Thursday, November 29, 2018

Biodata Daniella Sya


BIODATA DANIELLA SYA

Pertama kali nampak Daniella Sya ni ketika dia berlakon dalam salah seorang watak dalam KL Gangster Underworld . Tertanya- tanya juga sapa amoi cantik ni ,,, hebat sungguh berlawan dalam action movie tu . Nah sekarang pula berlakon dalam drama astro Isteri Untuk DiSewa .. , Daniella melakonkan sebagai watak Natasha.. jom ketahui BIODATA DANIELLA SYA .


Biodata Penuh Daniella Sya


Nama Penuh: Daniella Sya Yeng Yeng
Nama Panggilan: Daniella Sya
Asal: Kuala Lumpur
Tarikh Lahir: 8 Ogos 1988
Umur: 29
Kerjaya: Pelakon, Model, Tv Host, DJ
Drama: Sarang, Planet Kiara, Mata-Mata, S.O.S, Manja, Aurora Aishah, Miss Kapten Cikgu Waiz (2017) , Jongkong , Bahagia Bukan Bidaan , KL Gangster Underworld , Isteri Bukan Untuk DiSewa
Laman Sosial:


GAMBAR DANIELLA SYA 







REVIEW Ralph Breaks The Internet

REVIEW Ralph Breaks The Internet 

Assalamualaikum , Dah tengok Ralph Breaks The Internet ? Malam tadi Lisa baru berkesempatan tengok dengan budak-budak . Awalnya nak tengok movie lain , tapi sebab bawa budak .. last minit tukar ke movie RALPH Break The Internet . Tak pela , malam nanti boleh tengok lagi movie yang satu tu . Hahaha.. dalam hati , SIS REDHOO wakkkkk ! Kali ini Lisa akan sedikit kongsikan  REVIEW Ralph Breaks The Internet  

SINOPSIS Ralph Breaks The Internet 

Kisah 2 orang sahabat , watak dalam semua video permainan iaitu Ralph , watak lelaki jahat dalam video game dan juga rakannya , Vanellope von Schweetz yang harus membahayakan diri melakukan perjalanan ke dunia internet untuk mencari alat ganti steering demi menyelamatkan permainan "Sugar Rush " .  Dalam perjalanan itu . Ralph bergantung pada warga internet , nasib baik la nitizen dalam internet tu tolong ralph cara mendapatkan wang untuk beli steering permainan game sugar rush tadi, termasuk seorang usahawan bernama Yesss, yang merupakan algoritma kepala dan hati dan jiwa laman pembuatan trend BuzzzTube .




REVIEW LISA

Memang Lisa tak pernah tengok cerita ini sebelum ni , jadi mungkin agak sedikit lost di awal movie .  Masuk lambat pula tu hahahaha.. Tapi semakin lama semakin seronok lak tengoknya . Sampai ada bahagian scene movie tu lisa menangis , Aik.. kartun pun menangis ? Nak tahu lebih korang kena tengok sendiri la cerita ni . Movie Ralph Breaks The Internet ni memang bagus untuk budak , secara pendek cerita... mengenai persahabatan dua watak .Sahabat yang baik , dia akan melepaskan kepergian sahabatnya jika mungkin itu dapat membahagiakan kawannya tu . Kena ada redha disitu dan nanti lama-lama akan terbiasa dan tak bersedih lagi .   Aku happy jika nampak kau pon happy.
( lebih senang nak ungkapkan ) hahahaha. 


Korang jangan lupa tengok di pawagam terdekat ye.. bawa anak-anak sekali... wuu siapkan tisu tau. termenangis di panggung kang..

Tuesday, November 27, 2018

SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE


SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE


Memperkenalkan SUMBER AYU 3X WHITENING PEARLY WHITE untuk pencerahan dan kesegaran feminin wanita

Pernahkah anda tertanya-tanya, mengapa kulit di sekitar kawasan intim anda lebih gelap berbanding kawasan kulit badan yang lain? Sudahkah anda mencuba pelbagai kaedah yang berbeza untuk mencerahkan warna kulit di kawasan intim anda tetapi belum ada yang berkesan?

Adakah masalah ini membawa kepada kurang keyakinan diri ? Usah bimbang lagi! Kini dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White ianya dapat membantu anda mengurangkan masalah kulit gelap di area Miss V anda.

Anda tidak perlu berasa malu apabila menghadapi masalah di bahagian intim anda. Sudah pastinya anda tidak berseorangan, kerana terdapat ramai dikalangan wanita diseluruh dunia yang mempunyai kegelapan warna kulit di bahagian intim. 
Pelbagai faktor-faktor yang menyumbangkan kepada perubahan warna yang boleh menyebabkan kegelapan di bahagian intim seperti = 
  • Faktor usia, 
  • Ketidakseimbangan hormon, 
  • Penambahan berat badan,
  • Pemakaian baju yang ketat 
  • dan Kebiasaan bercukur. 

Walaubagaimanapun, sudah tentu sekali anda berasa diri anda kurang tertarik dan akan timbul perasaan kurang selesa. Dengan adanya Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White, ia bukan sahaja mencerahkan kulit di kawasan intim tetapi ia juga dapat melonjakkan tahap keyakinan diri anda.



Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dimana kandungannya bukan sekadar 1, bahkan 3 ekstrak pemutih semulajadi yang membantu meringankan dan mencerahkan tona warna kulit. Ekstrak tersebut adalah licorice, bengkoang dan susu. Sejak berabad yang lalu, licorice sudah digunakan bukan sahaja oleh masyarakat Asia malah digunakan oleh masyarakat Yunani dan Mesir kerana keberkesanannya untuk mendapatkan tona kulit yang cerah. Manakala bengkoang mengandungi vitamin B1 dan C dimana ia dapat membantu memperlahankan proses penuaan dan memberikan kulit yang lebih sihat dan cerah bersinar. Susu pula bermanfaat untuk mengurangkan perubahan warna, memperbaiki tona kulit yang tidak sekata dan sekaligus mencerahkan kulit.

KANDUNGAN Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White - pH 3.5 

Dengan memilih pencuci feminin yang mempunyai tahap keseimbangan kandungan pH 3.5 sehingga 4.5, ianya dapat menyumbangkan tahap keselesaan yang lebih kepada golongan wanita moden hari ini. Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White mengandungi tahap pH 3.5 yang berada dalam linkungan pH normal feminin iaitu dianatara 3.5 hingga 4.5, bagi memastikan kawasan feminin berada dalam keadaan yang selesa . Ia mengandungi bahan antiseptik semulajadi bagi mengelakkan bakteria jahat, bau yang kurang menyenangkan dan  kegatalan.

Selain daripada kayu rapet dan ekstrak manjakani sebagai ramuan tradisional, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini juga menggandakan kuantitinya untuk memberikan faedah yang lebih besar. Kayu Rapet dan ekstrak manjakani merupakan bahan semulajadi yang dapat membantu mengetatkan kawasan feminin dan ini dapat memberikan keyakinan yang tinggi kepada wanita moden serta memberikan perkahwinan yang lebih mesra.

Tambahan pula, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White adalah bebas alergen dengan wangian yang sederhana. Selain itu, ia juga memberikan keselesaan bagi pengguna yang berkulit sensitif dan memberikan kesegaran sepanjang hari. Bagi menghargai kepentingan pengguna yang beragaman Islam, Sumber Ayu 3X Pearly White diiktiraf halal.

Apabila ramuan-ramuan ini dibentuk menjadi 1, Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White dapat membantu mengurangkan kegelapan kulit dengan cara mengurangkan pembentukan melamin dan seterusnya dapat membantu pertumbuhan semula kulit. Ianya juga dapat mengetatkan kawasan feminin dan mengawal kandungan pH disekitarnya.

HARGA 

Sumber Ayu 3X Whitening Pearly White kini dengan pembungkusan klasik yang diilhamkan mengikut bentuk badan wanita dan terdapat penambahbaikan dengan tekstur yang lebih lembut dan pekat. Produk ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan didatangkan dengan 2 saiz berbeza iaitu 90ML dengan harga RM9.20 dan 200ML dengan harga RM15.50.

SUMBER AYU rangkaian produk penjagaan diri yang berkualiti tinggi dengan bangganya dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.  Rangkaian Produk SUMBER AYU ini boleh didapati di pasaraya besar, pasar raya dan juga farmasi.
Monday, November 26, 2018

REVIEW MILK PEEL CREAM MASK ALTHEA

MILK PEEL CREAM MASK

Assalamualaikum ! Yuhuu.. finally Althea keluarkan produk baru iaitu Milk Peel Cream Mask , Topeng muka mengandungi susu  untuk kulit yang segar . Mask sejenis cream, yang akan berubah jadi foam / bubble ketika kita sapukan di wajah . Mesti korang tertanya-tanya kan .. Lisa pon tak sabar nak cuba sendiri Cream Mask ni . Jom baca lebih lagi ... 

REVIEW MILK PEEL CREAM MASK ALTHEA

Sebenarnya Lisa jenis yang malas pakai mask untuk tepek kat muka , sebab kena tunggu lama .. Kebiasaanya  mask kena lekatkan di wajah dalam masa 15-20 minit. Lisa ni jenis yang kalau dah lentok kepala memang tertidur la jawapnya . Tak suka meunggu terlalu lama dalam applykan sesuatu di muka . MILK PEEL CREAM MASK ALTHEA ni adalah topeng wajah yang mengandungi susu untuk kulit kulit yang segar dan untuk melicinkan  kulit wajah dan  Tekstur tanah liat yang menggelegak membuat buih yang tebal untuk mengeluarkan sel-sel kulit mati. , korang mesti akan suka lah !  

KANDUNGAN dalam Milk Peel Cream Mask Althea : 

  • Ekstrak Protein Susu - Melembapkan dan menguatkan kulit .
  • AHA & BHA - Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk jadikan kulit licin
  • Kaolin - Detoxsifies dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang wajah .






CARA PEMAKAIAN

  1. Sapukan MILK PEEL Cream Mask secara menyeluruh di wajah 
  2. Urut perlahan sampai keluar buih banyak di wajah . 
  3. Biarkan dan tunggu 30-60 saat. 
  4. Bilas dengan air suam. 

Tadaaa... gambar selepas pakai Milk Peel Cream Mask Althea Korea . Rasa best weih ! lembut , gebu ... dan yang pasti tak perlukan masa yang lama untuk pakai mask ni hahaa , OH YA ... cream mask ni boleh digunakan setiap hari . Milk Peel ni sesuai untuk wajah yang  : 
  • Jenis Kulit Gabungan
  • Pembesaran Pori
  • Kasar, kulit sensitif yang memerlukan pengelupasan lembut
  • Kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas mengelupas




REVIEW LISA : 

FIRST TIME pakai topeng wajah yang berbentuk cream dan keluarkan buih di wajah . Teruja sungguh weih , lebih lagi time rasa buih tu bergerak-gerak diatas kulit wajah . Dari bau MILK PEEL Cream Mask pon wangi , tak de la bau sejenis ubat . Boleh gunakan setiap hari sebab tak ada kandungan microgel yang boleh lukakan kulit kalau dipakai setiap hari . Nah yang paling best ada kandungan SUSU ! itu yang buatkan kulit licin dan rasa segar selepas menggunakan . Wahh akan masuk dalam list skincare Lisa la ni lepas ni . 

HARGA MILK PEEL CREAM MASK ALTHEA : RM36.00


Untuk info lebih lanjut korang boleh layari website : 
https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Cubalah... nanti akan terjatuh hati ;-)
Bye.. see you next review ! 


Monday, November 19, 2018

SENARAI PELAKON ISTERI UNTUK DISEWA


PELAKON ISTERI UNTUK DISEWA

Mega Drama terbaru adaptasi novel Isteri Untuk Disewa karya Syamnuriezmil yang bakal muncul dalam slot MegaDrama. Drama terbitan produksi Nuansa Sdn Bhd dibawah arahan Osman Ali. Mempertemukan gandingan Fattah Amin dan Tiz Zaqyah. bermula 5 November, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam di Astro Ria dan Ria HD. PELAKON ISTERI UNTUK DISEWA diantaranya : Tiz Zaqyah, Fattah Amin, Halim Radzi, Zaki Azeman, Harris Annuar, Lia Natalia, Daniella Sya, Shah Kimin, Daaim Jailani, Zul Helmy, Nelissa Edreena, Sherry Aljeffri, Rashidah Jaafar, Kazar, Zaidi Omar, Dian P Ramlee, Hilal Azman, Badrul Muhayat, Aleza Shadan


WATAK PELAKON ISTERI BUKAN UNTUK DISEWA



PELAKONWATAK
Tiz Zaqyah Nur Adreiana
Fattah Amin Noah Ryzal
Halim Radzi Suffi Naufal
Zaki Azeman Imtiyaz Irdad
Harris Annuar Putera Raiyan
Lia Natalia Rhianna
Daniella Sya Natasha
Shah Kimin Bob
Nynaa Harizal Isabella
Daaim Jailani Ray
Zul Helmy Adnan
Nelissa Edreena Irdina
Sherry Aljeffri Tok Nek
Aleza Shadan Tengku Rhaniah
Rashidah Jaafar Irma
Kazar Imran


LAGU TEMA / OST

Fattah Amin - Isterimewa [ Link ]

SINOPSIS ISTERI UNTUK DISEWA

Nur Adreiana seorang gadis yang sukakan warna merah jambu dan minat kepada Remy Ishak. Nur menawarkan perkhidmatan menyewa dirinya yang tidak pernah dibuat orang lain. Ia dilakukan bagi menyara hidup sementara dirinya mendapat pekerjaan tetap.

Noah Ryzal pelanggan pertamanya ingin menyewa Nur menyamar menjadi isteri untuk sehari dengan bayaran lumayan. Tujuannya supaya Noah tidak perlu berkahwin dengan pilihan keluarga. Namun sewaan sehari menjadi dua minggu. Noah mula jatuh hati pada Nur.

Lebih parah apabila empat lelaki yang menggunakan perkhidmataannya itu mula jatuh hati kepada Nur. Selain Noah, Putera Raiyan, CEO tempat Nur Bekerja, Imtiyaz Irdad kawan baik dari kecil, Suffi Naufal muka seiras Remy Ishak turut manaruh hati pada Nur.

Keempat mereka melamar Nur, siapakah yang bakal menjadi pilihan Nur?

GAMBAR PELAKON

credit : myinfotaip


Sunday, November 18, 2018

REVIEW PETAL VELVET SUNAWAY ALTHEA

PETAL VELVET SUNAWAY ALTHEA

Assalamualaikum ! Cuaca dalam Malaysia ni memang tak lari dari terik panas , sebab tu wajah perlu pakai sunscreen . Lisa percaya masih ramai lagi wanita diluar sana tak tahu yang kita wajib pakai sunscreen/sunblock SETIAP HARI , betul tak ? Good info untuk korang,, sekarang Althea dah keluarkan PETAL VELVET SUNAWAY ALTHEA . Baca seterusnya pengalaman Lisa  Review Petal Velvet Sunaway Althea Korea 
.

REVIEW PETAL VELVET SUNAWAY ALTHEA 

 Baru ni Lisa diberi kesempatan untuk review set Petal Velvet Sunaway dari Althea .  Berisi : 
 1. PETAL VELVET SUNAWAY ALTHEA
 2. PETAL VELVET POWDER #PINK LAVENDER
 3. PETAL VELVET POWDER #0 Translucent
 4. PETAL VELVET POWDER #23 Warm Beige colors

PETAL VELVET SUNAWAY ALTHEA SPF 50+ PA ++++

Petal Velvet Sunaway dengan SPF 50 + PA ++++ , Pelindung matahari yang ringan yang melindungi kulit dari sinar UV dengan kemasan seperti kelopak . Sesuai untuk semua jenis kulit . Kalau setiap hari tak terdedah dengan matahari sangat pun, seeloknya pakai je sunscreen, supaya kulit kekal protected, cantik, tak berkedut ataupun tua sebelum usia.

 Kenapa wajib pakai sunscreen?
1. Taknak sunburn/sun tan/gelap/hitam/terbakar
2. Taknak kulit berkudut and nampak tua
3. Taknak ada pigmentation / jeragat - Kebanyakkan punca utama jeragat ni, sebab tak pakai sunscreen.
4. Taknak kena skin cancer




Perisai kulit anda dari sinar matahari dan beri perlindungan petal dengan Althea's Petal Velvet Sunaway! Ultra ringan, pelindung matahari yang tak kelihatan ini dirumuskan dengan asid hyaluronik dan ekstrak Damask meningkat, memastikan kulit anda tetap segar dan terhidrat sepanjang hari tanpa sebarang kekasaran atau a white cast . Ia mempunyai SPF sebanyak 50+ dan PA ++++, jadi kulit anda akan dilindungi sepanjang hari. Sebagai sebahagian daripada jalur Petal Velvet, ia juga mengandungi micro- powder particles yang memberikan kulit yang licin, seperti kelopak.

PETAL VELVET SUNAWAY (55ML )
HARGA RM43.00

BAHAN-BAHAN UTAMA
  • Damask rose extract  - Menghidrasi dan menenangkan  iritasi yang mendalam, menjadikan kulit berasa sihat.
  • Hyaluronic acid - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi.
  • Geranium Oil - Memberi kulit radiant boostdan menyembuhkan jerawat.

KELEBIHAN : 

- Lightweight, translucent sunblock 
- Meninggalkan kulit berasa segar dan terhidrat
- SPF50+, PA++++
- Sesuai untuk semua jenis kulit. 

REVIEW LISA
Dari segi bau , wangi sunscreen ni , tak melekit tu yang bestnya. Tekstur untuk sunscreen Petal Velvet Sunaway ni cair ,senang diratakan keseluruh muka .  Totally lisa bagi 5/5 bintang. I LOVE IT . 



Berapa banyak nak pakai sunscreen ni?
Seeloknya 1/4 tsp atau dua jari. Banyak ni. Jangan pakai sikit sikit, nak jimat ke apa. Pakai banyak ni ok. Kalau pakai sikit, nanti tak dapat maximum protection. Kadang kadang ada orang cakap, dia dah pakai sunscreen, tapi kenapa burn lagi? Jawapan dia, maybe dia pakai sikit sangat, so tak dapat maximum protection.

Satu lagi, jangan lupa reapply every 3-4 jam. Kalau pakai pagi je, lepastu berjemur sampai ke petang, jangan complain jadi gelap pulak. Kena re-apply tau.

PETAL VELVET POWDER 


PETAL VELVET POWDER #PINK LAVENDER


Pertama kali Lisa pakai Petal Velvet Powder ni baru ada 1 jenis je sampailah sekarang ni dah bertambah menjadi 3 jenis iaitu : 
1.PETAL VELVET POWDER #PINK LAVENDER
2.PETAL VELVET POWDER #0 Translucent
3.PETAL VELVET POWDER #23 Warm Beige colors

Rangkaian produk Althea sendiri ada di sini, dan kami mula kuat dengan Powder Velvet Petal! Keindahan ini debut adalah translucent powder yang mengekalkan solekan  dan meninggalkan sentuhan akhir yang lembut untuk disentuh. . Disemai dengan minyak dari biji Althea, serbuk ini berfungsi untuk kekalkan pengeluaran sebum di luar tanpa mengeringkan kulit untuk kelihatan segar, segar, sambil berikan bau lembut. Pastikan solekan korang kelihatan hebat sepanjang hari atau dust some on to stay shine-free !

Lisa selalu jadikan Petal Velvet Powder ni sebagai lose powder atau powder untuk sentuhan akhir makeup . Untuk kekalkan makeup bertahan lebih lama .  I LOVE IT ! Bau pon wangi ... sesuai untuk semua jenis kulit tau ! 

PETAL VELVET POWDER #PINK LAVENDER (3gram) 



Edisi terhad Petal Velvet Powder #Pink Lavender dari Althea  memang kena grab cepat weih . Stock dia sangat limit .Sesuai untuk semua jenis kulit . Harga : RM17.00 . Pink lavender shade untuk mencerahkan warna-warna yang kusam

KANDUNGAN
  • Ekstrak Lavender -  Soothes irritations membantu memperbaiki kulit. Ia juga mempunyai ciri aromaterapi untuk menenangkan deria
  • Lecithin terhidrogenasi - Conditions dan melembapkan kulit
  • Glycerin - Humectant yang menarik kelembapan pada kulit, mencegah dehidrasi

PETAL VELVET POWDER #0 Translucent (3gram ) 





PETAL VELVET POWDER #0 Translucent (3gram ) 
Price : RM 16.00
Sesuai untuk  semua jenis kulit . 

KANDUNGAN 
  • Ekstrak biji Althea - kaya dengan antioksidan, melindungi kulit dari luar negeri dan memastikan ia tetap baik dan terhidrat.
  • Polyphenols - Memelihara kulit yang dilindungi dari sinaran UV
  • Saponarin - Pembaikan sel-sel yang rosak dan mengembalikan keanjalan kepada kulit yang menua
  

PETAL VELVET POWDER #23 Warm Beige colors



  PETAL VELVET POWDER #23 Warm Beige colors
Harga : RM 16.00 

Sesuai untuk kulit wajah  yang berwarna tona kegelapan . 


REVIEW LISA

Total keseluruhan memang Lisa suka dan puas hati dengan Set Petal Velvet Sunaway ni . Ingat tau ... walaupun kita tak kena cahaya matahari secara langsung , wajah tetap perlukan perlindungan sunscreen sebab secara tak langsung wajah kita terkena sinar dari Komputer , HP dan lainnya yang akan membuat pigmentasi pada wajah dan juga menuakan kulit wajah kita . Kalau bukan sekarang .. bila lagi ? 

Selamat mencuba ^_^ 



Tuesday, November 13, 2018

SENARAI PELAKON SERIBU RINDU

SENARAI PELAKON SERIBU RINDU

Sesiapa yang rindukan Zul Ariffin berlakon ? terbaru ni drama bersiri Seribu Rindu menggandingkan menemukan Zul Ariffin dan Azira Shafinaz selaku pelakon utama. Drama terbitan produksi Orangetree Production Sdn Bhd dibawah arahan Zamri Zakaria. Drama ini pun telah bermula  di slot Akasia mulai 12 November, setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam di TV3 .
SENARAI PELAKON SERIBU RINDU diantaranya : Zul Ariffin, Azira Shafinaz, Mona Allen, Ku Faridah, Fadlan Hazim, Harris Baba, Fazlina Ahmad Daud, Hafizuddin Fadzil, Julia Farhana Marin, Ainul Aishah, Doria Rachel Jolly

