Senarai Pelakon SHH... I LOVE YOU

Lama tak tengok si Elvina ni berlakon , ke memang Lisa dah lama tak tengok drama kat TV ? Drama Akasia yang baru adaptasi novel Shh... I Love You , gandingan Gambit Saifullah dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama. Drama ini akan ditayangkan bermula 3 April 2017, disiarkan setiap hari Isnin hingga Khamis pukul 6.58 petang di TV3. PELAKON lainnya seperti  : Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Hafreez Adam, Bella Nazari, Tash Yong, Aien Zahalan, Hani Nazrina, Nafiez Zaidi, Fikhree Bakar, Adeline Tsen, Nafiez Zaidi, Leeza Zain, Kamsani Ismail

Senarai Pelakon SHH I LOVE YOU



PELAKONWATAK
Gambit SaifullahKapten Aidan
Elvina MohamadNur Nadia Omar
Tash YongSumayyah
Hafreez AdamNaufal
Aien ZahalanDiana
Hani NazrinaAin
Bella NazariSumaira

SINOPSIS SHHH I LOVE YOU

Kisah Nadia dan Aidan yang berjumpa pertama kali di kedai dan ingin dijodohkan oleh adik-adiknya. Perkenalan yang singkat membuatkan Aidan nekad untuk menjaga Nadia kerana ada suatu rahsia disebaliknya. 

Ketika berusia 10 tahun, Nadia telah disahkan menghidap miokarditis atau lebih dikenali sebagai keradangan otot jantung. Namun setelah 5 tahun berlalu, keadaan jantung Nadia semakin merosot apabila jantungnya gagal mengepam darah dan mengalami bengkak yang teruk. Maka, pemindahan jantung adalah satu-satunya cara untuk menyelamatkan Nadia. Sejak itu Nadia hidup dalam keadaan yang menderita kerana keadaan jantungnya dan terpaksa menggunakan jantung mekanikal sehinggalah usinya 18 tahun apabila ada seorang penderma yang sanggup menderma jantungnya kepada Nadia dan jantung penderma itu sesuai dengan Nadia. Syukur Puan Asma dan Encik Omar, ibubapa Nadia kepada penderma itu tetapi nama penderma itu dirahsiakan atas permintaan penderma itu sendiri. Setelah 10 tahun berlalu selepas pembedahan itu, Nadia kini sudah boleh menjalani hidupnya seperti biasa walaupun masih kehidupan sehariannya bergantung kepada ubat-ubat hospital.

Nadia  kini memiliki jantung bekas tunang Aidan, Sumayyah yang sudah tiada. Dek kerana itu, Aidan mengahwini Nadia tanpa ada perasaan cinta.

Kemelut melanda apabila segala rahsia terbongkar. Nadia cuba meraih cinta Aidan. Mampukah rumah tangga mereka bertahan?

GAMBAR PELAKON





Senarai Pelakon SHH...I Love You

credit gambar : Myinfotaip 

3 comments.. read them below or add one

Akif Imtiyaz Akif Imtiyaz April 11, 2017 at 7:05 PM
Banyaknyer drama lening tak dan nak kejar..
Mera Hussain Mera Hussain April 16, 2017 at 9:15 PM
eh! ade anak buah mera laa dalam cerita ni. haha.. Tapi menanti feb lagi best dari cerita ni. :p