Ad

Showing posts with label peraduan.. Show all posts
Showing posts with label peraduan.. Show all posts

Beli Cermin Mata di OPTOM Bangi dan Menang iPhone 14 !

Beli Cermin Mata di OPTOM Bangi dan Menang iPhone 14 ! 

Assalamualaikum , pernah dengar tentang OPTOM ? Bukan sekedar kedai cermin mata tapi ia juga lakukan pemeriksaan optometri dengan betul dari awal, juga disediakan konsultasi khas mengikuti tahap kesihatan mata. Berita gembira , beli cermin mata di kedai cermin mata OPTOM Bangi, korang berpeluang memenangi Iphone 14 ! Wahhh siapa yang taknak kan ! 

KENAPA PILIH OPTOM ? 


OPTOM Eyecare Bangi ni dia lebih mementingkan kepada servis klinikal dari menjual segala spek yang ada, walaupun pelanggan datang untuk buat cermin mata je, tapi mereka tetap akan buat pemeriksaan mata  . Apa tu klinikal servis ? Maksudnya disini paling mementingkan pemeriksaan mata, kondisi mata kita bukan sekadar check power rabun atau pun silau sahaja tapi akan ada pemeriksaan untuk saraf mata dari bahagian depan dan juga belakang mata, dari situ kita boleh lihat lah saluran darah dalam mata kita ni cantik or ada masalah lain . Lisa ingatkan untuk budak sahaja yang perlu buat klinikal service ni , sebab masa little boy buat cermin mata .. kena buat test bagai dan rujukan dari doc sebab budak dibawah umur memang kena buat check mata menyeluruh dulu. 



Kelebihan OPTOM Eyecare 

1. Personalised.
Kelebihan bila membuat cermin mata di Optom Eyecare Bangi ni, korang boleh custom cermin mata korang sendiri BeSpoke'. Bentuk wajah semua orang berlainan , ada yang oval , bulat , petak . Bukan semua frame sesuai untuk wajah kita ye . Lebih lagi macam yang bertudung ni ,, kalau boleh buat custome made lagi bagus .jugak boleh pilih warna, frame, dan sebagainya .'

2. Khidmat Nasihat 
Optometri di Optom Bangi akan memberikan konsultasi dan juga penyelesaian yang bersesuaian bagi setiap seorang yang memiliki penyakit mata yang berbeza. Jika ianya serius, rawatan susulan ataupun klien perlu dirujuk ke hospital .

3. Pengesahan rabun.
Di OPTOM korang akan di check untuk pengesahan rabun melalui test di Mesin Phoropter - Second step untuk check sama ada ada masalah rabun dekat atau jauh. pemeriksaannya teliti barula boleh tentukan cermin mata yang sesuai dengan mata kita . 

              

4. Pemeriksaan saraf mata
yang ni untuk tengok saraf mata kita di bahagian hadapan , boleh check sama ada kita ada selaput atau mata merah penyakit kencing manis, glaukoma yang akan menyebabkan buta.  Untuk saraf mata di bahagian belakang mata pula, alat ni boleh tengok struktur mata kita seperti kornea, iris dan lensa. Melalui alat ni, boleh check samaada kita ada masalah mata katarak atau pun tidak 

5. Pemeriksaan struktur mata.
Pemeriksaan struktur mata yang cukup lengkap dan sangatlah detail ok,ni nak tahu jarak antara bola mata atau ada sebarang keadaan yang tak sihat dengan kedudukan bola mata serta masalah-masalah berkaitan yang menganggu sistem penglihatan kita nanti,jadi mereka boleh memberi khidat nasihat apa yang perlu di lakuka untuk menambah baik.

6.Pengurusan sistem penglihatan
Selepas korang buat pemeriksaan detail semua tu , mereka akan mengsyorkan cermin mata yang sesuai . Lepas ni baru la korang boleh pilih sama ada nak pilih jenis kanta yang standart sampailah ke premium . 


Terkini OPTOM Eyecare Bangi juga menawarkan dalam pemeriksaan klinikal dari segi:
  • Membantu membaiki mata letih
  • Menguatkan otot mata
  • Membantu menghentikan mata berair
  • Membetulkan alignment mata
  • Mengesan penyakit kencing manis dan darah tinggi dari mata
Paling menarik dari pemeriksaan mata korang boleh kesan penyakit kencing manis dan darah tinggi jugak. Ini kerana penyakit-penyakit tersebut akan memberi kesan kepada mata dan penglihatan korang. Ianya bukan hanya sesuai untuk dijadikan pemeriksaan mengesan malah ianya boleh dijadikan pemeriksaan berkala.



Beli Cermin Mata di OPTOM Bangi dan Menang iPhone 14 ! 

Dengar iPhone 14 siapa yang tak tergoda , Beli cermin mata di OPTOM Bangi dan Menangi iPhone 14 .. rasa teringin nak join cabutan bertuah ni pula . Cara untuk menyertai pertandingan ini mudah sangat dimana korang boleh membuat pembelian cermin mata atau  dengan pembelian minimum RM500 dalam satu resit di Optom Eyecare Bangi. Bagi yang dapatkan servis klinikal atau check mata di OPTOM ni pun layak join cabutan bertuah ni

Hadiah Utama 
Iphone 14 bernilai RM5,299 x 1 pemenang


Hadiah Bulanan 
• 1 gram Emas Public Gold bernilai RM1,750 x 3 pemenang
• Ray-Ban Sunglasses bernilai RM3,000 x 3 pemenangCooking Set Carote bernilai RM259 x 1 pemenang
• Air Fryer Philips bernilai RM184 x 1 pemenang
• Microwave Sharp bernilai RM295 x 1 pemenangVacuum Dyson bernilai RM459 x 1 pemenangHairdryer Philips bernilai RM115 x 1 pemenang

Syarat-Syarat Penyertaan

1. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia.
2. Peserta perlu membuat pembelian minimum RM500 dalam satu resit di Optom Eyecare Bandar Baru Bangi untuk layak dikira sebagai penyertaan.
3. Kemasukan mestilah sekurang-kurangnya 70 orang dan ke atas di setiap bulan untuk memastikan hadiah menjadi milik korang. Makanya pakatlah dengan family atau kawan-kawan join lucky draw ni. Mana tahu rezeki dapat hadiahkan?


Tempoh Peraduan

1. Penyertaan dibuka mulai 10 Oktober 2022 sehingga 10 Oktober 2023.
2. Pihak Penganjur berhak untuk mengubah, melanjutkan atau menamatkan Peraduan termasuk Tempoh Peraduan Bulanan atau Tempoh Peraduan (keseluruhannya) mengikut budi bicara mutlaknya dengan memberi notis terlebih dahulu.

Amacam ... tergoda tak ? Try la join ... Lisa pon nak join juga ni .Manatau ada rezeki dapat hadiah tu .. wuuu bolehla berselfie dengan iPhone 14 nanti . Berangan dulu ... kot jadi kenyataan . hehehe. 

Detail korang boleh klik link di bawah atau terus ke Optom Eyecare Bangi : 

Alamat Kedai Optom Eyecare.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)
 9AM-8PM ( Buka setiap hari ) 


Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles

Teka Perisa Misteri Kerepek Pringles untuk Hadiah Tunai RM20,000! Cabar cita rasa anda dengan perisa misteri serba baharu edisi terhad.


Assalamualaikum ! Bosan bosan duduk rumah ,, tengok TV , layan drama korea tambah best lagi sambil makan Pringles . Mesti ada salah satu dari korang yang buat sama macam Lisa kan.. hehehe. Hmm dah masuk dua tin Pringles ni tapi masih tak dapat tahu perisa apa didalamnya . Semua orang suka kejutan yang menyeronokkan, terutama dengan makanan ringan. Terbayang akan snek semestinya Pringles menjadi kegemaran di pesta dan keramaian. Dikenali di seluruh dunia kerana bentuk kerepek yang unik dan disusun bertingkat-tingkat, kewujudan Pringles adalah untuk membawa keseronokan kepada semua orang. Sama ada anda mengidamkan snek dengan perisa hebat, atau sesuatu yang agak masam dan pedas, setiap kerepek Pringles yang berperisa sungguh rangup, dan tidak berminyak pada jari atau di mulut.


Buat pertama kalinya di Malaysia, Pringles menawarkan peminat snek dengan Perisa Misteri yang baharu! Hanya boleh didapati untuk masa yang terhad mulai 1 Mac, Perisa Misteri Pringles didatangkan dalam tin putih, maka anda boleh meneka sebelum menyuapnya ke dalam mulut!

Dicipta khas untuk mencabar cita rasa peminat Pringles di Malaysia, Perisa Misteri boleh didapati di kedai runcit utama serta laman e-dagang di seluruh negara mulai 1 Mac hingga 30 April 2020.  Untuk menjadikannya lebih menarik, seorang (1) pemenang bertuah akan membawa pulang hadiah tunai bernilai RM20,000 jika mereka dapat meneka Perisa Misteri dengan betul!


"Pringles telah diperkenalkan kepada rakyat Malaysia lebih 40 tahun lalu. Hari ini, ia telah menjadi salah satu kerepek kegemaran Malaysia untuk dijadikan kudapan. Sepanjang dekad yang lalu, kami kekal sejati dengan jenama kami, "Sekali anda makan, keseronokannya tidak akan berhenti!"  Inilah sebabnya kami terus mencipta dan mengeluarkan perisa baharu kerepek Pringles untuk menjadikan setiap pengalaman snek sungguh menyeronokkan bagi seisi keluarga," kata Bose Sanjib, Pengarah Pemasaran Kellogg di Asia Tenggara.


"Kini terdapat lapan perisa, termasuk perisa kegemaran klasik seperti Asli dan Krim Masam & Bawang, serta kombinasi lain yang lazat seperti Keju Cheesy, Panas & Pedas dan banyak lagi. Kami juga mempunyai perisa hanya untuk masa terhad atau bermusim yang diidamkan oleh rakyat Malaysia sepanjang tahun. Mulai 1 Mac, kami akan melancarkan Perisa Misteri yang menyeronokkan dan meriangkan semasa memakannya, kerana itulah Pringles yang sebenar! Sekarang, anda boleh menyertai permainan meneka bersama rakan dan keluarga, serta mendapat ganjaran untuk "meneka" perisa dengan betul. Walaupun jika anda tidak dapat memberi jawapan yang betul, anda akan berseronok bersama dengan orang yang tersayang sambil mencuba meneka perisa Pringles!" kata Sanjib.




Sungguh mudah untuk menyertai peraduan "Meneka Perisa Misteri"!


• BELI mana-mana 2 tin kerepek Pringles (jangan lupa untuk menyimpan bukti pembelian anda!)
• Log masuk ke laman web Pringles Malaysia di www.pringles.com. TEKA Perisa Misteri & maklumkan kepada kami misteri kegemaran anda tidak lebih daripada 25 perkataan.
• Sertai peraduan untuk MEMENANGI hadiah wang tunai RM20,000!

Untuk menambah keseronokan cabaran Perisa Misteri, Pringles Malaysia akan memberi satu (1) petunjuk setiap dua (2) minggu di halaman Facebooknya.  Ada empat (4) petunjuk untuk dikumpulkan, jadi jangan ketinggalan mendapatkan petua ini untuk membantu anda "menyelesaikan" perisa dengan betul!

Dapatkan kerepek Pringles Perisa Misteri hari ini dan sertai cabaran "Guess the Flavour" untuk merebut peluang memenangi hadiah wang tunai RM20,000!