WATAK PELAKON SERIBU RINDU



PELAKON WATAK
Zul Ariffin Irfan
Azira Shafinaz Maisara
Fadlan Hazim Dr Airel
Mona Allen Damia
Ku Faridah Tokma
Harris Baba Johan
Ainul Aishah Aisyah
Doria Rachel Jolly Linda 
Fazlina Hj Ahmad DaudFatimah
Hafizuddin Dato' Seri Johari
Zaefrul NordinDato' Muiz
Aman GrasekaHusin
Jonathan PutraJonathan
Azhar AmirKamil
Aric HidirMike
Shafiq RozlanBen
Natrah KhalidNurse Rita
Aleen Arissa Nurse Liyana
MirzaBoss Mia
HusnaModel Rita
Julia Farhana Erin
Wan Nur IlaniMira
Min Zahrul @ SharminTokma Muda
Shamielya ShamsulShah

LAGU OST 

ALYAH - Jutaan Purnama


SINOPSIS SERIBU RINDU

Mengisahkan percintaan 3 segi antara Zul Ariffin (Irfan), Maisara (Azira Syafinaz) dan Dr. Ariel (Fadlan Hazim).  Irfan merupakan seorang Chef yang sudah lama menyukai Maisara sejak kecil lagi. Kerana, Irfan sering berulang alik belajar memasak bersama Tok Ma yang merupakan nenek kepada Maisara. Namun, sebenarnya kepulangan Maisara ke kampung adalah disebabkan konflik yang berlaku antara dirinya dan Dr. Ariel.

Cinta Maisarah dan Airel, yang telah bersemai sejak zaman universiti lagi terhalang apabila, bapa Airel, Datuk Muiz merancang mahu menyatukan Ariel dan Damia, anak kepada rakan perniagannya. Konflik antara mereka semakin rumit apabila Irfan mengambil keputusan untuk mengahwini Maisara, tetapi Ariel muncul semula demi menagih cinta Maisara.

GAMBAR PELAKON



credit : myinfo taip


Tuesday, November 6, 2018

Cabaran 5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady

Cabaran 5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady 

Assalamualaikum ! Yuhuu.. sesiapa yang selalu skip sarapan tu haaa.. ?  Tahukah Anda Sarapan amat penting untuk semua usia baik dari yang masih kecil sampai la dewasa dan orang tua.Kalau tak sarapan , macam mana nak dapatkan tenaga ... betul tak ? Hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga di Malaysia waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari. Jadi ,  Lisa sahut Cabaran 5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady Purefarm 


Minum Segelas susu Dutch Lady PureFarm untuk melengkapkan sarapan anda


Lisa sendiri pun salah seorang yang selalu abaikan sarapan pagi sebab tak sempat dan tergesa-gesa untuk keluar kerja dan sibuk dengan jadual yang padat . Sampailah satu masa tu kena gastrik , dari situ lah bermula kena paksa juga untuk ambil sarapan yang senang disiapkan lagi bagus. Sarapan tak semestinya kena makan yang berlebihan , segelas susu dengan roti pon dah ok dah . Slow-slow nanti perut dah biasa terima makanan untuk sarapan .

5 Hari Sarapan Bersama Dutch Lady Purefarm


Sebenarnya, satu gelas susu sudah dapat memberi kita nutrisi yang diperlukan dengan mudah dan cepat, serta cukup senang disediakan pada waktu pagi terutamanya ketika kita tidak mempunyai masa yang untuk menyediakan sarapan. Jom Lisa kongsikan 5 hari sarapan Bersama Dutch Lady Purefarm 
HARI PERTAMA  SARAPAN ,
NASI LEMAK TELUR + SUSU DUTCH LADY PUREFARM 



HARI KE- 2 , MIE SIAM + SEGELAS SUSU DUTCH LADY PUREFARM

Tahukah anda :  Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.


HARI KE- 3 ; EPAL HIJAU + SEGELAS DUTCH LADY PUREFARM


HARI KE- 4 :  BUAH NAGA + DUTCH LADY PUREFARM


HARI KE-5 SARAPAN  ; CRUNCH + SUSU DUTCH LADY PUREFARM
Bukan senang nak kira tentukan atau check berapa nutrien dalam setiap hidangan yang nak kita makan .. tak rajin ! Nak senang .. Lisa pilihminum susu je , susu penuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu waktu sarapan bantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien dari makanan yang diambil sepanjang hari anda. Wah ..mesti ada yang belum tahu lagi kan ?  

