Ad

5 Blog Kegemaran , Hari 13

GilerKentang




Mula-mula berblogging memang sahaja nak menulis dan mencoretkan apa yang terbuku dihati yang lebih kurang macam diari lah , Tapi lebih kepada tips atau untuk pengetahuan . Mungkin cerita yang boleh dimanfaatkan untuk orang lain, dan yang pasti bukan mengenai gossip artis atau politik.
5 Blog Kegemaran yang memotivasi saya diantaranya :

1. www.benashaari.com
Blog santai yang menceritakan pengalaman-pengalaman mengenai kehidupan sehari-hari bersama anaknya . Yang dulu hanya seorang je Qhalif , dan sekarang dah bertambah satu yaitu baby comel Zahra. Kenapa aku suka baca blog ni ? sebab penulisan santai dan tak formal sangat sebab tu mampu masuk kepala otak aku . Founder Ben Ashaari yang telah menubuhkan network #kelabbloggerbenashaari , dan saya salah seorang diantarannya . hehe.. Best woo join kelab tu , tak berbayar dan mereka pon tak kedekut ilmu . Mesti lebih banyak meluangkan masa hanya didunia maya , tapi kami dah macam bersaudara.

Siapa yang tak kenal blog ni ? blog yang banyak ilmu didalam berblogging . diantara activity yang pernah dibuat ialah SBB (sepetang BErsama Blogger) , Kurban , mendirikan madarasah di Negara utara tanah air, dan banyak lagi ..


Bukan blog makanan , tapi dalam blog ini terdapat banyak isu semasa, tips kesehatan, Hiburan ,resipi , dan bermacam-macam lagi. Kalau kalian nak tau apa yang special dalam blog ini , terjah je blog tu . Tak rugi la..
fuh.my |mencetus fenomena. fenomena apakah? singgah di blog tu dan tengok la sendiri. Blog yang penuh informasi  , travel, dan tips-tips yang mungkin kalian boleh cuba .

Haipp..nama blog je tu , kandungan blog tu tak membuat jiwa kita menjadi rosak. Meski pemilik blog tu bermuka ganas.. (sebab selalu kena buli ) tapi dia baik .Hahaha.. di blog ini lah saya selalu curi ilmu setting pasal blog, sitemap , banner semua . Senang nak rujuk blog ni.


Done untuk cabaran 30 hari , hari ke 13 .
Senara diatas ialah senarai Blog-blog yang lisa selalu baca dan singgah walaupon hanya menggunaka web browser di Handphone .


Senarai Pemenang Give Away By Mawar Biru


Senarai Pemenang:

Wang tunai 80 , Tudung Bawal x 1, tshirt HardRockCafe x 1
http://umikasum.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Wang tunai 50 , Tudung Bawal x 1 ,tshirt HardRockCafe x1
http://cikmadiah.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Wang tunai 20 ,Tudung Bawal x1 ,Shawl x 1
http://www.iuzira.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Shawl x 1 , Phasmina x1,Topup x 1
http://lyranadya.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Phasmina x 1 , Topup x1
http://izzeyda.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

SAGUHATI

Topup x 1 dan souvenir
http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html 

http://sakuraungu92.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

http://hip2-horey.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html

Sila berikan butiran anda anda

Nama:
Alamat penuh:
Nombor telefon:
Hadiah:

Dan emailkan ke therylisa@gmail.com. 

Anda diberikan tempoh selama 2 MINGGU untuk menuntut hadiah. Tahniah buat para pemenang !!





5 Wishlist Saya , hari ke 12

Cabaran 30 Hari #KelabBloggerBenAshaari
 Hari ke 12 , 5 wishlist saya ..
saya nakk...

1. Menunaikan ibadah Haji bersama kedua orang tua saya .
Insyaallah someday nanti. Semoga tercapai wish ni .

2.Nak jadi anak yang solehah
Yela,, dulu saya ni jenis degil dan tak nak dengar apa yang orang tua cakap. Anak bongsu la katakan. meski adalah sifat-sifat degil tu . Insyaallah dah try untuk tak buat sakit ati orang tua . Nak berbakti kepada orang tua. Tebus dosa-dosa yang dulu pernah buat time muda-muda gituu.
 
3. Mendirikan Masjid aka Nikah
Di usia yang muda sweet seventeen ni teringin pulak nak mendirikah masjid.Hahaha..
Tak da sesiapa yang larang kan bernikah dengan budak yang muda belia macam saya ni haa.
 
4. Nak pergi ISTANBUL, London, PAris , AMsterdam
Yang no 4 ni keinginan.,  kalau ada rezeki insyaallah pergi. Hehe..


5.Nak ada bisnes sendiri
Sekarang ni masih bekerja dengan orang . Makan gaji. Bisnes sampingan adela,sikit-sikit boleh simpan . Bercita-cita nak ada bisnes sendiri, bisnes SPA, Salon, Best jugak kan .
Kalau nak disenaraikan, ada banyak wishlist tu . haha sampai esok pon tak kan habis kot.
Hope lah semua tak pon beberapa wishlist diatas tercapai. AMin...
Dan apa pulak Wishlist kalian? cuba share ... Nak tau jugak.


Cabaran Hari ke 11 : Kenangan Lucu Ketika budak

 

Cabaran hari ke11 : Kenangan  lucu ketika kanak-kanak : 
Terjatuh dari basikal kemudian masuk dalam longkang . Umur berapa ntah , Lupa . Hahaha
Malu teramat malu , mesti masih kanak-kanak tapi malu lew. Dah la jatuh ..pastu masuk longkang pulak
Aish.. Sebenarnya ketika tu saya ingin mengelak dari segerombolan budak2-budak yang dah balik sekolah .
Ye lah.. dulu Budak-budak sekolah naik basikal. Di kampung, dah biasa dah macam tu .
Time tengah syok mengayuh basikal baru sambil menyanyi-nyayi .. Ternampak sekumpulan budak berbasikal  yang nampak macam nak melanggar saya je . Dengan konfiden dan berfikir dan tere sangat naik basikal.. Elak lah kumpulan tu . Dan tak disangka ada pakcik bawa sabit kat stering  Basikal dari arah berlawanan .
DUMMM>..
.
.
. 
Jatuh masuk longkang !
Mula-mula tak rasa sakit , lepas tu ..masih boleh bangun . Kawan pon teriak
" woi.. tangan kau darah la "

Sedar-tak sedar jari kelingking ni terkena sabit tajam yang pakcik tu bawa.
Nampak je tanganku berdarah ,, menangis tak sudah -sudah. Pakcik tu pon bawa saya pergi klinik yang berhampiran . Naseb baik la tak putus jari tu . Ade beberapa jahitan ditangan. Sampai sekarang pon ada lagi. Sebab tu tak pernah lupa.
Pakcik tu pon ziarah aku setiap hari sampai lah aku sembuh.

Photo

Parut ditangan boleh nampak, parut dihati tiada sapa tau ..

Cabaran ke 10 : Isi Handbag Saya ?




Cabaran hari kesepuluh :  || Apa yang ada dalam handbeg anda   ? ||

*TISSUE (Lap peluh..fuh fuh )
*Duit syiling (balance beli makan atau beli barang kat kedai )
*Pemotong kuku  ( Takut ilang ,haha)
*Pen (wajib kena ada , kot-kot ada fans yang nak minta sign!  *ehhhh gurau je , sebab tuntutan kerja )
*HP (saya guna enpon biasa-biasa ja, ada sesiapa nak sponsor Hp tak ? haha )
*Cermin Mata ( kadang pakai ..tapi kena ada dalam beg sebab kanan 50 dan kiri 75 Huhu )
*Ubat-ubatan ( ubat Migrain , Cerryberry , yang dua ni memang harus ada )
*Name card
*Power Bank
*Coklat /makanan ringan /gula-gula 



Dan banyak....lagi. Senarai diatas je kot setakat ni.. banyak lagi barang dalam beg tu . Dan ianya rahsia perempuan sahaja . Hehehe

Hari ke 9 : lelaki yang menarik perhatianku


Dah..dah ..tau lah ensem. Jangan pandang lama-lama .. Nanti suka pulak dengan Boyfie I.. (tutup muka sebelum kena ketuk ) hahaha

5 Lelaki yang menarik perhatian ku :
.
.

1. Ayah
Ayah lah yang mengajariku cara berjalan, berdikari. dan dari kecil lagi ayah lah yang memanjakan saya . Dia akan bagi dan beli apa sahaja yang saya minta .Minta kat emak kadang ada bagi , kadang tak .. sebab ? membazir . Ala..biasalah kan budak-budak. mesti nak ini , nak itu.. dan ayah lah yang memenuhi semua permintaan dan karenah ku . Ayah memang memanjakan saya dari saya kecil lagi, sebab saya pon anak perempuan yang bongsu..Dan kelak ketika saya akan berkahwin , ayahlah yang akan menjadi wali saya .

2. My Third Brother
Kenapa dia ? sebab... dia sama seperti ayah . Memanjakan saya dari kecik. Tunaikan apa sahaja yang saya nak . Dan selalu bagi duit jajan kat saya semasa kecik dulu. hehehehe . Memang satu kepala dengan saya laa

3. Lelaki yang tidak merokok.

Ni kriteria yang wajib kena ada . Kenapa? sebab saya halah dengan asap rokok. Tak suka . Ada ashma ke ? tak lah, sebab kalau terhidu bau asap rokok.. nti mesti akan pening dan sakit kepala .

4. Lelaki yang jujur dan Baik..
Macam mana menilai ? err susah nak cakap. Kalau berkawan ..lama ke lamaan akan tau la dia yang sebenar.

5. Lelaki yang penyayang
Lelaki yang suka kucing biasa dia akan mempunyai sifat yang penyayang , Lelaki penyayang yang bukan jenis kaki pukul. Ni kriteria yang mak pilh . Mak tak suka dengan lelaki yang kaki pukul. tak suka katanya . Dah besarkan anak dara susah-susah pastu kahwin kena pukul.. ehhh Tak sampai ati wooo.. 
Lelaki yang mampu menyayangi keluarga ,,dah lepas dah salah satu syarat. hheeee...

Okayh.. Done entri  task ke 9 : Lelaki yang anda Minati
Cabaran 30 hari
#kelabbloggerbenashaari

Segmen Ben Ashaari : Impian Ku , Seorang Blogger !



BEN ASHAARI 

                                                       *Klik banner untuk join
Segmen dari Ben Ashaari atau biasa paggil ABen .
kalau nak join gak.. klik banner DIATAS ya ...
terma dan syarat ? baca di entri dia . ..


Latar Belakang :

Saya seorang anak bongsu   yang bermata sepet ,berkulit putih dan mempunyai wajah iras-iras chinese walaupon saya tiada keturunan chinese. Menetap di  Johor dan tidak pernah beralih dari sini, kerja dan menetap disini .




Kelebihan :
Kelebihan blog ni ... dulu banyak letak tutorial mengenai komputer tapi dah banyak Draft kan ,sebab mula-mula berblogging sahaja nak tulis-tulis . Dan sekarang .. Baru nak start semula berblogging . Kemas apa yang patut . Review product dan blog ni tidak menulis pasal gossip artis atau hiburan. Mak marah ooo.. Lagi pon tak sanggup tanggung dosa . Hehehe..

Impianku , seorang Blogger ?

Nak pemes dan popular , dalam erti orang kenal penulisan kita . Kalau dah ada nama , senang nak buat bisnes , dapat job atau.. kalau bertuah boleh pergi melancong FREE. ke Istanbul ke , London ke ,Amsterdam ke.. (memasang angan-angan tak salah kan ? dah namanya impian .. hehehehe )

Cabaran Hari ke 8 : 5 lagu cinta



"Tak ingin lagi rasanya ku bercinta setelah kau tinggal pergi.. kegagalan ini membuat ku tak berdaya .."

Satu dari 5 lagu cinta yang saya suka. Task di Hari ke 8 ini ialah 5 Lagu cinta yang anda suka .Macam-macam lah CABARAN 30 HARI  .  Ade banyak lagu-lagu cinta tapi yang lisa suka ialah lagu tu " Hujan Kemarin - by Taxy Band " kalau sedang patah hati ka.. lagu tu sesuai untuk kalian. Jangan lupa sediakan tissue banyak-banyak . Sebab nanti pipi tu basah. Hahahaha .

Yang keDUA
:
- MALAYSIA CHABOR by Joyce Chu 
 Lagu yang mengisahkan seorang ahmoi (gadis chinese ) dari Johor Bahru  dekat dengan Singapore , Dan wajah dia  mempunyai muka ala-ala korea. Ramai orang yang menyamakan dia dengan artis-artis korea. Comel ahmoi ni . Dalam klip video ni ada triple bahasa yang kalian boleh tengok . (mandarin , English , dan Melayu ) . *Bayangkan je la yang nyanyi tu saya.. hahaha sebab Lisa memang takreti nak menyayi.. suara tak sedap langsung . hahaha

         

Yang ketiga :
Perfect Two - by Auburn
Sweet sangat-sangat lagu ini , biasa orang sedang jatuh cinta suka dengar lagu ini. Dan biasa pasang untuk videography wedding . Tak percaya ? dengar la lagu ni.. mesti senyum simpul ala-ala malu kucing giteww.

Yang keEmpat : 
N Sync - This I Promise You
Lagu dari someone yang pernah dia bagi satu ketika dulu, potongan ayat dalam lagu tu
And I will take
You in my arms
And hold you right where you belong
Till the day my life is through
This I promise you

Romantik tak ? romantik tak ?  hahaha mesti nampak macam garang tapi terkadang dia ade time untuk jadi romantik ^_^

Yang kelima : 
Sesaat Kau Datang by Ramlah Ram feat. SleeQ

Siapa yang tak tau lagu ini, Best kot.. Lebih kurang la macam yang pernah kurasa. cewaahh*



*Cabaran 30hari :

Hari 1 ,Gambar terbaru dan 5 fakta 

Hari 2 : 5 cara memenangi hati saya   

Hari ke 3 : Sesuatu Yang Menguatkan Anda

Hari ke-4 | Buku Kegemaran Saya

Hari 5 : 3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas KEKASIH ? 

Hari 6 :Apa yang anda makan hari ini? 

Hari ke 7 : Pentingnya Pendidikan bagi saya





Cabaran hari ke 7 : Pentingnya Pendidikan bagi saya

 http://ts4.mm.bing.net/th?id=HN.607994698826189423&pid=15.1 
 Cabaran 30 Hari : Task ke 7 : Pentingnya Pendidikan bagi saya

Pentingnya Pendidikan Bagi Saya : Zaman sekarang pendidikan memang penting untuk semua orang . Apalagi untuk pekerjaan . Semua company akan memilih berdasarkan level pendidikan dan juga pengalaman bekerja . Tapi Pendidikan bukan hanya berupa sijil atau tittle Diploma , Degree, Master. Pendidikan boleh diperolehi dari membaca atau ilmu dari sekeliling kita. Sama ada niat atau tak ada niat ,itu terpulang pada individu memasing .

