Ad

Showing posts with label mortage calculator. Show all posts
Showing posts with label mortage calculator. Show all posts

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma

Assalamualaikum, dari kecil lagi matematik dan kewangan dah tak asing bagi Lisa. Mak dulu seorang peniaga jadi secara tak langsung Lisa dah belajar matematik sebab nak kira duit walaupun bermula dari asingkan beberapa not wang. Bila dah besar, Lisa baru  paham yang hidup ini tak jauh dari matematik dan kewangan. Apakata korang uji minda dengan  Permainan Money Games Mortgage Calculator secara online dan percuma !

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma.

Bila dah explore game-game yang ada di Money Games di Mortgage calculator ni, memang bagus tau korang bagi anak-anak. Sekiranya anak-anak dah diterapkan untuk suka dengan Matematik, lama-lama kelamaan mereka akan lebih enjoy dalam belajar. Bukan sekadar bermain game sahaja tapi dapat menguji minda anak dan melatih anak membuat pengiraan. Korang boleh mencuba pelbagai jenis money games online yang ada di Mortgage Calculator. Antara pilihan di sini ialah :-

  • - Cash Back Game
  • - Grocery Cashier Game
  • - Treze Coins Game
  • - Idle Money Tree Game
  • - Bitcoin Tap Tap Mine Game
  • - Lit Ape NFT Generator Game
  • - Stocks Game
  • - Supermarket Numbers Game



Lisa dah cuba beberapa game dalam Mortgage Calculator ni. Mencabar sungguh, tapi korang boleh je pilih yang level mudah (easy) . 


1. CASH BACK GAME


Game ni pun sangatlah senang, hanya ikut arahan sahaja, pastikan korang jawab laju sebab ia ada bar masa yang ditetapkan, kalau korang lambat maka tamatlah game ni. Ada 3 mode yang korang boleh pilih, dari mode easy, medium dan difficul. Nah selamat mencuba





2. GROCERY CASHIER GAME 



Permainan ini agak mudah tapi kena tekan harga barang dengan pantas kerana ada masa yang diperuntukkan. Setelah dimasukkan kesemua harga barang-barang dan tekan total, jururuwang akan menerima bayaran dalam betuk tunai ataupun cash voucher. Korang hanya perlu ikut je arahan yang di berikan, mula-mula masukkan nombor yang tertera kemudian tambahkan dengan nombor seterusnya, kemudian tekan total untuk bayaran penuh. Lepas tu, customer akan bagi duit so korang kena masukkan nilai yang diberikan oleh customer dan tolak sahaja. Last sekali korang tekan pada bahagian wang tu dan kembalikan baki kepada customer. 


3. IDLE MONEY TREE

Game ni lagi lah senang, hanya memerlukan tangan yang laju untuk kutip duit-duit yang ada di pokok tu je haaa, nak lagi banyak duit, korang kena lah tekan laju-laju. Kemudian, di bawah tu korang boleh beli bila wang yang korang tekan laju-laju tadi cukup.



Bila makin banyak wang korang, lagi banyak korang boleh upgrade, so ia akan buatkan wang korang lagi bertambah banyak ! Tangan kena tekan laju-laju ..lenguh weih, bagi dekat anak korang rasanya sekejap je diorang dah power 


Selain daripada Money Games, ada beberapa kategori permainan lain yang boleh dipilih iaitu:

  • - Real Estate Games
  • - Food Business Simulation Games
  • - Business Simulation Games
  • - Software Development Games
  • - Office Politics Games
  • - Other Fun Games

CHOCOLATE SHOP GAME 


Selain money games Lisa cuba pula Chocolate Shop salah satu permainan dari Food Business simulation Games. Lisa failed di level dua ni , ahahaha rasa tak cekap . Nanti nak cuba lagi la . 


Cara main permainan di Chocolate Shop ini memula korang kena bawa menu pada pelanggan, lepastu sebaik saja mereka dah tau nak order apa maka akan keluar buble tu bersama-sama dengan berapa banyak kesabaran yang mereka perlu menunggu untuk korang hantar pesanan tadi. Pergi ke mesin yang sesuai untuk buat jenis coklat atau makanan lain yang ingin dibeli. Bawa pesanan mereka. Secara berkala korang akan perlahan. Apabila itu berlaku, gelembung pemikiran menunjukkan korang boleh cepatkan dengan minum kopi. Kumpul bayaran pelanggan untuk selesaikan transaksi. Capai matlamat transaksi harian korang sebelum pemasa kehabisan untuk completekan level tersebut. 

