Manfaat Bunga Lavender dari Pegasus Florist


Lavender , bagi yang pernah datang ke Cameron , pasti dah pernah nampak secara langsung lavender ni bahkan mungkin cium bunga ni.. memang cantik dan wangi . Selain jadi hiasan .. lavender ni boleh kalian jadikan sebagai pewangi bilik . Mesti pernah nampak kan di jenama-jenama pewangi bilik yang dibuat dari Lavender. Lavender ni wangi lembut dan menenangkan . . Dan ya.. bosan dengan wangian bilik yang dijual di pasaraya , Lisa cuba tukar dengan lavender kering . Sejambak bunga lavender kering ni terdapat 100 tangkai . Ada panjang dan pendek , terpulang kalian nak deco macam mana nanti . Letak dalam pasu bunga tuk hiasan pun boleh . Lavender kering yang murah , kalian boleh dapatkan di Pegasus Florist . Murah dan free delivery pula tu ..  


 Lavender kering rileks kan minda

Dari 100pcs Lavender kering , Lisa ambil sebagian dan letak di office dan sebagian lagi letak dalam bilik tidur .Biasalah ditempat kerja , kadang mood stress sebab banyak kerja ni boleh hilang kalau ada wangian lavender . Banyak juga manfaat lavender kering ni ; untuk relaxation , untuk tenangkan fikiran , untuk hiasan , weeding , untuk rileks kan minda dan banyak lagi termasuklah untuk elak serangga. Multifunction Lisa letak dalam bilik tempat kerja ni , cantik ,,, sebagai hiasan , wangi..sebagai pewangi bilik , dan juga.. halau nyamuk. Hahaha... betul.. bunga ni leh halau nyamuk atau serangga lain . 

Walaupun dihantar guna kurier , tapi bunga ni tetap utuh dan elok sampai tangan Lisa . Sebab masuk dalam kotak plastik yang keras ditambah dengan buble wrap. Usah risau , kalau ada sedikit biji-biji bunga lavender yang jatuh tu jangan buang tau .. kalian boleh kumpulkan dan masuk dalam beg kecik . Nah.. kemudian kalian boleh letak dalam beg , rak kasut , pillow atau letak dalam kereta. 




Bunga Lavender kering ni bau yang semula jadi tanpa tambahan pewangi . Picit bunga , dan akan keluar wangi lavender tu . Wangi 100pcs sejambak Lavender kering ni boleh tahan selama 1 tahun . Wah jimat ! harga pun murah .. kena beli lagi nampaknya . 



Untuk wangi yang tahan lama , elakkan dari panas matahari .Jangan rendam dengan air tau . Letak di tempat yang tak terdedah dengan panas matahari . Kalau ada habuk , blow slow-slow dengan hair dryer. 


NOTA : Lavender ini bukan untuk dimakan !!! 




Penghantaran percuma untuk kalian yang berada di Semenanjung  Malaysia ! Eh .. tunggu apa lagi.. jom skodeng PEGASUS FLORIST banyak jenis dan pilihan , mana tahu kot tertarik... hehehe

info selebihnya :

Facebook :
https://www.facebook.com/pegasusflorist

E-mail :


18 ulasan

lawanya org tuuuuuuuuuu.. btw, pic lawa. ehem ehem..

MEKASEHH... HAHAHA ehem2.. sakit tekak

Wah boleh hantar seluruh malaysia ya?ada diskaun lagi.akak minat lavender.

Wah menarik ni... xtau lak ada servis hantar pewangi bunga lavendar mcm ni.

Wah menarik ni... xtau lak ada servis hantar pewangi bunga lavendar mcm ni.

Akak suka lavender...wahh dah ada bentuk lavender dikeringkan bestnya...nk beli letak kt sudut meja opis akak tq dik lisa

bau lavender memang sedap..suka lavender..

tu la.. lisa pon baru tahu . heheh bese yang biji2 tu je yng tau

beli.. jgn tk beli. mana tau kut2 hati boss lembut. eh.. tkde kaitan .hahaa

memang sedap.. letak dalam bilik tido..lena teruis ni hahaa

ya.. boleh delivery ke seluruh malaysia.. hehe diskaun tu kena tengok kat web dia. mana tau kot ada diskaun sampena merdeka ni .. hehe

Wahhhh terbau sampai kemari haha... Cantik...berapa rm ni?

depends yang macam mana.. ada bnyak pakej . yang ni dalam 30-40 ja

dalam rm30-40 je kak..murah . hehe


EmoticonEmoticon