Monday, January 11, 2016

Breastfeeding Tak Salah , Tapi Kena Tempat la..


ISU  Gambar ibu muda bagi BreastFeeding?   || Benda dimedia social ni tak selamanya yang elok-elok sahaja.. tapi biasanya sekarang ni benda tak elok tu yang cepat je VIRAL ! Nah.. semalam kecoh pasal ibu muda yang upload gambar dia sedang Breastfeeding anak di media social. Dan Meran (AMRAN FANS ) korang tau sendirikan dia memang suka tegur direct . Tapi teguran semalam tu dah buat mak-mak yang kekonon menyokong Breastfeeding tu serang page meran sampai la kena deactive oleh facebook. 

Pendapat Lisa sendiri ? Bukan tak sokong kempen Breastfeeding , tapi kena la tempat juga. Yang mak muda ni pula cari pasal. Sendiri upload ke media social kan dah kena  bahan umpatan orang .. , 1 Malaysia cik kak oi. Orang dulu bagi breastfeeding sorok-sorok sebab malu, sekarang ni siap ambek gambar dan kemudian upload di media sosial.  Lisa dulu pernah komen pasal isue Breastfeeding dekat status kawan di facebook.. time tu dia sedang pantang and luahkan rasa tidak puas hati sebab ada orang yang  pertikaikan dan nasihatkan dia untuk bagi anak BF (Breastfeeding) , Lisa time tu memang cetek ilmu dan info pasal BF ni. Ikut-ikut bagitau yang BF ni kena bagi ke anak sampailah umur 2 tahun . Sampailah Lisa tanya kepada adik dia apa masalah yang sebenar.. ooo anak dia yang taknak BF , memang dah paksa tapi tak nak. Jadi bukan salah dia kan ?  lepastu lisa cari dan tanya kepada orang-orang yang memang tahu pasal BF ni ,, rasa bersalah pulak sebab mungkin dia terguris hati oleh ayat Lisa .

Seputar isu ibu muda posing sambil susukan anak.
Soalan: Ustaz, apa hukum upload gambar selfie posing susukan anak?
Ustaz: Astaghfirullah. Hukumnya haram dan kena cepat2 delete.
Soalan: Tapi, dia tak dedah aurat pun. Seluruh tubuh terlindung...
Ustaz: apa saja yg penampilan perempuan boleh menarik perhatian ajnabi walaupun tutup aurat ialah haram. Dalil:
1. فلا يخضن بالقول . سورة الأحزاب
Orang perempuan tidak boleh lunakkan suara
2. ولا يضربن بأرجلهن ليعلم ما يخفين من زينتهن سورة النور
Orang perempuan jangan hentak kaki utk tunjuk perhiasan tersembunyi.
3. ولا يبدين زينتهن الا ما ظهر منها . سورة النور
Orang perempuan jangan tunjuk perhiasan yg tersembunyi kecuali yang terzahir.
4. ايما امرأة استعطرت فمرت على قوم ليجدوا ريحها فهي كذا وكذا اي زانية . حديث مسلم
Mana2 wanita yg berwangi2an dan melintasi kaum lelaki sehingga terbau wangiannya, maka ia telah (menghampiri) zina.
Soalan :apa kena mengena dalil ni dengan posing menyusukan anak?
Ustaz : jika memakai wangi wangian sehingga menarik syahwat pun sudah menhampiri zina apatalagi Gambar Breast Feeding .. tidak kah akan ada eksploitasi
Dalil2 ini bukan untuk mendiskriminasi kaum wanita, tetapi sebagai perlindungan buat mereka. Orang lelaki diminta menghormati wanita. Aurat mereka adalah ekslusif buat insan-insan istimewa dalam hidup mereka.
menjaga wanita dari di diskriminasi dan di Eksploitasi adalah tanda Agama Islam menyayangi wanita
maka jangan la membuka ruang Di Eksploitasi dengan gambar yang boleh dimanipulasi
sayangi diri dengan sifat malu dalam diri
kredit : PU Salman dan Group Whatsapp Asatizah serta Ustazah Isfadiah yang membantu mencerahkan Ummat
Dan nota yang lisa tahu mengenai Breastfeeding.. 
Tak semua ibu diberi kesempatan untuk Breastfeeding anaknya , 
Tak semua bayi nak menyusu badan ,
 Tak semua mak mampu bagi Breastfeeding , untuk mak yang sengaja taknak bagi BF tu memang tak tahu nak cakap la. 
Dan terakhir (juga nasihat dari kawan )  , KALAU KALIAN TAK KAHWIN DAN TAK BERANAK LAGI , JANGAN KOMEN PASAL BREASTFEEDING DAN MEMANDAI , BAHAYA

Tayang stok susu yang dipam sebenarnya ada hukumnya tau .. tapi bab tu kalian kena tanya yang lebih arif  .
Dan untuk ibu-ibu yang nak sangat kongsi gambar BF .. Kasihan dan tolong jaga perasaan ibu lain yang tak sempurna macam ibu-ibu yang mampu bagi full Breastfeeding kepada anak . 



2 comments :

  1. sokong sgt!
    kesian kt suami2 diorg tu..malu segan aihhhh

    ReplyDelete
  2. Hehe, macam2 zaman skrg ni.

    Jemput join GA Dayana, hadiah Turkish Delight dari Istanbul.
    Entry di blog ini www.dayanazahari.com

    ReplyDelete