Ad

SENARAI PELAKON DIA BIDADARIKU

Drama DIA BIDADARIKU || Lama juga tak tengok Erra Fazira berlakon , kali ni dia jadi Heroin di drama Dia Bidadariku Astro Ria.  Digandingkan dengan Hisyam Hamid ( Hero dalam Abang Bomba I Love You ) juga pelakon lainnya seperti, Norman Hakim, Raja Ilya dan ramai lagi. Mula disiarkan pada 6 Mac ini, setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10.00 malam di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123.


SENARAI PELAKON DIA BIDADARIKU

Drama ini akan ditayangkan sebanyak 13 episod je , ala,,  rasa macam kejap je .  Pelakon dalam drama ini  mesti korang dah kenal. Berikut senarai pelakon dalam drama Dia Bidadariku

PELAKONWATAK
Erra Fazira Suri
Hisyam Hamid Ammar
Norman Hakim Ridzal
Tisha Shamsir Qaseh
Wan Raja Khalif
Raja Ilya Suzanna
Salina Saibi Rita
Dian P. Ramlee Maryam 


LAGU TEMA / OST DIA BIDADARIKU

Tajuk : Tabah
Penyanyi :Elizabeth Tan

SINOPSIS DIA BIDADARIKU

Mengisahkan tentang Suri, lakonan Erra Fazira, andartu yang hatinya telah tertutup apabila putus tunang 15 tahun yang lepas. Tiba-tiba sekarang bekas tunangnya Ridzal lakonan Norman Hakim yang psiko telah dia datang kembali untuk merebut cintanya. Disamping itu muncul seorang jejaka bernama Ammar lakonan Hisyam Hamid yang ingin cuba untuk memenangi hati Suri. Dapatkah Ammar untuk mendapatkan cinta Suri yang telah lama dingin itu.

GAMBAR PELAKON





Kenapa aku pilih Tyzara ?

Kenapa Aku Pilih Tyzara ? 

Rambut gugur mesti akan buat kurang percaya diri , baik lelaki atau perempuan . Lelaki lebih nampak sebab tak boleh nak sorok , kalau perempuan bolehla sorok dengan bertudung . Tipu la kalau rambut korang tak gugur setiap hari . Aduh..! Lisa sendiri pun ada masalah rambut gugur , sampai kadang menangis.. kot nanti jadi botak . lagi satu ..haishh mesti bersepah kan di lantai atau di tempat tidur. Rimas ! Dengar cerita Tyzara ni bagus untuk rawat masalah rambut , terutamanya rambut gugur Rambut gugur lepas bersalin , Rambut rosak/Bercabang ,Gatal kulit kepala dan kelemumur . Teringin nak cuba pakai ..

Yes.. memang normal kalau rambut gugur antara 1-5 helai sehari tapi rambut yg tak sihat akan gugur antara 10-20 sehari, da boleh kira kronik tu . Orang dulu-dulu rajinla pakai pati minyak kelapa , tapi ada bau kuat . Hmm tak kan kita nak pakai kan ? bertudung pula tu , mesti tak selesa. Zaman serba moden ni  aku rasa nak pilih Tyzara daripada cara traditional . Senang guna pun ye juga , dan tak leceh .  Boleh digunakan seisi keluarga dari anak-anak sampai la yang dewasa. Jimat la tak perlu beli banyak shampoo kan?

gambar : qasehdalia.com 

Apa itu Tyzara? 

Tyzara adalah jenama bagi Shampoo Rawat Rambut yg lebih dikenali sebagai shampoo soya. .Kandungan bahan dalam Tyzara Shampoo Soya menggunakan bahan yg berkualiti tinggi seperti :

PROTIEN SOY - ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik).dan ia diperbuat daripada kacang soya asli. Di mana protein soya ini memberi tenaga pada rambut kita.

-PANAX GINSENG ROOT EXTRACT - menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala utk memberi ruang anak rambut baru utk tumbuh.

-MAJUS ROOT EXTRACT - memberikan vitamin pada akar rambut dan meNyahkan kotoran kulit kepala.



Tyzara ni ada Kelulusan dari KKM  ( NOT161201328K )  so korang tak perlu risau la sebab memang selamat digunakan ye . 

