Sunday, December 20, 2020

CEGAH COVID-19, Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 % Kuman


CEGAH COVID-19, Benda Wajib Ada Plash AFY Haniff Tangan Lebih Bersih Dan Bunuh 99 % Kuman 

Assalamualaikum ! Pejam celik dah nak habis tahun 2020 ,semenjak ada covid-19 ni.. banyak norma baru dan positive yang Lisa belajar dari tahun ini ialah lebih tingkatkan tahap kebersihan diri. Sebelum ni ada yang ambil endah tak indah dalam jaga kebersihan diri ni  seperti kerap mencuci tangan , sanitizer , penutup hidung. Betul tak ? mencuci tangan tak cukup dengan air sahaja tau, perlu gunakan sabun tuk bunuh bakteria yang kasat mata. Macam Lisa pula kerap cuci tangan dengan air dan sabun PLASH Foaming Handwash 


Kenapa pilih PLASH foaming handwash ? 

Kulit Lisa agak susah penjagaannya , boleh gatal ruam dan melecet kalau salah pilih sabun . Lisa suka jenis foam , pencuci muka dan sabun badan pon guna yang jenis foam . Kenapa pilih PLASH foaming Handwash diantaranya :-
1. Mudah , tekan je dah terkeluar buih tu tanpa perlu takut akan terkeluar banyak cecair. 
2. Jimat masa . Memandangkan tak perlu untuk buat buih lagi .korang boleh jimat lebih banyak masa untuk melakukan perkara lain.
3. Kulit Lisa jenis sentive cerewet sikit bab sabun ni , kena pilih yang melembabkan dan lembutkan kulit . PLASH Foaming Handwash ni pula multi layer moisture , memang kena lah hehee. 


Kerap Cuci Tangan dengan Air dan Plash Foaming Handwash

Kebiasaan mencuci tangan dianggap mudah , namun jika tak dilakukan akan ganggu kesihatan . Mencuci tangan langkah untuk mencegah timbulnya penyakit, terutama musim covid-19 sekarang ni  dan penyebaran bakteria kepada orang lain, dengan mencuci tangan yang benar dapat melawan penyebaran perbagai jenis penyakit.


Pernah dengar serai wangi? Nah untuk pengetahuan korang ,, plash ni produk sama keluaran AFY Haniff juga. Untuk PLASH Foaming handwash ni hadir dengan dua pilihan iaitu Fresh Aloe dan Sweet sakura. Dua-dua wangi , Lisa suka ! tangan berminyak pon cepat bersih kalau guna plash ni . 

Produk Plash ini adalah pencuci tangan yang bebas daripada Paraben, Phthalate dan Dye serta tidak diuji pada haiwan. Dan dalam masa yang sama juga ia mempunyai pengiktirafan ISO, GMP dan HACCP serta menggunakan bahan semulajadi tanpa bahan kimia. Dan tak lupa , plash ni dapat pengikhtirafan Halal tau . 


Pencuci tangan AFY Haniff ni ada dua saiz, satu 400ml dan satu lagi 200ml. Yang saiz 200ml, memang sesuai bawak ke mana sahaja, Lisa bawa pergi tempat kerja hehehe. Basuh dengan sabun lagi bagus kan. Kadang dekat luar mana ada disediakan sabun, nah kita bawak sendiri. Selamat bukan kita sahaja, malah keluaran kita. Plash pencuci tangan AFY Haniff foaming Handwash membunuh 99.9% bakteria tau . wahhh,,, dah improve ! 


Mencuci tangan dengan sabun dapat hilangkan bakteria  dari tangan dan mencegah jangkitan kerana kita sering menyentuh mata, hidung, mulut dan bahagian badan kita yang lain tanpa menyedarinya. Tahu tak , yang bakteria boleh masuk dalam makanan atau minuman semasa kita menyediakan atau memakan makanan, selain itu kuman dari tangan boleh merebak ke permukaan meja, mainan dan kemudian berpindah ke tangan orang lain. Hapuskan bakteria dari tangan  bantu mencegah covid-19 , cirit-birit dan jangkitan pernafasan, dan mencegah jangkitan pada kulit dan mata.




Kalau perasan lisa memang letak merata , dari Dapur , bilik air , tempat kerja dan juga dalam bag . Hahaha ... 

Untuk makluman korang, selain Plash ini produk-produk seperti Serai Wangi Penghalau Serangga (SWiPEL) secara semulajadi, Pencuci pinggan 40days, Penyegar udara dan fabrik (D’menC) juga adalah produk keluaran AFY Haniff dimana ia merupakan produk 100% keluaran Bumiputera.

Produk-produk ini kini dijual secara meluas di pelbagai pasaraya utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan Thailand. Selain dipasaraya-pasaraya tersebut, sekiranya korang ingin membuat pembelian secara online juga boleh, dimana rangkaian platform jualan online juga ditawarkan melalui Lazada, Shopee dan Yezza.


Untuk maklumat lebih lanjut mengenai pembelian online ataupun produk-produk yang lain, korang boleh lah layari pautan-pautan dibawah ya.

Laman rasmi AFY haniff – www.afyhaniff.com
Facebook AFY haniff – www.facebook.com/AFYconsumer
Instagram AFY haniff – www.instagram.com/afyhaniff_consumer
Lazada AFY haniff – www.lazada.com.my/shop/afy-haniff
Shopee AFY haniff – www.shopee.com.my/afyhaniff
Yezza AFY haniff – www.afyhaniff.yzza.io/4led/

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing

Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing 

Jadi seorang Usahawan ni selain dari usaha juga perlukan ilmu untuk berjaya ,lebih lagi tahun di tahun 2020 yang mencabar ini.   Melihat kejayaan seseorang yang dah berjaya dalam bidang bisnes menjadi satu inspirasi dan dorongan mereka yang lain untuk capai perkara yang sama. Nak Mula belajar ilmu Proven Results bersama RichWorks ? Korang boleh sertai Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran RichWorks ni.


RichWorks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran yang membantu perusahaan kecil dan sederhana ( PKS ) dibawah kelolaan Master Coach, Dr Azizan Osman seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coachter. Pasti semua orang kenal dengan Dr Azizan ni kan. Sejak ditubuhkan 12 tahun lalu pada 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat, yang menarik lebih daripada 1.1juta peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar.


Tahun 2020 sahaja, sebanyak 777 usahawan terdiri daripada perusahaan kecil & sederhana (PKS) dalam dan luar negara yang mengikuti Program Mentoring RichWorks telah menjana jualan lebih RM2 bilion. Meskipun dalam keadaan krisis kesihatan dan ekonomi yang berlaku, usahawan PKS tersebut yang terdiri daripada Program Mentoring Spire dengan 466 usahawan dan Titanium dengan 311 usahawan menyaksikan peningkatan keseluruhan nilai jualan sekitar 10 peratus berbanding tahun lalu.

Daripada RM2 bilion nilai jualan keseluruhan itu, Spire mencatatkan jualan sebanyak RM211 juta iaitu kenaikan 17.5 peratus pada tahun 2020 berbanding RM155 juta pada tahun 2019. Bagi Titanium pula mencatatkan kenaikan 9 peratus iaitu RM1.8 bilion jualan tahun ini berbanding RM1.5 bilion pada tahun 2019. 




Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021 - Formula Zero Kos Marketing Anjuran Richworks

Jadi, untuk membantu lebih ramai lagi usahawan-usahawan atau bakal usahawan, lagi-lagi mereka yang terkesan dengan keadaan pandemik sekarang, RichWorks akan menganjurkan​ Program Virtual Online Kuasai Marketing 2021- Formula Zero Kos Marketing yang berlangsung selama 3 hari membantu ushawan step-up diri dengan strategi pemasaran dalam bisnes mereka untuk pembuka tahun 2021 yang luar biasa.

 

Selama 12 tahun RichWorks beroperasi, mereka telah membantu lebih 1,100,000 (1.1juta) usahawan untuk ubah hidup dan bisnes mereka dengan lebih baik, melatih dan membimbing PKS daripada Zero to Million! Mereka percaya peluang sentiasa ada untuk usahawan atau bakal usahawan di Malaysia untuk bangkit berniaga dan​ step-up​ untuk tahun 2021 dengan menggunakan teknik pemasaran yang betul dan seterusnya dapat lonjakan jualan dan bisnes mereka berkali-kali ganda. 

 

Untuk makluman sejak daripada pandemik COVID-19 melanda, RichWorks sebagai syarikat peneraju dalam syarikat latihan dan bimbingan keusahawanan terbesar di Malaysia telah membantu lebih 400,000 ribu usahawan dengan penganjuran program keusahawanan secara virtual online dan percuma.



Nak Kuasai Marketing 2021?

  • Berapa banyak Zero ‘0’ yang nak di-GANDAKAN?
  • Ingat lagi sales pernah RM0?
  • Ingat lagi sales bila capai RM100 yang pertama?
  • Ingat lagi perasaan capai sales RM1,000 yang pertama?
  • Dah lupa perasaan capai RM10,000 yang pertama?
  • Dah pernah capai RM100,000 pertama dan pernah jatuh?
  • Dah capai RM 1 juta yang pertama?
  • What's Next?


Inilah peluang terakhir sebelum tahun 2021, RichWorks berhajat untuk menaja 3,000 pendaftaran terawal 100% secara PERCUMA!

Anda boleh layari website www.zerokosmarketing.com untuk info lanjut SEKARANG dan kongsikan peluang ini kepada 10 rakan-rakan yang lain.

 

MAKLUMAT PROGRAM

PROGRAM KUASAI MARKETING 2021 - FORMULA ZERO KOS MARKETING

Tarikh : 25 - 27 Disember 2020 (Jumaat - Ahad)

Masa : 9:00 pagi – 6:00 petang

Tempat : Aplikasi Zoom Webinar


Untuk tahu lebih lanjut, boleh layari:

Richworks International Sdn Bhd 

No. 77, Jalan Badminton13/29 Seksyen 13, 40100Shah Alam Selangor,MALAYSIA

Link Website: www.zerokosmarketing.com

Facebook Page: https://www.facebook.com/azizanosmanofficial/

Instagram:  https://www.instagram.com/azizanosman_official/

Twitter: https://twitter.com/azizanofficial

TikTok:  https://www.tiktok.com/@azizanosmanofficial_

Youtube: https://www.youtube.com/c/AzizanOsman/channels

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search