Sebagai susu No.1 di Malaysia5, Dutch Lady PureFarm penuh dengan khasiat. 
Minum segelas susu dapat membekalkan badan kita dengan nutrien penting, seperti:

  • Protein membantu membina dan memperbaiki tisu6 supaya badan kita berfungsi dengan baik;
  • Kalsium merupakan kunci tumbesaran dan perkembangan tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak6, dan membantu orang dewasa mengekalkan jisim tulang yang sihat6 untuk gaya hidup yang aktif;
  • Vitamin A membolehkan mata kita berfungsi dengan baik6 dan membantu kita kekal fokus, sama ada di sekolah dan di tempat kerja;
  • Vitamin B2 menyokong pelepasan tenaga daripada karbohidrat, lemak dan protein6;
  • Vitamin D membantu penyerapan dan penggunaan kalsium dan fosforus6.


Mulakan hari anda dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge menerusi dalam talian dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi anda bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018!

Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk
atau 




Saturday, November 3, 2018

Operasi X - Filem Terbaru 2018


Operasi X - Filem Terbaru 2018

Agak lama tak tengok movie dipawagam , kali terakhir tengok pun dua bulan lepas. Dengar cerita ada movie aksi yang baru , Operasi X - filem terbaru 2018. Yang best lagi gabungan antara pelakon Aaron Aziz dengan Awie. Wahh... macam menarik je ni .

Trailer Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!


Operasi X sebuah movie aksi Malaysia yang diarahkan oleh Sandosh Kesavan bersama beberapa orang penerbit iaitu Zarina Sham, Ali Nathan Latiff, Elson Tommas dan Norhanisham Muhammad.  Filem ini dibintangi oleh ramai artis termuka tanah air seperti Dato’ Aaron Aziz, Dato’ Awie, Datuk Yusof Haslam, Hanna Aqeela , Hairul Azreen, Hefny Saad ,Hairi Safwan, Shima Aris, Amerul Affendi, Nashra ,Nasir Bilal Khan , Rahhim Omar , Gbob, Azzahra Ahmad dan juga Zaidi Omadan banyak lagi la . Nampak gayanya gabungan pelakon yang power-power ni ..

Jom tonton Trailer Operasi X pula ..




Dream Pictures Production Melancarkan Operasi X Movie pada 1 November 2018


Filem ini mengisah seorang Assistant superintendent, iaitu ASP Redzuan yang sudah tidak percaya lagi dengan pasukannya apabila dia menyaksikan kematian rakan baiknya, Inspektor Aman, yang dipercayai dibunuh oleh pihak polis. Dia kemudian memutuskan komunikasi dengan semua orang dan mula tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Dia kemudian ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut. Operasi X, antara hidup dan mati.

Operasi X bukanlah sebuah filem aksi namun filem ini mengandungi aksi. Bererti filem ini bukan semata-mata tentang aksi. Garapan Idea Asal oleh Sandosh Kesavan dan Skrip oleh Atiqah Jani telah menghasilkan sebuah karya yang menyentuh hal-hal yang dekat di hati yang menontonnya kerana ia juga adalah tentang cinta, keluarga, persahabatan, dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.

Filem ini ditayangkan kepada umum pada 1 November 2018.


Adakah Operasi X Movie Filem Terbaik 2018 Gabungan Awie dengan Aaron?


Bagaimanalah agaknye kalau Awie dengan Aaron bergabung dalam satu movie yang mengandungi aksi ? yang ni korang kena tengok sendiri kat pawagam terdekat . Lisa pun nak tengok juga la .. tak sabarnya nak tengok !  Jom tengok sama-sama .. dan jangan lupa share review korang tau lepas tengok Filem Operasi X ini. 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search