Apa kelebihan Tyzara Shampoo Soya ni?
Shampoo khusus rawat rambut gugur jenama Tyzara ini mempunyai beberapa kelebihan seperti :

*Membantu Mengawal Rambut Gugur
*Kesan seawal 1 malam dan paling cepat selepas mandi (bergantung pada individu)
*Berbau wangi
*Rambut wangi seharian
*Matikan kelemumur
*Bantu Penumbuhan Anak Rambut Baru
*Bantu percepatkan rambut panjang (brgantung pd individu)
*Merawat kerosakan rambut
*Melembutkan rambut
*selamat digunakan oleh kanak-kanak dan boleh digunakan seisi keluarga
*Jimat utk penggunaan 1 bulan



Cara rawat rambut gugur

Banyak cara untuk rawat rambut gugur ni , tak perlu pun perabis duit pergi beli banyak ubat . Petua ni mungkin agak traditional , so jimat sikit guna bahan yang ada disekeliling kita .

- Limau nipis.
 Ambil perahan air limau nipis dan sapu rata-rata di kulit kepala. Amalkannya untuk selama 2 minggu. Seterusnya anda ambil santan untuk menyuburkan rambut anda. Lumurkan keseluruhan rambut hingga ke kulit kepala bagi mendapatkan hasil yang baik. Jangan cepat-cepat hendak membasuh rambut anda. Perapkan rambut anda dengan tuala untuk ½ jam. Biarkan ia berminyak dan meresap. Kemudian basuh dengan air suam. Amalkannya selama 2 bulan.

-Lidah Buaya / Aloevera
 Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama 1 jam. Lakukan 2 kali seminggu. Korang akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

Cara 2 : Belah buah limau nipis dan gosokkan pada kulit kepala hingga rata. Setelah kering, oleskan telur ayam pada kulit hingga rata dan bungkus kepala anda dengan tuala selama 1 malam. Keesokan paginya, bersihkan rambut anda. Amalkan petua ini 4 kali seminggu.

- Tembikai
Setiap kali anda makan buah tembikai, jangan buang kulitnya. Ambil bahagian kulit tembikai dan gosok kulit kepala anda. Biarkan ia meresap ke kulit kepala dan tunggu dalam masa 20 hingga 30 minit. Selepas itu barulah anda cuci rambut anda sebersih-bersihnya. Jika anda ingin biarkan semalaman pun tak mengapa. Gunakan “shower cap” atau balut dengan kain supaya ia tidak meleleh ke bantal tidur anda. Anda hanya perlu amalkan petua ini sekali dalam seminggu.

-Bawang merah
Tumbuk bawang merah sehingga halus. Campurkan air masak secukupnya. Sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama 30 minit. Kemudian, bersihkan seperti biasa. Amalkan petua ini selalu.

- Kacang Hijau
 Rendamkan secawan kacang hijau semalaman. Kemudian tapis dan ambil airnya untuk disapu di atas kulit kepala sambil kulit kepala dipicit perlahan. Amalkan selalu. Juga, elakkan mengikat rambut dengan getah.

-Minyak Zaitun
Campurkan 5 sudu besar minyak zaitun bersama 2 biji telur atau 2 sudu madu lebah dicampur dengan 5 sudu minyak zaitun, lumurkan keseluruh rambut. Balut kepala dengan plastik atau guna “shower cap” dan biarkan selama 15 minit dan bilas. Amalkan sekali seminggu.

- Rawat rambut gugur dengan  TYZARA 
Mungkin agak leceh nak buat cara rawat rambut gugur dengan cara-cara diatas, lagipun bukan semua orang ada masa banyak . Apakata tukar cara leceh dengan cara moden iaitu Tyzara . Jimatlah masa korang , senang nak pakai dan tak perlu susah-susah cara atas tu ha... ! Pakai Tyzara shampoo soya + Hair serum Tyzara .. insyaallah selesai masalah rambut tu . 

