Ad

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma

money game mortgage calculator main permainan online percuma untuk asah minda.

Assalamualaikum, dari kecil lagi matematik dan kewangan dah tak asing bagi Lisa. Mak dulu seorang peniaga jadi secara tak langsung Lisa dah belajar matematik sebab nak kira duit walaupun bermula dari asingkan beberapa not wang. Bila dah besar, Lisa baru  paham yang hidup ini tak jauh dari matematik dan kewangan. Apakata korang uji minda dengan  Permainan Money Games Mortgage Calculator secara online dan percuma !

Permainan Money Games di Mortgage Calculator Percuma.

Bila dah explore game-game yang ada di Money Games di Mortgage calculator ni, memang bagus tau korang bagi anak-anak. Sekiranya anak-anak dah diterapkan untuk suka dengan Matematik, lama-lama kelamaan mereka akan lebih enjoy dalam belajar. Bukan sekadar bermain game sahaja tapi dapat menguji minda anak dan melatih anak membuat pengiraan. Korang boleh mencuba pelbagai jenis money games online yang ada di Mortgage Calculator. Antara pilihan di sini ialah :-

  • - Cash Back Game
  • - Grocery Cashier Game
  • - Treze Coins Game
  • - Idle Money Tree Game
  • - Bitcoin Tap Tap Mine Game
  • - Lit Ape NFT Generator Game
  • - Stocks Game
  • - Supermarket Numbers Game



Lisa dah cuba beberapa game dalam Mortgage Calculator ni. Mencabar sungguh, tapi korang boleh je pilih yang level mudah (easy) . 


1. CASH BACK GAME


Game ni pun sangatlah senang, hanya ikut arahan sahaja, pastikan korang jawab laju sebab ia ada bar masa yang ditetapkan, kalau korang lambat maka tamatlah game ni. Ada 3 mode yang korang boleh pilih, dari mode easy, medium dan difficul. Nah selamat mencuba





2. GROCERY CASHIER GAME 



Permainan ini agak mudah tapi kena tekan harga barang dengan pantas kerana ada masa yang diperuntukkan. Setelah dimasukkan kesemua harga barang-barang dan tekan total, jururuwang akan menerima bayaran dalam betuk tunai ataupun cash voucher. Korang hanya perlu ikut je arahan yang di berikan, mula-mula masukkan nombor yang tertera kemudian tambahkan dengan nombor seterusnya, kemudian tekan total untuk bayaran penuh. Lepas tu, customer akan bagi duit so korang kena masukkan nilai yang diberikan oleh customer dan tolak sahaja. Last sekali korang tekan pada bahagian wang tu dan kembalikan baki kepada customer. 


3. IDLE MONEY TREE

Game ni lagi lah senang, hanya memerlukan tangan yang laju untuk kutip duit-duit yang ada di pokok tu je haaa, nak lagi banyak duit, korang kena lah tekan laju-laju. Kemudian, di bawah tu korang boleh beli bila wang yang korang tekan laju-laju tadi cukup.



Bila makin banyak wang korang, lagi banyak korang boleh upgrade, so ia akan buatkan wang korang lagi bertambah banyak ! Tangan kena tekan laju-laju ..lenguh weih, bagi dekat anak korang rasanya sekejap je diorang dah power 


Selain daripada Money Games, ada beberapa kategori permainan lain yang boleh dipilih iaitu:

  • - Real Estate Games
  • - Food Business Simulation Games
  • - Business Simulation Games
  • - Software Development Games
  • - Office Politics Games
  • - Other Fun Games

CHOCOLATE SHOP GAME 


Selain money games Lisa cuba pula Chocolate Shop salah satu permainan dari Food Business simulation Games. Lisa failed di level dua ni , ahahaha rasa tak cekap . Nanti nak cuba lagi la . 


Cara main permainan di Chocolate Shop ini memula korang kena bawa menu pada pelanggan, lepastu sebaik saja mereka dah tau nak order apa maka akan keluar buble tu bersama-sama dengan berapa banyak kesabaran yang mereka perlu menunggu untuk korang hantar pesanan tadi. Pergi ke mesin yang sesuai untuk buat jenis coklat atau makanan lain yang ingin dibeli. Bawa pesanan mereka. Secara berkala korang akan perlahan. Apabila itu berlaku, gelembung pemikiran menunjukkan korang boleh cepatkan dengan minum kopi. Kumpul bayaran pelanggan untuk selesaikan transaksi. Capai matlamat transaksi harian korang sebelum pemasa kehabisan untuk completekan level tersebut. 

Macam mana, korang dah cuba permainan  yang ada di Mortgage Calculator? Jangan risau, permainan yang tersedia sesuai untuk anak-anak dan semua peringkat usia. Semua game percuma dan tiada iklan yang menganggu dan tak perlu nak download atau register apa-apa. Nah banyak lagi game yang korang boleh main di laman https://www.mortgagecalculator.org/money-games/#moneygames ni. Lisa nak sambung main game ni,,, bye! Enjoy your game ^^


0

No comments

Post a Comment

both
© all rights reserved
made with by templateszoo