Macam Lisa , reti bercakap dan mendengar bahasa mandarin . Bukan sebab Lisa sekolah di Sekolah Chinese ataupon Keturunan Chinese eh. Sebab Lisa mula-mula kerja di tempat kerja sekarang ni , Lisa ditempatkan di cawangan yang kesemua staff  tu chinese. Nak tak nak kena hadam dan belajar bahasa mereka. Hari-hari dengar mereka berbual potpet potpet.. tapi tak paham apa yang mereka cakap, kutuk ka ? puji ka ? borak kosong ka? haa.. sebab tu la .. belajar skit-sikit dan lama-lama mulalah paham . Best jugak paham bahasa diorang , Sebab mereka tak leh nak kutuk kita . HAhahaa,,, apalagi kat kedai-kedai chinese ni .. takde la kita kena tipu. Pastu kalau tetibe ade customer yang takpaham dengan bahasa melayu  boleh la explain dengan bahasa mandarin kat mereka. (walaupon mereka hidup diMalaysia seharusnya nak tak nak kena belajar juga BM . Lain lah kalau mereka duduk kat Hongkong ,Taiwan , atau CINA . )
 Kalau lisa ade kesempatan , Lisa nak sambung belajar jugak . Bak kata pepatah ..
 Belajarlah walau sampai ke negara Cina 


Senarai Peserta Give Away by Mawar Biru

 Giveaway Merdeka 57  

 Terimakasih kepada semua yang sudi join GiveAway  Merdeka by Mawar Biru . Tinggal 3hari lagi akan tamat Give Away ni. Yang belum join.. masih ada kesempatan untuk  join :) .

Berikut senarai peserta yang dah join :
1. http://adna2029.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
2. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
3.  http://satujanjikita.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
4.  http://firzanahazhar1.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
5.  http://hip2-horey.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
6.   http://kinderbueno-wolf.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html 
7.   http://izzeyda.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
8.   http://www.iuzira.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
9.   http://officalmissyana.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
10. http://beloglistaimifiqa.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
11. http://farahadibahkmr.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
12. http://lyranadya.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
13. http://cikmadiah.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
14. http://eurukaseven.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
15. http://umikasum.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
16. http://akuvsdiashadhira.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html
17. http://sakuraungu92.blogspot.com/2014/09/giveaway-merdeka-57-by-mawar-biru.html



Cabaran 30 Hari, Hari 6 :Apa yang anda makan hari ini?

Makan.. seperti cabaran hari pertama , saya jenis yang suka makan. Cabaran 30 Hari untuk task ke 6 : Apa yang anda makan hari ini ?
Makan Angin ? Makan Hati? Makan Orang? Err...


 1.SARAPAN

Sarapan kesukaan saya ialah Lontong Darat. Haipp Baru first time dengar ye ? Macam mana rupa lontong darat ? Kenapa diberi nama Lontong darat ? Memula time post di Facebook mengenai makanan ini, ramai orang tak tau and baru pertama kali dengar . Lontong darat sebab lontong ni tak berkuah .  Hanya lontong + sambal kacang + ayam rendang +sambal tempe . Biasa di Johor sahaja ada, tempat lain?tak pasti ada atau tidak.



2. Makanan Tengah Hari
Ayam penyet . haa.. yang ni pasti kalian dah pernah dengar kan ? Lisa kurang suka makan ayam ,sebab ayam bandar banyak sangat inject supaya cepat besar. Kalau Ayam Penyet.. Ayam ni ayam kampung . Original lagi tanpa ubat-ubat. tu yang rasa ayam ni sedaaappp sampai ketagih.


3. Makan petang
Makan lagi? kuat nya dak seorang ni makan ?errr .. Sebab memang kuat makan dan kalau teringin .. terus makan je la. Tak perlu tunggu timing-timing makan . Lagipon.. dah biasakan makan sebelum pukul 7. Orang cakap rahsia badan tak cepat naik amalkan makan sebelum pukul 7 . Saya pilih Nasi Ujang -daging
. Nasi ujang ni pedas.. lebih kurang macam nasi orang bujang yang main campak-campak time masak daging . Lebih kurang macam tu la.Tapi ,walaupon bahan-bahan yang simple ..rasa dia mebelesss . Kalian kena cuba jugak...