Untuk testimoni Tyzara , boleh tengok dibawah ini :



Harga Tyzara 

Normal Price:
Shampoo RM65.90 ( 100ml )
Serum RM59.90 (15ml )

Info penting yg lain boleh di dapati di sini:-
Hotline : 019-5767697

MenstruHeat PSLOVE Melegakan Segugut

Assalamualaikum ! agak lama tak berkongsi cerita hehe  sibuk kebelakangan ini. Kali ni Lisa nak share tentang MenstruHeat ps|love terapi untuk melegakan segugut ketika menstrual a.k.a period . Menstruheat bungkusan khusus datang dari Singapore , dan sekrang dah mula masuk pasaran Malaysia . Entri ini sesuai sangat untuk wanita yang mengalami masalah segugut. So korang kena baca entri ni sampai habis . 

   

MenstruHeat , Melegakan Segugut. 

Sapa tak tersiksa oi kalau segugut setiap kali period . Nak nangis guling-guling pun ada juga , but now.. Lisa dah ada solusinya iaitu  MenstruHeat  , tak perlu makan ubat dan yang pasti tak leceh ! Lisa perasan packing baru dari MenstruHeat nampak cantik . Dan selain itu lebih selesa digunakan , unpack dan guna. Sekejap je dan mudah dibawa kemana-mana . 


Cara Pakai MenstruHeat :
1) Buka plastik MenstruHeat, biarkan je terdedah kat udara sejenak. Nanti benda tu panas sendiri.
2) Cabut tempat plastik pelekat kat belakang MenstruHeat ni.
3) Tepek kat bawah pusat korang, di mana letaknya rahim kita. 
Ada 3 cara nak letak mengikut kadar kepanasan yang dikehendaki iaitu:-

 - Lekat kat baju / seluar : Warm
-Lekat kat seluar dalam : Hot (Recommended)
    - Lekat terus pada kulit: Hottest



4) Lepas sejam lekat kat badan, buka MenstruHeat selama 5 minit untuk mengelakkan kulit menjadi terbakar. Lepas tu, boleh letak semula. Boleh guna on off selama 12 jam / hari.


Kelebihan MenstruHeat  : 

-Lebih selesa .
-Reka bentuk yang lebih ergonomik yang lebih baik sesuai dengan badan anda.
-Pelekat lebih selesa yang lembut pada kulit
- Pretty New Packing ! 

Selain dari MenstruHeat , ada 2 produk yang lainya iaitu BackHeat dan NeckHeat...produk ini lebih kurang sama dengan MenstruHeat tapi lebih kepada untuk mengurangi sakit  belakang dan sakit di bahu . sesuai untuk orang yang banyak duduk ketika bekerja  (Lisa laah tu ) , students , suri rumah , atau bahkan wanita mengandung . 


NeckHeat ,Keluarkan haba sebenar untuk melegakan leher dan bahu sakit.
Duduk berjam-jam di tempat kerja memang memenatkan , kadang sampai rumah tu minta urut atau pijak tulang belakang dan bunyi krak krak baru la selesa. Hmm tapi sebenarnya tak elok juga untuk tulang sebab tu pijak tulang ni jangan diamalkan selalu , kali ini tukar pula dengan  Neck Heat .  Lisa memang teruja dengan Neck Heat ni  , rasa panas-panas macam diurut . Haha.. Nak letak balsem nanti ada bau pulak . Yang ni memang tak bau dan tak melekit 



Nah , korang boleh letak V-shape , atau lekatkan one by one bahu kanan dan kiri . Lisa guna cara yang koyak lepastu letak satu bahu kanan dan satu bahu kiri. Selesa beb.. rasa suam suam panas .




Back Heat , mengeluarkan haba sebenar untuk melegakan sakit belakang. 

Yang dua atas tadi letak di bawah pusat dan bahu , yang ni lekatkan di pinggang belakang pula. So complete la ye dari perut bawah pusat , bahu dan pinggang ! 


Recomended untuk orang yang selalu sakit pinggang tu ha . Tak perlu susah cari tukang urut kalau masa bekerja , hehee... dan tak perlu makan ubat .


REVIEW LISA  :
- I LOVE IT ! menstruHeat ni senang digunakan , hanya perlu buka pack dan lekat di bawah pusat . Tak perlu susah-susah panas kan ini itu ,, ala macam nak bertungku tu . Packing yang slim dan senang je bawa kemana-mana . Nak bawa pergi office pun boleh sebab tak makan ruang . Segugut tu berkurangan la , bestnya... sebab tak perlu makan ubat untuk kurangkan segugut. Selalu makan ubat pun tak elok tau . Korang kena dapatkan menstruheat ni , lebih lagi yang punya masalah segugut atau sakit belakang .


MenstruHeat ni dari the ps|love  Singapore woo.. dan seperti yang Lisa cakap tadi , dah pslove menstruheat dah mula masuk dalam pasaran Malaysia. Jika korang nak beli hanya perlu buka website pslove.co dan beli !   sekarang kan zaman canggih ., semua serba Online  uh ! Info selebihnya korang boleh baca detail dibawah ini : 


DETAILS PSLOVE MENSTRUHEAT

WEBSITE:
MenstruHeat: https://pslove.co/menstruheat
NeckHeat: https://pslove.co/neckheat
BackHeat: https://pslove.co/backheat


FACEBOOK

INSTAGRAM
https://www.instagram.com/psloveco_my


Perasaan Jika Kamera DSLR Jatuh ?

Bulan lepas dipenuhi dengan hal-hal yang buatku happy je , tapi bulan ni macam bulan penuh kesedihan je . Musibah yang tak pernah Lisa bayangkan sebelum ini , DSLR  jatuh terhentak 3 kali. Atas jalan tar pulak tu .. berkecai hati beb ! nak nangis pun ada , buat-buat hati sado je la sebab depan bebudak. Arghh sudah ... tahun ni baru tak nak berazam shopping macam-macam , nampak gayanya kena kuarkan duit tabung juga ni .


Apa Perasaan Jika DSLR Jatuh ? 

Alkisahnya , Lisa turun dari kereta dan bawa 3 beg isi kasut , baju dan beg barang review . Lisa lupa.. dalam beg barang review tu ada kamera sekali . Kaut la tali yang beg kasut dan beg baju , lepas tu tutup pintu kereta dan jalan. Time tutup pintu kereta la beg review tu dengan kamera sekali... jatuh atas jalan tar. FUhhh.. terhentak 3kali . Dalam kepala ni alamak... macam mana la dengan kamera aku ? lens pecah ke ? longgar ke ? patah ? oh tidakkkk ! 



Sampai bilik , cuba keluarkan kamera tu . Nasib baik yang pecah ni filter lens jek yang lain semua elok . Lens pun tak longgar , body DSLR pun tak calar , lain-lain semua cun je . Tak jadi nangis .. hahaha. 



Pengajaran semalam , nampak gayanya kena beli beg untuk my BF DSLR ni la. Seram sejuk je rasa time dengar bunyi jatuh tu masih terdengar dalam telinga . Nasib la filter ni tak mahal mana .,  dah beli yang baru. Harap lusa dah sampai la .. takut jadi mcm tu lagi . Walaupun ada lens lain , tapi kena jaga juga yang 50mm ni , hahaha. saya sayang disetiap inch BF saya . EH.. jangan salah paham pula.. BF Lisa tu atas tu ha.. DSLR . hahaha... 

GROBOK RABAK Kedai Makan Sedap Di Kluang

tempat makan sedap di kluang

Agak lama Lisa tak berkongsi tempat makan sedap dan best di Kluang ini. Baru tak baru juga la.. dalam satu atau dua bulan lepas ada satu tempat makan baru GROBOK RABAK Cafe & Distro , berkonsepkan hipster menjual makanan tempatan dan juga western food . Dengar cerita dari kawan , boleh tahan sedap la makanan disitu .. harga pula..mampu bayar beb... tak mahal .  Minggu lepas Lisa baru berkesempatan untuk mencoba sendiri makanan di GROBOK RABAK Cafe & Distro . So meh baca cerita Lisa...

GROBOK RABAK Cafe & Distro , Kedai Makan Sedap Di Kluang .

