Ad

Senarai Pelakon Lara Terindah

Senarai Pelakon Lara Terindah

Lama juga tak nampak Nelydia Senrose bermain dalam drama . Kali ini digandingkan dengan Nazrief Nazri sebagai Razlan dan Nelydia Sensore sebagai Elena dalam drama LARA TERINDAH . Drama TV3 slot Akasia , pengganti Sayangku Kapten Mukhriz . Best ke tak jalan ceritanya kena tonton sendiri la.  Pelakon lain yang juga hadir dalam drama Lara Terindah seperti : Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Ika Nabella, Bil Azali dan ramai lagi. Diarahkan oleh saudara Azmi Hata dan skrip oleh Mohd Azmy Ariff. Bersiaran bermula 31 Ogos, setiap Isnin hingga Khamis, jam 6.58 petang di TV3. Time ni time maghrib , biasa Lisa akan tonton online je di  tonton.com.my

Senarai Pelakon Lara Terindah 



PELAKONWATAK
Nelydia Senrose Elena
Nazrief Nazri Razlan
Nonny Nadirah Nisa
Bil Azali Ali
Hafeez Mikail Faiz
Jasmin Hamid Datin Liza
Rahhim Omar Dato Kamal
Roy Azman Rosli
Laila Nasir Puan Mimi
Mustaqim Bahadon Azim
Ika Nabella Lela
Zulkifli Mohd Salleh Hj Ramli
Nor Amisah Hajah Gayah
Aidil AzizAndi

LARA TERINDAH TV3
EPISOD : 14 episod 
TARIKH TAYANGAN : 31 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 6.58 petang
SIARAN : Slot Akasia TV3
SKRIP : Mohd Azmy Ariff
PENGARAH : Azmi Hata
TERBITAN : Orangetree Production Sdn Bhd
PELAKON : Nazrief Nazri, Nelydia Senrose, Hafeez Mikail, Nonny Nadirah, Bil Azali, Mustaqim Bahadon, Jasmin Hamid, Rahhim Omar, Ika Nabella, Laila Nasir, Roy Azman, Zulkifli Mohd Salleh, Nor Amisah, Kamal Ibrahim, Syafiq Ibrahim, Danial Fiq, Kim Fukazawa,


LAGU TEMA / OST LARA TERINDAH  :
Untuk OST LARA TERINDAH , bertajuk Seindah Mimpi yang dibawakan oleh Jaclyn Victor. 



SINOPSIS LARA TERINDAH

Mengisahkan seorang jejaka bernama Razlan yang sangat anti dengan perempuan dan sentiasa memberi layanan buruk kepada mereka. Elena ialah penulis skrip drama yang bekerja di produksi yang sama dengan ibu Razlan, Puan Mimi. Kebencian Razlan terhadap Elena bermula selepas kemalangan kereta yang menyebabkan Razlan terlepas sebuah projek besar.

Sejak itu, Razlan ingin membalas dendam terhadap Elena sekiranya mereka ditakdirkan untuk bertemu sekali lagi. Razlan bertambah benci dengan Elena yang dianggap mahu mengambil kesempatan daripada ibunya.

Malahan, Razlan juga memandang rendah terhadap Elena yang dilihat intim dengan Dato’ Kamal. Razlan mula berbuat baik dengan Nisa (Nonny Nadirah), pekerja baharu di syarikat Razlan yang mata duitan dan sering dijadikan mangsa bulinya.

Tujuan Razlan berbuat demikian adalah kerana dia ingin mendekati Elena agar dia dapat membalas dendam. Apa yang Razlan tidak mengetahui adalah Nisa sebenarnya sudah mula menaruh perasaan terhadap Razlan dan bertekad untuk memilikinya.

Namun, siapa sangka Razlan telah jatuh hati dengan Elena dan bersedia untuk melamarnya. Nisa berasa cemburu dan menganggap dirinya telah dipergunakan oleh Razlan. Oleh kerana sakit hati yang teramat, Nisa telah mengupah Ali untuk merogol Elena.

Peristiwa hitam itu menyebabkan Elena terus memutuskan hubungannya dengan Razlan, walaupun Razlan masih berada di hatinya. Elena kemudiannya bertemu dengan Andi (Aidil Aziz), seorang pemalu dan sering membuat Elena bahagia. Akan tetapi, kehadiran Andi belum boleh membuatkan Elena melupakan dan meneruskan hidupnya tanpa Razlan di sisi.

Elena tidak henti memohon petunjuk daripada Allah. Adakah Elena akan melupakan Razlan suatu hari nanti? Siapakah yang akan dipilih oleh Elena untuk menjadi teman hidup sejatinya?

GAMBAR PELAKON 

2
( Hide )
  1. Makin tenggelam sket nelydia senrose ni. Banyak sangat pelakon baru. Skrg trends penonton suka tengok pelakon fresh. hehe

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo