PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Hadiah Wang Tunai RM 1,400.00 !

PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Menangi  Wang Tunai  RM 1,400.00 !

Buku, novel  dan Lisa memang tak dapat terpisahkan , tapi aku lebih suka yang kisah ada sejarah gitu la. Malam-malam memang selalu luangkan masa untuk baca , ala-ala ulat buku gitu . Ha.. biasanya kalau membaca ni mesti mulut rasa nak mengunyah je kan .. Tempoh hari cuba  goreng sendiri keropok , masak panas-panas lepastu makan .. aum sedapp. Lisa try goreng keropok  Mony Crackers , menghimbau kenangan zaman belajar dulu .


Mony Crackers terdapat 5 Perisa

Sebenarnya keropok Mony Crackers ni ada banyak lagi perisa , tapi Lisa hanya try yang dua ni dulu la ; Sari udang dan Ceriping pedas.  Ternampak time makan di beberapa kedai makan , macam sedap je yang perisa ceriping pedas tu . Keropok perisa udang memang kesukaan emak la, boss pun suka . Hahaha...  Mony Crackers terdapat 5 Perisa , iaitu :

1. Sari Ikan

2. Sari Udang
3. Bawang Tersanjung
4. Bawang Bibir
5. Ceriping Pedas


Tersedia dalam paket  @ 200gr, @ 500gr * dan @ 5kg * , untuk 2kg dan 5kg tu terhad pada perisa tertentu sahaja kayh . Antara pasar raya besar yang jual produk Keropok Mony ini ialah Giant, EconSave, MYDIN, NSK, UO dan banyak lagi. 





sari udang

MONY CRACKERS  HALAL ?

Yang ni mesti akan jadi keutamaan sebelum pilih makanan , haruslah periksa halal atau tidak makanan yang kita ingin makan tu . Jangan risau MONY CRACKERS disahkan dengan HALAL  oleh Majelis Ulama Indonesia . Ada logo halal di paket Mony .

Produk keluaran "Mony Crackers" (atau dikenali dengan Keropok Mony) ini mula diperkenalkan sekitar tahun 2009, dimana mereka menyediakan beberapa keropok dan kudapan yang mudah untuk dicari di Malaysia. Dengan tagline "Rangup nyer!", produk keluaran Keropok Mony dihasilkan dengan mengunakan resepi tradisi dan menggunakan teknik yang moden untuk memastikan ia berkualiti baik. 

MONY CRACKERS menggunakan aditif yang berasal dari tumbuhan, sintetik dan haiwan (untuk ikan & udang)

Tada... dah siap goreng ! senang dan cepat je goreng keropok Mony Crackers ni .  Goreng keropok ni kan selalunya panas , lepas tu tunggu lama , meletup dan kena jemur dulu baru nak rasa crunchy ... krak krik kruk gitu .. Awalnya nak minta mak je goreng sebab malas tunggu , hahaha ! Lisa gagahi juga menggoreng sendiri , dah besar panjang tak kan nak harapkan mak lagi kan .. ye dak ?  Takde la sampai buat trick masak yang potong botol air then pasangkan ke Sudip elak kena panas tu . 😋  . Hanya perlu 5-10 saat je untuk tunggu keropok tu kembang .

Senang je weih , tak perlu tunggu lama . Berapa minit je dah siap goreng dua bungkus keropok ni .  Ha. nak bagitau gak , MONY CRACKERS mudah digoreng (tidak perlu dijemur untuk dikeringkan dulu ). Mony juga cepat kembang supaya jimat penggunaan minyak . 

PERADUAN MONY CREATIVE CONTEST , Hadiah Wang Tunai  RM 1,400.00 ! 


Ha... sambil makan tu , korang jangan lupa nak selfie atau ambik video yang kreatif tau . Lepas tu upload di Instagram atu Facebook . Sebab #MonyCrackers ada buat peraduan MONY CREATIVE CONTEST tau. Hanya perlu share gambar / video sekreatif yang mungkin bersama dengan keropok Mony ni.

Cara Join MONY CREATIVE CONTEST : 

  1. Pastikan  anda sudah "Like" page rasmi Keropok Mony.
  2. Selepas Like page, sila Like post INI dan Share dekat Facebook anda.
  3. Hasilkan gambar atau video mengenai Keropok Mony - Selfie bersama Keropok Mony, Video goreng Keropok Mony dan sebagainya.
  4. Jangan Lupa muat naik Gambar / Video anda bersama hashtag #monycrackers #monychallange #monycreativecontest . Ini WAJIB ya!
    *Untuk gambar di Facebook korang kena tag Facebook  : Indani Utama 
NOTA
  • Contest bermula pada 17 Julai 2017 sehingga 31 Julai 2017
  • Pemenang akan dihubungi melalui 'Direct Message'.

Haaa itu sahaja syarat-syarat penyertaan untuk anda sertai Mony Creative Contest ini. 



Hadiah lumayan sebanyak RM1400 menanti tu , tak cuba tak tau .. mana tau kot-kot dapat menang bak kata pepatah rezeki tak pernah salah alamat. . Jangan tunggu lagi. Jom JOIN sekarang ! Upload cepat-cepat tau! Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk Keropok Mony dan juga contest 

Jangan lupa like :-
Facebook :  Keropok Mony 
Instagram : MONYCRACKERS.MY  


{ 25 comments.. read them below or add one }

careno careno July 21, 2017 at 4:47 PM
tak pernah rasa... tp knape mcm tak pernah nmpak pun kat kedai/pasaraya... iklan jer pernah nmpak yg nyanyi lagu tu...
Najeeb Abdullah Najeeb Abdullah July 21, 2017 at 4:50 PM
Bestnya...baru tahu ada banyak variasi keropok. Selalu jumpa yang kaler² tu je.
Miera Hassan Miera Hassan July 21, 2017 at 4:55 PM
Eh mudah je cara nak menang.. Nak try la.. Mana tau rezeki kan
Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz July 21, 2017 at 5:08 PM
Waaa lamanya tak makan keropok mony.. dlu2 suka sangat makan.. swdappp.
Fuyoo ada peraduan lagi.. apalagi marilah kita pakat2 join peraduan ..
Dkna Abza Dkna Abza July 21, 2017 at 5:19 PM
Tak perasan lak kepok ni kat mydin. Semua mydin ada eh?
Lisa Nurulain Lisa Nurulain July 21, 2017 at 5:49 PM
kedai kurang kot ..tp pasaraya biasanya ada kt bahagian keropok2 gitu
:D
Lisa Nurulain Lisa Nurulain July 21, 2017 at 5:51 PM
kat kluang ni dh bnyak kedai yang bgi keropok perisa ikan atau ceriping pedas tu . aritu nmpak dkt rail coffe ada. ha ah .. kropok kaler2 tu time dlu2 selalu nampak hihi
Lisa Nurulain Lisa Nurulain July 21, 2017 at 5:52 PM
ada .. kalau tmpt dkna tkde tu mybe outofstock hehehhee
mrhanafi mrhanafi July 21, 2017 at 6:26 PM
Wow.. Ternyata macam Best juga peraduan wang tunai
Mimin Adam Mimin Adam July 21, 2017 at 6:41 PM
Keropok mong sedap. Ehh! Ada contest lahh. Try lahh mana tau boleh menang 😋
noorhaidaz eyda noorhaidaz eyda July 21, 2017 at 7:30 PM
Bila baca automatik nak nyanyi... keropok mony
Sal Sal July 21, 2017 at 8:08 PM
Mengimbau nostalgia betul keropok mony..hehehe
Sue Izza Sue Izza July 23, 2017 at 2:38 AM
sedapnyaaaa keropok huishhh banyak gak hadiahnya
mamapp mamapp July 27, 2017 at 1:10 PM
yang versi pedas mesti mama dan ayah syafi suka
monycrackers.my monycrackers.my July 27, 2017 at 5:34 PM
Banyak ... Hadiah 1 : RM 250, hadiah 2 : RM 200, hadiah 3 : RM 100 dan 17 pemenang hadiah saguhati. Jommm... cepat cepat jangan lepaskan peluang ini .. :)
Lisa Nurulain Lisa Nurulain July 27, 2017 at 8:17 PM
hahah nyanyi smbil record , nti upload kt fb mana tau menang.. tp jgn lupa makan keropok monyy