Senarai Pelakon Si Kolot Suamiku

 Si Kolot Suamiku || Lama rasanya tak tengok drama dalam Astro ni. Ternampak pula dalam Instagram Elizad yang dia akan berlakon dalam drama baru . Kali ini gandingan dengan Amar Baharin dan Siti Elizad Sharifuddin sebagai watak utama dalam drama yang bertajuk " Si Kolot Suamiku " . Semalam tengo episod yang pertama , best juga cerita ni . Cerita yang ditayangkan setiap hari Isnin sampai Khamis jam 10 Malam di Astro Ria 104 dan ASTRO RIA HD 123 . Banyak lagi senari Pelakon Si Kolot Suamiku lain seperti : Faizal Huzein , Atikah Suhaemi ,waris , dan lain-lain . Macam best je kan... kena tengok ni.


Senarai Pelakon Si Kolot Suamiku



PelakonWatak
Amar Baharin Kudin
Siti Elizad Tengku Nur Edrina
Faizal Hussein Tengku Ehsan
Kuza Toh Puan Aisyah
Sheila Mambo Mak Cik Kunah
Fahmy Reza Badrul
Atikah Suhaime Lisa
Waris Mokhtar
Zila Bakarin Puan Sri Suria
Aizat Hassan Gabriel
Dania Azmi Sofea
Tengku Fiella Lara
Syaa Nasir Farah


SI KOLOT SUAMIKU

EPISOD : 16 episod
TARIKH TAYANGAN : 15 Ogos 2016
HARI / MASA : Isnin-Khamis, 10.00 malam
SIARAN : Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123
PENGARAH : Eyra Rahman
TERBITAN : Mig Production Sdn Bhd
PELAKON : Amar Baharin, Siti Elizad Sharifuddin, Faizal Hussein, Waris, Kuza, Atikah Suhaime, Fahmy Reza, Shiela Mambo, Kismah Johar, Aizat Hassan, Dayang Areeda, Dania Azmi, Vicha Saywho, Epy Kodiang, Tengku Fiella, Syaa Nasir, Lisdawati, Kazar, Zila Bakarin

LAGU TEMA / OST SI KOLOT SUAMIKU : Dua Dunia dinyanyikan oleh Waris.


Sinopsis Si Kolot Suamiku 
SINOPSIS SI KOLOT SUAMIKU
Tengku Nur Edrina seorang anak yang degil dan menpunyai ego yang tinggi kerana ayahnya berketurunan raja dan emaknya dilahirkan di kalangan bangsawan. Angkuh dan bangga dirinya membawa hidupnya jauh dari nilai murni seorang wanita Melayu. Disebabkan dia dibesarkan di Kuala Lumpur, maka suasana kampung memang tidak kena dengan jiwa bandarnya. Kepada lelaki seorang itu dia memandang rendah dan jelak!

Kudin seorang lelaki kampung yang hidup membanting tulang kepada tanah untuk mencari rezeki. Kudin suka hidup berdikari dan lebih gemar hidup sederhana dari segala segi. Hidup di kota besar tidak pernah menjadi impiannya, bahkan wanita seperti Edrina tidak pernah tersenarai sebagai calon bakal surinya.

Mereka dipertemukan apabila Tengku Ahmad Ehsan mengunjungi Mak Kunah, emak Kudin untuk melunaskan janji lama yang pernah tersimpul kukuh antara moyang mereka dahulu. Kedatangan lelaki itu untuk membuka cerita yang terperuk lebih berpuluh tahun lalu, agar segala amanah dan wasiat dapat diselesaikan tanpa ada hutang piutang yang tidak dilunaskan sebelum dia menutup mata.

Perkahwinan atas rancangan keluarga membuatkan hidup mereka berdua kian sesak. Konflik bertambah meruncing apabila Edrina tidak mahu terus tinggal di kampung, dan Kudin pula enggan berpindah dan bernafas di kota besar.

Jadi bagaimana? Siapa yang akan mengalah akhirnya? Benarkah Kudin itu seorang lelaki kolot yang menjengkelkan? Dan selama mana Edrina mampu mempertahankan ego dan mengelak hatinya jatuh kepada lelaki seperti Kudin?





4 ulasan

Kul 10,lambat sgt waktu siaran dia lisa..huhu kakfy jam 9 dah masuk tidooo

tengok on9 je.. banyak link jhehehehee

Suka tgk pelakon elizad tu... Cantik sgt...


EmoticonEmoticon