Happy E'Id Mubarak

Happy E'Id Mubarak| Salam Syawal , Hari ini telah masuk pun hari ketiga dibulan syawal yang dinantikan . Bulan yang penuh kemaafan. Budak sekarang cakap " kosong-kosong ye " ..dah macam perlawanan bola pula. Lisa ingin mengucapakan selamat menyambut hari raya AidilFitri ,Maaf Zahir dan Batin . Salah dan silap yang mungkin tak tersengaja mohon dimaafkan. 

Takdak gambar selfie sekeluarga , selfie berdiri tayang baju sebab Raya ni Lisa demam. Suhu badan tinggi smpai 39 C. Tidur,tidur dan tidur..  Pinggang terasa nak patah pun ada. Semalam masak ketupat ,rendang ayam ,rendang daging,sambal sotong, lodeh ,kuah kacang. 
Sempat snap sayur lodeh je. Yang lain belum sempat ambil gambar,boss dah menyuap ke mulut . Hahaha.. aik.. boss? Yaloh .. sehari sebelum raya ,as per as request Dia Lisa masak menu-menu diatas untuk mereka makan. Dengan puasa dan tak boleh rasa ! First time masak pula tu. Hahaha entah apa-apa rasa makanan tu.




Bukan nak puji diri sendiri, boss and anak-anak boss cakap yang makanan tu sedap. Fuuuyhh , menjadi juga. Sebelum ni tengok mak masak je.. hahah kali ni Lisa lak kena masak. Sambil belajar persiapan nanti dirumah mak mertua. Ehh *berangan. 
Berbekalkan resepi dan cara yang Lisa tengok di blog che Mat Gebu  www.tiffinbiru.com ,finally dapat juga menunaikan hajat masak untuk boss Lisa. Untuk kalian yang tak pandai sangat masak tapi ingin belajar masak.. pi skodeng cepat-cepat blog dia. Ikut je dalam blog tu. Secukup rasaa.  

 Hahaha .. bos Lisa ni cina tapi suka makan masakan Melayu. 1 Malaysia ma... itulah sebabnya.. kami yang raya dia pula yang beraya sakan. 



EmoticonEmoticon