Thursday, April 5, 2018

PENJAGAAN KESIHATAN MULUT DENGAN PHILIPS SONICARE

PENJAGAAN KESIHATAN MULUT DENGAN PHILIPS SONICARE


PENJAGAAN KESIHATAN MULUT DENGAN PHILIPS SONICARE


Assalamualaikum ! Setiap tahun hampir kebanyakan orang mempunyai azam yang sama , jaga kesihatan  , nak kurus  jaga pemakanan yang lebih sihat atau juga dengan meningkatkan kegiatan fizikal seperti exercise. Tapi selalunya terlupa pentingnya jaga kesihatan berkaitan dengan mulut ,Betul tak ? . padahal mulut tu la tempat dimana manakan dan nutrien masuk kedalam tubuh. Penting tau jaga kesihatan oral bermula pada usia muda , Jaga kesihatan mulut jangan tunggu gigi rosak dan nafas berbau . 

BIAR MULUT ANDA CERMINKAN KESIHATAN ANDA. 

Philips Sonicare , sebagai Rakan Global bagi Hari Kesihatan Oral Sedunia , berusaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan kesihatan oral daripada usia muda. 



Pada Hari Kesihatan Oral Sedunia kali ini, Philips Sonicare , sebagai Rakan Global bagi Persekutuan Pergigian Sedunia FDI dan rakan penaja berus gigi berkuasa rasmi bagi Hari Kesihatan Oral Sedunia 2018, mahu menginingatkan bahawa mulut anda adalah cermin bagi tubuh anda, menerusi kempen ‘SayAhh: Think Mouth, Think Health’

“Kami mahu orang ramai menjadi lebih peka bahawa penjagaan kesihatan oral yang baik harus bermula daripada usia yang muda. Kita tahu bahawa tabiat memberus dan pilihan gaya hidup seperti merokok bukan saja memberi kesan kepada kesihatan mulut, gigi dan gusi, tetapi juga kesihatan keseluruhan. Walaupun peminuman minuman manis, pemakanan gula-gula dan manisan dan peminuman jus segar mungkin tampak tidak membahayakan dalam jangkamasa pendek, dalam jangkamasa panjang bertahun-tahun, ia boleh mengakibatkan plak semakin berkumpul dan gigi menjadi rosak, selain masalah kesihatan yang lebih serius,” kata En Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia. 
Kempen ini bertujuan untuk mewar-warkan atau mempromosikan permulaan awal bagi penjaagan kesihatan oral yang baik dengan bermula dari hentikan tabiat buruk seawal mungkin menerusi amalan terbaik .  Apapun seeloknya mula dari muda , nanti dah tua gigi dan teruk lagi susah nak jaga . Elak-elak gigi dah banyak yang tercabut sebab takjaga dari muda lagi .


Kesedaran pemahaman tentang cara menjaga mulut, gigi dan gusi daripada usia muda adalah penting, namun, satu pertiga ibu bapa di seluruh dunia mendapati ianya sukar untuk menggalakkan anak-anak agar rajin memberus gigi dengan kerap .  Memandangkan 60–90% kanak-kanak sekolah dan hampir semua dewasa menghadapi masalah kerosakan gigi di seluruh dunia , maka amatlah penting supaya rutin memberus gigi yang baik diterapkan dari awal dan juga memupuk pemahaman bagaimana pilihan gaya hidup boleh membawa impak buruk. 

Betul juga kan , memang agak susah lah nak ajar budak untuk berus gigi. Kalau mereka berus pun kadang masih tak bersih dan masih  tingalkan plak dan kotoran di mulut sampai gigi rosak atau kekuningan atau mungkin jadi kehitaman dan reput . 

“Situasi di Malaysia adalah serupa, di mana 70% remaja berusia 15-19 tahun mempunyai karies gigi manakala lebih daripada 90% dewasa daripada usia pertengahan 20-an hingga ke usia tua mempunyai karies gigi . Justeru, ianya penting agar amalan kesihatan pergigian yang utuh diterapkan pada kanak-kanak supaya kesihatan gigi tidak merudum bila meningkat dewasa, yang lazimnya berlaku pada masa kini,” tambah En Muhammad Ali.

Pada tunjang kerjasamanya dengan Persekutuan Pergigian Sedunia FDI, Philips Sonicare menyasar untuk meningkatkan kesedaran supaya orang ramai sentiasa mengingati maklumat yang harus diketahui mengenai kesihatan oral menerusi satu infografik “10 Fakta Utama mengenai Kesihatan Oral” . Ini bagi membantu orang ramai menggunakan informasi ini dengan mudah untuk membuat pilihan lebih baik dan membina tabiat lebih sihat bagi kesihatan dan kesejahteraan jangka panjang.

“10 Fakta Utama mengenai Kesihatan Oral”


“Keadaan mulut seseorang mencerminkan apa yang sedang berlaku dalam tubuh mereka. Kesihatan mulut dan tubuh tidak wajar dianggap sebagai dua entiti berbeza dengan kadar penjagaan yang berlainan, sebaliknya, ianya satu hubungan dua hala dan kedua-duanya tidak boleh dipandang enteng dalam memastikan kesihatan umum seseorang adalah baik,” simpul En Muhammad Ali.

Rangkaian produk Philips Sonicare yang lengkap boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar di seluruh negara, dan secara dalam talian di Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips Sonicare, layari www.philips.com.my.

RANGKAIAN PRODUK PHILIPS SONICARE 

Tipu la kalau Lisa cakap yang gigi takda plak kan , dah berus gigi kuat macam mana pun masih akan ada yang tertinggal dan jadinya plak . Berus gigi secara kuat , berdarah pula gusi. pernah Lisa gunakan dental floss untuk bersihkan sisa makanan yang tertinggal tu ..jadi terluka la pula gusi . Kali ini Lisa akan cuba produk dari Philips Sonicare pula , tengok di youtube ramai yang bagi feedback positif. Oh ya , doktor gigi pun sugest Philips Sonicare juga tau . Dalam satu pakej barangan ini lisa dapat : 


Jom baca pengalaman Lisa menggunakan rangkaian produk dari Philips Sonicare .


PHILIPS SERIES 2 PLAQUE CONTROL ELECTRIC TOOTBRUSH 


Biasanya kalau memberus gigi mesti akan keluar darah pada gusi tu , mungkin sebab terlalu kuat kot . Pastu masih ada makanan atau sisa makanan yang terselit dicelah-celah gigi. Huh.. dah la sakit, tak 100% bersih pula tu . Pertama kali Lisa gunakan berus gigi berkuasa elektrik seperti ini , rasa teruja! Berus ni mampu bersihkan plak sebanyak 6-7 kali lebih bersih dari menggunakan berus gigi biasa secara manual . Design kepala berus ini mudahkan kerja untuk bersihkan kotoran dan plak dikawasan yang mungkin susah dijangkau oleh berus gigi biasa . Philips series 2 plaque control electric tootbrush ini juga sesuai bagi korang yang memasang braces , so tak perlu risau .

Dalam kotak ini , barang yang akan korang dapat : 

Handles : 1  2 Series plaque control
Brush heads:  1 ProResults plaque control
1 Charger



Seronok weih , rajin Lisa gosok gigi pakai Philips series 2 plaque control electric tootbrush , rasa bersih macam baru lepas scalling . Pemakaian paling kurang 2 atau 3 minggu baru akan nampak perbezaannya , seperti plak-plak berkurangan dan tertanggal ye. Oh ya , gusi pun dah tak berdarah tau ! best.. rasa selamat gigi dan gusi. Lebih bersih tanpa rasa sakit .


Untuk satu kali pengecasan Philips series 2 plaque control electric tootbrush , boleh bertahan selama 2 minggu untuk digunakan memberus gigi.


Kepala berus yang bersudut dan juga nipis memudahkan akses yang lebih baik ke gigi belakang dan tempat yang sukar dicapai . Kepala berus juga dilengkapi dengan penutup sekali untuk cegah kuman masuk pada berus . Berus ini akan berbunyi Beeb selepas 30 second ,  time untuk pindahkan ke bahagian gigi yang berikutnya .Mulut terdiri dari 4 bahagian jadi tootbrush ini akan berhenti jika dah sampai masa 2 minit pemakaian. Mudah bukan ? 



HARGA 

Untuk harga Philips series 2 plaque control electric tootbrush boleh didapati dengan harga RM359.00 . Warranty 2tahun . 




Philips Sonicare Airfloss

Tak pernah terlintas dalam fikiran yang Lisa akan ada Airfloss sendiri , biasanya rasa gunakan airfloss ni kalau cuci gigi di Dentist saja. Philips Sonicare Airfloss , membantu membersihkan plak  dan tanggalkan kotoran sisa makanan yang melekat dicelah gigi. Terutama kalau makan sayur atau daging mesti akan menyelit dicelah gigi, lebih-lebih lagi selepas Lisa cabut gigi bongsu tempoh hari . Korang hanya perlukan masa 30 saat je untuk tanggalkan plak secara lebih bersih . Boleh say bye-bye pada dental floss pick la. 


Muncung penghujung Philips Sonicare airfloss yang bersudut dan kecil memudahkan penggunaan ,  masuk diantara celah gigi dan gusi. Hanya perlu  slide kebawah  sampailah jumpa di penghujung gusi  sehingga hujungnya sesuai dengan alur gigi. Senang cerita korang letakkan di  celah gigi berdekatan dengan gusi. 


POINT ,  PRESS , CLEAN ! 
Hanya dengan 3 langkah ini , gigi akan semakin bersih dan juga sihat.

Cara pengunaan Philips Sonicare Airfloss : - 
  • Sebelum menggunakan Philips sonicare airfloss ini , korang kena masukkan air atau mouthwash . 
  • Tekan button ON dibahagian bawah 
  • Pointkan airfloss di celah gigi berdekatan gusi , kemudian tekan . Tekan sekejap je , tak perlu tekan lelama. Nanti air tu akan menyembur sendiri diantara celah gigi tadi . 

Mudah je bukan ? Oh ya , untuk sekali pengisian air atau mouthwash tu , boleh bertahan sampai 2 kali penggunaan . Memberus gigi dengan perlahan-lahan melepaskan plak , Sonicare AirFloss membantu mencegah rongga daripada membentuk di dalam ruang antara gigi korang .





Handle yang slim dan ringan mudah untuk lisa pegang ketika menggunakannya . Tak berat jadi tak lenguh la tangan .

Items Included : 

  • AirFloss Handle :  1
  • AirFloss Nozzle :  1
  • Charger :  1 multi-voltage charger
  • Nozzle holder :  1


Jika ingin gunakan secara automatik tanpa menekan button setiap saat , Tekan button lama-lama sampai bergerak dari satu line ke line yang lainnya . Jadi dia akan menyembur setiap 1 saat. Senang tak perlu tekan-tekan lagi . Untuk cas Philips airfloss ini perlukan masa 24jam , dan boleh bertahan selama 3 minggu. 


Review Lisa : Awal pemakaian gusi bahagian depan berdarah , mungkin sebab sebelum ini gusi lisa ada ulser kot tu yang jadi berdarah . Dan juga bersihkan plak dalam celah gigi . Rasa lapang sungguh lepas bersihkan gigi gunakan Philips Sonicare Airfloss . Dah boleh buang dental floss pick yang beli tempoh hari , sebab sakit dan agak susah nak gunakan untuk bahagian belakang . Dengan Philips Sonicare  Airfloss , tinggal Point , Press, and Clean ! tak perlu susah-susah lagi . 

HARGA 

Harga untuk Philips Sonicare Airfloss ini , boleh didapati seharga RM755.00 .
Selepas penggunakan selama 3bulan berturut-turut , Philips Sonicare Airfloss korang dah boleh gunakan 3 atau empat kali dalam seminggu. 




Philips Tonguecare + tongue cleaner


Dengan 240 MicroBristles getah, TongueCare + berus lidah direka khusus untuk membersihkan permukaan lembut dan berpori lidah . Kontur MicroBristles yang fleksibel dan perlahan-lahan membersihkan di sekitar rabung dan alur, untuk membuang bakteria dan memacu bakteria membunuh lidah BreathRx yang lebih mendalam. Bentuk padat membolehkan korang selesa membersihkan seluruh lidah. 

Cara penggunaan , pakaikan di handle atau badan Philips series 2 plaque control electric tootbrush tadi . Jangan lupa pakai spray lidah sebelum menggunakan Philips Tonguecare + tongue cleaner untuk membersihkan lidah dari bakteria jahat yang menyebabkan mulut busuk dan nafas berbau. Bayangkan korang bersembang dengan kawan yang nafas berbau , mesti tak selesa bukan ? 


Harga 

Untuk harga Philips Tonguecare + tongue cleaner boleh didapati dengan harga RM89.00 untuk 2 pack berus lidah. 





REVIEW LISA : 

Gigi rasa lebih bersih dan terjaga lepas menggunakan rangkaian produk dari PHILIPS SONICARE ini. Bersihkan plak pun senang  , berus gigi 5x lebih bersih dan juga gusi dah tak berdarah lagi .Yang paling penting , ulser Lisa sebelum ni pun dah hilang semenjak pakai philips sonicare ini. Hebat betul kan.. Sekarang boleh senyum tanpa segan silu ! Dah tak perlu sakit , dan memberus gigi kuat-kuat untuk dapatkan gigi yang bersih. 


Jom sama-sama jaga kesihatan mulut dan kesihatan oral ,. 


SayAhh : THINK MOUTH , THINK HEALTH ! 


Rangkaian produk Philips Sonicare yang lengkap boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya; di kedai rakan runcit dan pengedar di seluruh negara, dan secara dalam talian di Philips Online Shop di http://www.shop.philips.com.my/.

Untuk maklumat lanjut mengenai rangkaian produk Philips Sonicare , layari 
  1. Huwaaaaaa...nangis tengok harganya 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. HAHAA.. memang macam ni harga dia. kena menabung..

      Delete
  2. Wowww macam2 ada produk philips ni kan ... nampak cam best jer ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeza.. orang ingt philips ni lampu bulp je haha

      Delete
  3. Untungnya lisa.. harga dia mmg mak pitam! Aduh bestnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok la pakai ni bestt boleh skip pergi doc gigi hahaha

      Delete
  4. Tak reti pulak nak berus pakai auto ni hahahah rasa macam tak puas plak. Tapi macam bagus kann.. Nanti nak survey laaa

    ReplyDelete
  5. wow,,lengkap yer. ada semua ni. lagi-lagi bulan puasa ni kan. hihihihi.nak juga bersih dan wangi mulut..extra penjagaan gitew

    ReplyDelete
  6. Harga dia wowwwww.... mcm best je kalau ade set ni.

    ReplyDelete
  7. Suka tengok tempat pemegang dia..comel

    ReplyDelete
  8. Wahhh memang bestlah terutama Airfloss tu, kena kumpul duit dulu nak beli tu!

    ReplyDelete
  9. kesihatan gigi mmg sgt penting sedari kecil lagi

    ReplyDelete
  10. Menarik plak tgk ni. Kalau rajin jaga sendiri gini boleh laa kurangkan risiko sakit gigi kan

    ReplyDelete
  11. bertambah-tambah cantik & sihatlah gigi lisa, bila ada complete set untuk penjagaan gigi

    ReplyDelete

Whatsapp Button works on Mobile Device only

Start typing and press Enter to search