Tuesday, May 26, 2015

5 Produk WISHLIST Lisa dari RAKUTEN MALAYSIA

5 Produk WISHLIST dari RAKUTEN MALAYSIA | Perempuan dengan berbelanja memang tiada terpisahkan . Seperti Lisa , dulu memang suka shopping dengan barangan yang Lisa ingin beli ataupun terbeli. Pantang nampak tulisan "SALE" memanglah terus serbu kedai tersebut. Namun sekarang ini , jadual kerja yang padat mencuri masa Lisa untuk mencuci mata bershopping di Mall atau tempat-tempat yang sedang mengadakan promosi. Terpaksa melepaskan peluagn untuk menikmati diskaun yang ada. 

Sampai akhirnya Lisa teringat dengan RAKUTEN MALAYSIA , laman web yang membolehkan untuk bershopping semua barangan yang ingin kita beli . Harga pun less dari harga yang ada. Jimat Masa, jimat tenaga dan tentunya jimat duit dengan discount yang diberikan oleh Rakuten Malaysia. Rambang mata dengan Sale dalam web tersebut , sampai teringin beli semua barangan yang sedang discount. Barangan dari kecantikan , fashion , peralatan dapur , sport , buku , elektronik ,kesehatan dan banyak lagi. Tentunya sesuai dengan lelaki atau perempuan bahkan untuk budak-budak atau anak .

Dan diantara 5 produk WISHLIST yang Lisa ingin miliki dari Rakuten Malaysia ialah :

SK II Trial Set 10 | Set kecantikan muka yang memang Lisa pakai dari dulu.Selain mencerahkan juga menjaga kelembaban muka . Sesuai untuk wajah Lisa dan juga kalangan remaja atau dewasa pun. Lisa dan family menggunakan set kecantikan ini turun temurun sejak dari dahulu . Wah... jenguk di web rakuten mengadakan SALE untuk Trial set 10 ini. Set yang termasuk : 
1. SK II Facial Treatment Pembersih Muka 20g;
2. SK II Rawatan Facial Essence 30ml;
3. SK II Facial Rawatan Stempower 15g;
4. SK II Rawatan Facial Mask 1pc;
4.2g 5. SK II Cellumination DaySurge UV

SK II Facial Treatment Gentle Pembersih Muka 20g
Rawatan muka Gentle Pembersih menjaga kulit kalian semasa ia membersihkan 


SK II Rawatan Facial Essence 30ml
Mengandungi lebih daripada 90% Pitera ™, kandungan yang ada untuk sihat, kulit berseri. Ia membantu mengekalkan kitaran pembaharuan semula jadi kulit ke keadaan optimum untuk membolehkan khasiat kulit. Ia juga berfungsi untuk mengimbangi pH dan sebum rembesan kulit, sesuai unttuk kalian yang mempunyai masalah kulit kering dan berminyak kerana SK facial essence ini menjadikan kulit menjadi   lembap.

SK II Stempower 15g
Diformulakan dengan Kompleks Stem-Acanax revolusioner yang menembusi mendalam untuk memperbaiki kulit dari dalam. Liang kurang kelihatan dalam 1 hari. Meningkatkan ketegasan radikal dalam 10 hari. Jadi, anda dapat merasakan keindahan muda daripada 10 tahun yang lalu (seperti saya hehe ) .

SK II Hari UV Surge 4.2g
SK-II Cellumination Surge Hari Essence UV SPF30 PA ++ mengandungi kompleks aktif yang baru "Aura Cocktail Bright D". Ia merawat kerosakan kulit siang hari di siang hari, supaya kulit anda boleh membuat yang terbaik daripada penjagaan kulit anda pada waktu malam.

SK II Rawatan Mask Muka
Topeng kelembapan meningkatkan intensif yang sebaik menghidrat kulit anda, menjadikan ia nyata lebih berseri, lembut dan lut. Diperkaya dengan Pitera.
Jadi memang Lisa tak nak lewatkan peluang ini lah untuk membeli Trial Set SK10. Murah dan berbaloi. Tak perlu penat .


PoBling Pore Sonic Cleanser
POBLING PORE SONIC CLEANER ini ialah alat untuk memebersihkan muka kita dari kotoran atau sisa makeup yang melekat dimuka kita. membersihkan muka dengan lebih bersih dari pembersih biasa. Membuang kotoran dan minyak berlebihan secara sempurna . Mengurangkan liang dalam wajah kita dan pastinya muka menjadi cerah . Tampilan yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja seperti travelling atau balik kampung . Jimat kos untuk facial di spa. HEHE berbagai warna dan harga hanya rm29.90 . Murah bukan ?


MIGNON WIRELESS MOUSE 2.4GHz MS-MN804GA | 
Wireless mouse yang comel dan kecik molek ini mencuri perhatian Lisa ,Kenapa ingin memiliki mouse ini? sebabnya Lisa selalu lupa letak mana mouse tersebut dan akhirnya Hilang ! sama ada mouse mencari mouse hidup ataupon ade tangan yang gatal menyembunyikan dan mengambil mouse kepunyaan Lisa. Harga mouse ini rm 29.00 sahaja . Design yang kecik sesuai dengan saiz tangan Lisa yang comel-comel sahaja . Terdapat 3 warna iaitu Biru , Merah , dan juga Hitam . Pilih sahaja menurut kesukaan kalian. 


ATLAS MOUNTAIN ROSE FRAGRANCE MIST 
Wangian yang menyegarkan dan aroma yang tahan lama. Spray selepas mandi . Terasa romantik jika memakai wangian Atlas Mountain Rose Fragnance Mist ini. Lisa biasanya twist dengan wangian yang lain, jadi special aroma yang akan Lisa dapatkan. Hehe.



GoPro HERO 4 Silver Edition (Original Set)
Selalu nampak orang pakai goPro , teringin le jugak kan. Tapi tengok Harga.. Hurm boleh tahan juga la mahal, dan survey survey cari mana tempat yang sesuai dengan poket keuangan Lisa yang tak tebal mana maka jumpalah di page Rakuten ini. 

Ciri-ciri utama:
1080p60 dan 720p120 video
Gambar 12MP pada yang mengejutkan 30 bingkai sesaat
Terbina dalam paparan sentuh
Kalis air untuk 131 '(40m)
Penggabungan serba boleh dan menangkap pro berkualiti dengan kemudahan paparan sentuh.
4K dan 2.7K video menawarkan ultra-resolusi tinggi, menangkap pawagam berkualiti
New Malam foto dan Malam mod Luputnya
Terbina dalam Wi-Fi dan Bluetooth
HiLight Tag
HERO4 Perak mempunyai Parking ™
Mod Auto Light Rendah
Mod baru QuikCapture
Sistem baru yang berkuasa untuk kualiti audio yang bersih dan bunyi kesetiaan
Butang New khusus yang membolehkan anda dengan cepat mengakses dan menyesuaikan tetapan kamera
Buka pengalaman GoPro anda dengan percuma GoPro App dan GoPro Studio perisian.
Protune - untuk gambar + video

Lepas ini boleh selfie dan mendapatkan gambar yang lawa ! Wah... Nak beliiii !



Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.

Biodata Raysha Rizrose Pemenang Dewi Remaja 2014/2015

Biodata Raysha Rizrose Pemenang  Dewi Remaja 2014/2015 | Raysha Rizrose , adik kepada Uqasha dan Nelydia Sensrose ini telah di umumkan sebagai Juara Dewi Remaja 2014-2015 pada malam Ahad lepas. Cantik seperti kakak-kakaknya .  Pemenang diumumkan oleh Kamal Adli dan She Nabila .Acara Pencarian Dewi Remaja 2014/2015 yang disiarkan pada saluran Astro  Ria (104) dan siaran serentak di Maya HD (135) setiap malam Ahad pukul 10 malam.