 Kedai ni buka bermula dari 6 petang sampai la pukul 12 pagi , kira kedai makan yang dibuka time malam la ni kan .. Lepas jejak kaki disitu dan pilih tempat duduk , korang akan di sambut dan diberikan menu makanan oleh waiters situ . Agak lama memilih menu sebab semua macam nak try je ..hehehe... so akhirnya  Menu yang Lisa order.. Lamb Chop dan minum pula ... Cappucino Float  . Lisa datang lepas maghrib... so agak lenggang disitu . Kalau datang lambat , memang penuh orang tempat ni . 
kedai makan sedap di kluang
Lamb Chop
Harga RM 13.00



Lamb Chop Grobok Rabak . 
Berbeza dengan tempat lain, Lamb chop ni lembut dan kuah sos blackpapper yang meresap kedalam daging , bertambah selera dibuatnya . Dalam masa 15 minuman dah datang , untuk makanan pula dalam 20-25 minit bergantung makanan yang korang order .Rasa sedap , Lisa bagi 4 bintang ! ., Lisa makan sampai habis . Daging lembut , senang nak potong dan kunyah .,.. sedap la juga. Tips untuk korang , pilih meja yang bulat tu sebab kukuh sikit..meja ni tak berapa sesuai untuk makan western sebab time potong daging or ayam ., meja ni bergoyang.. bukan apa.. risau kat air ni tumpah nanti . Hahaha..  
Harga untuk sepinggan Lamb Chop ni rm 13.00 



CAPPUCINO Float 
Jarang Lisa minum jenis minuman yang ada Float ni , sebab krim tu rasa manis semacam je dalam kepala . Lisa pula jenis tak berapa suka minum yang manis . Tapi... Cappucino disini sedap ! Tak manis sangat, dan campuran capuchino dan float tu tak rasa muak kalau minum . Ha.. korang kena try juga . Harga untuk Cappucino Float  dalam RM 5.80 




Menu makanan di Grobok Rabak Cafe & Distro 



 




WE DON'T HAVE WIFI, TALK TO EACH OTHER PRETENDS ITS 1995 !!!
Kalau korang perasan , dekat bahagian atas pintu tu memang ada tulis nota . Cafe ni tiada wifi , memang banyak tempat yang tak menyediakan wifi sebab lebih kepada suruh customer makan dan talk each other kembali ke era 1995 . Baru best kalau makan , cuba bayangkan korang lepak dengan kawan tapi semua asyik memandang HP je ..tak seronok la macam tu . 



Signature FOOD , Korang boleh tengok menu yang best dan customer banyak makan di cafe ini . Nampak tak cermin tu ? Tu tempat diorang masak .. jadi korang boleh tengok secara langsung la .



Meja ini tidak sesuai kalau korang nak pesan makanan seperti Lamb Chop atau chicken chop, sebab kalau korang potong daging atau ayam tu , nti meja akan goyang.. takut air tertumpah je . 




Ternampak satu mesin jahit yang lama disitu , ala-ala retro or hipster ? entahlah ... tak reti nak bezakan sebenarnya . Hehehe... 



Disini kaunter pembayaran , nampak tak diside tepi tu .. ha.. disitu la tempat diorang buat air. Korang boleh tengok sendiri minuman yang di tempah tadi . Jangan risau pasal kebersihan. 

Hiasan di pintu masuk . Ada nampak barang-barang old dulu... hehehe. 

So korang kalau nak singgah try kat sini , Lisa rekemenkan datang awal la sebab ramai orang . Try la chicken chop , lamb chop atau burger dia.. Sedap..

GROBOK RABAK CAFE & DISTRO 

ALAMAT : No. 14A , TINGKAT 1 , JALAN MATA KUCING
86000  KLUANG -JOHOR .

(Depan sungai, atas kedai makan nasi padang .. kluang parade pintu belakang dekat dengan guardian tu.. depan tu ads kedai makan Duang Dee , sebelah tu ada tingkat untuk korang naik ke atas. Alaa korang tengok je kt atas nti nampak la kedai makan tu ) 

Waktu Operasi : 6 PM - 12 AM .

Kelemahan iOS 10.2.1 Bateri Lambat Cas

Baru-baru ni dapat notification update iOS 10.2.1 , entah kenapa tangan ni gatal sangat nak tekan update. Dengan kelajuan unifi 28MBPS.. Berdesup laju update dalam beberapa minit je. Rasa menyesal pula lepas update software iOS yang baru ni. 

Kelemahan iOS 10.2.1 

-Batery lambat cas. Ye.. perlukan masa beberapa jam untuk cas iPhone ni. Sebelum ni 1 jam dah penuh.. sekarang pulak kena tunggu beberapa jam. Makan masa yang lama.. adeh.

Kelemahan Lain lain tak tahu lagi ... sebab baru juga update software iOS 10.2.1 .Haish.. kalau tahu batteri jadi lambat caj.. memang takde la nak hapdet. 

Untuk kelebihan pulak... Bateri Hp jimat la juga, tak cepat drop. 

Korang dah update ? Kalau belum.. better tunggu lama sikit baru update ke ios yang baru ni. 

Senarai Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen




Drama Baru  , URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN , kini dah mula ditayangkan di Astro Ria  . Mesti tengok ni , sebab hero dalam drama ni ialah Aiman Hakim dan Heroin pula Scha Alyahya . Lisa sendiri tak pernah tengok lakonan Scha sebelum ini.. hehehe.. tak tengok tak suka.. so kena tengok dulu la ye . Mana tau cerita dalam drama ni menarik . Drama sentuhan pengarah Michael Ang ini membariskan pelakon-pelakon popular seperti Aiman Hakim, Scha Alyahya, Randy Pangalila, Ozlynn, Ungku Hariz ramai lagi. Drama bersiri Urusan Hati Cik Drama Queen akan bersiaran mulai 6 Februari 2017, setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD.

Senarai Pelakon Urusan Hati Cik Drama Queen .

Ada pelakon dari negara jiran , Indonesia iaitu Randy Pangalila dalam drama ni tau ... watak pelakon yang lain antaranya :


PELAKONWATAK
Scha Alyahya Syazlin
Aiman Hakim Ridza Fadhlan
Randy Pangalila Faris
Shalma Ainaa Farissa
Adriana Adnan Zehra
Isyariana Hanissa
Ozlynn Husna
Ungku Hariz Yeop
Ziha Salleh Fasha
Nazrief Nazri Edy

LAGU TEMA / OST URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Lagu : Urusan Hati
Penyanyi : Sarah Fazny

SINOPSIS URUSAN HATI CIK DRAMA QUEEN

Mengisahkan bagaimana Syazlin yang sangat 'drama queen' dalam apa jua situasi. Setiap perkara yang berlaku dalam dirinya dianggap masalah besar.
Pada masa sama, Syazlin sering tidak bernasib baik dalam hubungan cinta. Pada suatu hari Syazlin berjumpa dengan Faris dan jatuh cinta. Namun cintanya ditolak kerana Faris bakal berkahwin dengan orang lain.
Syazlin kemudian bertemu dengan Fadhlan. Mereka berkawan baik dan Syazlin mula jatuh hati. Sekali lagi dia menggunakan pendekatan sama iaitu ingin mengejar dan mendapatkan cintanya itu. Syazlin meluahkan perasaanya melalui surat cinta berserta taburan bedak wangi.

Siapa sangka Syazlin hanya bertepuk sebelah tangan kerana Fadhlan hanya menggangap dia sebagai kawan. Ketika itu Syazlin mendapat tahu Fadhlan adalah tunangan orang iaitu Hanissa. Ketika pernikahan mereka semakin hampir, tragedi malang menimpa Hanissa. Fadhlan mula menadi muram dan dingin. Syazlin pula cuba untuk menceriakan si dia.
Dapatkah Syazlin bertemu dengan putera idamannya itu?


GAMBAR PELAKON








REVIEW LISA : 

Drama ni ok la.. sebab tak manjang sweet jek. Ada part lawak juga la.. kira sempoi dan lawak .. baru 4 episode..Lawa juga si Schaa ni .. also geram je dengan drama Queen dia tu .. haha . Korang kena tengok sendiri sampai habis la baru tau . 

Smartphone GT MOBILE GT-888


Assalamualaikum ! Agak lama juga Lisa tak tukar phone baru , last beli phone  pun 2 tahun lepas. Seumur hidup tak pernah guna HP dengan dual sim , teringin juga. Entri sebelum ni Lisa ada tulis mengenai Pelancaran GT Dollar GT Group Malaysia kan , Lisa berkesempatan untuk cuba pakai GT Mobile 888 dari GT DOLLAR. Apa yang menariknya ? dengar cerita bateri tahan lama ..  OK jom baca cerita Lisa . 