Macam mana, korang dah cuba permainan  yang ada di Mortgage Calculator? Jangan risau, permainan yang tersedia sesuai untuk anak-anak dan semua peringkat usia. Semua game percuma dan tiada iklan yang menganggu dan tak perlu nak download atau register apa-apa. Nah banyak lagi game yang korang boleh main di laman https://www.mortgagecalculator.org/money-games/#moneygames ni. Lisa nak sambung main game ni,,, bye! Enjoy your game ^^


Pengalaman Beli Rumah Pertama

Assalamualaikum , Duduk rumah sendiri atau dengan mertua ? Salah satu soalan yang kerap orang tanyakan pada Lisa selepas berkahwin baru ni . Rasanya soalan ni memang jadi soalan lazim yang ditanya selepas orang mendirikan rumah tangga. Bagi Lisa duduk dengan mertua atau duduk rumah sendiri ialah sama sahaja , lagi seronok duduk dengan mertua sebab boleh menumpang kasih  since arwah mak dah meninggal. Kami duduk rumah sendiri dan kadang duduk dirumah mentua. Lisa akan kongsikan pengalaman Beli rumah pertama.
 

PENGALAMAN BELI RUMAH PERTAMA

Sebenarnya menyewa atau beli rumah sendiri tu tak kesah , mana-mana pon ok je ikut kemampuan kewangan korang. Tepuk dada tanya poket . Pengalaman beli rumah pertama agak strungle juga la sebab tak pernah tahu lagi , banyak perlu diambil kira dari kelayakan loan bank , BR , kiraan gadai janji ( mortgage) dan juga kos guaman. Rumah pertama husband , beli tahun 2016  dan rumah pertama Lisa beli tahun 2018. Dalam hidup ni semua orang ada target masing-masing, Lisa memang target nak ada rumah sendiri sebelum 30tahun , dan husband pula sebelum menikah nak ada rumah sendiri . Sebab nak duduk sendiri tak nak duduk dengan parents dah , ibarat selalu dengar kadang isteri tak selesa duduk dengan mertua. Dan kalau ada rumah sendiri , isteri lebih bebas nak buat apa pun kan. 

Semasa  pandemik covid-19  semua orang didunia ni terkesan dari segi kesihatan , ekonomi , dengan lockdown , banyak kena buang kerja . Apa-apa kerja kena dibuat dari rumah , dan daritu la nampak penting punyai hartanah sendiri. Terfikir lepas ni boleh berhenti kerja dan buat kerja dari rumah , nak kuarantin pon kat rumah sendiri . Pada pendapat Lisa pribadi, miliki rumah sendiri lebih selesa dari menyewa. Dari bayar duit sewa rumah yang memang mahal, lebih baik kita bayar lebih sikit dan kemudian hari rumah tu milik kita sendiri. Dan tak perlu berpindah ranah , ikut suka kita nak deco dan nak buat apapun dengan rumah itu. 

Sebenarnya Masa pandemik covid19, ialah masa yang sesuai untuk membeli hartanah. Banyak tawaran menarik masa tu dan tentunya menguntungkan pembeli. Terbaca dalam artikel BBC,''Terdapat lebih daripada 400,000 orang membeli rumah pertama mereka pada 2021, meningkat 35% daripada tahun sebelumnya, kata Halifax.''



Mengira Gadai Janji 

Sebelum beli rumah , korang kena tahu Gadai janji atau Mortgage adalah perkara penting dalam membeli rumah. Contohnya pengiraan mortgage rumah .  Nak lebih  mudah gunakan mortagage calculator


Contoh korang nak beli rumah senilai RM300,000.00, deposit 10% dari harga rumah iaitu RM30,000, terms ikat 35tahun dan Bank rate  4.25% , maka bulanan yang perlu korang bayar senilai RM1,236 . 

Ini adalah anggaran sahaja, boleh pergi ke mana-mana bank untuk semak kelayakan pinjaman perumahan kita. Bank pasti akan tanya apakah komitmen setiap bulan yang kita ada. Bank akan tanya personal loan, loan kereta, ASBF, simpanan dan komitmen lain. . Kadang boleh dapat 100% kadang hanya dapat 85%. Jadi sila tanya ke beberapa bank untuk boleh kita pilih. Kerana mereka akan bantu untuk mengira, berapa yang bank sanggup berikan pinjam. Tak perlu menipu kerana bank boleh detect atau track rekod hutang setiap orang. Kemudian baca point berikutnya.

Perkara yang anda perlu tahu lagi adalah mengenai BR atau Base Rate. Base rate ini adalah peratusan yang diberikan oleh bank. BR ini boleh naik atau turun bergantung pada bank yang memberi pinjaman.

Kos Guaman


Duit cover ini untuk apa? Adakah deposit rumah? Tidak. Duit cover ini untuk lawyer fee iaitu kos guaman rumah pertama. Nak beli rumah anda perlu tahu apa itu lawyer fee dan berapakah harga yang perlu dibayar kepada peguam.

Untuk memudahkan anda membuat pengiraan untuk membeli rumah boleh la guna link https://www.mortgagecalculator.uk/  . Kebiasaannya, pengiraan bank di dunia ini menggunakan sistem yang sama. Tiada masalah disitu.

Salah satu tips untuk mudahkan loan korang approve : Biasanya bagi yang belum pernah buat pinjaman ( seperti pinjaman kereta ) ia lebih mudah proses kelulusan berbanding dengan yang pernah pinjam untuk beli kereta. 

Semoga tips ni bermanfaat untuk korang. 

 

© all rights reserved
made with by templateszoo