Senarai Pelakon Mencintaimu Mr. Photographer

Senarai Pelakon Mencintaimu Mr. Photographer

Drama Hero sang Cinderella dah abes dah . Boleh tahan meletop gak gandingan #FATZURA ni , . Lepas ni pula boleh tengok Syafiq kyle berlakon dalam drama adaptasi novel Mencintaimu Mr. Photographer karya Emma Mariam yang akan menyaksikan gandingan Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Hannah Delisha. Pelakon yang lain antaranya :, Marisa Yasmin, Arash Mohd, Hairie Othman, Amy Mastura, Fahmy Reza dan banyak lagi, Drama bersiri terbitan MIG Production Sdn Bhd ini mendapat sentuhan pengarah berkaliber Eyra Rahman. Akan mula disiarkan pada 3 Julai ini, setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam di saluran Astro Ria 104 dan Ria HD 123. 

WATAK PELAKON 



PELAKONWATAK
Syafiq Kyle Nazmi Elyas (Jemy)
Hannah Delisha Aira Qaisara
Arash Mohd Tan Sri Megat Miqdad
Marisa Yasmin Marlia
Hairie Othman Datuk Roslan
Fahmy Reza Akmal
Mimi Ernida Tiara
Ariz Lufias Nazrul Elyas
Aishah Azman Mila
Elvina Chua Emily
Vicha Saywho Nadia
Bernard Hiew Allan


LAGU TEMA / OST MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

Tajuk Lagu : Jampi 
Penyanyi : Hael Husaini
Lirik dan video DISINI


SINOPSIS MENCINTAIMU MR. PHOTOGRAPHER

Satu kejadian yang tidak sangka membawa pertemuan antara Aira Qaisara dan Nazmi Elyas. Aira Qaisara merupakan seorang gadis lincah dan manja yang bercita-cita untuk menjadi seorang peragawati seperti mamanya dan anak kepada seorang tokoh perniagaan, Tan Sri Megat Miqdad; terpisah dari mama dan abg tersayang kerana salah faham, yang membuatkan mamanya diceraikan oleh papanya ketika dia masih kanak-kanak. Aira yang tidak mengerti erti perpisahan tersebut telah menanam sifat benci dan marah kepada mamanya tanpa mengetahui sebab sebenar.

Nazmi Elyas atau Jemy, merupakan seorang jurugambar profesional yang terkenal dengan hasil kerja di dunia modelling. Seorang lelaki yang garang dan agak panas baran tetapi selalu cepat cair bila dengan Aira. Bekerja dengan bermacam jenis wanita yang moden dan cantik tetapi hanya Aira sahaja yang mampu membuatkan dia jatuh hati. Jemy, seorang anak yang tidak diakui status sebagai "Anak" oleh ibunya sendiri.

Peristiwa hitam yang dilalui oleh ibunya semasa dulu telah menjadikan Jemy sebagai anak buangan. Kerana terlalu sayangkan Aira, Jemy sanggup bernikah dengan Aira di seberang, sebab mendapat tentangan hebat dari papa Aira yang mahukan Aira berkahwin dengan anak sahabat karibnya, Datuk Roslan. Dan, kerana peristiwa hitam ibu Jemy jugalah yang menjadi punca kepada perpisahan dua hati ini tanpa rela.

Mampukah Jemy mempertahankan haknya? Apakah yang sebenarnya berlaku kepada ibu Jemy sehingga beliau tidak dapat menerima Jemy sebagai anaknya? Bagaimana pula dengan Aira? Mampukah dia menjalani hidup tanpa nakhodanya?

SINOPSIS NOVEL MENCINTAIMU MR PHOTOGRAPHER

Aku dah jatuh cinta dengan Mr.Photographer tu? Hanya satu klik pada lensa kamera hubungan Aira dan Jemy semakin rapat.

“Kau ingat kau tu cantik sangat ke sampai aku nak kena curi-curi tangkap gambar kau?” – Jemy

Aira geram. Ah! Photographer tu memang sengal!
“Saya nak kerja sini.” – Aira

Kerana impiannya untuk bergelar seorang model, Aira rela menelan setiap perangai berlagak dan panas baran Jemy. Namun, tanpa sedar setiap pertengkaran melahirkan cinta. Orang lain tak kenal maka tak cinta, Jemy dan Aira pula dah gaduh-gaduh baru nak kenal cinta.

“Aku nak dia gayakan rekaan terbaru aku!”
Di situ bermula detik di mana Aira, seorang pembantu studio fotografi berubah kepada seorang model.

Cinta yang kian bercambah disemi dengan kata-kata rindu dan sayang. Tentangan hebat daripada Tan Sri Megat Miqdad dan tuntutan kerjaya sebagai seorang model membuatkan Aira nekad menerima Jemy sebagai suami. Sebuah perkahwinan rahsia tercipta. Status isteri kepada seorang photographer turut dirahsiakan. Pahit manis rumah tangga dirasai. Cemburu dan kemanisan cinta membuah rasa bahagia yang tak terkata.

Dugaan dan kesilapan silam menjadi duri dalam hubungan mereka. Aira terpanar bila dituduh hanya mempermainkan perasaan Jemy sedangkan cintanya tiada penghujung. Akhirnya, demi menjaga hati masing-masing, kata perpisahan terbitdi hujung bibir. Namun, tegakah hati melepaskan yang tercinta? Rahsia apakah yang tersembunyi hingga membuat Jemy terpaksa melafazkan perpisahan? Pengkhianatan dan kesetiaan, yang mana satu pilihan mereka? 

GAMBAR PELAKON



gambar credit : myinfotaip.com


Wah tak sabar nak tengok malam ni ... suka tengok syafiq kyle berlakon . Hahaha.... jangan lupa malam ni kayh. 

1 comment... add one now

emma diana emma diana July 6, 2017 at 8:48 AM
Kacak nyanla syafiq tu kan . emma suka dia sejak dia belakon oh my english . hihi btw , emma pun photographer juga ngeee

hai salam kenalan dari emma . saya comeback untuk blogging . Jom follow saya . i'm done follow you . banyak story emma share kan seperti ni :-

Tak sia sia rajin tag dan share . So ni reward yang kekma dapat .

http://emmadianastory.blogspot.my/2017/06/vanitymirror-cermin-ajaib.html?m=1