GROBOK RABAK Kedai Makan Sedap Di Kluang

tempat makan sedap di kluang

Agak lama Lisa tak berkongsi tempat makan sedap dan best di Kluang ini. Baru tak baru juga la.. dalam satu atau dua bulan lepas ada satu tempat makan baru GROBOK RABAK Cafe & Distro , berkonsepkan hipster menjual makanan tempatan dan juga western food . Dengar cerita dari kawan , boleh tahan sedap la makanan disitu .. harga pula..mampu bayar beb... tak mahal .  Minggu lepas Lisa baru berkesempatan untuk mencoba sendiri makanan di GROBOK RABAK Cafe & Distro . So meh baca cerita Lisa...

GROBOK RABAK Cafe & Distro , Kedai Makan Sedap Di Kluang .

 Kedai ni buka bermula dari 6 petang sampai la pukul 12 pagi , kira kedai makan yang dibuka time malam la ni kan .. Lepas jejak kaki disitu dan pilih tempat duduk , korang akan di sambut dan diberikan menu makanan oleh waiters situ . Agak lama memilih menu sebab semua macam nak try je ..hehehe... so akhirnya  Menu yang Lisa order.. Lamb Chop dan minum pula ... Cappucino Float  . Lisa datang lepas maghrib... so agak lenggang disitu . Kalau datang lambat , memang penuh orang tempat ni . 
kedai makan sedap di kluang
Lamb Chop
Harga RM 13.00



Lamb Chop Grobok Rabak . 
Berbeza dengan tempat lain, Lamb chop ni lembut dan kuah sos blackpapper yang meresap kedalam daging , bertambah selera dibuatnya . Dalam masa 15 minuman dah datang , untuk makanan pula dalam 20-25 minit bergantung makanan yang korang order .Rasa sedap , Lisa bagi 4 bintang ! ., Lisa makan sampai habis . Daging lembut , senang nak potong dan kunyah .,.. sedap la juga. Tips untuk korang , pilih meja yang bulat tu sebab kukuh sikit..meja ni tak berapa sesuai untuk makan western sebab time potong daging or ayam ., meja ni bergoyang.. bukan apa.. risau kat air ni tumpah nanti . Hahaha..  
Harga untuk sepinggan Lamb Chop ni rm 13.00 



CAPPUCINO Float 
Jarang Lisa minum jenis minuman yang ada Float ni , sebab krim tu rasa manis semacam je dalam kepala . Lisa pula jenis tak berapa suka minum yang manis . Tapi... Cappucino disini sedap ! Tak manis sangat, dan campuran capuchino dan float tu tak rasa muak kalau minum . Ha.. korang kena try juga . Harga untuk Cappucino Float  dalam RM 5.80 




Menu makanan di Grobok Rabak Cafe & Distro 



 




WE DON'T HAVE WIFI, TALK TO EACH OTHER PRETENDS ITS 1995 !!!
Kalau korang perasan , dekat bahagian atas pintu tu memang ada tulis nota . Cafe ni tiada wifi , memang banyak tempat yang tak menyediakan wifi sebab lebih kepada suruh customer makan dan talk each other kembali ke era 1995 . Baru best kalau makan , cuba bayangkan korang lepak dengan kawan tapi semua asyik memandang HP je ..tak seronok la macam tu . 



Signature FOOD , Korang boleh tengok menu yang best dan customer banyak makan di cafe ini . Nampak tak cermin tu ? Tu tempat diorang masak .. jadi korang boleh tengok secara langsung la .



Meja ini tidak sesuai kalau korang nak pesan makanan seperti Lamb Chop atau chicken chop, sebab kalau korang potong daging atau ayam tu , nti meja akan goyang.. takut air tertumpah je . 




Ternampak satu mesin jahit yang lama disitu , ala-ala retro or hipster ? entahlah ... tak reti nak bezakan sebenarnya . Hehehe... 



Disini kaunter pembayaran , nampak tak diside tepi tu .. ha.. disitu la tempat diorang buat air. Korang boleh tengok sendiri minuman yang di tempah tadi . Jangan risau pasal kebersihan. 

Hiasan di pintu masuk . Ada nampak barang-barang old dulu... hehehe. 

So korang kalau nak singgah try kat sini , Lisa rekemenkan datang awal la sebab ramai orang . Try la chicken chop , lamb chop atau burger dia.. Sedap..

GROBOK RABAK CAFE & DISTRO 

ALAMAT : No. 14A , TINGKAT 1 , JALAN MATA KUCING
86000  KLUANG -JOHOR .

(Depan sungai, atas kedai makan nasi padang .. kluang parade pintu belakang dekat dengan guardian tu.. depan tu ads kedai makan Duang Dee , sebelah tu ada tingkat untuk korang naik ke atas. Alaa korang tengok je kt atas nti nampak la kedai makan tu ) 

Waktu Operasi : 6 PM - 12 AM .

{ 9 comments.. read them below or add one }

mas saari mas saari February 17, 2017 at 9:24 PM
Uniknya nama kedai dia, membuatkan orang tertarik nak pergi. Pastu tengok harga makanan pun agak berpatutan.
Ady Mifarizki Ady Mifarizki February 18, 2017 at 6:31 AM
Hmmmm in my opinion, this cafe has simply design. tu... la ka lamb chop to goda sangat.. ni perut. huhu :-d

Oh ya ka... salam kenal ka... maybe saya nanti sering singgah kat sini. nak minta tolong, want to up this post Wdec Cream Review, and Testimoni Krim Wdec,
Lisa Nurulain Lisa Nurulain February 18, 2017 at 4:37 PM
kalau kak mas datang sini.. nti lisa belanja. hahaha
Lisa Nurulain Lisa Nurulain February 18, 2017 at 4:39 PM
simple design .. back to old zaman zaman dulu . lebih selesa tempat macam ni sebenarnya sebab tk perlu tunggu lama . hahaha
Ady Mifarizki Ady Mifarizki February 18, 2017 at 5:40 PM
Iyee.... kah... Nak itro myself ke awak la ka', I'm ady. I've bookmarked this blog. haha... later visit this blog always :D hihi

Ka,, nak tanya ni... kalau nak join kelab blogger ni... harus attend kat sana ke? ingin la.. punya freind overseas like this blog.

salam perkenalan ka Lisa
Bahrain Bahrain February 18, 2017 at 9:27 PM
Geram plak tengok makanann tu sedapp tpi jauh plak..
Raihana Abdul Aziz Raihana Abdul Aziz February 19, 2017 at 12:08 AM
mak aih..terliur tengok air tuu 😍😍😍
Hanim Hashim Hanim Hashim February 20, 2017 at 10:35 AM
mengancam perut betul tengok makanan dia. Mujur jauh ..tak bila la akak nak sampai kat Kluang tu haha
Nik Khazami Nik aziz Nik Khazami Nik aziz February 21, 2017 at 9:51 PM
makin banyak pulak restoran hipster sekarang