Ad

REVIEW Ralph Breaks The Internet

REVIEW Ralph Breaks The Internet

REVIEW Ralph Breaks The Internet 

Assalamualaikum , Dah tengok Ralph Breaks The Internet ? Malam tadi Lisa baru berkesempatan tengok dengan budak-budak . Awalnya nak tengok movie lain , tapi sebab bawa budak .. last minit tukar ke movie RALPH Break The Internet . Tak pela , malam nanti boleh tengok lagi movie yang satu tu . Hahaha.. dalam hati , SIS REDHOO wakkkkk ! Kali ini Lisa akan sedikit kongsikan  REVIEW Ralph Breaks The Internet  

SINOPSIS Ralph Breaks The Internet 

Kisah 2 orang sahabat , watak dalam semua video permainan iaitu Ralph , watak lelaki jahat dalam video game dan juga rakannya , Vanellope von Schweetz yang harus membahayakan diri melakukan perjalanan ke dunia internet untuk mencari alat ganti steering demi menyelamatkan permainan "Sugar Rush " .  Dalam perjalanan itu . Ralph bergantung pada warga internet , nasib baik la nitizen dalam internet tu tolong ralph cara mendapatkan wang untuk beli steering permainan game sugar rush tadi, termasuk seorang usahawan bernama Yesss, yang merupakan algoritma kepala dan hati dan jiwa laman pembuatan trend BuzzzTube .




REVIEW LISA

Memang Lisa tak pernah tengok cerita ini sebelum ni , jadi mungkin agak sedikit lost di awal movie .  Masuk lambat pula tu hahahaha.. Tapi semakin lama semakin seronok lak tengoknya . Sampai ada bahagian scene movie tu lisa menangis , Aik.. kartun pun menangis ? Nak tahu lebih korang kena tengok sendiri la cerita ni . Movie Ralph Breaks The Internet ni memang bagus untuk budak , secara pendek cerita... mengenai persahabatan dua watak .Sahabat yang baik , dia akan melepaskan kepergian sahabatnya jika mungkin itu dapat membahagiakan kawannya tu . Kena ada redha disitu dan nanti lama-lama akan terbiasa dan tak bersedih lagi .   Aku happy jika nampak kau pon happy.
( lebih senang nak ungkapkan ) hahahaha. 


Korang jangan lupa tengok di pawagam terdekat ye.. bawa anak-anak sekali... wuu siapkan tisu tau. termenangis di panggung kang..

3
( Hide )
  1. Mantap cerita ni dah tengok ralph 1 walaupun belum nonton ralph yg ke2 ni.. insyaallah ada time aku pergi.

    ReplyDelete
  2. Wahh lisa dah siap buat review...akak dh tgk citer ni masa hari ke 3 launch kt pawagam tgk dgn Abg Qi mmg nangis kak juju hahaha...best sama bintang akak bg mcm lisa

    ReplyDelete
  3. bestkan cerita ni...hari tu memang cadang nak tengok the grinch tu..tapi akak buat keputusan nak tengok cerita ni pulak sbb masa dia memang plan well gitu..hahaha

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo