Monday, January 25, 2016

Kisah CikSepet dan Syarul Ridzwan di Kedah

Kisah CikSepet dan Syarul Ridzwan  di Kedah  || IM Aus ,bukan Australia.. tapi Iman Firdaus dalam drama Kau ,Aku ,Kita . Mesti kalian kenal kan? Alaa Syarul Ridzwan  hero dalam Hati Perempuan tu. Nak habaq kat hangpa ni .. elehh terus loghat utara. Since dari si Syahrul Ridzwan pelawa dan bawa Lisa pergi Kedah haritu dah mula guna loghat utara dah . Ceritanya lepas shoot penggambaran drama terbaru, Lisa terjumpa dengan Syarul secara tak sengaja di Stesen Minyak. Sebab kasihan tengok Lisa yang sesat entah macam mana boleh tertinggal di situ ,terpisah dari kawan-kawan... maka Syahrul pelawa la nak antar balik . Dalam perjalanan tu ofcoz la bukan kami berdua je ,ada P.A Syarul juga dan ramai orang lagi .. dia bawa Lisa singgah Kedah .. rumah makcik dia sebab nak ambil barang . Lepas tu baru balik.

Happy teramat sangat happy, siapa yang tak happy kalau leh sama-sama dengan artis yang dia minat. Happy sampai kena marah mak sebab boleh pula tertinggal dan terpisah dari kawan-kawan time on the way balik rumah tu ... nasib la ada Syarul . Senyum senyum kambing.. tapi walaupun Lisa hampir 12 jam dengan Syarul ,,, peliknya Lisa tak ada rasa nak weffie berdua dengan dia . Weird kan ?? kalau gadis-gadis lain mesti dah berebut nak ambil gambar dengan dia. Pasaipa Lisa tak nak bergambar berdua ? sebab taknak nanti jadi kontroversi media hiburan (cewahh bajet artis pula  ) .. ye la.. dah dia tolong , tak kan Lisa nak buat gosip lak nanti .

Seronok punya seronok senyum kambing .. senyum dan macam happy je... kena marah dengan mak pun masih boleh senyum.. senyum.. sampai... sampai akhirnya terjatuh dari katil . ! Lah.. mimpi rupanya . rasa macam betul-betul berlaku je . Isk.. sambung tidur semula.. eh boleh pula continue mimpi tadi . Hahah.. aduai .. tak ada angin takda hujan boleh pulak termimpi Syarul Ridzwan . CISS...


3 comments :

  1. pergh! hebat lah cik lisa nih...
    rezeki yang tak diduga nih...
    mesti time taip entri ni dok tersengih ja kan cik lisa? ^_^

    ReplyDelete
  2. haaihhh.. punya laa gigih baca.. rupanya mimpi. adehh

    ReplyDelete
  3. Hahahaha..kembang kembang hati, tersengih tersengih sendiri bace cite Lisa.. sekali mimpi da..hihihi

    ReplyDelete