LIRIK LAGU BENAR CINTA [OST SYURGA NUR]

LIRIK LAGU BENAR CINTA [OST SYURGA NUR] | Syurga Nur , slot akasia pengganti drama Dia Isteri Luar Biasa . Mengisahkan Nur (Janna Nick) yang kehilangan ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Sejak itu, Nur dibesarkan oleh mak ciknya, Alin (Raja Ilya) yang sering menderanya. Nur melarikan diri dari rumah dan berjumpa dengan Sarina (Sheila Rusly) yang menyayanginya seperti anak kandungnya. Sarina mempunyai dua orang anak lelaki, Kamil (Amar Asyraf) dan Adib (Erwin Dawson) yang tidak menyenangi kehadiran Nur dalam keluarga mereka. Selepas 9 tahun, Nur menjadi usahawan berjaya dan berjumpa semula dengan mak ciknya. Kamil mempunyai perasaan terhadap Nur tetapi dia tidak berani untuk meluahkan isi hatinya. Nur juga mula berasa Kamil menyimpan perasaan terhadapnya, apabila lelaki itu menolak untuk dijodohkan dengan Siti. Adakah Nur akan melarikan diri sekali lagi? Apakah Kamil akan melepaskan Nur?

Jangan lupa saksikan disetiap Isnin sampai Kamis pukul 6.55 petang hanya di TV3.

Wah macam menarik je kan... Jom dengar lagu Benar Cinta yang dinyanyikan oleh AishaHanim .Penyanyi kembar. 


LIRIK LAGU BENAR CINTA -by AISHAHANIM
[OST SYURGA NUR ]

Terus berdiri aku dalam kegelapan
Dimana ku cari jalan cintaku
Apa masih ada lagi

Terus bertemu kita dalam kegelapan
Dimana hendak ku berselindung
Ada cinta atau hati ini

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untuk ku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta

Aku ingin kau mengerti lagi
Aku ingin kau seperti dulu
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih.. Ohh..
Kasih.. Ohh..

Aku ingin kau merasakannya
Aku ingin kau mendengarkannya
Sukar untukku tinggal kerna semua dah jadi
Dalam cinta

Aku ingin kau seperti dulu
Aku ingin kau mengerti lagi
Selami hati ini jangan biarkan aku
Keseorangan kasih

Kembalikan cintaku dalam ketenangan
Agar aku dalam dakapanmu
Jangan tinggal ku sendiri
Dalam cinta - Dalam cinta


EmoticonEmoticon