Sunday, September 26, 2021

SEMBUH COVID-19 BUKAN PENGAKHIRAN DERITA BEKAS PESAKIT

SEMBUH COVID-19 BUKAN PENGAKHIRAN DERITA BEKAS PESAKIT

Assalamualaikum, pejam celik dah hampir 2 tahun Pandemik Covid-19 melanda negara kita dan juga seluruh dunia.  ‘Kesan pandemik Covid-19 terhadap kesihatan mental dan fizikal akan berlarutan untuk jangka masa panjang', amaran Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Amaran itu dikeluarkan ketika pakar dan pemimpin meminta tindakan diambil terhadap kes kebimbangan dan tekanan berkaitan dengan Covid-19. Tahukah anda, walaupun sudah disahkan sembuh dari covid-19, ia bukanlah pengakhiran derita bekas pesakit.Pernah terbaca tak yang ada tempoh-tempoh tertentu selepas terkena jangkitan virus ini? Mari kita ketahui lebih lanjut lagi.

Untuk pengetahuan korang, Lisa ada pengalaman keluarga terdekat terkena covid baru-baru ni. Bermula dari budak 3 tahun yang terkena jangkitan dari pengasuh, dan berjangkit ke keluarga budak tu. Demam, tiada deria rasa dan sesak nafas antara simptom pertama yang dilalui oleh mereka.Lisa juga ada kenalan rapat yang sampai sekarang masih on ubat untuk cairkan darah beku yang masih ada dalam badan. Katanya 3 bulan macam tu kena buat check-up dan follow up di Hospital. Beliau dimasukkan dalam wad ICU sebab dah stage 4. Alhamdulillah kini beliau dah keluar dari hospital dan sihat serta dapat menjalani kehidupan seperti sedia kala. Cuma masih dalam tempoh long covid, dia kena betul-betul jaga pemakanan juga perlukan makanan suplemen untuk sokong kesihatan badan terutamanya paru-paru dia.

Derita terkena Covid-19 ni hanya yang mereka pernah lalui atau ada kenalan yang dah lalui sahaja faham bagaimana deritanya terkena serangan virus ini. Sebab tu kita kena ikut saranan kerajaan untuk amalkan SOP dan hanya keluar jika ada urusan penting sahaja.


Apakah itu Long Covid atau Sindrom Post Covid?

Long Covid atau Sindrom Post Covid ini merupakan suatu keadaan di mana bekas pesakit Covid-19 masih menunjukkan gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih dan gejala-gejala tersebut tidak dapat dijelaskan dengan sebarang diagnosis alternatif. Keadaan ini berpunca daripada komplikasi jangkitan Covid-19 terhadap fungsi pelbagai organ dalam tubuh seseorang individu.


Covid is real - Pn Zai Zalehah

Secara amnya, data klinikal menunjukkan majoriti pesakit Covid-19 di Malaysia mampu sembuh sepenuhnya. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir yang terkesan dengan Sindrom Post Covid. Menurut kajian klinikal yang dijalankan oleh KKM melibatkan 1,004 pesakit daripada kategori 4 dan 5 yang menerima rawatan susulan, didapati 66 peratus daripada pesakit ini mengalami Sindrom Post Covid.

Antara lima simptom yang kerap dialami oleh bekas pesakit Covid-19 adalah kelesuan, kesukaran bernafas apabila melakukan aktiviti (exertional dyspnea), sukar tidur malam, batuk dan kegelisahan (anxiety). Lebih teruk ada yang mengalami kerosakan pada hati, buah pinggang dan paru-paru serta boleh menyebabkan penyakit metabolik seperti kencing manis.
 

Berapa Lama Long Covid-19 Terjadi Dan Cara Untuk Mengatasinya?

Pemulihan Covid-19 bukan sekadar mencegah dan memberi vaksin kepada semua individu, malah individu yang pernah dijangkiti dan sembuh juga perlu diberi perhatian.Ramai sedia maklum bahawa virus ini masih boleh memberi kesan jangka masa panjang kepada kesihatan dan keupayaan fizikal mereka yang dijangkiti, dikenali sebagai long covid.Beberapa kajian mendapati, wanita lebih cenderung mendapat risiko long covid berbanding lelaki. Ditambah faktor seperti berat badan berlebihan/obesiti dan usia melebihi 50 tahun dan ke atas. Antara simptom yang sering dialami termasuk gangguan pernafasan, mudah mengah, batuk yang berpanjangan, penurunan kadar oksigen dalam darah dan sesak nafas. Bukan itu saja, ada sesetengah individu yang mungkin mengalami kesan jangka masa panjang yang lebih kronik seperti kerosakan paru-paru, gangguan tidur, masalah memori, gangguan kesihatan mental dan sistem imun yang lemah.

Hakim yang telah pulih dari Covid

Justeru, individu yang pernah dijangkiti Covid-19 hendaklah menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup yang sihat secara berterusan. Perhatikan simptom yang dialami dan lakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala.

Tips Elak Long Covid

1.     Amalkan pemakanan yang seimbang mengikut porsi yang betul iaitu segenggam karbohidrat, segenggam protein dan dua tapak tangan sayur.
2.     Elakkan pengambilan makanan segera dan terproses yang tinggi garam, lemak trans dan gula.
3.     Kekal aktif untuk melancarkan aliran darah, menguatkan otot dan menyihatkan sel-sel badan.
4.     Kekal hidrasi dengan pengambilan air putih yang mencukupi.
5.     Pengambilan protein dan antioksidan yang cukup amatlah penting. Sumber antioksidan daripada sayuran, buahan dan suplemen tambahan sangat baik untuk pemulihan dalaman dan mengelakkan masalah metabolik.

Eskayvie Diffenz Bantu Tingkatkan Sistem Imun Badan Sepanjang Pandemik Covid-19


Eskayvie Diffenz merupakan suplemen keluaran Eskayvie bagi menyokong penjagaan gaya hidup sihat individu. Ia diformulasikan bagi membantu anda untuk tingkatkan sistem imun badan, melindungi dan menguatkan paru-paru. Eskayvie Diffenz dihasilkan daripada 100% bahan semulajadi, diformulasikan oleh Doktor Perubatan, bebas Steroid serta Halal dimakan dan mendapat kelulusan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia).

Norfadillah bukan sahaja telah pulih dari positive covid bahkan pulih dari asma


Diffenz Membantu:

1.     Menguatkan dan Melindungi Paru-Paru
2.     Meningkatkan Sistem Imun Badan
3.     Melegakan Batuk, Selesema & Radang Paru-Paru
4.     Mengatasi Masalah Resdung, Alahan, Asma & Ekzema
5.     Menyokong Kesihatan Sendi
6.     Menyihatkan Jantung
7.     Memberikan Tenaga
8.     Mengawal Gula di Dalam Darah
9.     Mencantikan Kulit
10.   Anti Kanser & Anti Virus

TESTIMONI PENGGUNA ESKAYVIE DIFFENZ

 


4 Kelebihan Diffenz

1.     Kaya dengan Vitamin C dan D. Kandungan vitamin pada dos optimum yang mencukupi untuk sistem pertahanan badan.
2.     Diperkaya dengan Cendawan Susu Harimau & Buah Camu-Camu
Kapasiti antioksidan, fenolik dan flavonoid yang tinggi untuk meningkatkan perlindungan dalaman. 
3.     Gabungan 4 bahan berantioksidan tinggi dalam 1 tablet. Kandungan antioksidan dan bahan aktif yang mencegah penyakit kemerosotan diri.
4.     Tablet boleh kunyah berperisa blackcurrant yang lazat. Rasa enak & sesuai untuk diambil pada bila-bila masa sahaja. Banyak kajian yang telah membuktikan bahan-bahan di dalam Eskayvie Diffenz mampu membantu meningkatkan sistem imun, melindungi daripada jangkitan penyakit dan meningkatkan fungsi paru-paru, jantung dan hati.



Selagi ada peluang, Kita Ikhtiar dan dapatkan sokongan khasiat Cendawan Susu Harimau, Buah Camu-Camu, Vitamin C dan Vitamin D yang boleh membantu menyokong kesihatan paru-paru dan meningkatkan sistem imun tubuh anda dan keluarga.

Perlindungan 4 penjuru daripada Eskayvie Diffenz ini boleh didapati dengan hanya 1 tablet. Ia sangat mudah dinikmati dengan rasa buah anggur hitam yang enak dan boleh diambil semua peringkat umur bermula 5 tahun dan ke atas.




SOALAN & JAWAPAN

Bolehkah ibu mengandung mengambil Eskayvie Diffenz?
Boleh. Seelok-eloknya pengambilan Eskayvie Diffenz diambil selepas trimester pertama.

Adakah Eskayvie Diffenz perlu disimpan di dalam peti sejuk?
Hanya simpan pada suhu bilik dan elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari. Tutup rapat penutup botol Eskayvie Diffenz untuk mengelakkan ia teroksidasi.

Bolehkah kanak-kanak di bawah umur kurang 5 tahun mengambil Eskayvie Diffenz?
Kanak-kanak berusia kurang 5 tahun tidak digalakkan untuk mengambil suplemen. Mereka lebih disyorkan untuk mendapatkan nutrisi melalui pemakanan dan diet yang seimbang seperti buahan, sayuran, hasil tenusu dan protein yang cukup. Pengambilan Eskayvie Diffenz yang disyorkan adalah setengah biji sehari untuk kanak-kanak berumur 2 hingga 4 tahun.

Dari manakah sumber Cendawan Susu Harimau?
Sememangnya Cendawan Susu Harimau hanya boleh didapati di kawasan tertentu yang bersuhu lembab dan sejuk. Namun kini, penghasilan Cendawan Susu Harimau telah dikultur dan dikomersialkan untuk memudahkan lebih ramai mendapat kebaikannya. Malah, kajian mendapati Cendawan Susu Harimau yang dikulturkan mempunyai kandungan nutrisi yang lebih tinggi berbanding yang tumbuh meliar.

Adakah pengambilan buah Camu-Camu berbahaya kerana ia mengandungi kandungan Vitamin C 60 kali ganda lebih tinggi berbanding buah oren?
Buah Camu-camu sememangnya mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Namun, kajian mendapati tiada jumlah toksik yang dikesan sehingga kini. Formulasi Eskayvie Diffenz telah mengambil kira jumlah buah Camu-camu yang bersesuaian dan berdasarkan kajian sains terkini.

Lisa rajin juga join Q&A dan baca informasi tentang covid-19 dan pasca covid ni. Pesakit long covid-19 memang elok untuk tambah dengan pengambilan suplemen untuk boost kesihatan mereka.

Korang pon boleh juga kalau nak ambil makanan suplemen tambahan Eskayvie ini. Apa-apa boleh rujuk dengan doktor ya sebelum pengambilan tu 😊. Semoga korang sentiasa diberikan kesihatan dan dilindungi dari semua sakit.

Klik www.diffenz.com dan dapatkan Eskayvie Diffenz untuk perlindungan diri dan keluarga anda.
Hubungi 03-5511 1050 / 019-608 3027 untuk maklumat lanjut.

Facebook: https://www.facebook.com/eskayviemalaysia21official

#EskayvieDiffenz #KitaIkhtiar #KitaJagaKita






 
Monday, September 20, 2021

MAIS Bantu Asnaf Al-Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik


MAIS Bantu Asnaf Al-Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik 

Pernah dengar golongan Al Riqab ? Baru ni Lisa baru dapat tahu lebih yang ternyata Fatwa Zakat Al-Riqab bukanlah sesuatu yang baharu dan termasuk salah satu dari golongan yang layak mendapatkan zakat .  Jawatan kuasa MAIS  Bantu Asnaf Al Riqab Pemulihan Kehidupan Lebih Baik. Bertujuan membangunkan asnaf Al-Riqab kearah mendapatkan keredhaan Allah. Seperti membantu memulihkan golongan songsang daripada dibelenggu gaya hidup bertentangan syariat Islam dan  membantu asnaf al-riqab yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah . 

APA ITU  AL-RIQAB ?

Al Riqab menurut Fatwa Negeri Selangor adalah seorang yang terbelenggu dibawah satu kuasa yang menghalang kebebasan dirinya. Maksudnya orang yang dibelenggu gaya hidup sonsang sama ada terpesong akidah, gaya hidup atau amalan harian.  
Fatwa Sistem Pengurusan Zakat Negeri Selangor 2009.


JENIS PENERIMA ASNAF AL-RIQAB

(1)    MASALAH SOSIAL 

(a) Terbelenggu dengan dadah: 

-Penagih dadah. ,

-Bekas penagih dadah.

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:

Minum arak.

Zina.

Judi.

Khalwat

Buang anak

Mengandung luar nikah.

Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

Sumbang mahram.

Persetubuhan haram.

Muncikari (ibu ayam).

Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.


(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:

Tidak solat.

Tidak puasa.

Buang anak.

Usaha ingin bunuh diri.

Hidup bersama pelacur.


(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:

Pelacur.

Lesbian.

Mak Nyah (Transexual).

Gay.

Homoseksual.

Gigolo.

Biseksual.

Pengkid.

Tomboy.

Bersedudukan dengan orang bukan Islam.


(e) Terbelenggu dengan kes juvana:

Gangster.

Jenayah melibatkan harta benda.

Pergaduhan yang melibatkan kecederaan.

Kes rompak.

Pecah rumah.

Kes rogol.

Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya

 Ugutan yang melibatkan keganasan.


(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :

Penyakit HIV/AIDS.

Kanser/barah.

Tibi.

Hepatitis.

Dan lan-lain.


(2)    MASALAH AKIDAH:

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:

Doktrin palsu.

Mengaku menjadi nabi.

Menghina Islam.

Pemujaan salah.

Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.


(b) Memurnikan akidah orang Islam yang terpesong

Orang yang ingin/berhasrat murtad.

Orang yang dalam proses Istitabah.


PROSES PENASIHATAN AQIDAH SEPERTI CARTA BERIKUT :- 



Kriteria Penerima Bantuan Asnaf Al - Riqab

Antara kriteria yang di ambil kira dalam pemberian bantuan kepada asnaf Al - Riqab ialah;

1. Beragama Islam.

2. Tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi.

3. Tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain.

4 Telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi.

5. Dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.


Jenis Jenis Bantuan Yang Diberikan Kepada Asnaf Al - Riqab


Berikut adalah jenis jenis bantuan yang diberikan kepada asnaf Al - Riqab;

1. Bantuan sewa rumah

2. Bantuan bulanan

3. Bantuan perubatan

4. Bantuan modal

5. Bantuan sumbangan program atau aktiviti

6. Bantuan guru pembimbing

7. Bantuan firma guaman

8. Bantuan individu terkesan

9. Bantuan pengurusan jenazah

10. Bantuan pemulihan asnaf di RPR

11. Bantuan sumbangan hari raya



MAIS telah memperkasakan Bahagian Pemulihan Al-Riqab bagi melaksanakan penyerahan bantuan secara sistematik kepada asnaf al-riqab yang memenuhi syarat-syarat tersebut di atas. Bantuan zakat asnaf al-riqab ini akan disalurkan oleh pihak MAIS melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna menurut Islam.

Program Program Yang Di Jalankan Oleh Pihak MAIS Untuk Asnaf Al - Riqab

Terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh pihak MAIS untuk asnaf Al - Riqab. Antara program - program yang dijalankan menggunakan tiga modul iaitu Modul Istitabah, 

Modul Transformasi Insan dan Modul Pemulihan Komuniti DiSayangi (LGBT) adalah;

1. Program kaunter pameran dan penerangan bahagian pemulihan Al - Riqab MAIS.

2.Program temuseru asnaf riqab (mak nyah).

3. Program Mukhaiyyam asnaf riqab (mak nyah).

4. Program temusahur asnaf Al - Riqab.

5. Kelas bimbingan agama.

6. Rawatan spiritual islam.

7.Program tautan mahabbah.

8. Ziarah ke rumah.

9. Program penghayatan islam.

10. Agihan bantuan sempena menyambut syawal.

11. Kelas bimbingan fardu ain.



Pelaksanaan Asnaf Al - Riqab Di Negeri Selangor
 
Pelaksanan asnaf Al - Riqab di negeri Selangor telah di tubuhkan melalui sektor pembangunan sosial dan penyediaan terperinci dilaksanakan oleh Bahagian Pemulihan Riqab yang diketuai oleh ketua bahagian pemulihan Al - Riqab. 

Bahagian Pemulihan Al - Riqab terbahagi kepada beberapa unit penting yang membawa visi;

Membangunkan asnaf Al - Riqab ke arah mendapatkan keredhaan Allah

Dan Misi;

Menawarkan perkhidmatan yang cemerlang dalam aspek pendaftaran, perawatan, pemulihan, perlindungan, pengawalan secara menyeluruh dan berkesan kepada asnaf Al - Riqab berlandaskan Al Quran dan As Sunnah

Bahagian pemulihan Al - Riqab berfungsi dalam;


• Memperkasa dan menguatkuasa undang undang Riqab melalui fatwa, peraturan, SOP dan yang berkaitan. 

• Membangun dan melaksana modul Riqab dengan teratur dan berkesan.

• Meningkatkan hubungan kerjasama dengan agensi luar bagi membebaskan asnaf Riqab.

• Membebaskan mereka yang terjebak dalam masalah sosial dan akidah agar kembali bertaubat.

• Mengawal selia Rumah Pemulihan Majlis serta menyelaras Rumah Pemulihan Riqab. 

• Mencegah penularan penyakit sosial dan akidah di kalangan masyarakat islam. 

Pelan Strategi Bahagian Pemulihan Al - Riqab

Pelan strategi bahagian pemulihan Al - Riqab terdiri daripada; 

Pendaftaran :  Mendaftarkan asnaf Al - Riqab dan Rumah pemulihan Al - Riqab dengan kerjasama agensi kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan. 

Rawatan : Merawat pelatih melalui dua cara iaitu rawatan rohaniyah dan rawatan secara klinikal. 

Bantuan :  Memberi sokongan material agar mereka dapat meneruskan kehidupan secara normal. 

Kawalan : Mengawal dan mencegah aktiviti yang boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah maksiat dan murtad.

Pemulihan : Memulihkan akhlak dan emosi pelatih melalui modul yang bersepadu dari segi fizikal, intelek, emosi dan rohani.

Perlindungan : Melindungi para pelatih di tempat yang selamat bagi memastikan penyakit yang membelenggu pelatih tidak merebak kepada orang lain dan boleh di rawat.

Program pemulihan terdiri daripada beberapa fasa iaitu;

1. Fasa 1 : Pelaksanaan ziarah ke rumah asnaf  atau lokasi pilihan asnaf.

2. Fasa 2 : Pelaksanaan program repo dan program penghayatan islam.

3. Fasa 3 : Pelaksanaan kelas bimbingan berjadual, rawatan dan pemulihan.

4. Fasa 4 : Taubat terpimpin dan latihan sebagai pendakwah (ikon).

Pelan Pemulihan MAIS Dalam Membantu Mengekalkan Kepulihan Asnaf Al - Riqab 


1. Pemulihan melalui program I'laj & Rehan secara berkala dengan kerjasama;
• Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
• Agensi Anti Dadah Kebangsaan dan 
• Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan 
2. Ziarah ke rumah asnaf Al - Riqab.
3. Bimbingan agama secara berjadual setiap minggu kepada asnaf Al - Riqab yang berada di luar pusat
4. Sokongan dan kesedaran kepada keluarga yang mempunyai waris yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah.
5. Bimbingan kepada keluarga asnaf  Al - Riqab supaya redha dan prihatin kepada ahli keluarga yang tergolong sebagai asnaf Al - Riqab.
6. Bantuan rawatan spiritual islam dan rawatan klinikal melalui pusat - pusat rawatan yang di iktiraf.


Bagi mungkin dari rakan atau sahabat pembaca yang ingin kembali ke pangkal jalan tetapi tidak tahu dengan siapa hendak dirujuk jangan ragu-ragu menghubungi pihak  MAIS ( Majlis Agama Islam Selangor ) untuk membantu . 

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan asnaf Al - Riqab tuan puan boleh berhubung melalui;


Bahagian Pemulihan Al - Riqab

Sektor Pembangunan Sosial

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Kompleks MAIS Klang

Tingkat 2, 3 Dan 6 Kompleks MAIS

Lot 336 Jalan Meru Off Jalan Kapar

41050 Klang, Selangor.

No Tel : 03-33614000 / 03-33614080

Friday, September 10, 2021

CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit

CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit 


Assalamualaikum ! yuhu lama tak menulis tentang penjagaan kulit. Siapa yang tidak sukakan kulit yang cantik, berseri, bersinar dan tanpa jerawat? Boleh dikatakan ia adalah impian setiap wanita untuk mempunyai kulit yang halus dan mulus tanpa cela . Kali ni Lisa akan kongsikan review lisa tentang CRYSTAL SKIN Rish Beauty Untuk Penjagaan Kulit. 

CRYSTAL SKIN Rish Beauty 

Gaya hidup dan nutrisi yang seimbang turut berperan dalam menjaga kesehatan kulit. Namun,terkadang asupan yang berasal dari makanan saja tidak cukup untuk mencukupi keperluan kita

CRYSTAL SKIN  adalah makanan suplemen yang sarat dengan khasiat-khasiat semula jadi yang diperolehi daripada Tomato Kristal, Habbatus Sauda, Vitamin C, Collagen, Ekstrak Biji Anggur dan Jus Blackcurrant untuk menjadikan kulit anda kelihatan lebih menawan. Ia terbukti dapat mencantikkan dan merawat kulit dari luar dan dalam . Bukan semua orang mampu nak mengawal pemakanan untuk dapatkan nutrisi yang berkecukupan , CRYSTAL SKIN ni memudahkan la.. senang je nak konsume , tinggal bancuh dengan air dah settle.. 

Kandungan  Crystal Skin by Rish Beauty HQ

Tomato Kristal – Anti oksidan terkuat, mengurangkan jeragat dan melindungi dari kerosakan sinar matahari
Habbatus Sauda – Anti radang, kurangkan jerawat dan membunuh kuman
Vitamin C – Melundungi sel dan menjaga kulit agar sihat
Collagen – menambah keanjalan kulit dan mencegah kedutan
Estrak Biji Anggur – Anti oksidan, membunuh kuman dan membantu penyembuhan luka
Jus Blackcurrant – Anti oksidan dan menguatkan sistem pertahanan badan.



CARA PENGAMBILAN  : 
Campurkan 1 sachet Crystal Skin kedalam 150ml air , diminum sebelum sarapan pagi . Rasa masam masam manis ,, Lisa lebih suka untuk tambahkan dengan air sejuk .



 
Produk ini dijamin selamat dan tiada kesan sampingan kerana kandungannya adalah bahan semulajadi dan telah diuji secara klinikal. Bahan-bahan ini juga terkenal untuk khasiatnya dan dikawal selia di bawah gred makanan oleh Bahagian Keselamatan Dan Kualiti Makanan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) . Juga terdapat sijil ISO , MACCP , dan GMP . 



Untuk memastikan hasil yang terbaik bila mengambil Crystal Skin :-
1. Elakkan minuman yang berkafein,beralkokol dan berkarbonat untuk mendapat keberkesan yang lebih baik.
2. Minum 2 -3 liter air putih setiap hari utk mempercepatkan proses keberkesanan Crystal Skin.
3. Amalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan bersenam dengan kerap.





REVIEW LISA :-
Rasa yang manis manis masam boleh diterima lagi oleh Lisa , tak muak seperti cecair sirap kebanyakan . Satu hari satu sachet je ... mudah penyajian . Tips untuk kalian :- boleh beli combo untuk dapatkan harga yang lebih jimat . Kesemua bahan Crystal Skin adalah gred AAA, kilang berstatus Halal dan juga mempunyai akreditasi GMP (Good Manufacturing Practice), HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dan ISO 22000.




HARGA CRYSTAL SKIN RISH BEAUTY 


Untuk pembelian Crystal Skin, boleh dapatkan di website rasmi Rish Beauty ataupun di platform
Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut, contest-contest menarik seperti Lucky Draw dan promosi
terkini, boleh hubungi pihak Rish Beauty ataupun follow Rish Beauty di laman sosial media Rish Beauty. 


Tel : +60-11-62000032

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search