Sunday, June 23, 2019

Tips Naik GRAB Jika travel di Indonesia

Tips Naik GRAB Jika travel di Indonesia



Assalamualaikum ! Kali kedua Lisa datang ke Jogjakarta  , tahun lepas 2018 dan tahun ni 2019. Berbeda dari tahun lepas Lisa sewa kendaraan , kali ni dari airport Lisa cuba naik Grab pula. Agak mencabar disini weih ! Dan semoga tips Naik GRAB jika Travel Di Indonesia ini akan berguna untuk korang yang ingin  bersolo Travel ,,, 

Tahun lepas Lisa turun di Airport Ahmad Yani , Semarang ... Kalini terus turun ke Airport Adi Sucipto Jogja  . Lepas pesawat mendarat.. Lisa on-kan simcard Celcom prepaid . Sehari rm4.99 untuk 500MB internet . Jadilah untuk book grab dan sebelum beli simcard kat jogja . Lepas book Grab , then Grab driver tu call bagitau yang Lisa kena naik jalan raya . Dah namapun first time kan , Lisa ingt jalan raya tu jalan diluar airport tu..ternyata tak weih . Dia bagi tunjuk tempat or lokasi dimana dia akan tunggu . depan hotel Platinum .. luar dari pintu gerbang airport ni . Mak aih...dekat 500 meter juga aku berjalan dari airport ni  dengan takde tempat untuk pejalan kaki. Kenala menapak dekat jalan tar tu weih dengan panas dekat 36 celcius di tengah hari tu, lalu rail keretaapi lak.. hahaha can't brain betul . Allahu , ingatkan dekat .. jauh rupanya kahkahkah ... takpela pengalamanan. Boleh je naik bluebird tu ... korang boleh install apps Go-Jek  . 

BERI DUIT SECUKUPNYA JIKA BAYAR GRAB

Dari airport ke destinasi pertama di Surakarta tu , dekat IDR 261K , murah la juga dalam perjalanan 2 jam 30 minit . Bolehlah Lisa keroih dalam tu hahaha... penat giler weih sebab memang tak tidur dari event sebelum tu lagi . Dah sampai tempat tujuan tu ... driver takde det baki, dia da dalam IDR 20K je.. dia tunjuk depan-depan la yang memang takde det baki nak pulang . Lisa bagi IDR 300K ( dalam RM100 ) dan patut dia kena bagi 41ribu... tapi ada 20ribu je. Takperla sedekah jerr... 








Nah yang hari ni pula , masa Lisa nak balik ke Airport .. IDR 451Ribu . Perjalanan dalam 4 jam juga sangkut jem . Dah la jalan 30-40Km/jam je... naik penat Lisa hahaha... sama juga.. takde det baki . Yang ni lagi teruk.. terus takde det baki katanya. allahu padahal tadi di dalam kereta dia bagitau yang dah angkut 3orang dan lisa penumpang ke 4 dia. Tak kan sesen pun takde. 

So Korang kalau nak naik GRAB di INDONESIA , korang kena bagi duit cukup ye ... jangan bagi duit lebih sebab diorang akan bagitau takde baki . Tak semua macam tu tapi kebanyakan memang macam tu ...

Takpela.. lepas ni dah tahu macam mana nak berurusaan kan... Rasa nak pergi Bali pula tahun depan .

Ada 2 Terminal kalau di Airport AdiSucipto Jogja ni , untuk penerbangan International korang boleh pergi ke Terminal B , untuk penerbangan Domestik , ke Terminal A . 



Friday, June 21, 2019

JACK ‘N JILL CALBEE BAKAL MENAWAN HATI KAKI WAYANG JUN INI!




JACK ‘N JILL CALBEE BAKAL MENAWAN HATI KAKI WAYANG JUN INI!

Menangi tiket ke Universal Studios Singapore, pass masuk ke ruang akses TGV Beanie, tiket eksklusif tayangan perdana dan banyak lagi.

Kuala Lumpur, 11 Jun 2019 – Snek kentang baru Jack ‘n Jill Calbee kini bukan sahaja menawarkan para peminat snek peluang untuk merasai keenakan kerepek kentang tahap luar biasa malahan peluang menikmati pengalaman menonton filem yang esklusif. Jun ini, Jack ‘n Jill Calbee bakal memikat hati setiap kaki wayang dengan hadiah-hadiah peraduan yang diilhamkan daripada tayangan filem, berserta promosi jualan di pasar raya dan tayangan perdana eksklusif pada awal Julai nanti.

Pelancaran Jack ‘n Jill Calbee di Malaysia bulan Januari lalu merupakan hasil usaha sama di antara URC Snack Foods Malaysia yang terkenal dengan jenama "Jack ‘n Jill", dan "Calbee" yang merupakan pengeluar rangkaian kerepek kentang terkemuka di Jepun. Sejak dilancarkan, keluaran tiga variasi perisa terbaru Jack ‘n Jill Calbee iaitu Classic Salted, Smokey BBQ dan Flamin’ Chilli telah mendapatkan sambutan yang menggalakkan dari peminat snek. Emmanuel B. Puno, SVP URC Indonesia, Malaysia dan Singapura berkata "2019 dijangka menjadi tahun untuk filem ‘blockbuster’. Memandangkan para penonton wayang dan video sentiasa menginginkan snek berkualiti serta enak dimakan, kami berharap Jack ‘n Jill Calbee akan menjadi pilihan utama snek yang dinikmati ketika menonton filem kegemaran mereka.”

Jack ‘n Jill Calbee akan memberikan tiket TGV Beanie kepada 200 pemenang bertuah bagi menikmati pengalaman eksklusif sewaktu menonton filem, serta Hadiah Utama yang merupakan pakej percutian ke Universal Studio Singapura untuk 2 orang. Untuk menyertai peraduan ini dan berpeluang memenangi hadiah tersebut, peminat snek kentang hanya perlu membeli Jack ‘n Jill Calbee bernilai RM8 dan tag nama seorang rakan baik di bahagian komen Facebook peraduan Jack ‘n Jill Calbee.

Pada awal Julai nanti, Jack 'n Jill Calbee juga akan menganjurkan “Movie Premiere Night” dengan tayangan eksklusif filem adiwira di IMAX TGV One Utama, di mana penggemar snek kentang yang dijemput akan menikmati sesi menonton wayang yang mengagumkan. Bagi menebus tiket ke “Movie Premiere Night” Jack ‘n Jill Calbee, peminat snek boleh mengunjungi lokasi promosi Jack ‘n Jill Calbee di pasaraya Aeon sekitar Lembah Klang yang terpilih.


Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila rujuk di talian yang tertera di bawah, atau layari laman Facebook https://www.facebook.com/JacknJillCalbee.MY/ atau Instagram https://www.instagram.com/jacknjillcalbeemy/






Monday, June 3, 2019

KOIN EMAS PERINGATAN TUN MAHATHIR EDISI TERHAD

KOIN EMAS PERINGATAN TUN MAHATHIR EDISI TERHAD 

Hai assalammualaikum , Seperti kita tau, Tun Mahathir sekali lagi telah menjadi Perdana Menteri untuk kali kedua pada pilihanraya tahun lepas. Ketika itu Tun M merupakan pengerusi Pakatan Harapan dan telah memenangi Pilihanraya Umum yang Ke 14. Kemenangan yang tidak dijangka, dimana, pemerintahan yang selama ini dipegang oleh Barisan Nasional telah bertukar kepada Pakatan Harapan. Dan pada 10 Mei, Tun Dr Mahathir telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang Ke 7. Koin Emas Peringatan edisi Tun Mahathir ini di buat untuk meraikan  menjadi Perdana Menteri kedua , selepas pernah menjadi PM yang ke-Empat tahun ( 1981-2003 ) 

Edisi terhad Syiling emas Peringatan Tun Dr Mahathir

Jika nampak KLCC , teringat Tun Dr Mahathir .. Bukan hanya KLCC je , tapi ada banyak yang kita nampak apa yang Tun Dr Mahathir telah lakukan kepada negara Malaysia, seperti terbinanya Menara Berkembar Petronas, Proton dan macam-macam lagi. Pembinaan dan penciptaan yang dibuat telah Memacu Malaysia ke arah Pemodenan. Disebabkan itu, koleksi syiling emas telah dikeluarkan bagi memperingati jasa Tun Dr Mahathir selama ini.

Bukan koin macam tu je dapat, tapi ia diselitkan di dalam sebuah yang seakan-akan buku berwarna merah dan mempunyai wajah Tun M dalam bentuk karikatur. Syiling tu ada di dalam nya di sebelah kanan. Dalam buku tu ada serba sedikit tentang Tun Dr Mahathir dalam semua bahasa, Melayu, Cina dan India.






Meh kasi close up sikit duit syiling emas ni..hehee. Ni la syiling emas Edisi Terhad Tun Dr Mahathir. Di Bahagian hadapan, ada nama dan muka Tun M. Bahagian belakang, lambang Pakatan Harapan.


Syiling Emas ni memang betul-betul emas tau, ketulenan emas 999; seberat 0.1 gram. Syiling emas ni telah diusahakan oleh sebuah syarikat, Puncak Julung Enterprise. Mungkin ada diantara korang yang gemar mengumpul duit syiling, dan syiling emas ni  korang boleh dapatkan hanya dengan harga  RM 160 sahaja.


Korang mesti memiliki duit syiling emas Tun M ni..jadikan koleksi..memorable sangat ni.

Jika berminat  untuk memiliki syiling peringatan tersebut boleh melayari
laman web rasmi https://tunmcc.com.my/ , 



Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search