Ad

Tips Elakkan Pembaziran di Bulan Ramadan

Tips Elakkan Pembaziran di Bulan Ramadan

Tips Elakkan Pembaziran di Bulan Ramadan


Tanpa terasa dah lebih dua minggu kita berpuasa. .Bulan ini mengajar kesabaran, kesopanan, dan kerohanian, oleh itu, penting untuk menjadi waspada dan ingat yang korang sedang menabung untuk musim perayaan dan merancang perbelanjaan untuk jangka masa yang penting. Bulan puasa ni la perbelanjaan cenderung meningkat dari bulan biasa. Jangan lepas raya nanti gigit jari tunggu gaji !  Berikut adalah beberapa Tips Elakkan Pembaziran di Bulan Ramadan. 


1- Rancang Perbelanjaan.

Rancang membeli belanjawan Ramadan kira-kira dua minggu sebelum permulaan bulan suci. Buat senarai sehari-hari dan barang-barang pukal itu anda perlukan sepanjang bulan.Elakkan membeli barang-barang yang tidak ada dalam senarai bila korang pergi ke kedai. Dengan buat senarai ini bukan je buat korang terikat tetapi juga tak lupa untuk beli  barangan yang diperlukan. Kalau terlupa nanti kena patah balik beli semula.. dah bazir masa , tenaga dan minyak pula . 


2- Beli Makanan Iftar secukupnya . 

Kebiasaan pembaziran di bazar ramadhan ni memang selalu terjadi . Masa sampai di bazar makanan , rambang mata dan terrgoda nak beli banyak makanan . Lepas tu tak habis dimakan ! Huh dah jadi membazir kan .


CONTOH : Sekiranya nak beli makanan untuk sendiri, hadkan perbelanjaan ke bawah RM15, jika mungkin, kurang. Korang juga boleh bawa RM15 untuk elak pecah anggaran tadi . Selalunya kecenderungan untuk berbelanja lebih banyak apabila perut lapar. Jadi korang boleh rancang  dengan bijak tentang apa yang diperlukan untuk elak dari pembaziran kemudian.

3. Beli Barangan Persiapan Raya Semasa ada SALE / DISKAUN .

 Menjelang raya mesti teringin nak beli baju raya , kasut raya , beg baru , dan perlengkapan raya lainnya . Lisa pernah tanya haritu di butik dalam mall, ketika raya ni memang biasanya model terbaru dan tak da SALE . Harga pun boleh tahan mahal walaupun beli di uptown je . Nah.. apakata korang beli je di website online seperti Lazada , atau Shopee . Bukan hanya baju je , Beg , tudung , perabot rumah , langsir  sofa baru, karpet baru, cawan baru dan lain-lain.... dan harga lebih jimat menggunakan Lazada Voucher . Macam baju raya ni Lisa beli serendah RM50 je di Lazada .. cantik dan harga berbaloi bukan :D .  



4. Buat Biskut Raya Sendiri

Yang ni Lisa la biasanya beli biskut tunjuk je , biskut beli di pasaraya tinggal tunjuk dan bayar je hihihi. Tahun ini nak berjimat dan kurangkan bajet la.. biskut raya tahun ni nak buat sendiri . Lisa share satu resepi yang senang  : Resepi Biskut Kacang Almond; Krunchy Karamel Almond , Bahan pun sikit sahaja , cara pembuatan biskut kacang almond yang mudah. Oven haritu Lisa beli online je gunakan Shopee promo code , jadi boleh dapat harga yang murah .


Bahan-bahan Biskut Kacang Almond (Krunchy Karamel Almond)
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam

Cara memasak ;

  • Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
  • Satukan semua bahan dalam bekas
  • Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
  • Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
  • Panaskan oven pada suhu 160C
  • Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
  • Bakar dalam oven selama 10 minit
  • Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
  • Simpan dalam bekas kedap udara.


5. DIY SAMPUL RAYA

Selain baju raya, kuih raya, dan juadah raya, duit raya juga salah satu perkara yang dinanti-nantikan semasa menyambut Hari Raya nanti terutama sekali golongan kanak-kanak. Kalau tak bagi duit raya, mesti ada yang bermasam muka. Biasanya sampul raya boleh dapat di Bank-bank atau beli di kedai . Tapi kalau korang nak lebih spesial dan jimat .. apakata korang DIY sampul raya sendiri . Senang je lah

Bahan-Bahan

  • Kertas pembalut hadiah (beli je kat mana-mana yang korang rasa paling murah. Beli satu packet terus. Kalau beli satu-satu mahal. Satu packet ada 10 keping rate harga RM4-7 je) 
  • Pisau
  • Gam

CARA DIY SAMPUL RAYA 

  1. Lipatkan kertas pembalut hadiah kepada 4 bahagian.
  2. Haa dah elok sama boleh la potong. Jadi la 4 keping.
  3. Ok ni pula lipat kepada 3 bahagian. Make sure sama ye. Then potong. Jadi 3 keping , 3×4= total dah 12 kan. So dapat 12 keping sampul raya. Ngam ngam je tak membazir.
  4. Lipatkan bahagian kanan dan bawah. Lipat kecil je macam dalam gambar. Then lipat macam gambar sebelah tu.
  5. Ok yang bahagian atas tu potong sikit. Pandai-pandai la kemaskan nak lipat jadikan penutup.
  6. Dah boleh gam. Jangan letak gam banyak sangat nanti tak cantik.
Ini sahaja yang dapat Lisa kongsikan sempena bulan Ramadan kali ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.
15
( Hide )
  1. Bagus semua tips2 yang lisa kongsi ni.. murah sgt baju raya lisa beli kat lazada tu..berbaloi

    ReplyDelete
  2. Un tak suka membazir. Bab biskut raya raya memang un tak buat. budak makan dan buang.. adoi stress mak. Jadi ubah daripada biskut ke kerepek. Baju tu, un setuju. beli aja di Lazada. Jimat. Terutama Gene Martino...siap ada sales lagi

    ReplyDelete
  3. Setuju kita kena berjimt walau apa situasi. Pembaziran memang sifat yang keji. Biskut tu.... Terliur lak nengok time time nak buka ni. Huhuuu

    ReplyDelete
  4. Nice tips.. Memg kalau boleh kene jimat berbelanja..

    ReplyDelete
  5. Bagus tips ni, memang elok sempena perayaan kita berjimat cermat.

    ReplyDelete
  6. Taklah sampai membazir tapi susah juga untuk berjimat bila musim perayaan ni

    ReplyDelete
  7. Rajinnya buat sampul sendiri ! Buat dari duit terus lah. .Takyah isi dah. .

    ReplyDelete
  8. Good tips. Tapi bab buat kuih raya sendiri tu..aii kuih tunjuk ja semua hehe

    ReplyDelete
  9. nice sharing. nak buat sampul sendiri lah

    ReplyDelete
  10. wahhh bagusnya tips ni, ada yang mudah dan boleh diikut

    ReplyDelete
  11. Comel Diy sampul raya. Tapi nangis lah nak diy banyak-banyak. Hahaha

    ReplyDelete
  12. benda yang kita boleh jimat, buat apa membazir kan..Lepas raya risau gigit jari je...good tips lisa

    ReplyDelete

both
© all rights reserved
made with by templateszoo