Raysha Rizrose di pakaikan Mahkota pemenang Sebagai Dewi Remaja 2014/2015 oleh Nefflofa . Raysha Rizrose juga membawa pulang hadiah sebanyak RM 10,000


Biodata Penuh RAYSHA RIZROSE : 
Nama Penuh  : Farza Naquraisha binti Mohd Fariz
Nama Komersial: Raysha Rizrose
Tarikh Lahir: 22 Jun 1996
Umur: 19 tahun (2015)
Asal: Subang Jaya, Selangor
Bakat: Menyanyi, berlakon, mengacara
Ukuran Badan
Dada: 32 
Pinggang: 26
Pinggul:33
Tinggi: 170 cm
Berat: 48 kg
Facebook: https://www.facebook.com/raysharizroseofficial
Twitter: https://twitter.com/raysharizrose
Instagram: https://instagram.com/raysharizrose
Keek : https://www.keek.com/profile/raysharizrose


Tahniah untuk Raysha Rizrose... nampaknya akan mengikut jejak kakaknya dalam dunia hiburan . Semoga terus maju dan berjaya . Comel naaahh 

Monday, May 18, 2015

DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA TV3

 DRAMA DIA ISTERI LUAR BIASA TV3 | Setelah slot akasia sebelum ini Hati Perempuan Berakhir minggu lepas , kini TV3 Slot akasia menyajikan drama baru yang juga merupakan diadaptasi dari novel Umie Nadzimah yang bertajuk DIA ISTERI LUAR BIASA ditayangkan setiap Isnin- Kamis pukul 6.55 Petang . . Dilakokan dengan barisan pelakon yang memang tak asing lagi diantaranya Nur Fathia , Shukri Yahaya ( Hero dalam Asam pedas untuk dia ) , Elizad Sharifudin dan ramai lagi barisan artis yang memeriahkan drama ini. Yay dapat tengok semula Elizad Sharifudin dan jufa Shukri Yahaya .

WATAK PELAKON DIA ISTERI LUAR BIASA 
Shukri Yahaya sebagai Raden Amzar
Nur Fathia Abdul Latiff sebagai Dewi Yusra
Keith Foo sebagai CikKem
Nonny Nadirah Sebagai Eda
Uqasha Senrose sebagai Dr Akma
Ardell Aryana sebagai Nora
Elizad Sharifuddin sebagai Kaklong Zaharah
Ziela Jalil sebagai Umi Sakinah
Syatilla Melvin sebagai Razita
Raja Farah sebagai Dr Adibah
Afiq Muiz sebagai Dr Rizwan
Leez Rosli sebagai Fatiha
Alexx Yanz sebagai Shahriman
Lia Asmizza sebagai Aisyah
Azza Elite sebagai Adawiyah

SINOPSIS DIA ISTERI LUAR BIASA :

Mengisahkan kehidupan Dewi Yusra (Fathia) yang mencari suami sementara hanya bertujuan untuk mendapatkan anak. Dewi tidak percaya terhadap lelaki, kebencian Dewi terhadap lelaki terjadi akibat peristiwa silam yang masih menghantui dirinya apabila, ibunya menjadi mangsa kekejaman bapanya sendiri. Bagi Dewi dia mampu hidup tanpa cinta dari seorang lelaki, tetapi apabila Dewi perlu menjaga anak sahabat baiknya, Eda (Nonny Nadhirah) yang bernama Nina, terdetik di hati Dewi untuk memiliki zuriat.

Kerana tidak mahu berkahwin, Dewi cuba untuk mendapatkan perkhidmatan kaedah IVF dan GTF dari klinik pakar perbidanan namun ditolak kerana menyalahi undang-undang dan juga agama. Lalu tercetus satu idea apabila Dewi meminta pertolongan daripada sahabat baiknya, Cik Kem atau Kamrul (Keith Foo) untuk mencari calon suami sementaranya. Kesemua calon suami yang diaturkan Cik Kem tidak menepati citarasa Dewi. Cik Kem, walaupun lembut turut menyimpan sedikit perasaan sayang kepada Dewi, tidak ketinggalan menawarkan diri untuk menjadi suami sementara Dewi tapi ditolak oleh Dewi.

Kehadiran Dr. Raden Amzar (Shukri Yahaya), seorang pensyarah dalam satu insiden yang tidak disengajakan di Heathrow, ketika penerbangan pulang dari London ke Kuala Lumpur mengikat Dr. Raden Amzar terus disisi Dewi. Tanpa Dewi sedari, Raden Amzar sebenarnya menyukai Dewi walaupun Dewi bukanlah wanita sempurna yang dicari tetapi dia yakin dia boleh membimbing Dewi. Dewi merancang sesuatu agar Raden Amzar dapat menjadi suami sementaranya. Apa yang dirancang berjalan lancar seperti yang dirancang. Dewi dan Raden Amzar ditangkap khalwat. Mereka bernikah secara rahsia tanpa pengetahuan keluarga Raden Amzar.

Mampukah Raden Amzar mengubah pendirian Dewi terhadap lelaki dan mewujudkan rasa cinta dengan perkahwinan ini? Bagaimana pula penerimaan keluarga Raden Amzar terhadap Dewi?
Tak sabarnya tengok petang ini . Jom sama-sama tengok :D .Agak-agak sama tak ye  seperti dalam Novel , atau drama ini lebih nampak menarik dengan lakonan artis-artis yang kalian minat ? 

Lirik Lagu Potret by Akim The Majistret [ OST DIA ISTERI LUAR BIASA]

 Lirik Lagu Potret – Akim The Majistret [ OST DIA ISTERI LUAR BIASA] | Slot akasia di TV3 yang akan ditayangkan hari ini 18 May 2015 pukul 6.55 bertajuk DIA ISTERI LUAR BIASA , lakonan Shukri Yahaya dan digandingkan dengan Nur Fathia. Lagu bertajuk POTRET yang dinyanyikan AKIM and  THE MAJISTRET . Jom  dengar dan baca lirik lagu yang diputarkan dalam OST DIA ISTERI LUAR BIASA

Lirik Lagu Potret by Akim & The Majistret


 Lirik Lagu : Potret
Artis : Akim and The Majistret
Album : Single (2015)

Terangi malam ku dengan syair indah mu
Merenung kasih dalam sepi yang terasing
Saat kau pergi, lemas ku bila tiada mu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Engkau bagaikan bintang-bintang di angkasa
Hanya mampu melihat kamu yang terbiar
Walaupun sakit, walaupun pedih tak berdaya

Berjalan tenang menghampiri persisiran
Melakar namamu di sisi pasir pantai
Pastinya hilang, tidak rasaku kepadamu

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi

Menuju aku kepadamu jadi satu
Meraih kasih kita

Jauh terbawa lukisan hatimu
Hilang mencari di mana kau pergi
Tinggal aku menahan luka ini
Sampai harus ku pergi

Jauh terbawa lukisan hatimu
Warna pelangi hiasan terindah
Hati ini tak akan terbahagi
Sampai harus ku pergi


Thursday, May 14, 2015

EPISOD AKHIR DRAMA HATI PEREMPUAN

EPISOD AKHIR DRAMA HATI PEREMPUAN  | Waahhh Syarul Ridzwan tengok Sapa tu? Tengok saya ke?  Eeuuw haha. Drama yang penuh emosi . Mana tidaknya kalau kebanyakan para wanita tak suka dengan watak yuhanis yang diperankan oleh MIA AHMAD sebagai istri yang kepala batu lah, derhaka denga suami atau suka ikut kepala fikiran dia . Macam istri kurang ajar la.Tapi tengku zaril pon sabar je dengan istri dia tu , Walaupun ego tapi tetap mengalah dengan childish Yuhanis

Drama yang disiarkan di TV3 setiap Isnin sampai Kamis pukul 6.55 petang ini ditayangkan dengan 28 Episod. Hari ini pulak dah sampai episod akhir drama Hati Perempuan. Lepas ini rindulah Lisa dengan Syarul RIdzwan ni , juga angah yang juga selalu dipanggil bonsai (nadzi adhwa ) .Normallah.. kebanyakan kaum perempuan minat dengan pelakon lelaki . Hihi include me . 


Bagaimana akhir drama Hati perempuan ini ? Tengok trailer macam Hanis kena bunuh oleh Tengku Amalin,Nizam pula bunuh Tengku Zaril .  Betul ke ? Tonton petang ini Drama Hati Perempuan Episod akhir 14 May 2015 hanya di TV3 .

TONTON HATI PEREMPUAN EPISOD AKHIR 


Trailer;

Hati Perempuan - Episod 28 ( AKHIR )

PSSTT : FAFAU jangan tengok lama-lama Syarul la.. jeles Lisa. HIHI .. Sweet nye jelingan Mia AHmad.


Tuesday, May 12, 2015

CARA MUDAH MENYIMPAN EARPHONE

CARA MUDAH MENYIMPAN EARPHONE  | Earphone , bagi kalian yang suka menggunakan earphone untuk dengar lagu , atau menggunakan peranti ini ketika memandu boleh try tips ini. Kebanyakan wayar earphone yang panjang itu kalian akan campak di kereta atau main sumbat macam tu dalam beg. Dan ketika kalian ingin menggunakan kembali earphone.. maka mulalah masalah timbul seperti wayar tu terbelit-belit dengan barang yang ada dalam beg atau pon wayar tu cepat putus . Ha.. kalau dah jadi macam ini siapa yang susah ? Kalian juga kan .

Berikut Lisa kongsikan cara mudah untuk menyimpan earphone supaya nampak kemas . 
1. Letakkan earphone pada tangankalian seperti gambar 1 diatas .
2. Kemudian gulungkan wayar earphone , tinggalkan sedikit
3. keluarkan jari lepaskan ikatan tu dan tahan dengan jari tengah .
4. Balut dengan sisa wayar yang sedikit tadi 
5. kemaskan dengan memasukkan wayar tu kedalam lipatan pertama.
6. siap ! Mudah dan senang kan .

Jom cuba ! Lepas ini tak ada lah pening-pening lagi dengan wayar wayar yang saling berbelit .


Ketam Blackpaper Di hari Ibu

KETAM BLACKPAPER DI HARI IBU | Seperti kalian tahu yang Semalam ialah hari Ibu,namun bagi Lisa Hari-hari ialah hari Ibu. Tak perlu 
Tunggu Sampena hari Ibu untuk memanjakan wanita yang bergelar Ibu /mama/ummi/mummy.

Dan kami bawalah ibu ke tempat makan special. Lunchenon di Ritch cafe.Tempat makan wetern yang halal.. Dengan harga yang boleh tahan. Takpa.. Sekali sekala. 
Dan kami bersepuluh orderlah menu makanan yang kami nak makan. Dari beef, tuna dan chicken Blackpaper kegemaran Lisa. 

Bunga ini menjadi tarikan mata ku. Kulihat , kupegang dan kemudian kucium. Wangi !. You know What , bunga ini selain untuk hiasan , air yang ada didalam gelas tu pun mengeluarkan aroma wangi . Kenapa ? Dalam air tu dicampuri dengan bunga lawang . Kalian must try la. wangi .

Kami pun order dengan menu pilihan kami . Kenyang dan puas hati . Rasa pun sedap.
Malam pulak turn kami tuk masak . Nak manjakan wanita yang bergelar mami . Ada yang masak spaghety , Ketam blackpaper , kek oreo chezze . Hahaha rupa failed tapi rasa sedap . Bukan nak sedapkan hati tapi memang macam tu la kenyataannya .

 .



Ketam Blakcpaper Hongkong , takpernah lagi kan nampak ketam masak dengan daun kari sekali. Rasa bukan rasa daun kari , tapi lebih ke blackpaper . Daun tu untuk wangi dan keluarkan aroma . Tak pernah masak ketam , tahu makan je . Tengok youtube dan kemudian praktikkan . Dan inilah hasilnya . Mahal gilos ualls ketam disini. RM95/kg . 3 Ekor seharga rm136 . FUHH .. Jarang dah meluangkan masa bersama , masak sama-sama ,, makan sama-sama . . dan part basuh pinggan.. Lisa lee... -_- diorang ni tau masak campak-campak je tapi part nak bersihkan tu memang failed. Haha.

Selamat hari ibu untuk semua wanita bergelar ibu . Kasih sayang mu tiada pengganti .



Monday, May 11, 2015

PENJARA Lelaki Tak Solat Jumaat

 PENJARA Lelaki Tak Solat Jumaat  | Menunaikan solat Jumaat ialah wajib hukumnya untuk lelaki yang sudah baligh dan juga diberi kemampuan untuk mendirikan solat Jumaat. Kecuali sakit, musafir , takut dizalimi, dan hujan . Sekarang ada negeri yang menjadikan hari Jumaat sebagai hari cuti seperti Johor, Kelantan , Kedah dan Teregganu.. Ianya bukan halangan bagi kaum llaki untuk mendirikan solat Jumaat. Tapi kan.. seperti yang kita nampak.. time untuk solat Jumaat tapi masih ada sahaja orang lelaki yang berada diluar atau melepak kedai makan dan pusat hiburan atau di Shoping kompleks .

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9)
dipetik dari Sinar harian  , Bermula 1 June 2015, umat Islam yang tidak menunaikan solat Jumaat sebanyak tiga kali berturut-turut boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 13 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Kedah 2014, kata Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik).Ketua Pegawai Penguatkuasa Jaik, Syeikh Ahmad Fisol Omar berkata, mereka yang didapati bersalah boleh disaman tidak lebih RM1,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

 Semoga selepas ini negeri-negeri lain pun akan mengikut juga. Sila jangan ponteng-ponteng ya .


SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ

SEGMEN JOM CATWALK BERSAMA PAPAGLAMZ | Jom sama-sama meriahkan segmen dari papaglamz . Syarat yang cukup mudah . Bloglist korang akan diletakkan di blog papaglamz.com

SYarat-syarat :

Mestilah mempunyai blog

Follow blog Papaglamz.com yang berwajah baru sekarang ni

Like FB page Papaglamz yang ada di sidebar sebelah kanan tu.

Follow instagram Papaglamz sekiranya ada.

Thursday, May 7, 2015

Menu Baru KFC BUTTER GARLIC CRUNCH 2-pc COMBO

Lunch : KFC BUTTER GARLIC CRUNCH | Kesibukan kerja semenjak dua menjak ini membuat Lisa kurang meluangkan masa untuk keluar makan tengah hari . Sama ada bawa bekal ataupon tunggu petang balik kerja baru nak makan. Hari rabu , dimana kebanyakan kedai makan disini akan tutup. Perutpon menari-nari bak budak kecik minta susu. Lapar oi.. Takda pilihan lain, KFC tempat terdekat untuk makan. 

Lisa sebenarnya memang memilih sikit dalam memakan ayam , muak .. and entah .. Lisa memang suka makan sayur-sayur atau daging or ikan. Tapi setelah masuk dalam KFC,,  ternampak menu baru kfc yang baru m Butter garlic crunch  ada 1pcs combo dan 2-pc combo. Nampak macam ada perisa pedas  maka tak tunggu lama dah , Lisa pilih je menu tersebut BUTTER GARLIC CRUNCH 2-PC COMBO .Sebab saya tak suka makan nasi ayam . Haha

Chezzy fries , nyum nyum.

Rasa ayam yang pedas macam wasabi la kalau lidah Lisa . Ayam empuk dan enak . Haa.. Gigitan pertama membuat Lisa menangis mengeluarkan airmata sebab pedas. Kalian boleh dapatkan harga yang special pada time Lunch hours dan Dinner hours . Macam tak percaya je Lisa boleh  habiskan dua ketul ayam ni. Biasa makan 1ketul pon tak leh nak habis.



Sunday, May 3, 2015

Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
RM50 Cash x 10 pemenang

Mula : 3 Mei 2015 | Tamat :17 Mei 2015


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Cash RM500 2015 by Aku Penghibur


Saturday, May 2, 2015

Masker Pilihanku, IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK

Masker Pilihanku ,IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK  | Bukan hanya badan sahaja yang penat , Namun kulit muka pun boleh penat. Macam mana tu ? Habuk , kotoran , makeup , hujan , panas menyebabkan kulit muka menjadi tua dan terjadinya kulit mati . Stress kerja dan aktivity yang padat pun boleh membuat muka berkerut tau ! . Pastinya wanita tak suka dengan kulit wajah yang berkerut ibarat seperti monster atau hantu yang selalu membayangi wanita. SERAM !

Lisa pon penat , banyak masa lisa habis untuk kerja. Ditambah dengan aktivity kerja diluar  lagi. Huh.. malam balik rumah muka pon terasa penat . Kadang kalau tak cuci bersih muka ni akan menjadi jerawat ! ya .. kulit muka yang sensitif dan terdedah dengan habuk dan kotoran memang akan jadi macam tu . 
Dan Lisa pilihlah IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK . Sejuk dimuka dan terasa macam fresh . Lembut dan juga aroma yang wangi.

Masker kulit muka yang mempunyai banyak manfaat. Jenis masker yang lain lisa tak try lagi. sbab pernah try dan keesokan harinya tumbuh jerawat comel. Tak taula.. mungkin sebab kulit muka tak sesuai . IDO'S , Sel Stem Botani Teknologi canggih inovatif merangsang mekanisme pertahanan tubuh untuk pertumbuhan semula sel dan rejuvenation yang dilengkapi dengan regenerasi tindakan ke atas epidermis untuk pembaharuan sel dan pembezaan; penyusunan semula pada Dermo-epidermis dermis junctionand untuk mengetatkan kulit dan pengukuhan; melindungi dari radikal bebas yang kuat yang menyumbang kepada pengurangan kerengsaan persekitaran dan #inflammationto sensitiviti kulit pertempuran dan alahan. 


Dibuat dari bahan-bahan yang melindungi kulit daripada kerosakan UV, memutihkan dan mencerahkan mana-mana pra-pigmentasi. Selain itu, bahan-bahan aktif menyediakan pelembap hingga ke dasar kulit membuat kulit tidak kering dan berkesan mengekalkan molekul air dalam sel-sel kulit. Oleh itu, dengan penyembuhan, anti sensitif, anti-penuaan, pemutihan dan pelembab fungsi, Twilight Guardian Mask segera membentuk perisai pelindung telus bulat-the-jam di muka, meninggalkan kulit lembut dan berseri.
Open IDO'S TWILIGHT GUARDIAN MASK , kemudian lekatkan dimuka . Wahh sejuk dan fresh macam letak ais atas muka . Hahaha.. tunggu dalam 30 minute dan kemudian tanggalkan.
Dan rasakan kelembutan kulit ketika bangun tidur. Tadaa... rahsia kecantikan yang selama ini Lisa amalkan .  ( Cewahh... ayat.. ! )


Kekal berseri selepas mencuci muka . 

Nampak tak wajah Lisa yang berseri-seri bagaikan dapat bonus sebulan gaji. Hahaha..  Pilihlah mask yang sesuai dengan kulit kalian . Dan pemakaian yang teratur , kalau busy dan tak sempat.. Lakukan seminggu 2@3 kali. Terutama untuk kalian yang nak kahwin tu .. Yang mak orang pun boleh buat le.. nanti suami pon sayang . Heee...

 Tips lain untuk kekal berseri , minum air putih banyak-banyak ketika bangun tidur dan rest & tidur secukupnya . Yang suka pakai makeup tu , pilihlah makeup yang tak terlalu banyak kangdungan bahan kimia. Sekarang kan dah banyak makeup yang menggunakan bahan herba , pandai-pandailah kalian pilih . hehe.. 


Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search