Ad

CARA MENGESAN IPHONE HILANG

CARA MENGESAN IPHONE HILANG


CARA MENGESAN IPHONE HILANG


Baru semalam dengar dalam berita TV yang seorang cikgu menuduh , denda seorang murid akhirnya murid itu nekad untuk bunuh diri dengan gantung diri dan akhirnya meninggal 01 Feb 2018 selepas koma selama beberapa hari. Aku tahu masih ramai lagi pengguna iPhone masih belum reti dan tak tahu menggunakan fungsi Find My iPhone. Disebabkan ramai malu bertanya dan aku tak nak jadi isu baru-baru ini berulang, anda ikut langkah-langkah cara mengesan iPhone hilang yang diberikan 

Find My iPhone – Membantu Pengguna Mengesan Kembali Peranti iOS Yang Hilang


"Find My iPhone" merupakan satu aplikasi yang ditawarkan oleh Apple dalam usaha membantu pengguna untuk mencari dan mendapatkan kembali telefon pintar dan tablet yang menggunakan perisian IOS yang hilang. Ia akan berfungsi apabila akaun apple ID didaftarkan ke iCloud. Aplikasi “Find My iPhone” ini memerlukan sambungan internet sama ada melalui WiFi ataupun talian selular untuk ia berfungsi.

CARA MENGESAN iPHONE HILANG

Apps ini biasanya memang dah ada dalam Phone during korang beli, Tapi jika tidak ada applikasi ini ,   download la di Apple Apps store.

Cara-cara penggunaan Find My iPhone.


1. Pergi ke laman icloud.com dan login menggunakan iCloud account anda. untuk di komputer kau cari laman iCloud.com


2. Pilih dan klik ‘Find iPhone’ pada menu utama dan kemudian klik pada ‘All Devices’ pada bahagian atas browser.

3. Pilih iPhone anda untuk mengetahui kedudukan semasa. Anda juga boleh zoom in untuk melihat lebih jelas dan mengetahui keberadaan iPhone tu.

4. Terdapat beberapa fungsi mode yang anda boleh guna pada aplikasi ini. Antaranya : 

  • Play sound – membuatkan handphone anda berdering kuat.
  • Lost mode – masukkan no telefon. No telefon akan terpapar pada screen iPhone anda.
  • Erase – Anda boleh memadamkan data yang ada pada handphone anda dan mode menyokong activation Locked dimana iPhone anda akan memadam dan tidak boleh diaktifkan semula melainkan memasukkan kembali kata laluan AppleID yang asal.
  • Location & Direction – membolehkan pengguna mengetahui lokasi peranti iOS anda samaada hilang, tercicir atau tersalah tempat. Ia turut hadir dengan sokongan integrasi aplikasi Maps untuk tujuan penunjuk arah jalan.

Contoh lokasi iPhone kau berada.

Oh ya Find My iPhone akan berkesan jika telefon itu masih On, kalau off tidak berkesan dan hanya akan hantar lokasi terakhir sahaja. Untuk Android anda boleh guna Android devices manager. Lepas ini tak payah tuduh-tuduh orang jika tiada bukti kalau telefon hilang, ikut langkah-langkah aku beri tu sudah.


Salman Sazali - Tech geek anda.
6
( Hide )
  1. bagus lisa.. lepas ni sesiapa ipon depa hilang boleh trace jer.. good tips..

    ReplyDelete
  2. Bagus ada cara macam ni, jadi tak perlu susah payah nak tuduh orang

    ReplyDelete
  3. Harap dijauhkan daripada kes phone hilang. Huhu

    ReplyDelete
  4. harap kes phone hilang tu tak jadi lagi dah lepas nih

    ReplyDelete
  5. kalau phone tersebut tak on..tak dapat juga nak trace

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo