Friday, December 23, 2022

Permainan Untuk Hilangkan Stress dan Bosan

Assalamualaikum, kerja menghadap komputer seharian memang boleh bosan dan stress. Apalagi kalau tiada rakan sekerja yang boleh diajak berbual . Lisa jadi teringat pula dengan permainan yang ada dalam komputer zaman dulu-dulu sebelum smartphone dan internet dihujung jari .  Meh Lisa list kan senarai permainan online untuk hilangkan stress dan bosan. 



SENARAI PERMAINAN UNTUK HILANGKAN STRESS DAN BOSAN. 

Salah satu game yang Lisa suka mainkan masa lenggang iaitu Solitaire. Korang mesti dah pernah dengar kan nama game yang satu ini .. Lisa sendiri suka game yang rilek rilek dan tak nak download di phone sebab boleh makan storage . Satu lagi  bukan jenis yang kena singn up or daftar kalau nak main. Solitaire ni boleh dimainkan tanpa perlu daftar dulu. Permainan online untuk hilangkan stress dan bosan korang boleh terus pilih je di solitaire.org .



1. SOLITAIRE 
 Salah satu game kegemaran Lisa ialah solitaire , ni ha yang Basic je . Nama je basic , tapi menguji minda sungguh lahai . Boleh berjam-jam untuk main ni je. Selagi tak menang , selagi tu la akan cuba banyak kali . Hahaha kadang tak sampai permainan tu berakhir , dah terus refresh mula baru .


Sambil tunggu idea nak buat content, rehat sekejap cari ilham nak menulis . 


2. CARD


Jangan risau , setiap permainan ada guideline dia . Lisa main belasah je hahaha. Card yang ini senang nak main la , lagi senang dari freecell tadi . Yang ini takdela main dengan robot .. korang ada peneman diatas tu jadi tak berapa bosan la . Rasa sangat senang je yang game card ni . 



3. MAHJONG 
Yang ni serious Lisa tak paham walaupun satu, hahaha! Tapi amoi tempat satu kerja ni dia suka sangat dengan game online Mahjong ni . Boleh lawan dengan orang lain juga . Mahjong kan memang suka dimainkan oleh chinese. Nak main guna meja mesti leceh atau kat rumah sahaja , online senang sikit sebab boleh main anytime dan boleh asah otak n trick tuk pandai main . 

4. HIDDEN OBJECT 


Bagi korang yang suka permainan teka-teki untuk uji minda korang , boleh tery game Hidden ni . Ada macam-macam jenis dalam game ini.  Dalam permainan Hidden yang Lisa main ni , perlu cari number yang tersembunyi . Boleh zoom kan gambar ketika bermain . Mencabar sungguh padahal baru level kedua , mybe sebab  Lisa jenis tak reti sabar hahaha . OK nexttttt !


5. WORD


WORD Search , mesti korang dah pernah nampak and pernah main kan ? Biasa kita panggil Teka-teki Silang Kata . Hampir semua orang pernah cuba main permainan ini. Dulu dalam sesetengah majalah dan surat kabar mesti ada. Sekarang hilang ditelan masa sebab orang nak baca berita dah melalui online sahaja . Best juga main permainan Word Search ni . Korang cubalah , free je tak perlu bayar dan tak perlu nak beli majalah dah . Rasa kembali ke zaman dulu pula , bezanya kita boleh main secara online je bila-bila saja. 

Ada banyak lagi pilihan game di solitaire.org , ikut pada minat korang la . Nak main senang je sebab tak perlu nak daftar atau nak log-in. Semuanya free sahaja tak berbayar pon . 

Korang suka main game apa untuk hilangkan stress dan bosan ? 






Thursday, December 22, 2022

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Cara Tingkatkan Kualiti Tidur Hanya Dengan Eskayvie Mindtropic

Assalamualaikum, pernah tak korang alami situasi tak cukup tidur dan sepanjang hari tu rasa moody je? Nak buat kerja apa pun jadi serba tak kena dan jadi terganggu. Badan pun rasa tak bertenaga dan muka pun tak bermaya. Stres je sepanjang hari. Pernah tak jadi macam tu?


Macam Lisa ni lagi la, kerja setiap waktu berhadapan dan berurusan dengan orang, lagi la amat terkesan kalau tak cukup tidur. Lagi-lagi kalau mengadap customer yang macam-macam perangai. Mood boleh swing wehh!


Berapa Jam Pula Sebenarnya Diperlukan Untuk Mendapat Tidur Yang Mencukupi?

 

Tidur itu satu nikmat, namun bukan setiap masa individu dapat merehatkan mata, minda dan tubuh selama tempoh yang benar-benar memadai kerana perlu mengejar tuntutan kerja serta memenuhi tanggung jawab seharian. Dari apa yang Lisa tahu, tidur yang cukup adalah antara tujuh hingga lapan jam.


 

Dulu, Lisa ada kerja hakiki. Malam balik rumah dari kerja kena siapkan job lain pula, buat artikel blog, buat video dan editing sepanjang malam. Memang tak cukup tidur! Kadang tu dapat tidur sejam je sebelum subuh.

 

Sekarang Lisa dah tak kerja dengan orang, kerja sendiri je. Jadi sekarang ni Lisa dah boleh atur jadual harian dengan lebih baik. Antara menjadi keutamaan Lisa adalah waktu tidur. Lisa akan pastikan waktu tidur Lisa adalah mencukupi kerana dengan tidur yang cukup Lisa boleh kawal emosi, mood dan lebih bertenaga serta ceria untuk melakukan tugas sebagai seorang isteri dengan baik. Takkan suami bangun pagi nak mengadap muka stres Lisa disebabkan tak cukup tidur kan? Nanti kalau ada anak lagi la. Lagi bertambah-tambah tanggungjawab Lisa.

 

Kurang tidur ni sebenarnya banyak keburukannya. Kurang tidur boleh menyebabkan moody, tak relaks dan mudah stres. Selain dari itu juga, jika kurang tidur secara berpanjangan boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada tubuh badan dan mengundang pelbagai jenis penyakit seperti serangan jantung, darah tinggi, dan kenaikan berat badan. Arwah mak dulu meninggal disebabkan pembuluh darah pecah akibat darah tinggi. Dulu masa arwah mak muda, mak kuat kerja dan selalu tak cukup tidur. Lisa pun bukannya muda selama-lamanya. Ni dah kahwin memang kena pandai bahagikan masa antara waktu kerja dan waktu rehat.

 

Punca Kurang Tidur


Stres di tempat kerja dan tambahan kerja-kerja sambilan lain, dengan nak kejar dateline dan nak capai target bulanan merupakan antara salah satu punca Lisa kurang tidur dan kadang-kadang tu tak dapat tidur dengan lena. Bila memikirkan nak kejar dateline tu membuatkan Lisa kurang dapat tidur yang cukup.

 

Kurang tidur umumnya sering disebabkan oleh beberapa hal berikut ini:

 

     Stres

     Konsumsi minuman berkafein terlalu banyak atau dekat waktu tidur

     Tidur dalam kelaparan

     Tidur dengan lampu bercahaya

     Tuntutan kerja malam

     Insomnia

 

Dulu Lisa tak begitu ambil kisah tentang kesihatan, lebih-lebih bab tidur. Fikir diri ni masih muda dan masih sihat lagi. Lagi-lagi waktu belajar dulu. Memang selalu tidur lewat sebab siapkan assignment. Kadang tu tak tidur pun semata-mata nak siapkan. Tapi, sejak arwah mak meninggal disebabkan darah tinggi, Lisa mula ambil serius bab kesihatan. Dulu sendiri je tapi sekarang ni dah berdua. Mana tahu ada rezeki, jadi bertiga pula. Perjalanan hidup Lisa masih Panjang lagi. Bila umur semakin meningkat ni, Lisa perlu utamakan kesihatan.

 

Tidur Lebih Berkualiti Dengan Eskayvie Mindtropic

 


 

Sebelum ni, Lisa banyak buat review produk dari Eskayvie antaranya Eskayvie Diffenz, Eskayvie Diffenz Junior dan Eskayvie Phytax. Baru-baru ni Eskayvie telah keluarkan produk terbarunya iaitu Eskayvie Mindtropic.

 

Eskayvie Mindtropic diformulasikan oleh Formulator Produk Kesihatan Terlaris Di Malaysia, Eskayvie Diffenz iaitu Dr Syid Ayob, seorang doktor perubatan yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam bidang perubatan. Produk ini dapat membantu untuk atasi masalah sukar tidur seterusnya mendapatkan tidur yang lebih lena. Selain itu, ia mampu merangsang perkembangan otak, menguatkan memori, mengatasi masalah kemurungan dan anxiety.

 

Eskayvie Mindtropic ni dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan 100% semula jadi tanpa bahan kimia atau dadah yang merbahaya. Ianya halal dan selamat diambil.

 

Di bawah merupakan bahan-bahan utama yang ada dalam Eskayvie Mindtropic.

 

Phosphatidylserine





  • Komponen utama yang penting untuk bina otak dan galakkan sel otak berhubung. 
  • Faktor pemakanan, penuaan dan stres berterusan menyebabkan bahan ini jadi tak mencukupi sehingga menjejaskan kesihatan minda.
  • Ujian klinikal mendapati Phosphatidylserine ni boleh REVERSE keadaan otak jadi 14 tahun LEBIH MUDA daripada usia sebenar. 
  • Di samping itu ia turut membantu melaraskan pengeluaran bahan kimia otak seperti neurotransmitter bagi melancarkan fungsi otak, menceriakan dan memastikan tahap berfikir berada pada tahap optima.

Ashwagandha KSM-66

 



Indian ginseng yang dah diguna pakai lebih 3000 tahun untuk merawat stres, meningkatkan tenaga dan baiki tumpuan.

Khasiatnya terletak di bahagian akar dan beri kesan adaptogen (bahan yang melawan/melegakan kesan stres).

   Boleh kurangkan paras kortisol (hormon stres) dalam darah sekaligus melegakan stres, anxiety dan depression.

   Turut beri kesan positif terhadap hubungan seksual lelaki dan wanita.

 

Bacopa Monnieri

 





  Digunakan dalam perubatan Ayurveda untuk menyokong 3 komponen utama iaitu pembelajaran, menghafal dan mengingat. 

      Membantu menyokong minda yang terkesan akibat brain fog.

Menggalakkan penghasilan serotonin (hormon gembira) sekaligus membantu menstabilkan mood & beri rasa gembira.

 Menggalakkan pertumbuhan unjuran sel-sel otak untuk berhubung supaya dapat menyokong otak memproses maklumat dan berfikir dengan lebih mantap.

 

Magnesium

 



 

         Master mineral terpenting untuk badan. Namun, 75% individu kekurangan mineral ini yang bersifat anti keradangan dan berfungsi melindungi otak. 

 Menggalakkan neuronal plasticity bagi meningkatkan kebolehan otak untuk melaraskan keupayaan berfikir dan daya ingatan.

●   Kekurangan magnesium dikaitkan dengan kesukaran tidur dan masalah mental (e.g migraine, halusinasi, nyanyuk, celaru, mudah marah dsb).

 

Selenium




  Tinggi kesan antioksidan dan antiradang yang melindungi otak daripada kerosakan dan penyakit seperti Alzheimer, nyanyuk dsb.

   Menyokong pembentukan sel-sel otak baru dan sihat.

 

Kelebihan Eskayvie Mindtropic

 


 

      100% Bahan Semula Jadi

      Rasa Tropika Yang Enak

      Tanpa Perasa & Pewarna Tiruan

      Tanpa Gula Tambahan

      Pengiktirafan Kilang oleh European Quality Award

 

Manfaat Eskayvie Mindtropic

1.    Mengatasi gejala Brain Fog

2.    Merangsang perkembangan sel otak

3.    Menguatkan memori

4.    Lebih fokus dan meningkatkan daya tumpuan

5.    Menjadikan mood & emosi lebih terkawal

6.    Membantu dapatkan tidur yang lebih lena

7.    Menjadikan lebih ceria & gembira

8.    Meningkatkan kesihatan tulang & otot

 

Cara Pemakanan

 


 

1.    Mindtropic adalah tablet kunyah yang lazat dan sesuai diambil tanpa air.

 

2.  Bagi orang dewasa berumur 18 tahun dan ke atas, disyorkan untuk ambil 1 tablet, 2 kali sehari selepas makan.

 

3.  Bagi kanak-kanak yang berumur 13 hingga 17 tahun pula disyorkan ambil 1 tablet sehari selepas sarapan pagi.

 

*Cara penyimpanan: Simpan di bawah suhu 30°C dan lindungi daripada cahaya dan kelembapan.

 

Feedback Pengguna






Kalau korang tengok feedback-feedback pengguna diatas ni, ramai diantara mereka yang memberikan respon yang baik selepas amalkan Eskayvie Mindtropic secara konsisten. Daripada yang susah tidur dan tidur tak lena, kini lebih mudah tidur dan dapat tidur yang lebih lena. Selain itu, dapat deep sleep, bangun pagi pun rasa badan lebih bertenaga, cergas dan ceria.


 

Puan Ayuni, 30 tahun seorang suri rumah sepenuh masa. Bermula dengan masalah susah nak tidur, beliau cepat moody dan mudah marah. Beliau juga pernah positif Covid-19 dan kesannya, beliau cepat lupa dan ada masalah brain fog.

 

Alhamdulillah! Kini Puan Ayuni mampu tersenyum gembira. Beliau kembali ceria, tak cepat lupa dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari di samping keluarga tercinta.

 

Tidur Cukup Untuk Emosi Yang Stabil

 

Tidur dan emosi seseorang tu sangat berkait rapat. Seseorang yang tak cukup tidur memang emosinya akan terganggu. Ini adalah kerana otak tidak dapat rehat yang mencukupi. Bila emosi tak stabil, itu yang terjadinya moody, cepat marah, stres dan sebagainya.

 

Lisa dah lalui semua perkara di atas sebelum ni. Bila dah kerja sendiri ni, Lisa bebas untuk atur masa sendiri. Sibuk tu memang sibuk, tapi Lisa dapat bahagikan masa tidur dengan lebih teratur. Lisa juga akan pastikan agar dapat tidur yang mencukupi setiap hari

 

Mungkin adakalanya juga Lisa akan lalui waktu susah nak tidur atau tak dapat tidur yang lena. Siapa tahu kan? Bila umur semakin meningkat ni, nak dapat tidur yang betul-betul berkualiti memang susah. Banyak faktor-faktor yang boleh menyebabkan sukar nak tidur dan tidur tak lena. Alhamdulillah, dengan adanya Eskayvie Mindtropic ni, ia dapat membantu Lisa untuk mudah tidur dan tidur dengan lebih lena.

 

So, kalau korang berminat nak try Eskayvie Mindtropic ni, korang boleh layari website dan social media Eskayvie pada link dibawah.

WEBSITE

www.eskayvie.com

 

INSTAGRAM

https://www.instagram.com/eskayviemalaysia_/

 

FACEBOOK

https://www.facebook.com/eskayviemalaysiaofficialhq

 

#EskayvieMindtropic #JanganStresStres

Thursday, December 15, 2022

Pengalaman Beli Rumah Pertama

Assalamualaikum , Duduk rumah sendiri atau dengan mertua ? Salah satu soalan yang kerap orang tanyakan pada Lisa selepas berkahwin baru ni . Rasanya soalan ni memang jadi soalan lazim yang ditanya selepas orang mendirikan rumah tangga. Bagi Lisa duduk dengan mertua atau duduk rumah sendiri ialah sama sahaja , lagi seronok duduk dengan mertua sebab boleh menumpang kasih  since arwah mak dah meninggal. Kami duduk rumah sendiri dan kadang duduk dirumah mentua. Lisa akan kongsikan pengalaman Beli rumah pertama.
 

