Wednesday, May 30, 2018

RIANG RIA RAYA LAZADA , DISKAUN 90 % WOW !

RIANG RIA RAYA LAZADA , DISKAUN 90 % WOW ! 

Assalamualaikum , tak terasa dah 2 minggu kita berpuasa .. rasa macam sekejap saja . Tak puas lagi nak menikmati bulan ramadhan yang mulia ini . Dan juga.. Raya dah nak dekat , apa persiapan korang untuk sambut hari raya nanti ? Ha... bercakap pasal persiapan raya, Lisa nak bagi good news ni ha. Akan berlangsung Jualan RIANG RIA RAYA LAZADA bermula dari 1 hingga 4 June 2018, dengan tawaran eksklusif dan diskaun sehingga 90% dari pelbagai produk. WOW ! 



Lebih Dari 600 Baucar ditawarkan , RIANG RIA RAYA LAZADA

Jualan Riang Ria Raya kali ini , lebih dari 30 Jenama Internasional yang akan memeriahkan dan berikan tawaran exlusive diantaranya : ASUS , Watsons , Carlo Rino , Urban Decay , Samsung , Siti Khadijah , HP , Poney , Senheng , Sunsilk dan banyak lagi jenama lainnya . Lebih Dari 600 Baucar ditawarkan , RIANG RIA RAYA LAZADA Tak sabarnya nak tunggu 1 June . 




Selain dari pada itu, Riang Ria Raya juga menawarkan : 
  • Flash Sales,
  • Deals on Raya Essentials and Buka Puasa Buffets
  • Bundles and Partners Exclusive Offers.

Flash Sales tu yang ditunggu-tunggu setiap kali ada perayaan tau hujung tahun . Tak boleh dilepaskan peluang kali ini , dah la aritu Lisa terlepas.. huhu kecewa sungguh . Kali ini nak gigih buat list dulu la . Banyak sungguh  tawaran menarik ni , pening jap nak pilih yang mana satu .. boleh berjimat dan beraya dengan barangan baru !

Buka Puasa Buffets pun menarik juga ni , first time aku nampak  diskaun ni ada di Riang Ria Raya . Nak tengok apa yang best la , mana tau ada kesempatan untuk pergi .. boleh la berbuka puasa ramai-ramai dengan family dan orang terasayang . 




Hamper pun ada diskaun tu ! betul-betul raya kali ini . 

Banyaknya pilihan , barangan elektronik pun ada diskaun sampai 70% , boleh la beli untuk emak peralatan dapur , beli Hamper , Beli kasut , beli makep.. kena buat list juga ni .

Cuba korang tonton video Buah Hati Raya bawah ini .. psttt sediakan tisu sebelum tonton ye ! 



Duit Raya Shakin' Deals


Last but not least: Korang juga boleh dapatkan Duit Raya Shakin' Deals , menang up to  RM50 cash vouchers! Sapa yang tak nak lah kan , dah la ada baucar diskaun tambah lagi ada dapat cash baucar RM50.  Jangan lupa share dengan kawan-kawan , jiran dan sedara mara tauuu... bagitahu ada Duit Raya Shakin;' Deals sebanyak RM50.00 .

Cara untuk dapatkan baucar cas RM50 ini senang je :- 
  1. - Download and log in the Lazada App
  2. - Stay on the homepage
  3. - Shake daily from 22 May till 4 June at 5.30 am, 12.30 pm and 9.30 pm!
Mudah aja bukan ? shake shake dah boleh menang RM50 baucar . Untuk Info selebihnya tentang Duit Raya Shakin Deals ini boleh  korang baca di :  Campaign Riang Ria Raya Shakin Deal 

 Hanya bermula dari 1-4 June 2018 je tau.. jangan sampai ketinggalan . 

Selamat Hari Raya !!! 
Monday, May 28, 2018

PELAKON RAHSIA HATI PEREMPUAN


PELAKON RAHSIA HATI PEREMPUAN  

Wah tengok teaser video Rahsia Hati Perempuan aritu pun dah macam menarik je , Drama RAHSIA HATI PEREMPUAN disiarkan di slot MegaDrama saluran Astro Ria. Pelakon Rahsia Hati Perempuan boleh tahan best juga la , antaranya gandingan Hisham Hamid, Mira Filzah, Fikry Ibrahim, Uqasha Senrose sebagai teraju utama. Drama bersiri arahan Michael Ang ini disiarkan menjelang Ramadan . Waktu Siaran setiap hari , Isnin-Khamis, 10:00 malam di  Slot MegaDrama (Astro Ria 104 & HD 123)

WATAK PELAKON 


PELAKON
WATAK
Zayn 
Ilaina 
Fikry Ibrahim
Mikael
Uqasha Senrose
Arissa
Mak Wan
Tok Wan
Fauziah Ahmad Daud
Suraya
Lydiawati
Laila
Eina Azman
Ayra
Amir Nafis
Adzim
Ziha Salleh
Saerah
Duerra Mitilda
Ilaina
Redzwan Adha
Zyan
Shah Faris
Mikael

LAGU TEMA / OST

Rahsia Kita - Khai Bahar & Fatin Husna
Haram - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah


SINOPSIS RAHSIA HATI PEREMPUAN

Kisah cinta dan persahabatan. Kekasih dan pengorbanan.

Ilaina, Zayn dan Mikael bersahabat dari kecil dan terpisah apabila Ilaina berpindah ke luar negara, Australia. Mereka saling membalas surat namun malang menimpa Zayn dan Mikael apabila rumah mereka musnah terbakar menyebabkan mereka terputus hubungan

Ketika sudah dewasa, Zayn dan Mikael pergi ke Australia untuk mengubati kekecewaan yang dialami Zayn akibat perkahwinan yang dibatalkan oleh Ayra. Semasa bercuti, Ilaina dan Arissa telah menyelamatkan Mikael dan Zan yang sesat di kawasan perkhemahan. Ilaina bertemu semula dengan Zayn dan Mikael tetapi Ilaina tidak memberitahu mereka adalah kawan baik dari kecil.

Setelah mengetahui yang Ilaina adalah kawan baik mereka dari kecil, Mikael dan Zayn telah dijemput ke rumah Ilaina. Ibu Ilaina, Puan Suraya tidak senang dengan kehadiran Zayn dan Mikael dan merancang untuk menyatukan semula hubungan Ilaina dengan bekas kekasihnya, Adzim.

Hubungan Ilaina dan Mikael kian rapat. Ilaina masih ada hati dengan Mikael walaupun sudah lama terpisah. Pada masa sama, Arissa juga menaruh hati terhadap Mikael walaupun mengetahui Ilaina sukakan Mikael. Ayah Ilaina, Pak Mail pula ingin menunaikan janjinya dengan arwah ayah Mikael untuk mengahwinkan Ilaina dengan Mikael.

Mikael dan Zayn mengajak Ilaina pulang bersama mereka ke Malaysia namun dihalang oleh ibunya. Sekembalinya ke tanah air, Zayn berhenti kerja dan ingin memulakan kerjaya sebagai penulis novel. Zayn berpura pura menjadi Mikael dalam talian untuk kekal berhubung dengan Ilaina. Mikael pula mendapati dirinya disahkan menghidap penyakit kanser namun dia tidak berterus terang dengan Zayn akan keadaannya.

Ilaina dan Arissa pulang ke Malaysia walaupun dihalang Puan Suraya. Mikael terpaksa bersetuju dengan Zayn untuk belum berterus terang yang sebenarnya selama ini Zayn yang sering berhubung dengan Ilaina.

Mika mengecewakan Ilaina bila Zayn yang muncul pada temu janji mereka. Adzim tiba dari Australia mencari Ilaina. Ilaina, Arissa, Mika masih merahsiakan penyakitnya dari kawan-kawan baiknya. Ilaina dapat tahu yang selama ini Zayn yang membalas surat dan kiriman mesejnya dan dia kecewa pada Zayn dan Mika. Encik Ismail dan Tok Dah bersetuju untuk menikahkan Ilaina dengan Mikail.

GAMBAR PELAKON 









PELAKON ISTERI UNTUK DIIKTIRAF


PELAKON ISTERI UNTUK DIIKTIRAF


Rasanya dah cukup lama Lisa tak tengok drama ni har , since busy dengan kerja . Baru ini dah mula tayang Drama bersiri Isteri Untuk Diiktiraf adaptasi daripada novel karya Nurfaza Alisya. Pelakon Isteri Untuk DiIktiraf Dibintangi oleh Redza Rosli, Elvina Mohamad, Janna Nick, Dayana Roza, Sheila Rusly dan ramai lagi. Diterbitkan oleh JS Pictures Sdn Bhd dibawah arahan Azman Yahya. Disiarkan setiap hari sepanjang Ramadan sebanyak 30 episode , mulai 16 Mei , pukul 7 malam di TV1 . Bagi yang ketinggalan boleh menonton menerusi portal myklik.rtm.gov.my atau melalui aplikasi RTM Mobile.


WATAK PELAKON 

Ada Redza Rosli la , kali ini tak digandingkan dengan Ayda Jebat tapi dengan Elvina Mohamad . Senarai watak pelakon untuk diiktiraf ada dibawah ini ; 

PELAKON
WATAK
Tengku Wildan
Safiyya
Ana Julia
Dayana Roza
Tengku Bella Donna
Shah Jaszle
Tengku Wafie
Haryanti
Sweet Qismina
Tengku Widya
Sheila Rusly
Puan Sri Raja Mona
Arash Mohd
Tan Sri Tengku Hairie
Sharifah Shahora
Tengku Salmah
Tengku Zara
Tengku Tania
Roslan Saleh
Tok Aki
Ariff Aziz
Rafiq


LAGU TEMA / OST
Tajuk : Kuasa Cinta
Penyanyi : Ezad Lazim
Lagu : Room None
Lirik : Iman Imran

SINOPSIS ISTERI UNTUK DIIKTIRAF

Mengisahkan Safiyya menjadi yatim piatu apabila ibu-bapanya terlibat dengan kemalangan jala raya. Semenjak itu dia dibesarkan oleh datuknya di kampung. Masa berlalu Safiyya telah menamatkan pelajarannya di universiti dan gigih mencari pekerjaan. Dengan bantuan kawannya Yati, Safiyya mendapat beberapa pekerjaan. Tetapi tidak bertahan kerana sering berhenti kerana gangguan di tempat kerja.

Kali terakhir Safiyya bekerja di hotel tapi pada hari pertama bekerja dia telah cuba diperkosa Tengku Wildan anak Tengku Hairie tuan punya hotel. Akibatnya Safiyya melarikan diri dan mengambil keputusan tinggal di kampung sahaja.

Tengku Hairie datang ke kampung dan menemui Datuk Safiyya atas urusan jual beli tanah. Terpesona dengan kejelitaan dan kebolehan Safiyya, Tan Sri Tengku Hairie mengatakan hasratnya untuk meminang Safiyya dan dikahwinkan dangan anaknya Tengku Wildan. Tengku Wildan masih menjalin hubungan dengan Ana Julia.

Isterinya Raja Mona dan Tengku Wildan menentang cadangan ini tetapi bapanya tetap dengan keputusannya. Safiyya juga menentang keras apabila diberitahu datuknya mengenai cadangan Tengku Hairie. Datuk Safiyya jatuh sakit dan dalam keadaan serba salah Safiyya menurut kemahuan datuknya untuk berkahwin.

Raja Mona berjanji Tengku Wildan tetap akan menjadi milik Bella walaupun telah berkahwin. Tengku Wildan pula hanya menganggap Bella teman dari kecil dan tidak berhasrat mengahwininya. Hari pertunangan tiba tetapi Safiyya masih meragui keputusannya terutama dia masih belum pernah berjumpa dengan bakal suaminya.

Dia terkejut apabila melihat bakal suaminya adalah lelaki yang pernah cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya dahulu. Kerana tidak mahu menyusahkan datuknya Safiyya meminta majlis perkahwinannya di adakan secara kecil-kecilan sahaja. Dengan sekali lafaz Safiyya menjadi isteri Tengku Wildan.

Majlis perkahwinan Safiyya dan Tengku Wildan diadakan secara besar-besaran di kediaman Tengku Hairie. Walau bagaimanapun pada sebelah malam Tengku Wildan tidak melayan Safiyya seperti seorang isteri sebaliknya mengarahkannya tidur berasingan dan memberikan bermacam-macam peraturan untuk Safiyya. Atas permintaan Tengku Hairie mereka pergi berbulan madu tetapi Tengku Wildan melayan Safiyya hanya seperti orang gaji.

Bella menemui Raja Mona dan mengatakan hasratnya yang masih mahu menjadi isteri Tengku Wildan walaupun dia tahu Tengku Wildan telah berkahwin. Raja Mona memujuk Bella supaya bekerja dengan Tengku Wildan dengan harapan dapat mendampinginya dan akhirnya dapat memiliki Tengku Wildan.

Perkahwinan tanpa rela ini mengundang pelbagai masalah dan dugaan termasuklah daripada Raja Mona dan Bella yang sentiasa mahu menyingkirkan Safiyya daripada hidup Tengku Wildan.  Kegembiraan Safiyya dan Tengku Wildan hanya sementara apabila dalam perjalanan pulang dari kampung Tengku Wildan diberitahu video dia bersama Ana Julia di bilik resort menjadi viral.

Di rumah, Tengku Hairie menerima satu bungkusan berisi DVD dan kandungannya Video Tengku Wildan bersama Ana Julia. Kekecohan berlaku dalam keluarga Tengku Hairie. Safiyya sekali lagi meninggalkan rumah.

Ana Julia ke resort dan terserempak dengan Raja Mona dan Bella. Terbongkar rahsia apa yang sebenarnya berlaku antara Ana Julia dan Tengku Wildan di bilik resort dan bagaimana video diviralkan. Tengku Wafie datang menemui Safiyya dan menceritakan apa yang sebenarnya berlaku. Tengku Hairie meminta Safiyya hadir pada satu majlis meraikan kakitangan baru. Kehadiran Safiyya tidak disenangi Raja Mona dan Bella.

Penghinaan dan pertengkaran antara Raja Mona dan Tengku Wildan serta akibat air di campur dengan sesuatu mengakibatkan Safiyya pengsan. Tertekan dengan kejadian yang berlaku Safiyya kembali ke kampung. Tengku Wildan yang kesal dengan perbuatannya turut mencari Safiyya di kampung. Bella akhirnya melawan kehendak keluarganya untuk berkahwin dengan Tengku Wildan dan kembali menemui kekasih lamanya Jason.

Tengku Wildan cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di kampung dan dalam masa yang sama terus menerus memohon maaf kepada Safiyya dan menceritakan apa yang berlaku kepada Atuk dan meminta maaf darinya. Isteri Dato’ Sham kekasih lama Ana Julia dan tempat dia mendapatkan sumber kewangan menemui Ana. Akibat pertengkaran yang berlaku Ana disimbah dengan asid yang mencederakannya. Tengku Wildan pulang ke bandar tanpa ditemani Safiyya. Atas nasihat Atuk akhirnya Safiyya meminta Tengku Wildan mengambilnya semula dan kembali bersama. Raja Mona menyedari kesilapannya dan memohon maaf kepada Safiyya. Namun adakah permohonan maafnya diterima?

GAMBAR PELAKON






Wednesday, May 23, 2018

MONT CABANA , Minyak Wangi Tahan Lama


MONT CABANA , Minyak Wangi Tahan Lama

Bam Zul .. napa tenung perfume tu? Mai la tengok lisa  . Lau nak bagi Lisa pon ok gak ! haha... Tak stalker pun gambar dia sentiasa akan ternampak jika buka Instagram , dah namapun crush hehe.  Aritu ternampak Zul rippin pegang perfume Mont Cabana. Rasa teringin nak cuba juga ! alang-alang dah nak raya .. boleh lah beraya dengan perfume baru . Fefeling beraya dengan bam Zul ,, euww gatai noh .. * bak kata yaya , hahaa  . Dengarnya MONT CABANA , minyak wangi tahan lama. Ni yang tak sabar nak cuba ni ... 

MONT CABANA , Perfume Lelaki Dan Perempuan Suka 




Hampir semua orang suka akan wangian . Bayangkan orang dah manis ayu hensem .. pastu ada bau badan ? euwww... hilang mood nooks. Apa yang special dari Mont Cabana ? 

Mont cabana Eau De Parfum ni minyak wangi pertama di malaysia yang bau perfume ni boleh tahan lebih dari 24 jam . Bau unik dan tersendiri itu lah yang jadikan mont cabana antara yang terbaik dalam kelasnya . Mont cabana parfum ini adalah wangian yang permium dan ekslusif , bukan dari inspired perfume sebab dikilang sendiri dan di. semestinya sesuai untuk anda yanginginkan citarasa mewah dan elegan.  


Buat masa ini minyak wangi mont cabana ini didatangkan dalam 2 wangian untuk wanita dan lelaki
22 jenis lagi wangian menyusul dalam waktu terdekat secara berperingkat dalam tahun 2018 ini. Korang boleh miliki kesemua koleksi premium mont cabana ini sekarang.  Boleh la riki-riki cuci mata mana satu perfume yang korang nak , pilih dan beli di www.montcabana.my  

 Soft launch wangian Mont Cabana yang best gila, premium dan berkualiti. Dijual bermula Mei 2018 , wah kira baru lagi ni ha . Korang kena try juga... mana tau dapat aura dari Zul Riffin hehehe.. 

Apa yang Special dari Mont Cabana ? 

Setiap perfume ada keunikan dan kelebihan sendiri , nah apa yang special dari  MONT CABANA seperti : 

  • Minyak wangi premium - bau orang kaya
  • Bukan inspired perfume- bukan perfume biasa biasa, wangian yang blend sendiri, ada kilang sendiri
  • Special sebab setiap keluaran akan di gandingkan dengan artis-artis atau public figure terkenal. Kira setiap keluaran signature artis2 tersebut. Contoh : Sekarang bersama ZUL ARIFFIN
  • Ada 24 jenis tahun 2018 ini, wah banyak juga tu kan ...  dan untuk pelancaran awal sebanyak 2 jenis untuk lelaki dan wanita. 22 jenis lagi akan keluar berperingkat dalam masa terdekat.

  1. Mont cabana 1 dan 2 - Mei
  2. Mont cabana 3,4,5,6 - June
  3. Mont cabana 7,8,9,10 - July
  4. Mont cabana 11,12,13,14 - August

  • Persembahan produk ekslusif, casing besi dan botol yang class
  • Bau yang Tahan 24 jam .Permulaan guna kategori Eau De Parfum (EDP), dan lepas ini semua akan bertukar ke Wangian kategori PARFUM

Nak lebih detail boleh rujuk di : https://montcabana.my/shop/

HARGA MONT CABANA

Harga Mont Cabana yang Zul ariffin pegang tu ialah RM 159 untuk 50ml [ Mont Cabana Broze code : 2 -Bronze & Mont Cabana code:1  - GOLD ] . Besar juga tu kalau 50 ml . Sesuai la kalau nak jadikan barang hantaran , hadiah , atau pun perfume raya baru ! yayyy... 
 PSTTTTHH : Lisa baru tengok tadi ada sale weih.. RM 129 sahaja !! 

APA YANG MONTCABANA.MY TAWARKAN


1. Pos ke seluruh Malaysia,Singapore,Brunei dan Indonesia. Wah ada 4 negara tu , bukan hanya di Malaysia sahaja . 

2. Team di Seluruh Malaysia untuk yang nak  COD Cash On Delivery. Mont Cabana akan dihantar terus ke rumah atau pejabat.

3. Montcabana.My dah berpengalaman lebih 10 tahun dalam menguruskan bisnes online, jadi korang tak perlu takut .. barang order mesti sampai dan montcabana.my bertanggungjawab atas apa yang berlaku semasa penghantaran.

4. Boleh beli guna kad kredif ,bank transfer,debit card,dan lain2 di website


AGENT / DROPSHIP WANTED !

Bagi korang yang ingin menjana wang tambahan boleh la daftar untuk join menjadi agent / dropship Mont Cabana ,, boleh call/ whatsapp di 012-337045 . Untuk senarai ejen boleh tengok di  : https://montcabana.my/senarai-ejen/

CARI WAKIL JUALAN :- 
1. Kami cari wakil jualan seluruh Malaysia,Singapore,Brunei dan Indonesia.
2. Kami bantu marketingkan anda..offline dan online
3. HQ dah peruntukan lebih 2 juta untuk marketing.60 billboard seluruh Malaysia,iklan tv radio, paper dan lain2
4. Kami cari ejen2 dan juga kedai2 yang berminat untuk pasarkan. Tools online dan offline di sediakan. Banner flyers dll
5. Sistem jualan canggih.Ada bonus,ada reward.

Untuk mendaftar korang boleh rujuk di :  https://montcabana.my/daftar-ejen-mont-cabana/



Detail selebihnya korang boleh la tengok tengok di bawah ini : 
Website : https://montcabana.my

Whatsapp : 012-3377045
Instagram : @montcabana.my

Facebook : Mont Cabana MY 


MONT CABANA 1 - GOLD EDITION
Mont Cabana 1 - Gold Edition menampilkan wangian khusus mempesona hasil dari interpretasi keghairahan cinta . Wangian di ekstrak dari bungaan segar dan rempah ratus eksotik . Wangian feminin yang mengasyikkan dengan bunga bungaan pelbagai yang mengasyikkan dan menggoda 








 MONT CABANA 2 - BRONZE EDITION
Mont Cabana 2 - Bronze Edition menampilkan keghairahan jejaka dan jelitawan dengan haruman mempesona dengan campuran buah buahan Sicily , Crispy Lavendae dan ekstrak gaharu mengekalkan hasil tulen dan mewah . Campuran kompleks pelbagai kombinasi bunga menghasilkan wangian unisex ikonik yang pasti disukai lelaki juga wanita 










Raya tahun ni beraya dengan bang Zul Rippin la..ehhhh perfume Mont Cabana maksudnya . ambik aura perfume pon jadi la hahaha.. bye... tak kan tengok je ? Jangan Lupa share dengan kengkawan ye try MONT CABANA ! 


Sunday, May 13, 2018

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH


Assalamualikum ! walaupun agak terlambat beberapa hari .. tapi Lisa nak ucapkan tahniah juga . CONGRATULATIONS kepada YAB Tun Dr. Mahathir Mohamad atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-7 penggal [ 2018-2023] . Sejarah tercipta! Tun Mahathir angkat sumpah sebagai PM kali kedua pada usia ke 93 . The Oldest Prime Minister in the world 

TUN DR MAHATHIR MOHAMAD PERDANA MENTERI MALAYSIA KE TUJUH

Hampir tak pernah Lisa menulis tentang politik , ialah sebab sebelum ini ada kekangan media dalam menulis dan meluahkan berita walaupun berita itu benar . PRU-14 telahpun berakhir dan akhirnya Barisan Nasional jatuh digantikan Pakatan Harapan . Alhamdulillah Tun M pun telah dilantik menjadi Perdana Menteri yang baru . Memakan masa yang lama dari bermulanya Tarikh mengundi , Pengiraan Undi , dan masa untuk Angat Sumpah PM yang baru . 

