja ini tidak sesuai kalau korang nak pesan makanan seperti Lamb Chop atau chicken chop, sebab kalau korang potong daging atau ayam tu , nti meja akan goyang.. takut air tertumpah je . 




Ternampak satu mesin jahit yang lama disitu , ala-ala retro or hipster ? entahlah ... tak reti nak bezakan sebenarnya . Hehehe... 



Disini kaunter pembayaran , nampak tak diside tepi tu .. ha.. disitu la tempat diorang buat air. Korang boleh tengok sendiri minuman yang di tempah tadi . Jangan risau pasal kebersihan. 

Hiasan di pintu masuk . Ada nampak barang-barang old dulu... hehehe. 

So korang kalau nak singgah try kat sini , Lisa rekemenkan datang awal la sebab ramai orang . Try la chicken chop , lamb chop atau burger dia.. Sedap..

GROBOK RABAK CAFE & DISTRO 

ALAMAT : No. 14A , TINGKAT 1 , JALAN MATA KUCING
86000  KLUANG -JOHOR .

(Depan sungai, atas kedai makan nasi padang .. kluang parade pintu belakang dekat dengan guardian tu.. depan tu ads kedai makan Duang Dee , sebelah tu ada tingkat untuk korang naik ke atas. Alaa korang tengok je kt atas nti nampak la kedai makan tu ) 

Waktu Operasi : 6 PM - 12 AM .

  1. Uniknya nama kedai dia, membuatkan orang tertarik nak pergi. Pastu tengok harga makanan pun agak berpatutan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kak mas datang sini.. nti lisa belanja. hahaha

      Delete
  2. Hmmmm in my opinion, this cafe has simply design. tu... la ka lamb chop to goda sangat.. ni perut. huhu :-d

    Oh ya ka... salam kenal ka... maybe saya nanti sering singgah kat sini. nak minta tolong, want to up this post Wdec Cream Review, and Testimoni Krim Wdec,

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple design .. back to old zaman zaman dulu . lebih selesa tempat macam ni sebenarnya sebab tk perlu tunggu lama . hahaha

      Delete
    2. Iyee.... kah... Nak itro myself ke awak la ka', I'm ady. I've bookmarked this blog. haha... later visit this blog always :D hihi

      Ka,, nak tanya ni... kalau nak join kelab blogger ni... harus attend kat sana ke? ingin la.. punya freind overseas like this blog.

      salam perkenalan ka Lisa

      Delete
    3. boleh klik banner ... hehe situ ada fanpage kelab ni . and boleh request lepas tu nanti boleh pm cara nak apply . biasanya akan di war kan disana untuk open blogger baru . ada gak Kelab ni yan gduduk dekat jakarta sana

      Delete
  3. Geram plak tengok makanann tu sedapp tpi jauh plak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh tkpela.. nti kalau singgah sini boleh try

      Delete
  4. mak aih..terliur tengok air tuu 😍😍😍

    ReplyDelete
  5. mengancam perut betul tengok makanan dia. Mujur jauh ..tak bila la akak nak sampai kat Kluang tu haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lisa kawen nti sampai la kat kluang hahaha

      Delete
  6. makin banyak pulak restoran hipster sekarang

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu ... hipster ke retro ni lisa pun tk tau apa bezanya hahaha

      Delete
  7. Nampak sedapnya lamb chop tu, deko pun menarik. Kalau dekat akak dah pi dah ni hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. heheh nti kenduri lisa.. akak try la makan kat sini

      Delete
  8. npk sedap lambchop tu...harga pun x mahal mana

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search