PENGALAMAN BELI RUMAH PERTAMA

Sebenarnya menyewa atau beli rumah sendiri tu tak kesah , mana-mana pon ok je ikut kemampuan kewangan korang. Tepuk dada tanya poket . Pengalaman beli rumah pertama agak strungle juga la sebab tak pernah tahu lagi , banyak perlu diambil kira dari kelayakan loan bank , BR , kiraan gadai janji ( mortgage) dan juga kos guaman. Rumah pertama husband , beli tahun 2016  dan rumah pertama Lisa beli tahun 2018. Dalam hidup ni semua orang ada target masing-masing, Lisa memang target nak ada rumah sendiri sebelum 30tahun , dan husband pula sebelum menikah nak ada rumah sendiri . Sebab nak duduk sendiri tak nak duduk dengan parents dah , ibarat selalu dengar kadang isteri tak selesa duduk dengan mertua. Dan kalau ada rumah sendiri , isteri lebih bebas nak buat apa pun kan. 

Semasa  pandemik covid-19  semua orang didunia ni terkesan dari segi kesihatan , ekonomi , dengan lockdown , banyak kena buang kerja . Apa-apa kerja kena dibuat dari rumah , dan daritu la nampak penting punyai hartanah sendiri. Terfikir lepas ni boleh berhenti kerja dan buat kerja dari rumah , nak kuarantin pon kat rumah sendiri . Pada pendapat Lisa pribadi, miliki rumah sendiri lebih selesa dari menyewa. Dari bayar duit sewa rumah yang memang mahal, lebih baik kita bayar lebih sikit dan kemudian hari rumah tu milik kita sendiri. Dan tak perlu berpindah ranah , ikut suka kita nak deco dan nak buat apapun dengan rumah itu. 

Sebenarnya Masa pandemik covid19, ialah masa yang sesuai untuk membeli hartanah. Banyak tawaran menarik masa tu dan tentunya menguntungkan pembeli. Terbaca dalam artikel BBC,''Terdapat lebih daripada 400,000 orang membeli rumah pertama mereka pada 2021, meningkat 35% daripada tahun sebelumnya, kata Halifax.''



Mengira Gadai Janji 

Sebelum beli rumah , korang kena tahu Gadai janji atau Mortgage adalah perkara penting dalam membeli rumah. Contohnya pengiraan mortgage rumah .  Nak lebih  mudah gunakan mortagage calculator


Contoh korang nak beli rumah senilai RM300,000.00, deposit 10% dari harga rumah iaitu RM30,000, terms ikat 35tahun dan Bank rate  4.25% , maka bulanan yang perlu korang bayar senilai RM1,236 . 

Ini adalah anggaran sahaja, boleh pergi ke mana-mana bank untuk semak kelayakan pinjaman perumahan kita. Bank pasti akan tanya apakah komitmen setiap bulan yang kita ada. Bank akan tanya personal loan, loan kereta, ASBF, simpanan dan komitmen lain. . Kadang boleh dapat 100% kadang hanya dapat 85%. Jadi sila tanya ke beberapa bank untuk boleh kita pilih. Kerana mereka akan bantu untuk mengira, berapa yang bank sanggup berikan pinjam. Tak perlu menipu kerana bank boleh detect atau track rekod hutang setiap orang. Kemudian baca point berikutnya.

Perkara yang anda perlu tahu lagi adalah mengenai BR atau Base Rate. Base rate ini adalah peratusan yang diberikan oleh bank. BR ini boleh naik atau turun bergantung pada bank yang memberi pinjaman.

Kos Guaman


Duit cover ini untuk apa? Adakah deposit rumah? Tidak. Duit cover ini untuk lawyer fee iaitu kos guaman rumah pertama. Nak beli rumah anda perlu tahu apa itu lawyer fee dan berapakah harga yang perlu dibayar kepada peguam.

Untuk memudahkan anda membuat pengiraan untuk membeli rumah boleh la guna link https://www.mortgagecalculator.uk/  . Kebiasaannya, pengiraan bank di dunia ini menggunakan sistem yang sama. Tiada masalah disitu.

Salah satu tips untuk mudahkan loan korang approve : Biasanya bagi yang belum pernah buat pinjaman ( seperti pinjaman kereta ) ia lebih mudah proses kelulusan berbanding dengan yang pernah pinjam untuk beli kereta. 

Semoga tips ni bermanfaat untuk korang. 

 

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search