Jenazah Nursyuhada Pelajar UiTM Dikebumikan

Jenazah Nursyuhada Selamat Dikebumikan | Jenazah mahasiswi Nursyuhada Johari dikebumikan hari ini 03 Februari 2015. Pelajar Universiti Teknologi Mara ( UiTM )yang maut di kilometer 228.2 , Lebuhraya Utara Selatan  berhampiran di Bukit Gantang pada tengah hari semalam, telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cherok Mokkan , pada pukul 11 pagi tadi. 

Anak kedua dari enam adik beradik, Nursyuhada Johari disembahyangkan di Masjid kampung Cherok Mokkan sebelum dikebumikan. Pelajar tahun pertama jurusan Perhotelan di UiTM Pulau Pinang, maut selepas dikelar dan ditikam di lehernya di Kilometer 228.2, Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang pada tengah hari, semalam.

Dipetik dari BH  : Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, mangsa yang berusia 19 tahun dikatakan membuka pintu keretanya yang diletakkan di lorong kecemasan dan terus terjatuh di atas jalan.Timbalan Ketua Polis Daerah Taiping, Superintendan Ismail Che Isa, berkata seorang lelaki kemudian keluar dari kereta itu dan menariknya ke tempat besi penghadang jalan sebelum cuba melarikan diri ke hutan berhampiran.Orang ramai yang melihat kejadian itu segera menangkap suspek yang berusia 25 tahun.

Sebelum itu, mangsa dikatakan bertengkar dengan kenalan lelakinya itu di dalam kereta sebelum dikelar dan mayatnya disahkan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar 2 jam selepas kejadian.

Marilah sedekahkan AL-Fatihah untuk mangsa ,semoga rohnya ditempatkan digolongan orang beriman dan keluarga yang ditinggalkan diberikan ketabahan.

1 ulasan:

al-fatihah
manusia zaman sekarang nie banyak sangat tonton filem barat ...tue yang kes bunuh semakin menjadi-jadi


EmoticonEmoticon