Tarikh Mengundi - ada yang membuat laporan namanya dah di garis dah mengundi padahal dia masih beratur lagi dalam barisan selama 2 jam . [ mungkin lepas ini SPR perlu gunakan kaedah Scan TUMBPRINT macam dalam bank tu baru tak keliru , hehehe ] 



Masa Pengiraan UNDI - Tetiba blackout , seperti PRU-13 pun sama ja .. memang dah diprediksi loh . Sekolah tetiba terbakar , yang ini memang kebetulan sungguh .. Nak buat macam mana , dah nak jadi kan ... Masa untuk pengumuman hasil keputusan undi pun dekat pukul 3-4 pagi macam tu la , biasanya dalam pukul 12 tengah malam dah siap  .Time tu aku dah tidur tak larat nak tunggu sebab kerja keesokan harinya  . Bangun tidur hari tu tengok suasana luar yang aman damai , udara pun lain macam .. hah.. mungkin PH menang kot dan semua orang tidur lena selepas tunggu keputusan undi . Biasalah ,, banyak nak kena kira kertas undi tu .. bukan senang . 

Angkat Sumpah Tun Mahathir Sebagai Perdana Menteri Malaysia ke Tujuk 2018. - Rakyat mana yang tak teruja nak tunggu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri menggantikan DS Najib Razak , tapi .. memakan masa yang lama sebelum konfirmkan yang sama ada Tun M atau orang lain yang akan jadi PM sebab yela PH bukan ialah gabungan beberapa parti . Rakyat risau juga time ni selagi Tun M belum mengangkat sumpah , memang tak boleh happy lagi .  Bermula khabar 11 pagi .. tapi di tunda ke 5 petang , akhirnya mendapat kata akhir pukul 9.30 Tun Mahathir Mohamad selamat menjalaankan ANGKAT SUMPAH PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG KE 7 , tahun 2018 penggal  2018-2023 

Kenapa makan masa yang lama ? Time tu Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhamad V ,  baru balik dari umrah dan sebelum mengambil keputusan siapa yang akan jadi PM ke-7 , Yang di-Pertuan Agong kena berjumpa dengan Wan Azizah untuk berbincang tentang siapa yang akan menjadi PM ketujuh . Sebab Tun M tidak mengetuai mana-mana parti . Kalau semua parti setuju Tun M yang menjadi PM barulah boleh angkat sumpah . Nah rumit juga rupanya kan. 

Iskhh apalah nitizen yang berburuk sangka menulis komen yang negative tentang Yang DiPetuan Agong sebab angkat sumpah lambat. Gelojoh nau cakap tak fikir dulu .. 

Oh ya.. dah udah le tu nak mengutuk Najib , biar orang atas yang akan mengadilinya .. sebagai umat islam kena saling memaafkan. Jangan lupa yang dia berjasa juga semasa memerintah tempoh hari . Biar tunggu yang berkewajiban mengadilinya . Kalau jumpa time solat jumaat tu tegur-tegur la.. jangan pula dicemuuh .

EH.. terpanjang pula Lisa menaip itu. Tak pela biar nanti anak aku boleh baca ketika aku dihari tua nanti ... ceh berangan betul kan.  Harap lepas ini Blog ciksepet.com dah tak dapat sekatan dari MAMPU . Hahaha jahat nau nak sekat blog lisa dan blog blog lain yang berdomain dot com . 

Perdana Menteri dah bertukar, yay dah boleh start untuk prepared kawen . Hahaha...

Saturday, May 5, 2018

REVIEW InnerShine Prune Essence - BRAND'S | Kecantikan Dari Dalam

REVIEW BRAND'S InnerShine Prune Essence Kecantikan Dari Dalam

Assalamulaikum ,  Korang pernah dengar jenama BRAND'S ? mesti dah tak asing lagi ditelinga bukan .  Sebenarnya dah lama Lisa aim InnerShine Prune Essence with Vitamin E dari Brands , dan hari tu update status di Facebook tanya BRAND'S InnerShine Purn Essenceni ok tak,  yang katanya boleh membantu Kecantikan dari dalam  ? wahh dapat sambutan semua feedback positif dari apa yang dah mereka review Jadi semakin tak sabar nak mencuba.. jadi aku try la 2 kotak , dalam satu kotak tu ada 12 botol .

Kejap je barang tu dah sampai , tunggu apalagi .. terus la Lisa cuba . Memula takut juga taklalu , sebab tengok warna dia yang pekat tu ha..Lisa ni pula jenis susah minum minuman cecair yang pekat macam sirup . Then Lisa cuba juga masuk dalam mulut , wahh.. rasa manis gitu ... walaupun manis tapi tak muak dan tak sakit gigi  ( sebab gigi Lisa sedang sakit ngilu )  . Ngam.. Lisa boleh minum rutin setiap hari . Haha.. nasib tak jadi membazir weih .