Untuk maklumat lanjut tentang peraduan Perisa Misteri Kerepek Pringles, sila layari https://www.pringles.com/my/mystery-flavour/home.html atau ikuti Pringles Malaysia di Facebook: @Pringles Malaysia.







Oh btw, clue boleh tengok di Facebook Pringles ya! Good luck korang!

5 Produk WISHLIST Lisa dari RAKUTEN MALAYSIA

5 Produk WISHLIST dari RAKUTEN MALAYSIA | Perempuan dengan berbelanja memang tiada terpisahkan . Seperti Lisa , dulu memang suka shopping dengan barangan yang Lisa ingin beli ataupun terbeli. Pantang nampak tulisan "SALE" memanglah terus serbu kedai tersebut. Namun sekarang ini , jadual kerja yang padat mencuri masa Lisa untuk mencuci mata bershopping di Mall atau tempat-tempat yang sedang mengadakan promosi. Terpaksa melepaskan peluagn untuk menikmati diskaun yang ada. 

Sampai akhirnya Lisa teringat dengan RAKUTEN MALAYSIA , laman web yang membolehkan untuk bershopping semua barangan yang ingin kita beli . Harga pun less dari harga yang ada. Jimat Masa, jimat tenaga dan tentunya jimat duit dengan discount yang diberikan oleh Rakuten Malaysia. Rambang mata dengan Sale dalam web tersebut , sampai teringin beli semua barangan yang sedang discount. Barangan dari kecantikan , fashion , peralatan dapur , sport , buku , elektronik ,kesehatan dan banyak lagi. Tentunya sesuai dengan lelaki atau perempuan bahkan untuk budak-budak atau anak .

Dan diantara 5 produk WISHLIST yang Lisa ingin miliki dari Rakuten Malaysia ialah :

SK II Trial Set 10 | Set kecantikan muka yang memang Lisa pakai dari dulu.Selain mencerahkan juga menjaga kelembaban muka . Sesuai untuk wajah Lisa dan juga kalangan remaja atau dewasa pun. Lisa dan family menggunakan set kecantikan ini turun temurun sejak dari dahulu . Wah... jenguk di web rakuten mengadakan SALE untuk Trial set 10 ini. Set yang termasuk : 
1. SK II Facial Treatment Pembersih Muka 20g;
2. SK II Rawatan Facial Essence 30ml;
3. SK II Facial Rawatan Stempower 15g;
4. SK II Rawatan Facial Mask 1pc;
4.2g 5. SK II Cellumination DaySurge UV

SK II Facial Treatment Gentle Pembersih Muka 20g
Rawatan muka Gentle Pembersih menjaga kulit kalian semasa ia membersihkan 


SK II Rawatan Facial Essence 30ml
Mengandungi lebih daripada 90% Pitera ™, kandungan yang ada untuk sihat, kulit berseri. Ia membantu mengekalkan kitaran pembaharuan semula jadi kulit ke keadaan optimum untuk membolehkan khasiat kulit. Ia juga berfungsi untuk mengimbangi pH dan sebum rembesan kulit, sesuai unttuk kalian yang mempunyai masalah kulit kering dan berminyak kerana SK facial essence ini menjadikan kulit menjadi   lembap.

SK II Stempower 15g
Diformulakan dengan Kompleks Stem-Acanax revolusioner yang menembusi mendalam untuk memperbaiki kulit dari dalam. Liang kurang kelihatan dalam 1 hari. Meningkatkan ketegasan radikal dalam 10 hari. Jadi, anda dapat merasakan keindahan muda daripada 10 tahun yang lalu (seperti saya hehe ) .

SK II Hari UV Surge 4.2g
SK-II Cellumination Surge Hari Essence UV SPF30 PA ++ mengandungi kompleks aktif yang baru "Aura Cocktail Bright D". Ia merawat kerosakan kulit siang hari di siang hari, supaya kulit anda boleh membuat yang terbaik daripada penjagaan kulit anda pada waktu malam.

SK II Rawatan Mask Muka
Topeng kelembapan meningkatkan intensif yang sebaik menghidrat kulit anda, menjadikan ia nyata lebih berseri, lembut dan lut. Diperkaya dengan Pitera.
Jadi memang Lisa tak nak lewatkan peluang ini lah untuk membeli Trial Set SK10. Murah dan berbaloi. Tak perlu penat .


PoBling Pore Sonic Cleanser
POBLING PORE SONIC CLEANER ini ialah alat untuk memebersihkan muka kita dari kotoran atau sisa makeup yang melekat dimuka kita. membersihkan muka dengan lebih bersih dari pembersih biasa. Membuang kotoran dan minyak berlebihan secara sempurna . Mengurangkan liang dalam wajah kita dan pastinya muka menjadi cerah . Tampilan yang kecil dan mudah dibawa kemana sahaja seperti travelling atau balik kampung . Jimat kos untuk facial di spa. HEHE berbagai warna dan harga hanya rm29.90 . Murah bukan ?


MIGNON WIRELESS MOUSE 2.4GHz MS-MN804GA | 
Wireless mouse yang comel dan kecik molek ini mencuri perhatian Lisa ,Kenapa ingin memiliki mouse ini? sebabnya Lisa selalu lupa letak mana mouse tersebut dan akhirnya Hilang ! sama ada mouse mencari mouse hidup ataupon ade tangan yang gatal menyembunyikan dan mengambil mouse kepunyaan Lisa. Harga mouse ini rm 29.00 sahaja . Design yang kecik sesuai dengan saiz tangan Lisa yang comel-comel sahaja . Terdapat 3 warna iaitu Biru , Merah , dan juga Hitam . Pilih sahaja menurut kesukaan kalian. 


ATLAS MOUNTAIN ROSE FRAGRANCE MIST 
Wangian yang menyegarkan dan aroma yang tahan lama. Spray selepas mandi . Terasa romantik jika memakai wangian Atlas Mountain Rose Fragnance Mist ini. Lisa biasanya twist dengan wangian yang lain, jadi special aroma yang akan Lisa dapatkan. Hehe.



GoPro HERO 4 Silver Edition (Original Set)
Selalu nampak orang pakai goPro , teringin le jugak kan. Tapi tengok Harga.. Hurm boleh tahan juga la mahal, dan survey survey cari mana tempat yang sesuai dengan poket keuangan Lisa yang tak tebal mana maka jumpalah di page Rakuten ini. 

Ciri-ciri utama:
1080p60 dan 720p120 video
Gambar 12MP pada yang mengejutkan 30 bingkai sesaat
Terbina dalam paparan sentuh
Kalis air untuk 131 '(40m)
Penggabungan serba boleh dan menangkap pro berkualiti dengan kemudahan paparan sentuh.
4K dan 2.7K video menawarkan ultra-resolusi tinggi, menangkap pawagam berkualiti
New Malam foto dan Malam mod Luputnya
Terbina dalam Wi-Fi dan Bluetooth
HiLight Tag
HERO4 Perak mempunyai Parking ™
Mod Auto Light Rendah
Mod baru QuikCapture
Sistem baru yang berkuasa untuk kualiti audio yang bersih dan bunyi kesetiaan
Butang New khusus yang membolehkan anda dengan cepat mengakses dan menyesuaikan tetapan kamera
Buka pengalaman GoPro anda dengan percuma GoPro App dan GoPro Studio perisian.
Protune - untuk gambar + video

Lepas ini boleh selfie dan mendapatkan gambar yang lawa ! Wah... Nak beliiii !



Anda boleh mendapat produk-produk tersenarai di Rakuten Malaysia Post ini merupakan entry untuk Peraduan Blogger ShopCoupons X Rakuten. Anjuran ShopCoupons. Rakuten Voucher tajaan Rakuten Malaysia.
© all rights reserved
made with by templateszoo