Pengalaman berjumpa dengan kartunis " OTAI "

gambar Lisa dengan Danial Haikal (kiri ) , Aziz (tengah ), dan Abg Lengkuas (kanan) 
 Pengalaman berjumpa dengan kartunis  " OTAI " || Lisa memang tak baca buku komik. Sebab dalam kepala ni asyik fikiryang komik tu hanya untuk budak kecil je ,,dan dalam tu mesti cerita khayalan yang mengarut. Sampailah hari sabtu lepas , Lisa pergi event Get Up ke - 4  di Kluang Mall... dan jumpa depan-depan dengan kartunis yang teramat sangat famous koooo... Kira Otai la juga .   Lisa memang le tak tahu nak beli komik apa .. dah tentu tak pernah baca.. Jadi Lisa minta sugestion dari kartunis yang ada di event tu ...  Nah gambar diatas ni gambar Lisa dengan para kartunis .. Ternyata ..pendapat Lisa ni sama sekali tidak benar !!

Jumpa kartunis OTAI Lengkuas pernah bekerja di Majalah Ujang ||

Contohnya buku ni haa.. Kisah Abdul dan Kambing , Buku ini last tingal satu je . Itupun yang didisplaykan dalam bingkai.. Lisa tanya ..boleh beli ke ? beliau cakap BOLEH ! yayy.. dan disitu juga.. dapatla gambar dan karikatur secara percuma dan live dari abg Lengkuas,.. Siap singnature . Kau hado ? Ha.. Tak ada kan .. 

Lengkuas bukan nama sebenar , merupakan seorang kartunis yang tak asing dalam area komik di Malasyia ni . Sebelum beliau jadi kartunis di majalah-majalah seperti Gelihati , Lanun dan Ujang ,, beliau pernah bekerja sebagai despatch selama 5 tahun . DIsebabkan pengalaman itu , beliau telah mencipta karya terulung yang berjudul..Mat Despatch 2 Ringgit dan Yob Peon . Pengalaman beliau sebagai kartunis sangat lama.. nak tahu tak berapa lama ? 22 tahun !!  Dan pengalaman beliau sebagai pengarah penerbitan dan ketua editor Majalah Ujang adalah selama 13tahun . ANgka pengalaman yang cukup matang untuk digelar sebagai OTAI dalam kalangan kartunis .

Kisah Abdul dan Kambing ni kisah yang penuh jenaka tapi sarat dengan pengajaran dan teladan yang menyentap jiwa. Sebab tu Lisa cakap ..komik ni lain dari yang lain . Harga untuk komik ni hanya rm10.00 saja .. korang boleh cari di kedai buku berdekatan . 



" Kawan Yang Baik adalah Kawan Yang Sentiasa Bersangka Baik.. " 




Yang ni pula karikatur yang dilukis sendiri oleh Danial Haikal di sampul belakang buku  " Sayang Ummi " menceritakan lebih kepada kisah sebuah keluarga . Mentang-mentang Lisa sepet... ha.. dia lukis mata sepet gak . Hehehe.. Terimakasih untuk kartunis Danial Haikal ... dan

Rela kutunggu Danial Haikal dan Aziz selesai makan tengah hari di Chicken Rice Shoop.. hanya untuk tunggu karikatur dan sign mereka . Hahaha.. Pertama kali datang..nampak kartunis Lengkuas ja... Segan dan takut ..hahaa..jadinya Lisa tunggu mereka la . Baru berani nak minta karikatur . Almaklumlah Lisa ni pemalu .. 

Untuk kalian yang nak dapatkan juga buku-buku karya Kartunis Lengkuas  , +danial haikal  , atau Aziz.. boleh skodeng di kedai buku terdekat.. atau... skodeng buku di
Facebook ; Humaira Bookstore  
Web : http://humairabookstore.com/ 
Jangan lupa like #KOTAKOMIK 
Facebook : KotaKomik

Juga Paradecomix
Facebook : Paradecomix 
Instagram @ paradecomix

3 ulasan

Terkesan kata2 tu...kawan yang baik ialah kawan2 yang bersangka baik

untungnya dapat jumpa lengkuas..memang suka sangat ceria mat despatch yg dia lukis..


EmoticonEmoticon