GT MOBILE SMARTPHONE : MODEL GT-888

Smartphone GT Mobile GT-888 ini ada 2 warna , iaitu kelabu dan putih . Dan Lisa dapat yang warna kelabu , senang tak cepat kotor.. hehehe. Design khas dari Singapore , GT Mobile 888 ini boleh masuk 2 simcard , Kamera depan 5MP dan kamera belakang 13MP . Dengan RAM 2GB , dan phone memori sebanyak 16GB . Tak cukup ? Jangan risau .. sebab HP ni suport eksternal memory card up to 64GB. 





Dalam kotak yang Lisa dapat ni ada :
* 1 smartphone model GT888
* 1 bateri 2250mAH
* 1 set charger
* 1 earphone
* 1 screen protector

* 1 manual book
* dan juga ,, 1 casing silicon , untuk jaga HP ni dari calar. 





GT Mobile GT888 ini telahpun berada di pasaran di Singapura dan kini telah memasuki pasaran Malaysia. Harga GT Mobile GT888 dalam lingkungan SGD400, untuk harga dimalaysia korang belum keluar lagi . 



Dilengkapi dengan 3D Sounds , memang boleh tahan speaker HP ni , sesuai untuk dengar lagu atau alarm . Hahaha.. nampak tak betapa Lisa ni jenis tidur mati . 


Spesifikasi smartphone GT Mobile 888  ini,antaranya :


-Saiz Skrin 5.5 inci (Full HD 1280X720 pixels)
[Skrin jenis IPS OGS (nipis) & Corning ® Gorilla ® (tahan lasak)
-Cip pemprosesan Media MT6735P dengan kelajuan 1.00 GHz
-RAM 2GB
-Memory storage 16GB
-Extra Memory Card 64GB
-Kamera 8MP - 13MP (fokus gambar selaju 0.3 saat dengan lensa OV8865)
-Caj Pantas
-Bateri : 2550μAh
-WiFi
-Bluetooth
-HotKnot
-Dual SimCard

spesifikasi detail korang boleh tengok DISINI 



Ketebalan hampir sama macam Iphone 6 Plus yang Lisa pakai sekarang ni . Atas button power On / Off.. dan bawah tu button untuk suara.



Nampak tak ? GT MOBILE 888 ni dilengkapi dengan flash pada kamera depan . Korang boleh selfie dimalam hari tanpa mencari tempat terang . 




Bahagian Speaker GT MOBILE 888 dibawah . 

GT MOBILE 888 Dilengkapi dengan Dual Sim . 
Dual Sim
Lisa memang dah lama teringin nak Hp dua sim , sebab berat beg oi kalau usung kesana kemari banyak HP. (CEH ... baru 2 biji je ) . Slot 1 untuk guna sim yang standart size , slot 2 sim dengan micro size. Tips untuk korang.. kalau nak internet laju.. sila letak di sim no. 1 ye . 

Kamera  belakang , 13 Megapixel
Design size kamera belakang mungkin agak besar bagi pandangan Lisa . 





Free casing silicon , so senang nak elak dari calar. Tak besar sangat size ni .. senang digenggam dengan tangan comel Lisa  Hehehe... 





Normal mood , Low Light , boleh tahan cerah juga tanpa flash . 







 Bawah Ini pula Normal Mood di siang hari . 



Lets take selfie with front camera ! 


REVIEW LISA mengenai GT MOBILE 888  : 

- GT Mobile 888 caj bateri cepat penuh . Kalau korang ada masalah lambat caj dengan HP ni , sila update software dulu ya . Pengalaman kawan Lisa ni.. Lisa punya ok je . 

- Bateri tahan Lama . Yang ni Lisa memang suka .. walaupun guna tuk buka youtube , HP ni boleh bertahan 4-5 hari . 

-Dual sim , well.. banyak sangat simcard yang no lawa... tak tau nak campak mana.. so apalagi. Boleh guna 2 sim . 

- Suka screen besar , senang nak update blog .. Boleh spare untuk HP note 3 Lisa yang cepat habis bateri . 

- Kamera , kureng kot tuk Lisa.. sebab dah biasa guna DSLR . Hehe... 

- Harga , no komen.. sebab harga dalam Malaysia belum keluar lagi . 

© all rights reserved
made with by templateszoo