Khasiat dan Kelebihan InnerShine Prune Essence with Vitamin E

Cantik dari dalam siapa yang taknak kan ? Lebih lagi Lisa ni seorang blogger yang bernichekan " BEAUY " . Dalam 12 hari boleh nampak kesan cantik , dan aura dari dalam tu rasa berseri-seri juga. Kira lawa la.. ni kawan-kawan aku yang cakap tau sebab mereka dah bertahun minum InnerShine Brands . Ala-ala Siti Zaleha tu ... cantik walaupun makeup nipis-nipis je . Kelebihan InnerSHine Prune Essence Vitamin E nibermanfaat untuk tubuh badan , kecantikan dan seri wajah dari dalam . Raya nanti Lisa semakin gojes lah ni .. hik hik .


Formulasi baru dari BRAND'S InnerShine Pati Prun dirumus khas dengan vitamin E yang bantu melindungi sel kulit daripada kerosakan radikal bebas.  Dibuat dari Prun California , BRAND'S InnerShine Pati Prun juga kaya dengan serat dan mengandungi Maltodeksrtin rintang , sejenis serat larut yang membantu dalam proses pencernaan . Oh patutlah kawan Lisa bagitau yang minum ni perut jadi lawas, tapi memang lawas pun selepas minum ni hahaa. Okla kan buang kotoran dalam perut .

Cara pemakanan :
Boleh minum BRAND'S InnerShine Pati Prun Essence terus dari pada botol , sama ada suhu bilik atau disejukkan. Kalau Lisa lebih suka letak dalam peti sejuk , sedapp gitu . Untuk kesan optimum , goncang sebelum makan , Minum serta merta selepas dibuka .
Minum sehari satu botol malam hari sebelum tidur . 



Kandungan BRAND'S InnerShine Pati Prun Vitamin E


  • Pati Prun 
  • Maltodekstrin RIntang
  • Fluktosa 
  • Pati lobak merah 
  • Vitamin E 




Halal tak BRAND'S InnerShine Pati Purn ? 


Soalan wajib sebelum konsumsi apa-apa pun , status halal produk itu . Korang bolh tengok di belakang kotak tu ,  BRAND'S InnerShine Pati Purn ini ada halal Thailand . Hahaha dulu Lisa pun tak berani nak cuba lagi sebab tak tahu ada status halal ke tidak ... sekarang dah boleh teguk tanpa rasa was-was. 

Oh ya.. Harga untuk sekotak InnerShine Prune Essence - BRAND'S   berisi 12x42ml ni = RM58.00 .



Review Lisa :

Selama 12 hari Lisa rutin minum BRAND'S InnerShine Prune Essence ni memang ketara khasiatnya . Lisa lately ni tidur memang 3-4 jam sahaja dalam satu hari , tapi kulit masih elok dan juga tak da kesan muka pucat lesu macam kebiasaannya . Ye.. Biasa lau tak cukup tidur ni badan rasa lembik , mengantuk dan muka pun naik jerawat,,, TAPI... Lisa still masih kekal cergas dan muka pun berseri je . NO.. bukan ayat promote sebab Lisa dah cuba sendiri .



Hahaha.. lebih-lebih sekarang tengah buat job UPLIVE yang kena ada tubuh yang fit dan seri muka yang sedap mata memandang la. Tak kan nak tidur pun nak pakai makeup ye dak sebab nak buat LIVE tu ..

Rasa nak konsisten guna berterusan la lepas ni.. THANKS Korang yang dah bagi feedback positif.. kalau tak sampai kesudah Lisa tak cuba  .

Nak tahu lebih detail korang boleh tengok je di detail bawah ini :-


Facebook : BRAND'S SMART LIVING 



Thursday, May 3, 2018

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif

DASHING SPORT – Eau De Toilette dan Deodoran Buat Lelaki Aktif


DASHING, jenama produk penjagaan diri lelaki kini melancarkan satu lagi rangkaian produk khas untuk lelaki yang aktif iaitu DASHING SPORT.
Rangkaian DASHING Sport pasti memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktifnya.

Lelaki DASHING mempunyai aura yang menampilkan keyakinan dan sifat maskulin. Wangian baharu ini memberikan kesegaran maskulin namun masih mengekalkan ciri esen moden. Eau De Toilette DASHING SPORT mempunyai komposisi sensasi yang mengujakan dengan aroma “sporty” dan gaya ranggi yang sangat sesuai untuk lelaki yang berani menyahut cabaran dan kekal aktif pada masa lapang. 


Berpeluh merupakan satu perkara yang biasa. Samada berjalan ke kereta, menghadiri mesyuarat, bersenam di gim, atau melakukan aktiviti harian yang lain, lelaki tidak dapat mengelak daripada berpeluh lebih-lebih lagi dengan cuaca panas di Malaysia. Bau badan merupakan masalah yang dihadapi oleh kebanyakan lelaki terutamanya mereka yang aktif dalam sukan. Keadaan ini menyebabkan kaum lelaki semakin mengambil berat terhadap kepentingan menjaga bau badan.




Untuk menangani masalah bau badan dan sentiasa segar, Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian. 

Memahami keperluan lelaki aktif untuk  berbau harum sepanjang masa, DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.


Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

DASHING SPORT Eau De Toilette dengan haruman maskulin berpanjangan boleh didapati dalam reka bentuk bottle yang sporty bersaiz 50 ml.

Rangkain produk DASHING Sport  boleh didapati dalam 2 variasi; Hitman dan Golden Boot.



DASHING Hitman dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian  daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan setiap lelaki aktif.



Variasi DASHING Golden Boot pula mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.






Keluaran edisi terhad rangkaian DASHING Sport boleh didapati pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml


Komen Lisa :

Bau perfume dan deodorant DASHING SPORT  ni sungguh Macho... untuk seorang lelaki . Sesuai sangat la weih.. Lisa sebagai perempuan pun suka cium baunya hahaha . Korang cubalah , mana tau gadis-gadis terjatuh cinta pula tak pun isteri semakin sayang. Hehehehe... 

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!

MEGA BONANZA 2018 Agrofarmstay Melaka kembali lagi!


Agrofarmstay Melaka tahun ini sekali lagi mengadakan Mega Bonanza yang sangat menjimatkan pelanggan mereka.Berita baik untuk yang ingin mengadakan Hari Keluarga atau Family Day sesama ahli keluarga atau syarikat tempat kerja, atau pun reunion bersama rakan-rakan.

Jimat sekurang-kurangnya RM1,000. WOW. Penjimatan bermula dari RM1,000 sehingga RM3,900 . Banyak tu! Nak tahu apa pakej yang ditawarkan? 

Tawaran kali ini adalah untuk pakej family day. Konsep pakej kali ini adalah tempah dulu dan tarikh family day boleh tetapkan kemudian. Sebab pihak kami tahu nak organize family day ni susah. Nak dapatkan persetujuan semua ahli keluarga akan memakan masa. Oleh kerana tempoh promosi ni terhad, jadi boleh book dulu dan bagitahu tarikh family day kemudian. Boleh pilih tarikh dari sekarang sehingga tahun depan 31 Mei 2019. Banyak masa tu. Sekarang tak ada alasan susah nak organize family day dah ye.

Promosi ini bermula dari 25 April 2018 sehingga 13 Mei 2018 sahaja ye,boleh booking dulu dan tarikh event/family day bagitahu kemudian.


Kandungan Pakej Mega Bonanza 2018.


Pakej ini adalah penginapan 2 hari 1 malam untuk 20 orang. Kalau lebih dari 20 orang, boleh tambah bayaran mengikut pax selebihnya. Makanan di sediakan sepanjang penginapan yang terdiri daripada makan tenghari, makan malam BBQ dan sarapan pagi. Kami juga menyediakan sukaneka sebanyak 5 game bersama jurulatih. Tak lupa juga untuk kaki karaoke boleh cuba berkaraoke disini. 



Bagi yang lebih suka aktiviti air, boleh cuba berkayak atau memancing , Cuma perlu bawa joran sendiri. Di sini ada pelbagai haiwan seperti ayam, arnab, burung, kambing dan kuda. Boleh cuba bagi makan kat haiwan tersebut. Bagi kanak-kanak, kami ada sediakan pertandingan mewarna. Boleh tengok bakat mereka nanti. Tak lupa juga hamper bagi sukaneka dan peraduan mewarna. Akhir sekali kami akan sediakan banner family day dengan nama family masing-masing. Wah. Banyak kan aktiviti. 

Harga yang di tawarkan.


  • Harga asal tanpa promosi untuk 20pax ialah RM3,780 (RM189 per pax).
  • Harga promosi pakej 2 hari 1 malam utk 20pax ialah RM2,780. 
  • Harga jatuh dalam RM139 per pax sahaja. 
  • Bagi tambahan yang melebihi 20pax, dewasa RM139 dan kanak-kanak RM99 sahaja. Maximum 78pax. 

Wah.. nampak macam best dan menarik bukan? apa tunggu lagi.. meh book ... Lisa rasa nak tempah juga la untuk family .. cucu cicit mak dah ramai.. boleh la nak berkumpul macam ni .

Sangat-sangat murah. Dijamin berbaloi. Untuk tempahan, sila layari laman web di:



Whatsapp / SMS / Call:
012 – 211 8246 / 016 – 209 8623 / 012 – 202 5647
Office:
06 – 232 2761

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search