Dan itu sahaja entri untuk cabaran hari ini. FUhh...Kalau kalian terliur tengok makanan-makanan diatas.. cepat bersiap kuar pergi cari menu makanan tu . Tak pon kalian google je la senang dapat resepi.  :P

Mini GA September Cash RM300 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Mini GA September Cash RM300 ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Anagurls , Aimisyafiqah , Julia , Dyba , Tarmizi Mizi , Angah Judin , Amir Zahari , Nisa Ahmad , Halim Brothers

Cabaran 30 Hari ,Hari 5 : 3 Perkara yang anda ingin katakan kepada bekas KEKASIH ?

Tik tok tiktok..  dah pukul 5.30 pm. Jemari ni tak tergerak lagi untuk up entri #cabaran 30 Hari , task #3perkara yang anda ingin katakan kepada bekas kekasih anda ? sibuk sangat sampai tak sempat nak update ke ? tak juga sebenarnya ..
Kak Sue tanya  " 3 perkara je " tapi yang nak diluah lebih dari 10 perkara.Hahaha.. macam mana tu ? Boleh tak ?sebab ex's pon lebeh dari 3 .(Izzue Islam, Asyraf Muslim, Fahrin Ahmad, Adi putra ..) .. opss krik-krik.. gurau je la .  hahaha
Ex's tak semestinya akan bermusuh . Dan begitulah saya , tak suka bermusuh dengan orang . Dunia ni kecik je. Kita bermusuh , nanti dah tua.. ada anak. pastu anak kita suka dengan anak ex's kita.. Errr.. macam mana? Nak larang ? Then kalau budak tu kahwin lari macam mane? tak ke kita jugak yang susah. Eh.. Jauh bebenar Lisa merepek ni . Hahaha



3 PERKARA YANG SAYA INGIN KATAKAN KEPADABEKAS KEKASIH : 
1. YOU BROKE IT STUPID !
Hahahah.. paham kan maksud tersirat dan tersurat dalam pic diatas. Tipu lah kalau tak sakit ati time putus . Nah tu ayat yang nk cakap kat ex's . Hahaha. Tapi kena fikir positive juga, yang bernikah pon boleh cerai , apalagi yang baru bercintan cintun ni haa . Rileks-rileks.. biarkan cerita itu berlalu bak angin sepoi sepoi yang berhembus ditepi pantai .



2. Selamat Pengantin Baru ,
semoga kekal ke jannah ( Wish awal ..tinggal bape minggu je. ala..sama je pon ) .Hope dapat anak comel-comel macam saya *ehhh .
3. Saya nak awak tau yang saya bahagia dengan kehidupan sekarang 
Nanti kalau giliran  Lisa yang  kawen, jangan lupa datang tau . .(yang ni tak tau bila tarikh tu krik-krik )
Macam jejak kasih . hahaha . Jangan ungkit pulak benda-benda dah lepas tu . hehe
PS : *sorry ..
Putus tak semestinya sebab orang ketiga. Kalau saya yang memutuskan bukan sebab saya ada orang ketiga. Tapi ada sebab yang tak perlulah saya tulis kat sini. hehe . 
*Kalau takut ilang fans atau kurang popularity tu.. Baik tak payah nk bercinta. Jadi macam lagu Irwansyah " aku memang pencinta wanita.. " ha syair yang lebeh kurang macam tu .






2nd Giveaway by Miminadam

http://miminadam.blogspot.com/ 
 *klik banner untuk join
  Kenapa sertai giveaway ini. ?

sebab nak dapatkan backlink dan blogwalkin , nak tukar bloglist , masukkan Blog mimiadam ke dalam bloglist lisa. dan sebaliknya . Pastu.. hope menang dan dapatkan hadiah name card tu sebab memang tengah nak buat name card yang baru hehehe.

  2nd Giveaway by Miminadam yang bermula pada hari ini, 3 September 2014 sehingga 6 October 2014. 
Hadiah :
Top Referal : 3 Box Name Card (300pcs) free design x 3 pemenang
1 box NameCard x 10 Pemenang
Logo treadmark blog x 5 Pemenang
Mars Jar Oreo x 5 Pemenang
© all rights reserved
made with by templateszoo