Block Tempat Untuk Berniaga,Angin Ribut ?

Block Tempat Untuk Berniaga,Angin Ribut ?  | Pagi-pagi sampai tempat kerja,  memang agak sedikit terkejut la tengok apa yang dah jadi di depan salah satu tempat kerja aku. Ada sebuah papan whiteboard , kerusi , meja , tersadai dan tersandar di pintu pagar. Ada angin ribut kah ? atau banjir ? Macam mana nak buka pintu dan berniaga kalau ada papan whiteboard tersandar di pintu pagar. MOTIF ?
Whiteboard tu milik pusat tuisen di tingkat 1 , hurm patutkah dia menyandarkan papan itu dipintu pagar orang lain ? Kan boleh sandarkan ke tiang yang besar berdiri didepan pintu dia tu . Terpaksa le Lisa naik atas dan ketuk pintu tuisen tu . Bagitau kat diorang yang saya nak mula kerja , kang tak pasal-pasal boss marah lak. Haha.. dia pon say sorry and turun memanggil cikgu ke sapa ntah untuk alihkan papan whiteboard tu. Boleh tahan berat la juga papan tu . Kalau ringan , Lisa sandarkan je di meja tuisen tu .

Kalau berlaku pada kalian ,apa yang kalian buat ? nasib le kat pusat tuisen tu ade staff. Kalau takda? takkan nak tunggu sampai pukul 12. Tak pon tak kan nak rebahkan ke lantai ? kalau boss yang datang mesti dah bising potpet potpet.

Okayh, anggap  je la kurang arif bidang etika ini, tapi sepatutnya dah paham dah kot . Nama pun pusat tuisen . Hehe takpe la, janji dia alihkan, kalau tak.. memang tarik and letak depan pintu tuisen dia tu ha...

1 ulasan:

huhuhu ingat kan betul dah kena angin ribut. Sabar je la kan. Kalau saya pon memang nak marah dah. Sib baik dorang nak alihkan.


EmoticonEmoticon