Ad

PELAKON ADELLEA SOFEA

PELAKON ADELLEA SOFEA

PELAKON ADELLEA SOFEA

Dah tengok Drama rantaian 'Adellea Sofea' ? lepas trending di Twitter rasanya Lisa memang kena tengok juga ni . Drama Adella Sofea , akan ditayangkan sebanyak 28 Episode,  gandingan pelakon Mira Filzah dan Ungku Ismail Aziz  setiap Isnin hingga Jumaat pukul 7 malam, slot Akasia di TV3. PELAKON ADELLEA SOFEA : Mira Filzah, Ungku Ismail Aziz, Bella Dally, Jasmine Suraya, Fizo Omar, Josiah Hogan, Iman Zulkarnain, Roy Azman, Fazlina Ahmad Daud, Cassia Iman, Kazar Saisi, Sharisa Haris, Uchee Fukada, Remy Maghrib, Fadzly Fuad

WATAK PELAKON


PELAKONWATAK
Mira Filzah Sofea
Ungku Ismail Aziz Firdaus
Jasmine Suraya Suzie
Bella Dally Iliya
Fizo Omar Ikram
Josiah Hogan Karl
Cassia Iman Damia
Fazlina Ahmad Daud Dr Fauziah
Roy Azman Encik Izham
Uchee Fukada Rina
Kazar Saisi Aizi
Iman Zulkarnain Zahim
Sharisa Haris Jenab / Jamilah
Remy Maghrib Sham
Fadzly Fuad Fahmy

LAGU TEMA

Tentang Rahsia - Judika feat Shila Amzah

SINOPSIS ADELLEA SOFEA

Mengisahkan mengenai Adellea Sofea, seorang  pensyarah berkelulusan Ijazah Sarjana amat selektif memilih calon suami. Sofea yang mempunyai ramai pengikut di laman sosialnya sering memuat naik kata-kata dan video penuh motivasi dalam memberi panduan bagaimana untuk memilih pasangan yang baik untuk wanita.

Dalam diam, Sofea sedang berkawan dengan Alif Firdhaus (Fir) yang dikenalinya di medium media sosial selama dua tahun. Sofea tertarik dengan Fir kerana Fir sering memuat naik videonya  bermain gitar dan seringkali juga dia tujukan video khas untuk Sofea. Hanya melalui kata-kata yang Firdhaus kongsikan dalam media sosial, Sofea menyimpulkan yang Firdhaus datang dari keluarga yang bahagia. Secara tak langsung, Sofea berpendapat yang Firdhaus adalah lelaki yang sempurna juga untuk menjadi suami.

Tanpa Sofea ketahui, Firdhaus menyimpan satu rahsia. Perkenalan dengan Dr. Fauziah (Fazlina Ahmad Daud) membawa Sofea ke rumah keluarga Firdhaus yang dikejutkan dengan kepulangan Firdhaus secara tiba-tiba. Sejak itu, perhubungan mereka semakin serius tetapi adik, Firdhaus iaitu Ilya (Bella Dally) tidak bersetuju. Ilya menyimpan dendam pada Fir, kerana ibu bapa lebih-lebih lagi Dr. Fauziah mereka sering menyebelahi abangnya berbanding dirinya.  En Izham dan Ilya kurang senang kepulangan Firdhaus kerana ada rahsia di antara mereka. Firdhaus nyatakan hasrat untuk kahwin dengan Sofea.

Setelah berkahwin, segalanya mula berubah apabila Sofea mendapat tahu Firdaus merupkan seorang penagih dadah. Rumahtangga yang bahagia mula berantakan.

GAMBAR PELAKON






2
( Hide )
  1. Layan A.S ni kot Youtube..gelak sakan masa episod awal2..episod latest ni macam dah tak lawak..

    ReplyDelete
  2. gandingan baru ya hero heroinn? tak layan drama ni tapi tahu lah trending haritu haha. sebab ada mira filzah kot hee

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo